Wednesday 20 October 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ02

Dalam struktur dan ekspresi emosi,terdapat lima komponen utama,iaitu Teori Asas Emosi daripada Darwin,Teori Emosi Primari Plutchik,Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin,Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard dan Teori Pembelajaran. Hanya terdapat beberapa emosi asas yang merupakan karakter semula jadi manusia. Struktur dan ekspresi emosi ini ditunjukkan seragam tidak kira budaya. Terdapat dua jenis teori yang dapat menjelaskan struktur dan ekspresi emosi,iaitu Teori Evolusi atau Biologi dan Teori Pembelajaran. Mengikut Teori Asas Emosi Darwin,emosi terdiri daripada emosi primari. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami dan ditunjukkan ekspresinya dalam bentuk yang seragam bagi setiap bangsa dan budaya. Mengikut pandangan Darwin,ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain. Contohnya,apabila seseorang sedih,dahinya akan berkedut dan dia akan bermuka masam. Beliau mengemukakan 16 soalan tentang emosi kepada 36 jenis  bangsa berbeza dan hasilnya jawapan mereka adalah sama. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam emosi asas ini. Kebaikannya termasuklah sistem dan struktur saraf dapat menghantar beberapa jenis emosi. Terdapat tiga karakter dalam emosi asas,iaitu emosi asas ini adalah substrat saraf semulajadi,berorientasi universal,iaitu merangkumi semua budaya yang berbeza dan yang terakhir,status perasaan unik. Namun,terdapat juga keburukannya dalam emosi asas ini. Adalah dikritik bahawa tiada kewujudan emosi asas keranaemosi  dilahirkan daripada beberapa elemen asas. Contohnya,kegembiraan terdiri daripada tiga elemen dan emosi cemas terdiri daripada empat elemen asas. Dari sini,terdapat satu persoalan iaitu apakah emosi asas yang spesifik? Woodworth mencadangkan sistem struktur bagi emosi. Schlosberg merangka satu struktur emosi 3D,iaitu  perasaan senang hati dan perasaan tidak suka, penerimaan dan penolakan, tidur dan perhatian. Struktur ini berorientasikan dua kutub emosi yang berlainan. Plutchik juga mengembangkan lebih banyak model yang menyeluruh. Kebanyakan peneroka teori seperti Plutchik, Tomkins, Izard, dan Ekman mencadangkan bahawa emosi primari melahirkan emosi-emosi lain.
Emosi primari bersifat adaptif . Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan emosi-emosi primari. Antara emosi-emosi yang dipersetujui ialah takut, ,meluat, marah, dan terperanjat. Megikut Plutchik, emosi boleh digambahkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Contohnya, kemarahan(Bahasa subjektif) menyebabkan seseorang menumbuk dinding(Bahasa tingkah laku) untuk melepaskan perasaan geram(Bahasa fungsian).
Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti rasa takut atau sedih. Bahasa tingkah laku merujuk kapada tindakan selepas dirangsang oleh emosi. Contohnya seseorang akan menangis semasa sedih dan ketawa semasa gembira. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi seseorang. Contohnya perasaan sedih apabila seseorang saudara meninggal dunia melambangkan hubungan eratnya dengan saudara itu. Perasaan cemburu melambangkan perasaan tertarik hati oleh seseorang. Menurut reaksi penyesuaian asas Plutchik, terdapat lapan reaksi iaitu takut, ,meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, penerimaan dan rasa ingin tahu. Menurut Plutchik, terdapat perbezaan dalam emosi disebabkan dimensi penting, iaitu intensiti, persamaan dan kekutuban. Intensiti menujuk kepada darjah kekuatan sesuatu emosi, seperti dari bahagia kepada gembira. Persamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan antara emosi. Misalnya, takut dan cemas lebih dekat daripada takut dan gembira. Kekutuban merujuk kepada dua emosi yang bertentangan sepertinya gembira dengan sedih atau benci dengan suka. Megikut model emosi Plutchik, terdapat lapan emosi primari yang termasuk dalam roda model emosi. Warna-warna primari digabungkan untuk menjadi emosi tambahan yang dilakar di luar roda. Roda ini adalah lambang emosi. Terma di atas roda melambangkan aras maksima emosi untuk setiap dimensi asas. Dari teori maklum balas wajah Tomkin, kita dapat belajar tiga kompornen utama iaitu apa menyebabkan apa yang mengemukakan satu persoalan bahawa seseorang senyum kerana gembira atau gembira  kerana senyum. Teorinya juga mengatakan emosi diasaskan wajah tingkah laku. Terdapat dua kajian yang dapat menyokong teori ini iaitu Hess yang membuat kajian mahasiswi di Universiti Genava. Hess meminta mahasiswi tersebut melakukan tiga tugasan. Pertamanya, merasai empat emosi iaitu gembira, sedih, marah, dan tenang. Kedua, membentuk ekspresi wajah emosi tersebut tanpa merasainya. Ketiga, merasai emosi tersebut dan membentuk ekspresi wajah. Hasilnya didapati adalah lebih susah untuk melakukan tugasan ketiga.

A134165 ONG YEE PIN LJ10

                Dalam tajuk kuliah Kebijaksanaan Emosi,  kami telah lebih memahami makna pengurusan emosi dan juga aplikasi teori-teori emosi bagi mengurus emosi. Selain itu, kami turut memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi serta konsep  kebijaksanaan dan kematangan emosi.


                Menurut Tooterdell, 2000: Pengurusan Emosi merujuk kepada cara seseorang mengawal dan mengurus perasaan mereka dan cara mereka mempengaruhi orang lain. Biasanya emosi boleh dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara seseorang. Namun, sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi dan emosi mempuyai darkah intensiti yang berubah mengkut tempat. Misalnya, Adaptive Level Theory menyatakan bahawa emosi boleh berubah dengan cepat. Selain itu, ingatan dan emosi sangat berkaitan kerana emosi boleh berubah dengan jalan berfikir. Emosi biasanya bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi boleh mengubah emosi. Emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan dan sekiranya rangsangan tersebut hilang, emosi tidak akan diaktifkan. Emosi positif dan emosi negatif saling berkaitan, walaupun emosi positif lebih bertahan lama. Seterusnya, emosi boleh dijadikan sebagai pendorong kepada tingkahlaku dan berkaitan rapat dengan personaliti. Emosi ini bersifat dinamik dan boleh berubah-ubah.


                Secara umumnya, sesetengah peristiwa dapat senang diingati kerana mempunyai unsur-unsur emosi yang muncul  dalam peristiwa tersebut. Peristiwa yang mengandungi emosi positif lebih senang diingati bagi jangka masa yang lebih panjang.  Oleh itu, kajian menunjukkan wanita lebih senang dipengaruhi oleh emosi dan wanita serta lelaki akan menganalisa pengalaman emosi dalam bahagian otak yang berlainan.


                Kebijaksanaan emosi bermaksud kebolehan seseorang mengawal emosi sendiri dan mempertimbangkan perasaaan dan emosi orang lain semasa melakukan sesuatu perkara. Individu tersebut juga harus mempunyai keupayaan untuk mendiskriminasi dan menggunakan informasi yang telah dianalisa untuk mempengaruhi orang ramai dan menjadi panduan orang ramai berfikirdan bertindak. Terdapat empat model kebijaksanaan emosi, iaitu, Ability Based Model, The Emotional Competencies model, The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence dan The Trait Emotional Intelligence model.


Ability Based model menerangkan kebijaksanaan emosi sebagai keupayaan seseorang individu mengenalpasti ataupun merasakan emosi dan seterusnya memahami emosi tersebut serta menggunakan emosi tersebut sebagai pengalaman untuk meningkatkan personaliti sendiri.  The Emotional Competencies (Goleman) model diperkenalkan oleh Daniel Goleman. Beliau berpendapat bahawa kebijaksanaan emosi amat penting dalam kejayaan seseorang individu dalam pekerjaan. Dalam teori ini mempunyai empat bahagian, iaitu self-awareness, self-management,  social awareness dan relationship management. The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence pula menyatakan bahawa kebijaksanaan emosi merupakan kepentingan seseorang memahami emosi sendiri dan orang lain, dapat berkaitkan emosi dengan orang ramai dan menyesuaikan diri dengan lingkungan persekitaran serta berjaya dalam menguruskan keperluan di sekitarnya. The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence turut berpendapat bahawa kebijaksanaan emosi dapat dipelajari dan dikembangkan dalam jangka masa yang berpatutan melalui latihan, programming dan rawatan. Bagi individu yang memunyai kebijaksanaan emosi yang lebih tinggi, mereka akan lebih senang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam menguruskan keperluan di sekitarnya. Bagi sesiapa yang mempunyai tahap kebijaksanaan emosi yang rendah, individu tersebut akan lebih senang dipengaruhi oleh masalah emosi yang kerap muncul dalam kehidupan mereka. Yang akhirnya ialah The Trait Emotional Intelligence model yang menerangkan persepsi diri tentang kemampuan seseorang untuk mengenali, memproses, dan memanfaatkan maklumat yang berkaitan dengan emosi.


Cara untuk mengurus emosi yang biasa kita hadapi dalam kehidupan harian, kemarahan:

1.       1. Menulis perkara yang benar-nebar berlaku dan menganalisanya. Fikirkan cara kita menguasai emosi ini pada masa dahulu.

2.       2. Menjauhikan diri daripada orang ramai dan cuba mengawal emosi sendiri dalam masa 10-20 minit.

3.       3. Elakkan diri daripada minuman alkohol dan dadah.

4.       4. Menjalankan aktiviti sukan.

5.       5. Memberitahu perasaan kita kepada kawan karib ataupun ahli keluarga yang kita percaya.

6.       6. Belajar untuk memaafkan orang lain

Kesimpulannya, kebijaksanaan emosi adalah amat penting dalam pergaulan harian. Oleh itu, kita haruslah sentiasa memastikan emosi kita adalah stabil. # end

A129214 AMIR LJ11

A129214 AMIR LJ11

Genap minggu ke-13 dan kini telah sampai jurnal ke-12 Pengurusan Emosi. Pelajaran Hari ini adalah smbungan kepada minggu lepas. Hari ini juga kami ditunjukkan beberapa video mengenai tekanan emosi di tempat kerja. Contoh adalah tentang kejadian yang menimpa 33 orang pelombong chile di Sepanyol baru-baru ini dimana mereka terperangkap selama 69 hari iaitu selama 2 bulan dan kerajaan chile melakukan apa sahaja dalam kuasa mereka untuk mengeluarkan mangsa-mangsa terbabit. Bagaimana mereka bertahan mengatasi sesuatu yang begitu traumatik dan beremosi.

Perlunya bagi kita untuk menjaga emosi atau peranan emosi di tempat kerja kerana ianya mempegaruhi perestasi kerja, memainkan peranan penting dlm membuat keputusan,berkait dgn motivasi dan penerimaan mesej dalam pengurusan.

Konsep-konsep penting pemadanan personaliti dgn kerjaya @ teori kerjaya holland, personality type A dan B, penggunaan emosi dlm tugasan seharian (emotional labour) dan budya kerja di Malaysia adalah penting. Penerangan konsep yang dipelajari adalah jika sifat kita berlawanan dengan kerjaya kita maka ianya menjadi sesuatu yang tidak sepadan dengan kerjaya. Contohnya seseorang itu sukakan tangkap gambar atau apa sahaja yang berkait dengan visual tetapi mendapat kerjaya sebagai seorang penulis jurnal atau buku, sesuatu yang tidak berapa kena pada minat dan sifatnya.

Emotional labour: keadaan dimana seorg staff menjalankan kerja yg melibatkan emosi. Cth penyambut tetamu. Terdapat dua Surface acting: memaksa diri untuk senyum dan Deep acting: berusaha untuk melahir perasaan yang dikehendaki oleh tuntutan profesionalisem. Cth penyayi berkeadaan ceria ketika menyanyaikan lagu-lagu ceria. Dimana setiap daripadanya mempunyai implikasi yang boleh membawa kesan dari segi emosi dan perhubungan.

Dalam konteks Budaya kerja di malaysia pula banyak yang dapat dilihat. Contoh Bagaimana berkerja dlm pasukan kerja? Malaysia adalah tergolong dlm masyarakt collectivist jika mengikut Hofstede. Bagaimana menagani konflik. Masyarakat di Malaysia mengambil pendekatan mengelak daripada konflik. Menurut Asma abdullah(1995) melalui permerhatian terhadap orang malaysia mendapati orang malaysia adalah harmoni, berbangga dan taat, tidak mengikut sangat apa yang di dalam buku, bertoleransi, belajar dan berexperimentasi, dan rasa kekeluargaan yang kuat. Tambahnya lagi orang Malaysia juga menghormati yang tua, kerjasama, komunikasi secara halus atau penggunaan pihak ketiga, dan mengelak konfrantasi. Contoh situasi adalah dalam tempat kerjaya dimana mereka membuat renenion setelah lama tidak bertemu atau jamuan untuk meraikan kawan-kawan lama. Cara menagani konflik di kalangan masyarakat malaysia adalah lebih kepada give and take dengan menggunakan saluran yang negative (mengumpat), metafizik (ilmu sihir).

Kesimpulannya, pengurusan emosi di tempat kerja adalah penting. Rakan-rakan adalah perlu dan kita juga harus bersikap positif dan jangan mudah mengambil jalan mudah. Pengurusan emosi kali ini banyak mengajar saya tentang pentingnya pada masa hadapan nanti untuk menguruskan diri dari segi emosi agar tidak dikongkong dan dibebani dengan perasaan serta memotivasikan diri ke arah yang lebih baik.

 

           

 

 

 

 

 

 


A129214 AMIR LJ10

A129214 AMIR LJ10

Asalamualaikum pembuka bicara.Topik hari ini bersamaan dengan 6/10/2010 adalah pengurusan emosi di tempat kerja dan keluarga. Emosi memainkan peranan penting dlm hubungan seharian. Pada kelas ini kami twlah disajikan dengan pelbagai rakaman video tentang apa yang berlaku kepada staff atau perkerja di tempat kerja sekiranya emosi mereka dalam tempat kerja. Di sebalik gelak ketawa kerana hampir semuanya kelakar saya pasti semuanya berfikir tentang pentingnya pengurusan emosi di tempat kerja kerana ia tentunya boleh menganggu dan memberikan kesan terhadap perestasi.

Terdapat 2 domain perhubungan iaitu hubungan di tempat kerja dan organisasi serta hubungan di perigkat krga dan masyarakat. Peranan emosi juga adalah berasaskan kepada perkara berikut iaitu emosi positif dan negatif, perbezaan gender dalam menagani emosi, aplikasi kepintaran emosi, pengurusan rasa marah, perspektif budaya tempatan dalam menangani emosi. Sebagai contoh rasa kesian terhadap rakan yang tinggal di hospital akibat kemalangan. Dalam hal ini perbezaan gender juga memberikan kesan. Stereotype-male adalah jenis yang berdikari, lantang ,aktif, berani, berani buat keputusan, berkemahiran, aggresif, suka bersaing manakala perempuan pula lebih kepada beremosi, baikhati, lemah lembut, memahami, gembira, mudah menagis, kreatif, dan perihatin. Dalam erti kata lain bagi perempuan memenangi hati org lain penting dan lelaki pula buat apa yang dirasa perlu.

Seterusnya kita masuk kepada Jantina dan emosi. Ternyata kedua-duanya menagani dengan cara yang berbeza. Perempuan dikenal pasti mudah menampakkan emosi, mudah memahami perasaan org lain, mengalami emosi lebih kerap berbanding kaum adam. Lelaki pula beranggapan beremosi adalah tidak macho, berkeupayaan membaca dan mengenali emosi org lain, kurang menggunakan emosi untuk berkomunikasi. Malahan ada kata-kata seperti "men are from mars, women are from venus" -Jhon grey."Silahul mar ati dhumu uha" bermaksud senjata wanita adalah tangisannya. Dari aspek bahasa. Bahasa lelaki lebih banyak memulakan interaksi, aggeresif, bercakap manakala bahasa perempuan pula adalah bahasa berlapik contoh seperti kot, teragak-agak, penekan maksud, dan kata-kata emosi. Contoh mudah adalah pergi makan antara lelaki dan perempuan. Lelaki berfikiran mudah seperti pergi makan, siap beli barang, kuliah dan solat seterusnya balik. Jauh berbeza dengan perempuan yang lebih cerewet dan terperinci. Emosi penting tetapi kenapa manusia tidak meluahkannya robert pultnick 1980 menyatakan peranan sosial (cikgu,politik,penjual) undang2 sosial, tidak pandai membaca emosi, dan takut pada keburukan.

Masih didalam pengurusan emosi melibatkan keluarga. Antaranya Cinta bermula dgn senyuman, memekar dgn ciuman dan berakhir dgn airmata. Cinta pula membawa kepada perkhawinan mudah disimpulkan dengan marragie is an agreement in which a man loses his bachelors dgreed dan a woman gain a master dgreed. Selain itu Konsep keluarga bahagia adalah penting. Matlamat pembentukan keluarga adalah mencapai kebahagiaan, melahirkan anak yang soleh. Peranan emosi penting dalam hal ini. Emosi bergantung kpda situasi di mana seseorang berada, rumah perlu ada situasi y mengandungi plbgi sumber rangsgn atas emosi, emosi sesebuah keluarga boleh berubah-ubah mengikut situasi di rumah. Jika emosi negatif tidak terurus akan membawa byk masalah. Pentingnya kematangan berfikir, celim berfikir (supya dpt kenalpasti emosi mana y perlu dielakkan dan dikawal), mgunakan bahasa komunikasi verbal dan bukan verbal. Dalam hal ini juga menagini emosi negatif adalah penting dan disini perbezaan jantina memainkan peranan. Kekuatan seseorang lelaki bukan pada kekuatannya tetapi berapa byk tggujwab yang boleh dibawa dan kecantikan seorang wanita-dicermin dari hatinya.

Kesimpulannya, sedar atau tidak emosi menjadi asas penting dalam kehidupan seharian bahakan boleh menjadi motivasi dan bimbingan dikala dilanda musibah. Emosi perlu dikawal seadanya mengikut keadaan, walau sesukar manapun untuk menjaga emosi adalah penting untuk memahami emosi kerana emosi adalah perlambangan kita sebenarnya.sekian.

 


A129214 AMIR LJ09

A129214 AMIR LJ09

Pejam celik sudah sampai jurnal yang ke-9.Pada kuliah kali ini En.Ahmad Zabri, iaitu penyarah kursus ini ada membangkitkan dan mengingatkan tentang emosi yang berlaku tampa sedar semasa menyambut hari raya. Contohnya kegembiraan memyambut hari raya bersama ahli keluarga tersayang yang masih ada dan bersedih keatas yang telah pergi. Kuliah pada hari ini membincangkan tajuk Emosi, Personaliti dan Tingkah Laku. mempelajari tajuk ini ialah memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti serta memahami perhubungan antara emosi, personaliti dan juga tingkah laku.

Emosi adalah terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Perbezaan ini adalah berkaitan dengan personaliti individu. Emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu. Personaliti terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis A dan jenis B. Jenis A merupakan personaliti yang ringan tulang dan melakukan kerja. Tetapi personaliti sedemikian lebih cenderung menhadapi 'stress'. Manakala personaliti jenis B pula lebih 'rileks'  dan 'cool' untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun tugasan. Dari segi personaliti, personaliti A merupakan personaliti yang lebih baik berbanding personaliti B sekiranya emosi dapat dikawal dengan baik terutamanya dalam melakukan pekerjaan.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) merupakan instrumen yang sangat meluas digunakan di seluruh dunia. Individu diklasifikasikan seperti 'extroverted (E) vs introverted (I)' , ' sensing (S) vs intuitive (N)' , 'thinking (T) vs feeling (F)' dan 'judging (J) vs perceiving (P)'. 'Extroverted (E)'  ialah personaliti yang senang bergaul dengan masyarakat manakala 'introverted (I) lebih cenderung ke arah personaliti yang pendiam dan pemalu. 'Sensing (S)' pula ialah bersifat praktikal dan lebih fokus dalam mendalami sesuatu perkara tetapi berbeza pula dengan 'intuitive (I)' yang bersifat global. Seterusnya 'thinking (T)' menggunakan sebab dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu masalah bertentangan dengan 'feeling(F)' yang menitik beratkan perasaan seseorang. Beralih pula kepada 'judging (J)' yang lebih teratur dan sistematik berbanding dengan 'perceiving (P)' yang bersifat fleksible dan spontan.

Selain itu, turut dipelajari The Big Five Model yang merangkumi Openness to Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness dan Emotional Stability. Openness to experience mengalamatkan julat minat dan fanatik seseorang,  manakala conscientiousness pula mengukur kemampuan individu yang berbeza dengan  extroversion yang menerangkan tahap keselesaan seseorang dalam sesuatu perhubungan. Agreeableness pula berkaitan dengan kesepakatan antara seseorang individu itu dengan individu yang lain. Berbeza dengan emotional stability yang menilai kebolehan seseorang dalam menangani stress.

Di sini saya ingin kaitkan contoh yang membuktikan bahawa manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Contoh peristiwa seperti adik beradik lelaki n perempuan yang sya namakan A dan B, melihat rancangan di TV seperti Drama atau cerita seram. Reaksi berbeza berlaku kerana A sudah biasa manakala B pula berasa takut. Hal ini dapat dijelaskan juga kerana perbezaan jantina membentuk reaksi emosi yang berlainan. Ini adalah perempuan cenderung mengikut emosi berbanding lelaki.

Sebelum menutup jurnal ini, saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai pelajaran ini. Saya berpendapat bahawa personaliti seseorang itu adalah tidak tetap dan boleh jua sering berubah-ubah mengikut keadaan dan waktu.  

 


A129214 AMIR LJ09

A129214 AMIR LJ09

Pejam celik sudah sampai jurnal yang ke-9.Pada kuliah kali ini En.Ahmad Zabri, iaitu penyarah kursus ini ada membangkitkan dan mengingatkan tentang emosi yang berlaku tampa sedar semasa menyambut hari raya. Contohnya kegembiraan memyambut hari raya bersama ahli keluarga tersayang yang masih ada dan bersedih keatas yang telah pergi. Kuliah pada hari ini membincangkan tajuk Emosi, Personaliti dan Tingkah Laku. mempelajari tajuk ini ialah memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti serta memahami perhubungan antara emosi, personaliti dan juga tingkah laku.

Emosi adalah terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Perbezaan ini adalah berkaitan dengan personaliti individu. Emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu. Personaliti terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis A dan jenis B. Jenis A merupakan personaliti yang ringan tulang dan melakukan kerja. Tetapi personaliti sedemikian lebih cenderung menhadapi 'stress'. Manakala personaliti jenis B pula lebih 'rileks'  dan 'cool' untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun tugasan. Dari segi personaliti, personaliti A merupakan personaliti yang lebih baik berbanding personaliti B sekiranya emosi dapat dikawal dengan baik terutamanya dalam melakukan pekerjaan.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) merupakan instrumen yang sangat meluas digunakan di seluruh dunia. Individu diklasifikasikan seperti 'extroverted (E) vs introverted (I)' , ' sensing (S) vs intuitive (N)' , 'thinking (T) vs feeling (F)' dan 'judging (J) vs perceiving (P)'. 'Extroverted (E)'  ialah personaliti yang senang bergaul dengan masyarakat manakala 'introverted (I) lebih cenderung ke arah personaliti yang pendiam dan pemalu. 'Sensing (S)' pula ialah bersifat praktikal dan lebih fokus dalam mendalami sesuatu perkara tetapi berbeza pula dengan 'intuitive (I)' yang bersifat global. Seterusnya 'thinking (T)' menggunakan sebab dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu masalah bertentangan dengan 'feeling(F)' yang menitik beratkan perasaan seseorang. Beralih pula kepada 'judging (J)' yang lebih teratur dan sistematik berbanding dengan 'perceiving (P)' yang bersifat fleksible dan spontan.

Selain itu, turut dipelajari The Big Five Model yang merangkumi Openness to Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness dan Emotional Stability. Openness to experience mengalamatkan julat minat dan fanatik seseorang,  manakala conscientiousness pula mengukur kemampuan individu yang berbeza dengan  extroversion yang menerangkan tahap keselesaan seseorang dalam sesuatu perhubungan. Agreeableness pula berkaitan dengan kesepakatan antara seseorang individu itu dengan individu yang lain. Berbeza dengan emotional stability yang menilai kebolehan seseorang dalam menangani stress.

Di sini saya ingin kaitkan contoh yang membuktikan bahawa manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Contoh peristiwa seperti adik beradik lelaki n perempuan yang sya namakan A dan B, melihat rancangan di TV seperti Drama atau cerita seram. Reaksi berbeza berlaku kerana A sudah biasa manakala B pula berasa takut. Hal ini dapat dijelaskan juga kerana perbezaan jantina membentuk reaksi emosi yang berlainan. Ini adalah perempuan cenderung mengikut emosi berbanding lelaki.

Sebelum menutup jurnal ini, saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai pelajaran ini. Saya berpendapat bahawa personaliti seseorang itu adalah tidak tetap dan boleh jua sering berubah-ubah mengikut keadaan dan waktu.  

 


A129214 AMIR LJ08

A129214 AMIR LJ08 

            Asalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini juga saya ingin memgucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin tulus ikhlas.Emosi dan motivasi menjadi tajuk perbincangan minggu ini. Pokok pangkalnya, adalah bagaimana motivasi dan emosi itu boleh dikaitkan antara satu sama lain dalam pengurusan emosi setiap individu. Emosi boleh ditetapkan oleh nada yang berkesan. Baik positif ataupun negatif, ianya tidak pernah neutral. Bagi motivasi pula, secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku.

    Terdapat empat komponen emosi yang berbeza iaitu keadaan sesebuah perasaan, proses kognitif, fisiologi perubahan dan juga tingkahlaku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi menurut Baron & Logan, 1993. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional oleh Lang et al, 1992. Contohya adalah seperti motif mencuri, ia dapat memberikan keuntungan kepada kita iaitu duit dan harta tetapi kepada mangsa akan menimbulkan rasa takut dan kebencian. Contoh lain ialah apabila kita gagal melaksanakan sesuatu tugasan, pastinya kita akan berasa sedih dan berputus asa, tetapi dengan emosi tersebut ia juga dapat menyuntik lagi semangat yang lebih kepada kita untuk lebih berusaha untuk masa yang akan datang.

    Walaubagaimana pun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong. Tidak semua pendorong juga berasakan daripada emosi. Terdapat pelbagai teori-teori yang dapat dikaji, antaranya  James-Lange Theory, Cannon's Challenge dan Two-Factor Theory. Secara mudahnya, emosi adalah sebuah keadaan otak yang melibatkan pengaktifan wajah dan perubahan tubuh, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan untuk bertindak, semua dibentuk oleh peraturan budaya.  Emosi juga adalah sebagai respon adaptif, emosi melayani sebagai respon adaptif tubuh kita untuk kegiatan di lingkungan dan membantu mereka dalam mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain. Motivasi adalah aspek proses pemilihan dan menjangka apa yang mungkin.  Oleh itu, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain, apa proses pemilihan program aktiviti lebih lanjut, kegiatan interaktif lebih banyak (Mook, 1996).

            Teori-teori motivasi dan segala konsep yang berkaitan dengannya adalah penting. Pendek kata, emosi menekankan ghairah sedangkan motivasi menekankan tindakan. Oleh sebab demikian, perlu bagi seseorang itu untuk berfikiran positif dan menjadikan emosi sebagai suatu bentuk motivasi yang baik dan mampu mendorongnya untuk terus kehadapan.

 

 


A129214 AMIR LJ07

 

A129214 AMIR LJ07

 

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. Kuliah pada sesi kali ini pula adalah Emosi dan Ingatan. Kelas dimulakan oleh penceramah pengurusan emosi iaitu encik Zamri dimulakan dengan seluruh kelas ditayangan video klip mengenai bencana tsunami yang melanda hampir 6 tahun lepas iaitu pada tahun 2004 yang mana kejadian alam tersebut merupakan kejadian alam yang paling teruk pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Bagi saya dan dari apa yang saya faham emosi sememangnya mempengaruhi ingatan kita. Contoh adalah berdasarkan video yang ditayangkan, bencana terbabit tentunya meniggalkan impak atau kesan yang mendalam di ingatan mangsa tsunami dan berasa trauma serta takut akan kejadian yang menimpa mereka. Buktinya, apabila kita melalui sesuatu yang teraumatik akan mengakibatkan tertekan dan stress. Bahkan jika kita teliti, tiadapun masa dalam kehidupan di mana semuanya indah, mesti ada suatu ketika dimana emosi menjadi tidak stabil.

Tajuk kuliah yang diberikan iaitu emosi dan ingatan dibahagikan pula kepada dua bahagian, iaitu kandungan emosi dan keadaan emosi. Sebagai contoh, emosi yang positif atau baik memberikan impak yang baik kepada diri kita manakala emosi negatif pula sukar diingati dalam ingatan kerana perkara tersebut kita mahu lupakan dan tidak perlu diungkit lagi. Perkara pertama adalah kandungan emosi. Maksudnya kita cenderung atau mudah mengigati peristiwa kita sendiri alami daripada peristiwa yang diceritakan oleh orang lain. Sebagai contoh, pengalaman dan kenangan manis saya ketika saya berumur 13 tahun berada di pulau tioman masih tidak luput daripada ingatan saya. Perkara itu berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu. Kenangan-kenangan berada disana tidak luput dari ingatan saya malahan saya masih teringat terumbu karang dan ikan yang saya lihat pertama kali ketika snorkeling di sana. Saya juga teringat bapa saudara memberikan bangkai kuda laut yang terawet di tempat tinggalnya. Begitu juga kenangan bermain laut pada waktu malam dan menangkap ketam. Itulah merupakan pengalaman saya ketika pertama kalinya berada sebuah pulau di tengah laut dan menjadi antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

 

Perkara kedua pula adalah keadaan emosi. Keadaan emosi ini merangkumi dua aspek yang diketengahkan, iaitu aspek kesepadanan emosi atau mood congruence dan kebergantungan emosi atau mood dependence. Kesepadanan emosi di sini membawa maksud, apabila sesuatu peristiwa itu senang diingati berdasarkan emosi kita waktu itu  selaras dengan sesuatu peristiwa yang berlaku  pada satu masa tersebut. Sebagai contoh, apabila emosi kita pada ketika itu berasa amat gembira, peristiwa positif adalah lebih mudah untuk kita ingati, begitulah jika sebaliknya berlaku.

Selain daripada itu, ada sebahagian organ otak yang terlibat dalam mempengaruhi emosi dan ingatan kita ialah seperti amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. 'Amygdala' adalah bahagian yang penting dalam mengingati sesuatu peristiwa. Ia juga berfungsi untuk memberikan signal kepada minda kita sama ada sesuatu peristiwa itu perlu atau tidak untu diberikan perhatian untuk diingati dan disimpan dalam memori otak. Bahagian yang seterusnya prefrontal cortex pula adalah bahagian yang teransang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi.

Kesimpulannya, berbalik kepada topik emosi dan ingatan, sememangnya emosi mempengaruhi ingatan tetapi bergantunglah kepada individu untuk menguruskan emosi masing-masing dengan seadanya.

 


A129214 AMIR LJ06

 

A129214 AMIR LJ06

Asalamualaikum w.b.t. Syukur kepada hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya diberikan kekuatan untuk menulis jurnal pengurusan emosi ini. Tajuk yang dipelajari pada kali ini adalah agak sukar untuk difahami. Saya dan rakan-rakan telah didedahkan mengenai teori yang berkaitan dengan Teori Asas Adaptasi dan Teori Solomon. Teori asas adaptasi ini membicarakan tentang konsep asas tindak balas apabila kita berada di dalam proses adaptasi. Manakala, Teori Solomon pula menceritakan tentang hasil ubah suaian daripada Teori Asas Adaptasi. Teori asas adaptasi adalah penetuan sesuatu kognitif yang menentukan tahap emosi itu sendiri. Maksudnya asas adaptasi sesuatu emosi bertindak kepada neutral tetapi jika sesuatu ragsangan itu melebihi neutral itu akan membuatkan kita gembira. Tahap adaptasi kita sebenarnya sentiasa berada pada tahap yang neutral dan kebiasaanya, apabila tahap adaptasi ini berada pada tahap atas daripada tahap neutral ini, barulah kita akan berasa bahagia dan gembira. Kesimpulan bagi teori ini ialah, manusia hanya akan berpuas hati dengan hidupnya apabila berada pada tahap yang benar-benar tinggi hingga dapat memberi erti kepuasan yang sebenar pada diri mereka.

Teori solomon 1980, beliau berpendapat bahawa keseimbangan emosi yang neutral bukan berlaku pada jangka masa yang panjang tetapi ianya juga berlaku pada jangka masa yang singkat juga. Menurutnya lagi pada masa itu juga, emosi yang berlawanan turut terhasil. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan untuk berlaku. Ini menegaskan bahawa emosi itu berpasangan, dan apabila satu emosi itu berpasangan, maka, yang lain itu adalah emosi yang telah ditewaskan. Secara ringkasnya, penerangan bagi keadaan emosi ini ialah, suatu perasaan itu pada awalnya mencungkil tahap asas emosi, kemudiannya, tahap asas ini akan bertukar dan mencetuskan keadaan yang bertentangan. Saya ambil contoh, pada awalnya, seseorang itu akan berasa bagus dan gembira kerana telah memenangi hadiah yang berupa wang yang lumayan dalam sesebuah pertandingan. Tetapi perasaan yang positif kerana memenagi hadiah tersebut akan berubah menjadi negative kerana duit itu dapat dihabiskan dalam masa yang singkat.

Teori-teori yang dipelajari menerangkan tentang bertapa kompleksnya emosi manusia dan sistem dalam tubuh badan. Bagi pendapat saya, bukan mudah untuk menagani sesuatu emosi tetapi melalui pendedahan yang diberikan dalam kursus banyak menyedarkan diri tentang rapuhnya emosi seseorang itu. Sebagai contoh mengenai perpindahan adaptasi emosi yang berlaku. Sebagaimana yang dijelaskan tadi kita tidak perlu takut akan sesuatu kerana emosi takut itu boleh atau mampu dijadikan sesuatu perkara yang amat seronok selepas melaluinya. Saya teringat pengalaman saya bermain air bersama kerluarga di A Famosa wet world kira-kira 10 tahun yang lalu. Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang suka berenang kerana tidak pandai berenang dan takut lemas. Pada mulanya memang takut, tetapi perasaan itu berubah menajadi seronok apabila diajar berenang oleh ayah saya. Adik saya berkata saya berenang umpama seekor ikan. Begitu  juga apabila menuruni water slide di sana yang setinggi hampir 4 atau 5 tingkat. Saya juga seorang yang gayat pada ketinggian dan ketika menuruninya saya menjerit ketakutan sampaikan air masuk ke dalam mulut tetapi apabila sampai di dasar saya menjerit kegembiraan kerana berjaya mengharunginya bahkan melakukannya lebih daripada 10 kali akibat terlaku seronok. Ianya memperlihatkan peristiwa pahit menjadi manis yang dilalui dan mengigatkan saya tentang perlunya kita sebagai insan untuk mencabar keupayaan diri baik daripada mental ataupaun fizikal. Melakukan aktiviti sebegitu boleh dan mampu untuk menghilangkan perasaan takut dan membuatkan kita seronok dan ini pula akan menyebabkan kita berfikiran positif serta terus kehadapan.

Kesimpulannya, penting bagi kita untuk kita ambil. Saya berpesan bukan untuk sesiapa yang membaca jurnal ini tetapi untuk diri saya juga. Teori-teori itu juga telah menerangkan tentang sejauh mana kita mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Satu lagi yang saya pelajari adalah pentingnya sikap positif yang berterusan kerana jiwa manusia adalah diibaratkan seperti sehelai kertas A4 yang putih, salah cara menulis atau melukis maka kotor dan comotlah kertas itu dan betul cara menulis atau melukis maka cantik, berseni dan indahlah hasil karya itu. Begitu juga lampu suluh jika kuat baterinya makan kuat dan terang suluhannya dan sebaliknya. Maka, sebagai manusia peraktikkan ilmu yang ada dalam menghadapi dugaan dan nikmat yang diberikan oleh Nya.

Sekian.

 

 

 


A129214 AMIR LJ05

A129214 AMIR LJ05

            Asalamualaikum w.b.t. Pejam celik pejam celik sudah pun minggu kelima dalam kelas Pengurusan Emosi. Sebagaimana yang diketahui dalam kuliah menurut kepada teori utama pengalaman emosi dibahagikan kepada tiga iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori fisiologikal. Daripada perspektif saya, saya mendapati bahawa kesemua teori ini saling berkait dan kita manusia sebagai mahkluk yang beremosi tidak akan lari daripada konsep yang dinyatakan. Bahkan sebagai seorang penutut, emosi penting bagi membolehkan seseorang itu bersikap positif dan terus maj ke hadapan walaupun hakikatnya dibebani oleh masalah dan kekangan.

            Teori fisiologikal adalah merupakan emosi yang lahir daripada otak dan sistem saraf. Terdapat beberapa pendekatan yang menyokong teori ini antaranya adalah James-Lange (JLT). The Cannon-Bard Theory (CBT) dan Psychobiological Theory. Teori atau idea tertua datangnya daripada JLT yang diasaskan oleh William James dan Carl Large pada tahun 1884. Menurut teori ini sebagai contoh apabila kita berhadapan dengan sesuatu, badan akan bertindak dengan sistem saraf automnomik kita menghasilkan berberapa siri kejadian fisiologikal lain seperti kekejangan otot, peluh, kadar dengupan jantung menigkat dengan serta-merta. Maksudnya teori ini mencadangkan bahawa emosi yang terjadi berlaku selepas daripada siri kejadian fisiologi berkenaan atau sesuatu situasi itu menjadi penyebab kepada reaksi tubauh badan kemudian barulah emosi datang.

            Cannon-Banrd Theory atau CBT pula berpendapat sebaliknya dari teori JLT. Menurut teori ini pula, apabila sesuatu rangsangan terjadi, kita akan merasakan emosi terlebih dahulu dan kemudian baru perubahan fisiologi dalam tempoh masa yang agak sama. Reaksi emosi merupakan peroses yang cepat bertindak apabila adanya sesuatu rangsangan. Tambahan lagi, dalam istilah neurobiologikal, talamus menerima sesuatu isyarat dan akan menyampaikannya kepada amigdala yang mana dihubungkan dengan emosi. Anggota badan kemudiannya akan mendapat isyarat-isyarat melalui sistem saraf autonomik kepada otot-otot yang lain pula. Hal ini menjadi satu penyagkalan atau bukti kepada salahnya teori JLT pada lewat tahun 1920-an.

 

 

            Kemudian adanya teori kognitf. Teori ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pertamanya Schacter's Cognitive yang rasa bersetuju dengan teori James-Lang. Dalam teori ni, emosi akan wujud selepas reaksi gerak tubuh yang disertakan dengan pemikiran kognitif sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi, samaada positivf atau negative. Bahagian kedua adalah misattribution yang menyatakan sesetengah emosi manusia lahir akibat sebab yang tidak relevan dan logik. Contohnya ketika seorang wanita yang datang bulan dimana hormon memyebabkan wanita bersifat sensitif atau cepat marah. Ketiga pula adalah pemindahan kegembiraan kepada emosi lain. Contoh gembira kepada kesedihan apabila mendapat keputusan SPM cemerlang tetapi kemudiannya diberitahu bahawa sepupu baru meniggal dunia. Keempat adalah Cognitive appraisal yang terkandung dalamnya tiga komponen iaitu cognitive appriasal, action impulses, dan reaksi patterned somatic.

            Kesimpulannya, tidak kira berapa rapuhnya emosi kita, haruslah diingat bahawa emosi itu boleh dikawal. Secara keseluruhannya atau amnya, adalah bergantung kepada diri sendiri tentang bagaimana untuk mengatasi permasalah emosi yang dialami dan perlunya usaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Sekian saja.

 

 


Sunday 17 October 2010

A134393 Yanzur LJ13


Hari ni aku terlambat sikit masuk ke kelas Pengurusan Emosi Dr. Zamri. Nasib baik beliau belum mulakan kuliahnya lagi. Jadi aku sempat mengikuti kuliah yang terakhir ni sepenuhnya dari awal sampai habis. Macam tak percaya je sekarang dah masuk minggu yang terakhir. Final exam pun dah makin dekat. Tapi aku macam belum bersedia apa-apa lagi. Masih banyak yang aku belum ulangkaji untuk peperiksaan ni sebab terlalu sibuk dengan aktiviti kolej dan assignment pula banyak yang perlu disiapkan. Kesibukan ni kadang-kadang boleh membuatkan aku rasa begitu tertekan sebab banyak sangat benda yang perlu dilakukan masa nak dekat-dekat exam ni. Tapi aku masih dapat mengawal emosi ni dengan baik dan tidak bertindak di luar kawalan seperti cuba membunuh diri atau sebagainya.


Berbalik pada kuliah terakhir yang aku datang ni, perkara yang aku pelajari ialah tentang emosi di tempat kerja. Memang tak dinafikan tempat kerja adalah tempat yang paling selalu membuatkan emosi seseorang terganggu. Sebelum kuliah dimulakan, En. Zamri telah menunjukkan kami sebuah video yang berkaitan dengan emosi di tempat kerja. Dalam video tersebut, kami dapat menyaksikan pelbagai aksi yang agak ekstrim oleh pekerja-pekerja yang mengalami tekanan semasa bekerja. Ada yang bertindak menghancurkan barang-barang di sekeliling untuk melepaskan emosi mereka yang tak stabil tu. Malah ada yang lagi ganas sampai sanggup mencederekan rakan sekerja atau sesiapa je yang dirasakan mengganggu emosi mereka. Video ini adalah sekadar contoh supaya kami dapat lihat akibat yang akan terjadi kalau emosi semasa bekerja tak diuruskan dengan baik.


Dalam tajuk kuliah kali ni, aku mempelajari bahawa emosi memainkan peranan yang sangat penting ketika berada di tempat kerja sebab ia akan mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Bayangkan bila kita terlampau terbawa-bawa dengan tekanan emosi yang dihadapi masa tengah bekerja, dah tentu kita tak dapat tumpukan perhatian pada pekerjaan tu. Ini akan menyebabkan hasil atau mutu kerja kita jadi kurang memuaskan. Terdapat kaitan yang rapat antara emosi dan motivasi kerja. Mereka yang mampu menguruskan emosi di tempat kerja dengan baik akan dapat meningkatkan motivasi diri dalam pekerjaan. Selain itu, emosi juga berperanan dalam proses membuat keputusan dan juga dalam penerimaan mesej daripada pengurusan. Saya pernah tengok satu drama korea tentang tiga orang lelaki bujang yang terpaksa berdepan dengan masalah hidup yang rumit iaitu menjaga anak kecil rakan mereka yang dah meninggal dunia. Walaupun mereka ada tiga orang, tetap susah nak uruskan baby tu sebab mereka kena pergi bekerja. Jadi, disebabkan stress sangat jaga baby tu, salah seorang dari mereka terbawa-bawa emosi dia sampai kat tempat kerja. Dia ni kerja sebagai pelabur saham. Satu hari, masa dia tengah nak melabur, dia tersilap tentukan jumlah pelaburan untuk syarikat dia. Ini telah mendatangkan masalah yang sangat besar pada syarikat dia. Babak ni dapat dijadikan contoh bahawa emosi yang dialami boleh menyebabkan seseorang tersilap buat keputusan sampai menimbulkan masalah.


Aku juga telah pelajari tentang beberapa konsep yang mengaitkan emosi dengan kerjaya. Konsep yang pertam ialah Teori Kerjaya Holland. Ia merupakan pemadanan antara personaliti dengan budaya. Dalam konsep ni, Holland telah personaliti kepada enam iaitu realistic, investigative, social, conventional, enterprising and artistic. Untuk mengenalpasti mana satu personaliti kami dalam teori Holland ni, En. Zamri meminta kami menjawab satu personality test. Dari ujian tu, aku mendapati bahawa aku ni jenis yang artistic. Sebenarnya aku dah boleh agak sebab aku minat melukis, muzik, menyanyi dan apa-apa yang ada kaitan dengan seni.


Konsep yang kedua aku pelajari ialah Personality Type A and B. Antara kita semua ni, ada yang mempunyai personality type A dan ada yang type B. Orang yang ada type A ni dia jenis yang suka buat kerja dan takde masa untuk main-main atau bersuka ria. Pastu bila buat kerja, dia tak suka lambat-lambat dan seboleh-bolehnya akan buat dua kerja dalam satu masa supaya kerja tu siap cepat. Boleh dikatakan mereka yang jenis A ni seorang yang agak aktif. Manakala type B pula macam jenis yang pemalas sikit. Dia tak rasa perlu pun untuk buat sesuatu tugasan dan suka hati je bila-bila masa nak berehat. Tak pernah sungguh-sungguh buat kerja. Jadi, kalau nak pilih ketua untuk sesuatu perkara, pilihlah orang yang mempunyai personality type A.


Konsep yang seterusnya ialah Emotional Labour yang mengaitkan penggunaan emosi dalam tugasan harian. Ia adalah suatu keadaan di mana seseorang staff menjalankan kerja dengan menggunakan emosi. Contohnya, pramugari mestilah sentiasa tersenyum semasa melayan penumpang kapal terbang walaupun masa tu emosinya tak berapa baik. Ada 2 jenis emotional labour iaitu surface acting dan deep acting.


Budaya kerja di Malaysia adalah konsep yang terakhir yang boleh dikaitkan dengan emosi di tempat kerja. Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami dalam konsep ni. Antaranya ialah bagaimana bekerja dalam pasukan kerja dan bagaimana menangani konflik. Ini kerana Malaysia tergolong dalam masyarakat collectivist mengikut Hofstededan berpendekatan mengelak daripada berkonflik. Kita mesti tahu bahawa bila bekerja dalam satu pasukan, elemen yang penting ialah kerjasama. Aku pernah diberi tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja berkumpulan, tapi ada seorang di antara kami yang sering tidak mahu berbincang bersama-sama dan lebih suka buat sorang-sorang. Ini tak sepatutnya terjadi sebab sebagai satu kumpulan, kerja tu mesti diselesaikan bersama-sama.


Oleh itu, kesimpulan yang aku boleh buat daripada pembelajaran kuliah kali ni ialah emosi di tempat kerja itu penting untuk dikawal supaya pekerjaan yang dilakukan jadi lebih sempurna. Ini kerana emosi sangat berkait rapat dengan prestasi kerja seseorang. Setiap kerja yang ditugaskan kepada kita mestilah dibuat dengan bersungguh-sunguh barulah kita boleh menjadi seorang pekerja yang berjaya.