Monday 6 December 2010

A129205 FATHANAH LJ01



Emosi. Apa itu emosi? Perkataan ini sering bermain dan berlegar-legar di minda saya. Tetapi sebaik sahaja saya mengikuti kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi yang diajarkan oleh Encik AHMAD ZAMRI BIN MANSOR, barulah saya mengerti maksud yang tersirat daripada perkataan emosi itu. Walaupun saya sudah  menginjak dari tahun 1 ke tahun 2 tetapi saya masih lagi tercari-cari pengertian sebenar tentang  maksud emosi. Kerana bagi saya maksud emosi itu mudah sahaja, iaitu emosilah  yang menyebabkan seseorang manusia itu berubah sikap dari perlakuan sebenar. Emosilah jugalah yang seringkali  mendorong manusia  melakukan sesuatu perkara untuk perubahan. Adanya perasaan takut dengan perkara yang akan terjadi, ada rasa cemas, ada rasa khuatir dan juga perasaan marah. Tetapi menurut definisi Kleinginna & Kleinginna(1981), "emotion is a complex set of interactions among subjective & objective factors mediated by neural hormonal systems" which can give to affective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour.  Selepas mendengar penerangan dari kuliah pengurusan emosi barulah saya mengerti maksud yang tersirat daripada emosi itu.
Berbalik kepada penceritaan saya, selalunya selepas saya pulang dari kelas saya akan singgah di bilik kawan saya, untuk berjumpa  dan makan bersama-samanya. Ketika saya sampai di biliknya, saya melihat dia sedang khusyuk menonton drama korea di skrin laptopnya sehingga kawan saya itu hampir menitiskan airmata hanya kerana terlalu melayan perasaan sehinggakan terbawa-bawakan emosi pelakon-pelakon drama korea itu ke dalam dirinya. Saya  hanya ketawakannya dan mengejeknya kerana terlalu taksub dengan drama korea, itu sebelum saya mengetahui maksud sebenar  emosi,  Tetapi kini setelah saya mengikuti kursus pengurusan emosi, barulah saya mengerti tentang perasaan dan emosi seseorang tidak dapat diramal walaupun ketika dia sedang bersusah hati atau sedang bergembira pasti terdapat sesuatu perkara yang dapat merubah karakter seseorang itu. Saya teringat pula tentang  kawan saya yang gemar menonton filem-filem yang bergenre seram atau thriller, jadi dia menyuruh saya  mencari cerita sebegitu untuk ditonton. Setelah saya menjumpai filem  yang bertajuk "Daybreaker" yang menceritakan tentang bagaimana pontianak boleh hidup bersama-sama manusia dan bagaimanana pontianak berusaha untuk menguasai manusia pada masa akan datang. Kawan saya terus menonton filem itu sehingga tamat dengan sesekali diselangi dengan jeritan, dan airmata . Pada mulanya saya merasakan dia akan menyukai filem itu tetapi sangkaan saya sama sekali meleset, dia telah terbawa-bawa emosi menyeramkan itu ke dalam dirinya kerana dia beranggapan pontianak seperti itu wujud di dunia nyata  sehingga dia tidak lagi gemar menonton filem-filem bergenre seram. Jadi saya dapat merasakan yang empat komponen emosi itu seperti perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku mampu merubah seseorang itu, daripada bersifat berani kepada penakut.
Saya  juga rasa cukup bertuah kerana dapat mendaftarkan diri  untuk mengikuti kursus pengurusan emosi,yang dikuliahkan  oleh En Ahmad Zamri Bin Mansor walaupun  kursus ini hanyalah  U2  untuk menglengkapkan unit dan  nampak seperti sangat susah tetapi siapa tahu mungkin banyak benda yang  dapat saya pelajari mengenai pengurusan emosi dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Setidak-tidaknya melalui kursus ini  dapatlah saya mengenali diriku dan berubah dari keadaan yang tidak baik kepada baik dan keadaan baik kepada yang lebih. Saya juga berharap hasil pembelajaran saya dapat membimbing kawan-kawan saya dalam mengenali apa itu  EMOSI. Sekian. Terima Kasih