Sunday 17 October 2010

A134393 Yanzur LJ13


Hari ni aku terlambat sikit masuk ke kelas Pengurusan Emosi Dr. Zamri. Nasib baik beliau belum mulakan kuliahnya lagi. Jadi aku sempat mengikuti kuliah yang terakhir ni sepenuhnya dari awal sampai habis. Macam tak percaya je sekarang dah masuk minggu yang terakhir. Final exam pun dah makin dekat. Tapi aku macam belum bersedia apa-apa lagi. Masih banyak yang aku belum ulangkaji untuk peperiksaan ni sebab terlalu sibuk dengan aktiviti kolej dan assignment pula banyak yang perlu disiapkan. Kesibukan ni kadang-kadang boleh membuatkan aku rasa begitu tertekan sebab banyak sangat benda yang perlu dilakukan masa nak dekat-dekat exam ni. Tapi aku masih dapat mengawal emosi ni dengan baik dan tidak bertindak di luar kawalan seperti cuba membunuh diri atau sebagainya.


Berbalik pada kuliah terakhir yang aku datang ni, perkara yang aku pelajari ialah tentang emosi di tempat kerja. Memang tak dinafikan tempat kerja adalah tempat yang paling selalu membuatkan emosi seseorang terganggu. Sebelum kuliah dimulakan, En. Zamri telah menunjukkan kami sebuah video yang berkaitan dengan emosi di tempat kerja. Dalam video tersebut, kami dapat menyaksikan pelbagai aksi yang agak ekstrim oleh pekerja-pekerja yang mengalami tekanan semasa bekerja. Ada yang bertindak menghancurkan barang-barang di sekeliling untuk melepaskan emosi mereka yang tak stabil tu. Malah ada yang lagi ganas sampai sanggup mencederekan rakan sekerja atau sesiapa je yang dirasakan mengganggu emosi mereka. Video ini adalah sekadar contoh supaya kami dapat lihat akibat yang akan terjadi kalau emosi semasa bekerja tak diuruskan dengan baik.


Dalam tajuk kuliah kali ni, aku mempelajari bahawa emosi memainkan peranan yang sangat penting ketika berada di tempat kerja sebab ia akan mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Bayangkan bila kita terlampau terbawa-bawa dengan tekanan emosi yang dihadapi masa tengah bekerja, dah tentu kita tak dapat tumpukan perhatian pada pekerjaan tu. Ini akan menyebabkan hasil atau mutu kerja kita jadi kurang memuaskan. Terdapat kaitan yang rapat antara emosi dan motivasi kerja. Mereka yang mampu menguruskan emosi di tempat kerja dengan baik akan dapat meningkatkan motivasi diri dalam pekerjaan. Selain itu, emosi juga berperanan dalam proses membuat keputusan dan juga dalam penerimaan mesej daripada pengurusan. Saya pernah tengok satu drama korea tentang tiga orang lelaki bujang yang terpaksa berdepan dengan masalah hidup yang rumit iaitu menjaga anak kecil rakan mereka yang dah meninggal dunia. Walaupun mereka ada tiga orang, tetap susah nak uruskan baby tu sebab mereka kena pergi bekerja. Jadi, disebabkan stress sangat jaga baby tu, salah seorang dari mereka terbawa-bawa emosi dia sampai kat tempat kerja. Dia ni kerja sebagai pelabur saham. Satu hari, masa dia tengah nak melabur, dia tersilap tentukan jumlah pelaburan untuk syarikat dia. Ini telah mendatangkan masalah yang sangat besar pada syarikat dia. Babak ni dapat dijadikan contoh bahawa emosi yang dialami boleh menyebabkan seseorang tersilap buat keputusan sampai menimbulkan masalah.


Aku juga telah pelajari tentang beberapa konsep yang mengaitkan emosi dengan kerjaya. Konsep yang pertam ialah Teori Kerjaya Holland. Ia merupakan pemadanan antara personaliti dengan budaya. Dalam konsep ni, Holland telah personaliti kepada enam iaitu realistic, investigative, social, conventional, enterprising and artistic. Untuk mengenalpasti mana satu personaliti kami dalam teori Holland ni, En. Zamri meminta kami menjawab satu personality test. Dari ujian tu, aku mendapati bahawa aku ni jenis yang artistic. Sebenarnya aku dah boleh agak sebab aku minat melukis, muzik, menyanyi dan apa-apa yang ada kaitan dengan seni.


Konsep yang kedua aku pelajari ialah Personality Type A and B. Antara kita semua ni, ada yang mempunyai personality type A dan ada yang type B. Orang yang ada type A ni dia jenis yang suka buat kerja dan takde masa untuk main-main atau bersuka ria. Pastu bila buat kerja, dia tak suka lambat-lambat dan seboleh-bolehnya akan buat dua kerja dalam satu masa supaya kerja tu siap cepat. Boleh dikatakan mereka yang jenis A ni seorang yang agak aktif. Manakala type B pula macam jenis yang pemalas sikit. Dia tak rasa perlu pun untuk buat sesuatu tugasan dan suka hati je bila-bila masa nak berehat. Tak pernah sungguh-sungguh buat kerja. Jadi, kalau nak pilih ketua untuk sesuatu perkara, pilihlah orang yang mempunyai personality type A.


Konsep yang seterusnya ialah Emotional Labour yang mengaitkan penggunaan emosi dalam tugasan harian. Ia adalah suatu keadaan di mana seseorang staff menjalankan kerja dengan menggunakan emosi. Contohnya, pramugari mestilah sentiasa tersenyum semasa melayan penumpang kapal terbang walaupun masa tu emosinya tak berapa baik. Ada 2 jenis emotional labour iaitu surface acting dan deep acting.


Budaya kerja di Malaysia adalah konsep yang terakhir yang boleh dikaitkan dengan emosi di tempat kerja. Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami dalam konsep ni. Antaranya ialah bagaimana bekerja dalam pasukan kerja dan bagaimana menangani konflik. Ini kerana Malaysia tergolong dalam masyarakat collectivist mengikut Hofstededan berpendekatan mengelak daripada berkonflik. Kita mesti tahu bahawa bila bekerja dalam satu pasukan, elemen yang penting ialah kerjasama. Aku pernah diberi tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja berkumpulan, tapi ada seorang di antara kami yang sering tidak mahu berbincang bersama-sama dan lebih suka buat sorang-sorang. Ini tak sepatutnya terjadi sebab sebagai satu kumpulan, kerja tu mesti diselesaikan bersama-sama.


Oleh itu, kesimpulan yang aku boleh buat daripada pembelajaran kuliah kali ni ialah emosi di tempat kerja itu penting untuk dikawal supaya pekerjaan yang dilakukan jadi lebih sempurna. Ini kerana emosi sangat berkait rapat dengan prestasi kerja seseorang. Setiap kerja yang ditugaskan kepada kita mestilah dibuat dengan bersungguh-sunguh barulah kita boleh menjadi seorang pekerja yang berjaya.

No comments:

Post a Comment