Monday 31 January 2011

A133607 NOR FAZLYANA TAJUK 5 TEORI TEORI ;)

Assalamualaikum. 
HELLO peeps. Ohh, ini sudah merupakan jurnal yang terakhir untuk dihantar. ohh, mesti saya akan merindui untuk menulis menulis lagi
disini. HEHE





Teori Aras Adaptasi

Teori ini mengenai suatu tindak balas terhadap suatu rangsangan berdasarkan adaptasi semasa kita. Contoh yang dapat saya ceritakan seperti 
bunyi kereta api yang melalui kawasan perumahanan saudara saya. Pada mulanya, saya menginap di rumahnya semasa cuti sekolah pada empat
tahun lepas. Saya tidak mengetahui bahawa terdapat laluan untuk kereta api ada di belakang halaman rumahnya. Apabila pertama kali
saya mendengar bunyi bising itu, saya menanyakan kepadanya. Dia berkata, 'Tren lalu lah'. Saya agak terkejut dan bertanya kepada nya,
'Kau tidak rasa bunyi tu merunsingkan ke?' Lalu dia menjawab,'Tiadalah, aku sudah biasa. Lagi pun bunyi itu tidaklah kuat sangat'.
Pada saya ketika itu, bunyi tersebut sangatlah menyakitkan telinga tetapi setelah sebulan bercuti disana saya sudah lali dan
terbiasa mendengar bunyi bising tersebut.
Disini dapat kita lihat, saya sudah sebati dengan bunyi bising tersebut dan tidak memikirkan itu bunyi bising yang merunsingkan.





Teori Proses Berlawanan Solomon

Pada mulanya, saya tergelak besar mendengar nama teori ini. HEHE. kerana semasa Matrik dahulu pengarah saya bernama SULAIMAN dan
kami mengelarkan THE KING OF SOLOMON. hehe. jadi saya terus teringat mengenai zaman matrikulasi saya mengenai makna teori ini. Ia berdasarkan
pengalaman saya semasa zaman matrikulasi. Semasa SEMESTER satu saya pelajar sains hayat diwajib mengambil KOKOKURIKULUM.
jadi kelas saya telah ditetapkan untuk mengambil KELAB REKREASI. Pada minggu tersebut, kami diberi tugasan untuk menyempurnakan aktiviti
abseiling. jadi setiap seorang wajib untuk mencuba aktiviti ini. Pada mulanya, saya amat takut. tetapi setelah dipaksa dan diberi
semangat oleh kawan saya, saya cuba juga untuk mencuba. Semasa di had ketinggian itu, saya amat gayat dan seperti ingin menangis. Namun
kuatkan diri dan tidak memandang ke bawah. apabila selesai melakukan aktiviti tersebut, saya seperti ter'excited' sebentar.
Saya ingin mencuba lagi dan lagi. hehe. 
Jadi teori ini dapat kita lihat berlawanan dengan perasan kita sebelum ini iaitu daripada ketakutan ke keseronokan. 




Sampai di sini sahaja, TERIMA KASIH ;)


A128145 Rohaida Binti Abdul Latiff Tajuk 5 Teori Perubahan Emosi

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

 

Pada 25 Januari 2011, genaplah lima minggu saya dan rakan-rakan mempelajari Pengurusan Emosi. Ini bermakna jurnal pada minggu ini adalah jurnal yang terakhir saya untuk dihantar kepada Dr. Zamri Mansor. Alhamdulillah, selesai tugasan individu saya ini. Ilmu yang saya pelajari dari subjek Pengurusan Emosi ini juga semakin bertambah dan semakin lama mempelajari subjek ini, semakin jatuh hati pula rasanya. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal tergila-gila.

 

Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah diperkenalkan oleh Dr. Zamri mengenai satu teori yang tidak pernah saya mengetahuinya sebelum ini iaitu Teori Aras Adaptasi. Untuk pengetahuan kalian semua, teori aras adaptasi ini merupakan suatu yang bertindak balas terhadap suatu ransangan berdasarkan adaptasi semasa kita. Ianya secara automatik meletakkan titik neutral terhadap situasi yang kita hadapi. Contohnya, apabila bunyi yang kedengaran di sekeliling kita adalah bunyi yang tidak terlalu kuat, ini menunjukkan aras adaptasi semasa kita dan kita berada di tahap neutral. Dan sebaliknya, apabila bunyi yang kedengaran di sekeliling kita adalah bunyi yang amat kuat dan ianya menjadikan rasa tidak tenteram dan tidak selesa, ini bermakna aras adaptasi kita meningkat dan menimbulkan rasa kemarahan.

 

Teringat saya ketika bekerja sambilan di sebuah kedai komputer sementara menunggu keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Saya ditawarkan gaji daripada bos RM700 sebulan di kedai komputer tersebut. Satu-satunya kedai di situ yang menawarkan gaji yang agak tinggi kerana kebanyakan kedai di sekitar itu hanya menawarkan gaji sebanyak RM400. Dan bekerja di dalam bidang IT sememangnya adalah minat saya dari dulu lagi. Oleh itu, saya mengambil peluang untuk bekerja di kedai komputer tersebut untuk mempelajari ilmu pengetahuan tentang ilmu IT di samping menimba pengalaman. Genap tiga bulan saya bekerja di kedai tersebut, gaji saya meningkat! Bos telah menaikkan gaji saya sebanyak RM300 dan ini menjadikan gaji saya adalah RM1000. Alangkah riang dan gembiranya hati saya ketika itu dan senyum saya hingga ke telinga rasanya. Peningkatan gaji tersebut membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Saya berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk bos dan kedai tersebut walaupun saya hanyalah bekerja sambilan. Walaupun hanya lima bulan saya bekerja di kedai komputer tersebut, ternyata banyak ilmu yang saya pelajari. Contohnya seperti saya dapat mengetahui komponen-komponen komputer, cara untuk membaiki komputer dan sebagainya.  

 

Teori yang kedua saya pelajari pada minggu ini ialah Teori Proses Berlawanan Solomon. Pelik rasanya apabila mendengar teori tersebut kerana saya langsung tidak pernah mendengarnya apatah lagi mempelajarinya. Jadi saya mengambil peluang ini untuk memahami Teori Proses Berlawanan Solomon ini dengan baik dan berkesan. Teori Proses Berlawanan Solomon ini merupakan hasil ubahsuai daripada Teori Aras Adaptasi. Teori ini dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menerangkan tentang tingkah laku dadah.  Emosi yang dihasilkan mengakibatkan timbulnya emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, seseorang yang pada awalnya amat tidak meminati aktiviti riadhah seperti berjogging atau bersenam, tetapi lama-kelamaan apabila aktiviti tersebut dilakukan secara kerapkali dan ditemani rakan-rakan, aktiviti jogging atau bersenam tersebut menjadi aktiviti yang paling digemari dan seronok. Di samping itu juga ia dapat menjaga kesihatan.

 

Teori Proses Berlawanan Solomon ini dapat saya kaitkan dengan pengalaman saya semasa saya menyertai (Program Latihan Khidmat Negara) PLKN pada tahun 2007 yang lalu. Saya merupakan seorang yang amat meminati aktiviti-aktiviti yang lasak dan sememangnya saya amat gembira apabila terpilih untuk menyertai PLKN tersebut. Namun, saya merupakan seorang yang amat takut dengan aktiviti "flying fox". Ini adalah kerana saya takut dengan ketinggian dan berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi seolah-olah saya tidak akan selamat. Selain itu, saya juga bimbang jika saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kem. Pada awalnya, agak sukar bagi saya untuk mengikuti dan menyesuaikan diri dengan keadaan di kem. Tetapi, setelah mendapat tunjuk ajar dan dorongan daripada jurulatih, saya bertambah yakin dan berjaya mengikuti semua modul latihan. Aktiviti "flying fox" yang amat saya takuti sebelum ini telah menjadi aktiviti kegemaran saya kerana setelah mengikuti program PLKN tersebut, saya kini menjadi seorang yang berani dengan ketinggian dan tidak gayat lagi. Saya berasa amat gembira kerana banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih. Tambahan pula, program PLKN tersebut mendisiplinkan diri serta menguatkan keyakinan saya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan masalah.

 

Sampai di sini sahaja rasanya coretan saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam.

 

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya tumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita jumpa lagi.