Wednesday 20 October 2010

A129214 AMIR LJ06

 

A129214 AMIR LJ06

Asalamualaikum w.b.t. Syukur kepada hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya diberikan kekuatan untuk menulis jurnal pengurusan emosi ini. Tajuk yang dipelajari pada kali ini adalah agak sukar untuk difahami. Saya dan rakan-rakan telah didedahkan mengenai teori yang berkaitan dengan Teori Asas Adaptasi dan Teori Solomon. Teori asas adaptasi ini membicarakan tentang konsep asas tindak balas apabila kita berada di dalam proses adaptasi. Manakala, Teori Solomon pula menceritakan tentang hasil ubah suaian daripada Teori Asas Adaptasi. Teori asas adaptasi adalah penetuan sesuatu kognitif yang menentukan tahap emosi itu sendiri. Maksudnya asas adaptasi sesuatu emosi bertindak kepada neutral tetapi jika sesuatu ragsangan itu melebihi neutral itu akan membuatkan kita gembira. Tahap adaptasi kita sebenarnya sentiasa berada pada tahap yang neutral dan kebiasaanya, apabila tahap adaptasi ini berada pada tahap atas daripada tahap neutral ini, barulah kita akan berasa bahagia dan gembira. Kesimpulan bagi teori ini ialah, manusia hanya akan berpuas hati dengan hidupnya apabila berada pada tahap yang benar-benar tinggi hingga dapat memberi erti kepuasan yang sebenar pada diri mereka.

Teori solomon 1980, beliau berpendapat bahawa keseimbangan emosi yang neutral bukan berlaku pada jangka masa yang panjang tetapi ianya juga berlaku pada jangka masa yang singkat juga. Menurutnya lagi pada masa itu juga, emosi yang berlawanan turut terhasil. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan untuk berlaku. Ini menegaskan bahawa emosi itu berpasangan, dan apabila satu emosi itu berpasangan, maka, yang lain itu adalah emosi yang telah ditewaskan. Secara ringkasnya, penerangan bagi keadaan emosi ini ialah, suatu perasaan itu pada awalnya mencungkil tahap asas emosi, kemudiannya, tahap asas ini akan bertukar dan mencetuskan keadaan yang bertentangan. Saya ambil contoh, pada awalnya, seseorang itu akan berasa bagus dan gembira kerana telah memenangi hadiah yang berupa wang yang lumayan dalam sesebuah pertandingan. Tetapi perasaan yang positif kerana memenagi hadiah tersebut akan berubah menjadi negative kerana duit itu dapat dihabiskan dalam masa yang singkat.

Teori-teori yang dipelajari menerangkan tentang bertapa kompleksnya emosi manusia dan sistem dalam tubuh badan. Bagi pendapat saya, bukan mudah untuk menagani sesuatu emosi tetapi melalui pendedahan yang diberikan dalam kursus banyak menyedarkan diri tentang rapuhnya emosi seseorang itu. Sebagai contoh mengenai perpindahan adaptasi emosi yang berlaku. Sebagaimana yang dijelaskan tadi kita tidak perlu takut akan sesuatu kerana emosi takut itu boleh atau mampu dijadikan sesuatu perkara yang amat seronok selepas melaluinya. Saya teringat pengalaman saya bermain air bersama kerluarga di A Famosa wet world kira-kira 10 tahun yang lalu. Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang suka berenang kerana tidak pandai berenang dan takut lemas. Pada mulanya memang takut, tetapi perasaan itu berubah menajadi seronok apabila diajar berenang oleh ayah saya. Adik saya berkata saya berenang umpama seekor ikan. Begitu  juga apabila menuruni water slide di sana yang setinggi hampir 4 atau 5 tingkat. Saya juga seorang yang gayat pada ketinggian dan ketika menuruninya saya menjerit ketakutan sampaikan air masuk ke dalam mulut tetapi apabila sampai di dasar saya menjerit kegembiraan kerana berjaya mengharunginya bahkan melakukannya lebih daripada 10 kali akibat terlaku seronok. Ianya memperlihatkan peristiwa pahit menjadi manis yang dilalui dan mengigatkan saya tentang perlunya kita sebagai insan untuk mencabar keupayaan diri baik daripada mental ataupaun fizikal. Melakukan aktiviti sebegitu boleh dan mampu untuk menghilangkan perasaan takut dan membuatkan kita seronok dan ini pula akan menyebabkan kita berfikiran positif serta terus kehadapan.

Kesimpulannya, penting bagi kita untuk kita ambil. Saya berpesan bukan untuk sesiapa yang membaca jurnal ini tetapi untuk diri saya juga. Teori-teori itu juga telah menerangkan tentang sejauh mana kita mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Satu lagi yang saya pelajari adalah pentingnya sikap positif yang berterusan kerana jiwa manusia adalah diibaratkan seperti sehelai kertas A4 yang putih, salah cara menulis atau melukis maka kotor dan comotlah kertas itu dan betul cara menulis atau melukis maka cantik, berseni dan indahlah hasil karya itu. Begitu juga lampu suluh jika kuat baterinya makan kuat dan terang suluhannya dan sebaliknya. Maka, sebagai manusia peraktikkan ilmu yang ada dalam menghadapi dugaan dan nikmat yang diberikan oleh Nya.

Sekian.

 

 

 


No comments:

Post a Comment