Saturday 29 January 2011

A130117 Normashitah bt Mohamad Nashir Tajuk 4 Teori Perubahan Emosi


Salam Ukhwah dan salam 1Malaysia…


Pada kuliah minggu ini kami telah mempelajari dua teori dalam perubahan emosi seseorang iaitu teori asas adaptasi dan teori proses berlawanan. Pada awalnya persepsi diri mengatakan teori itu sesuatu yang sukar difahami. Namun setelah diterangkan oleh Dr. Zamri, Alhamdulillah saya mendapat kefahaman mengenainya. Sebelum kuliah dimulakan Dr. Zamri meminta kepada kami agar melangsaikan hutang yang tidak berbayar. Hutang itu bukanlah berbentuk wang ringgit, tetapi hutang tugasan yang telah berikan Dr. Zamri pada tutorial minggu lepas. Iaitu berkaitan dengan tugasan emosi negatif.


Secara asasnya, ransangan seseorang terhadap tindakbalas yang diterima adalah berdasarkan aras adaptasi semasa seseorang. Menurut kefahaman saya aras adaptasi adalah tahap emosi seseorang berdasarkan situasi disekelilingnya. Contohnya yang boleh saya aplikasikan adalah apabila seseorang yang tidak pernah mengulangkaji pelajaran dalam suasana yang bising atau sambil mendengar radio pasti ia akan marah pada sesiapa yang buat bising kerana telah mengganggunya untuk focus kepada pelajaran yang hendak di ulangkaji, tambahan pula apabila hampir-hampir menjelang peperiksaan. Pastinya akan menimbulkan kemarahan yang bersangatan.


Berbeza pula dengan situasi bagi seseorang yang tidak boleh mengulangkaji pelajaran tanpa mendengar radio. Baginya radio atau lagu yang didengarinya dapat membangkitkan ilham serta dia tidak akan berasa bosan semasa mengulangkaji pelajaran. Dengan kata mudahnya belajar secara santai. Sudah banyak kita lihat budaya dikalangan pemuda pemudi hari ini yang sering kali memakai headphone dalam kehidupan sehariannya. Tidak kira dimana sahaja pasti kita akan melihat budaya sebegini. Sering kali saya melihat senario ini ketika saya pulang ke kampung dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM). Malah budaya ini tidak mengenal jantina, bangsa dan agama. Memang tidak salah budaya ini diamalkan, kerana jika ia membawa kebaikan kepada seseorang itu apa salahnya dia membudayakan perbuatan itu.


Saya juga mempunyai sahabat yang suka mendengar lagu serta mempelajari sesuatu dengan mendengar berulangkali. Sepertimana kita mendengar lagu-lagu dalam bahasa Inggeris pastinya kita akan fasih dalam menyebut setiap perkataan Inggeris dengan yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara tidak langsung ia akan menambah pengetahuan dan minat kita pada bahasa Inggeris terutamanya. Namun dalam setiap kebaikan yang ada pasti terselit juga keburukan atau kesan pada masa akan datang. Seperti pepatah Melayu ada menyebut dalam setandan pisang pasti ada busuknya. Saya membuat perumpamaan ini kerana saya ada terbaca beberapa article tentang kesihatan telinga yang mengatakan bahawa jika seseorang itu kerap kali menggunakan headphone pasti gegendang telinganya akan rosak akibat frekuansi bunyi yang terlalu dekat dengan telinga. Begitu juga keadaannya jika seseorang itu kerap kali menelifon dengan menggunakan telifon bimbit dalam kehidupan seharian akibat dari radiasi dari telifon tersebut. Begitu hebat teknologi hari ini.


Teori yang kedua yang telah dipelajari adalah Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini merupakan hasil ubahsuaian teori asas adaptasi yang telah diterangkan sebelum ini. Teori ini telah dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkahlaku ketagihan dadah. Menurut teori ini setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Ini kerana setiap emosi itu berpasangan. Jika satu emosi dialami oleh seseorang pasti pasangan emosi yang satu lagi akan terpendam. Seperti mana yang menurut Dr. Zamri di dalam kuliah sebelum ini angkasawan Negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang yang takutkan ketinggian. Namun beliau telah menghilangkan perasaan takut dan menzahirkan keberanian dalam dirinya yang hasilnya telah membawa kejayaan bukan sahaja pada diri beliau malah membawa kejayaan pada Negara. Bak kata pepatan melayu, tak kenal maka tak cinta.


Menurut teori ini, emosi seseorang akan berada dalam dua peringkat atau lebih mudah dikatakan ia berpasanagn. Pada peringkat awal, emosi seseorang terhadap sesuatu yang terjadi disekelilingnya adalah lahir secara automatic. Contohnya seperti seorang perempuan yang tidak suka untuk bersukan kerana ia sangat memenatkan. Dalam keadaan emosi yang tidak sukakan sukan, dalam dirinya juga terdapat satu lagi emosi yang terpendam iaitu ingin bersukan kerana berat badan yang semakin meningkat. Namun setelah diajak oleh teman untuk mencuba sesuatu yang baru tambahan pula hasilnya lumayan seperti hilang berat badan pastinya ia akan berubah menjadi semakin suka untuk bersukan. Seperti mana menurut teori ini emosi yang terpendam sifatnya akan beterusan dan menjadi semakin kuat jika diulang beberapa kali dan emosi dalam keadaan awal tadi akan menjadi semakin lemah. Seperti kata-kata semangat yang sering kita dengar practice make perfect!


Teringat saya pada sinetron Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan. Pada episode awal sinetron tersebut yang mengisahkan seorang remaja yang telah  ditangkap menagih dadah atau bahasa Indonesianya pencadu nakoba. Dia telah dibawa oleh kedua orang tuanya ke pesantren dalam keadaan terpaksa dan tidak suka dengan tarbiyyah dan didikan yang dibawa persentren itu. Akhirnya remaja itu telah berubah menjadi seorang muslimah yang baik. Sehinggakan ibunya sendiri tidak percaya dengan perubahan yang dilalui anaknya itu. Menurut kisah ini, saya melihat remaja tersebut yang diberi nama Aprilia, sebenarnya budak yang baik dan pandai dalam akademik. Ini kerana semasa dia belajar di pesantren itu dia merupakan antara pelajar yang bijak dalam menjawab persoalan-persoalan yang sukar dijawab oleh pelajar lain. Aprilia menjadi sebegitu adalah disebabkan kelalaian kedua orang tuanya terhadap dirinya. Hakikatnya dalam diri Aprilia sebelum itu adalah mahu berubah namun dia tidak berdaya kerana telah terjebak dengan ketagihan dadah. Dengan jiwa yang kuat akhirnya dia telah berubah dan kembali pulih seperti remaja sebaya dengannya. Namun peristiwa hitam dalam hidupnya telah dijadikan pengajaran buat diri Aprilia sendiri kerana dia kini amat menyayangi orang disekelilingnya.


Babak dalam sinetron ini dilihat sama seperti teori yang kedua iaitu teori Solomon. Ini kerana beliau menghasilkan teori ini adalah berdasarkan perubahan emosi yang mendadak oleh penagih dadah. Di mana menurut Solomon ketagihan dadah adalah dipengaruhi oleh du emosi iaitu keseronokan dan kesakitan. Pada peringkat permulaan penagih akan merasa seronok yang bersangatan dan merasa kesakitan yang amat kurang. Namun apabila ia telah mengambilnya dengan kerap ia akan merasa sakit yang bersangatan sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan najis dadah tersebut untuk kepuasan yang sementara.


Kesimpulannya terdapat kebenaran juga pada kedua-dua teori ini. Namun ia bergantung kepada seseorang untuk mengawal emosi yang dihadapi. Ini kerana setiap permasalahan  yang kita hadapi pasti ada penyelesaian di penghujungnya. Setiap suasana yang kita tidak sukainya seperti tidak suka suasana bising haruslah kita pelajari untuk berada dalam suasana itu. Ini perlu agar emosi kita berada dalam keadaan yang stabil dan juga bagi mengelakkan kita mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan kepada orang lain. 


Friday 28 January 2011

A130117 Normashitah Tajuk 4 Teori Perubahan Emosi


Salam Ukhwah dan salam 1Malaysia…


Pada kuliah minggu ini kami telah mempelajari dua teori dalam perubahan emosi seseorang iaitu teori asas adaptasi dan teori proses berlawanan. Pada awalnya persepsi diri mengatakan teori itu sesuatu yang sukar difahami. Namun setelah diterangkan oleh Dr. Zamri, Alhamdulillah saya mendapat kefahaman mengenainya. Sebelum kuliah dimulakan Dr. Zamri meminta kepada kami agar melangsaikan hutang yang tidak berbayar. Hutang itu bukanlah berbentuk wang ringgit, tetapi hutang tugasan yang telah berikan Dr. Zamri pada tutorial minggu lepas. Iaitu berkaitan dengan tugasan emosi negatif.


Secara asasnya, ransangan seseorang terhadap tindakbalas yang diterima adalah berdasarkan aras adaptasi semasa seseorang. Menurut kefahaman saya aras adaptasi adalah tahap emosi seseorang berdasarkan situasi disekelilingnya. Contohnya yang boleh saya aplikasikan adalah apabila seseorang yang tidak pernah mengulangkaji pelajaran dalam suasana yang bising atau sambil mendengar radio pasti ia akan marah pada sesiapa yang buat bising kerana telah mengganggunya untuk focus kepada pelajaran yang hendak di ulangkaji, tambahan pula apabila hampir-hampir menjelang peperiksaan. Pastinya akan menimbulkan kemarahan yang bersangatan.


Berbeza pula dengan situasi bagi seseorang yang tidak boleh mengulangkaji pelajaran tanpa mendengar radio. Baginya radio atau lagu yang didengarinya dapat membangkitkan ilham serta dia tidak akan berasa bosan semasa mengulangkaji pelajaran. Dengan kata mudahnya belajar secara santai. Sudah banyak kita lihat budaya dikalangan pemuda pemudi hari ini yang sering kali memakai headphone dalam kehidupan sehariannya. Tidak kira dimana sahaja pasti kita akan melihat budaya sebegini. Sering kali saya melihat senario ini ketika saya pulang ke kampung dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM). Malah budaya ini tidak mengenal jantina, bangsa dan agama. Memang tidak salah budaya ini diamalkan, kerana jika ia membawa kebaikan kepada seseorang itu apa salahnya dia membudayakan perbuatan itu.


Saya juga mempunyai sahabat yang suka mendengar lagu serta mempelajari sesuatu dengan mendengar berulangkali. Sepertimana kita mendengar lagu-lagu dalam bahasa Inggeris pastinya kita akan fasih dalam menyebut setiap perkataan Inggeris dengan yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara tidak langsung ia akan menambah pengetahuan dan minat kita pada bahasa Inggeris terutamanya. Namun dalam setiap kebaikan yang ada pasti terselit juga keburukan atau kesan pada masa akan datang. Seperti pepatah Melayu ada menyebut dalam setandan pisang pasti ada busuknya. Saya membuat perumpamaan ini kerana saya ada terbaca beberapa article tentang kesihatan telinga yang mengatakan bahawa jika seseorang itu kerap kali menggunakan headphone pasti gegendang telinganya akan rosak akibat frekuansi bunyi yang terlalu dekat dengan telinga. Begitu juga keadaannya jika seseorang itu kerap kali menelifon dengan menggunakan telifon bimbit dalam kehidupan seharian akibat dari radiasi dari telifon tersebut. Begitu hebat teknologi hari ini.


Teori yang kedua yang telah dipelajari adalah Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini merupakan hasil ubahsuaian teori asas adaptasi yang telah diterangkan sebelum ini. Teori ini telah dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkahlaku ketagihan dadah. Menurut teori ini setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Ini kerana setiap emosi itu berpasangan. Jika satu emosi dialami oleh seseorang pasti pasangan emosi yang satu lagi akan terpendam. Seperti mana yang menurut Dr. Zamri di dalam kuliah sebelum ini angkasawan Negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang yang takutkan ketinggian. Namun beliau telah menghilangkan perasaan takut dan menzahirkan keberanian dalam dirinya yang hasilnya telah membawa kejayaan bukan sahaja pada diri beliau malah membawa kejayaan pada Negara. Bak kata pepatan melayu, tak kenal maka tak cinta.


Menurut teori ini, emosi seseorang akan berada dalam dua peringkat atau lebih mudah dikatakan ia berpasanagn. Pada peringkat awal, emosi seseorang terhadap sesuatu yang terjadi disekelilingnya adalah lahir secara automatic. Contohnya seperti seorang perempuan yang tidak suka untuk bersukan kerana ia sangat memenatkan. Dalam keadaan emosi yang tidak sukakan sukan, dalam dirinya juga terdapat satu lagi emosi yang terpendam iaitu ingin bersukan kerana berat badan yang semakin meningkat. Namun setelah diajak oleh teman untuk mencuba sesuatu yang baru tambahan pula hasilnya lumayan seperti hilang berat badan pastinya ia akan berubah menjadi semakin suka untuk bersukan. Seperti mana menurut teori ini emosi yang terpendam sifatnya akan beterusan dan menjadi semakin kuat jika diulang beberapa kali dan emosi dalam keadaan awal tadi akan menjadi semakin lemah. Seperti kata-kata semangat yang sering kita dengar practice make perfect!


Teringat saya pada sinetron Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan. Pada episode awal sinetron tersebut yang mengisahkan seorang remaja yang telah  ditangkap menagih dadah atau bahasa Indonesianya pencadu nakoba. Dia telah dibawa oleh kedua orang tuanya ke pesantren dalam keadaan terpaksa dan tidak suka dengan tarbiyyah dan didikan yang dibawa persentren itu. Akhirnya remaja itu telah berubah menjadi seorang muslimah yang baik. Sehinggakan ibunya sendiri tidak percaya dengan perubahan yang dilalui anaknya itu. Menurut kisah ini, saya melihat remaja tersebut yang diberi nama Aprilia, sebenarnya budak yang baik dan pandai dalam akademik. Ini kerana semasa dia belajar di pesantren itu dia merupakan antara pelajar yang bijak dalam menjawab persoalan-persoalan yang sukar dijawab oleh pelajar lain. Aprilia menjadi sebegitu adalah disebabkan kelalaian kedua orang tuanya terhadap dirinya. Hakikatnya dalam diri Aprilia sebelum itu adalah mahu berubah namun dia tidak berdaya kerana telah terjebak dengan ketagihan dadah. Dengan jiwa yang kuat akhirnya dia telah berubah dan kembali pulih seperti remaja sebaya dengannya. Namun peristiwa hitam dalam hidupnya telah dijadikan pengajaran buat diri Aprilia sendiri kerana dia kini amat menyayangi orang disekelilingnya.


Babak dalam sinetron ini dilihat sama seperti teori yang kedua iaitu teori Solomon. Ini kerana beliau menghasilkan teori ini adalah berdasarkan perubahan emosi yang mendadak oleh penagih dadah. Di mana menurut Solomon ketagihan dadah adalah dipengaruhi oleh du emosi iaitu keseronokan dan kesakitan. Pada peringkat permulaan penagih akan merasa seronok yang bersangatan dan merasa kesakitan yang amat kurang. Namun apabila ia telah mengambilnya dengan kerap ia akan merasa sakit yang bersangatan sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan najis dadah tersebut untuk kepuasan yang sementara.


Kesimpulannya terdapat kebenaran juga pada kedua-dua teori ini. Namun ia bergantung kepada seseorang untuk mengawal emosi yang dihadapi. Ini kerana setiap permasalahan  yang kita hadapi pasti ada penyelesaian di penghujungnya. Setiap suasana yang kita tidak sukainya seperti tidak suka suasana bising haruslah kita pelajari untuk berada dalam suasana itu. Ini perlu agar emosi kita berada dalam keadaan yang stabil dan juga bagi mengelakkan kita mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan kepada orang lain. 


A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 5 Teori Asas Adaptasi dan Teori Asas Berlawanan Solomon

Assalamualaikum ,

Emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi ,diri dan psikologi .Setiap manusia mempunyai emosi mereka sendiri tidak kira emosi yang bersifat positif mahupun emosi yang bersifat negatif .Jurnal pada kali ini adalah mengenai teori-teori asas emosi yang terdiri daripada teori asas adaptasi dan teori asas berlawanan solomon .

Bagi teori asas adaptasi ,konsep asas adalah tindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan asas adaptasi semasa kita .Penilaian kita terhadap sesuatu situasi adalah disebabkan berlakunya pengalaman emosi .Daripada pengalaman kita sendiri ,kita dapat mengukur atau mengenal pasti tahap adaptasi emosi kita sendiri .Sebagai contoh ,nada suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan telah menunjukkan suara seseorang itu yang mempunyai asas adaptasi yang stabil manakala bagi suara seseorang yang terlalu kuat nadanya ,asas adaptasinya akan meningkat dan begitu juga sebaliknya .Bagi contoh yang lain pula adalah Siti yang telah berturut-turut mendapat keputusan CGPA yang sama iaitu 3.33 pada semester satu dan semester 2 tahun yang pertama .Dia berasa sangat gembira .Walaubagaimanapun ,dia yang agak tidak berpuas hati dengan keputusannya itu telah nekad untuk meningkatkan lagi keputusan CGPA pada semester yang akan datang .Dia telah belajar brsungguh-sungguh dan rajin dalam mengulangkaji pelajaran .Dia ingin mencapai sasaran keputusannya iaitu dengan mendapat pointer 3.70 dan ke atas .Berkat usaha gigih dia dalam mengulangkaji pelajaran telah menyebabkan dia mendapat pointer yang dikehendakinya .Dia telah mendapat 3.82 dalam peperiksaan semester 3 yang lepas .Dia berasa sangat gembira kerana segala usaha dia selama ini telah membuahkan hasil yang baik .Berdasarkan kepada contoh diatas ,ini menunjukkan bahawa kadar asas adaptasi Siti berubah daripada asas adaptasi biasa iaitu sewaktu dia mendapat pointer 3.33 dengan berturut-turut kepada asas adaptasi yang meningkat iaitu ketika dia telah berjaya mencapai sasarannya yang dikehendaki olehnya selama ini .Selain itu juga ,asas adaptasi ini bermula daripada titik neutral yang datang daripada dalam diri seseorang itu seperti seseorang yang gembira apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang baik dalam kehidupannya .

Bagi teori yang kedua pula adalah teori asas berlawanan solomon yang diperolehi oleh Richard Solomon ,1980 .Richard telah menerangkan tentang tingkah laku ketagihan dadah .Teori ini menerangkan tentang emosi yang bergerak ke arah titik neutral ,bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek .Setiap emosi yang terlibat akan mengakibatkan terjadinya emosi yang berlawanan .Emosi adalah berpasangan dan apabila seseorang itu mengalami sesuatu emosi ,'pasangan' emosi itu dipendamkan .Situasi ini terjadi dalam dua keadaan iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan .Bagi keadaan awal ,ia tidak dipelajari dan tindak balas hanya berlaku secara automatik manakala bagi keadaan berlawanan pula adalah ia secara terusan yang lebih lama dan ia akan bermula setelah emosi keadaan awal bermula .Sebagai contoh ,Susan yang telah medapat hadiah cabutan bertuah iaitu wang tunai yang bernilai RM1000 .Dia berasa sangat gembira .Dengan wang sebanyak itu ,dia telah membelanjakan hampir semua wang tersebut dengan membeli-belah di kedai-kedai yang berjenama dan mahal .Susan seorang yang sangat boros dan suka membeli-belah .Akhirnya ,wang yang dimilikinya itu sudah habis digunakan untuk membeli-belah .Oleh sebab dia terlalu sibuk membeli-belah barang-barang yang diminati ,dia telah terlupa untuk menyelesaikan bil-bil yang telah tertunggak .Kini ,Susan sudah tidak mempunyai wang lagi dan mulai daripada sekarang dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari wang lagi .Dia menyesal atas perbuatannya itu dan nekad untuk tidak bersikap boros lagi .Peristiwa ini menunjukkan kepada situasi keadaan awal dan keadaan berlawanan .Keadaan awal adalah emosi gembira Susan apabila dia telah menang cabutan bertuah dan mendapat hadiah wang tunai yang bernilai RM 1000 manakala keadaan berlawanan pula adalah sewaktu Susan sedih dan menyesal atas perbuatannya kerana telah menghabiskan semua wangnya tanpa memikirkan keperluan yang lain .

Kesimpulannya ,emosi terdapat dalam dua teori ,iaitu teori asas adaptasi dan teori asas berlawanan solomon .

Sekian ,terima kasih .



A128657 SUJAIHAH YUSUF TAJUK 5 TEORI PERUBAHAN EMOSI

Assalamualaikum dan Selamat  Sejahtera  kepada semua. Untuk pengetahuan semua ini adalah jurnal saya yang kelima dan merupakan jurnal yang terakhir yang perlu dihantar kepada Dr Zamri. Minggu ini adalah minggu ke enam perkuliahan. Tidak sabar rasanya mahu pulang ke kampung halaman pada hujung  minggu ini. Yelah, sudah sebulan lebih saya berada di perantauan.  Jadi, saya perlu menyiapkan jurnal ini secepat yang mungkin. Barulah tenang di hati ini jika tugasan yang diberikan oleh pensyarah sudah disiapkan. Berbalik kepada tajuk yang akan saya titipkan di sini, minggu ini kami belajar tentang Teori Aras Adaptasi. Sebelum ini, saya tidak pernah pun mendengar tentang teori ini. Tetapi, setelah mempelajarinya, barulah saya tahu teori ini sering terjadi dalam kehidupan kita. Untuk pengetahuan semua, Teori  Aras  Adaptasi  berasaskan kepada tindak balas ransangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Untuk mengetahui teori ini dengan lebih jelas lagi, saya akan memberikan contoh berkaitan teori aras adaptasi. Jika saya mengulangkaji pelajaran atau membaca buku, saya mesti berada di  tempat yang sunyi dan jauh dari orang lain. Ini adalah kerana jika saya belajar dalam keadaan yang bising, saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran. Jika saya belajar dalam keadaan yang tenang dan tanpa gangguan, mudah bagi saya untuk menerima pelajaran. Seperti juga semasa sedang membuat jurnal ini, banyak idea yang datang ketika dalam suasana yang senyap. Lain orang, lain caranya kan. Teringat pula saya kepada seorang kawan saya semasa di sekolah menengah dahulu. Namanya Ummi. Ketika itu kami sama-sama tinggal di asrama kerana jarak sekolah dengan rumah kami agak jauh. Seperti asrama-asarama lain, kami tidak dibenarkan membawa radio, MP3,walkman, handphone, dan semua yang boleh melalaikan adalah dilarang. Memang pada masa itu, kami semua boleh dikatakan pelajar yang sering melanggar peraturan asrama. Biasalah, bukan remaja namanya jika kita skema dan mengikut peraturan..hahaaha..Sungguh kejam ayatku ini. Seperti biasa, Umi telah membawa walkman ke asrama. Memang hobinya mendengar lagu. Kalau sedang membaca buku pun mesti diselangi dengan irama lagu. Hendak dijadikan cerita, ketika kami sedang prep , tiba-tiba warden datang meronda keadaan pelajar-pelajar. Kebetulan pada masa itu, Umi sedang  asyik mendengar lagu sambil mengulangkaji pelajaran. Dia tidak menyedari  warden ada di belakangnya. Apalagi, malang tidak berbau, walkmannya telah dirampas. Bukan itu sahaja, dia perlu mengisi 'surat cinta ' kerana telah melakukan kesalahan. Berdasarkan contoh yang telah saya nyatakan dia atas, apa yang dapat disimpulakan di sini, apabila kita biasa mendengar bunyi kuat atau sederhana, itu menunjukkan aras adaptasi kita.  Tetapi, apabila kita tidak biasa dengan bunyi yang kuat, aras adaptasi akan meningkat.

Selain itu juga, dalam kuliah tersebut, kami juga telah mempelajari satu lagi teori iaitu Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini adalah hasil dari pengubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon ialah satu emosi yang bergerak ke titik neutral untuk satu jangka masa yang panjang. Teori ini terhasil dari emosi yang dilahirkan yang mengakibatkan emosi berlawanan di mana apabila sesuatu emosi dialami, pasangannya akan ditendang. Ia berlaku dalam dua keadaan iaitu keadaan awal yang mencetuskan emosi berlawanan. Keadaan ini tidak dipelajari dan berlaku secara tindak balas automatik. Contohnya ialah, seseorang yang mengeluarkan air mata apabila berada dalam keadaan yang sedih atiu berada dalam keadaan emosi yang negatif. Seterusnya ialah peringkat berlawanan iaitu bermula selepas emosi peringkat awal bermula. Ia akan lebih kuat apabila diulang dengan lebih kerap lagi, manakala emosi awal akan menjadi lemah.

Baru-baru ini, saya telah membaca sebuah majalah yang berkaitan dengan teori Solomon ini. Kisahnya adalah seorang wanita yang saya akan namakan sebagai Hani. Hani adalah seorang wanita dan ibu yang telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun. Apa yang dapat saya kaitka teori ini dengan kisah Hani ialah sebelum mendirikan rumah tangga, Hani langsung tidak pandai memasak. Apa yang dia tahu adalah menjerang air dan memasak maggi sahaja. Untuk menyediakan masakan lain jauh sekali baginya. Memang Hani tidak berminat untuk masuk ke dapur dan menolong ibunya memasak. Apa yang di tahu adalah hanya makan apabila makanan sudah terhidang. Ibunya selalu berleter dan menyuruh Hani supaya belajar memasak kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin dan semestinya akan menyediakan makanan untuk bakal suaminya nanti. Pada mulanya Hani membuat tidak endah sahaja nasihat ibunya itu, tetapi setelah berkahwin dan cemburu melihat menantu yang lain pandai memasak, Hani berasa kecil hati kerana ibu mentuanya selalu memuji masakan menantunya yang sangat enak. Akibat tertekan dengan keadaan itu, Hani bertekad untuk belajar memasak. Bermula pada saat itu, Hani sudah pandai memasak pelbagai jenis masakan terutamanya makanan kegemaran suaminya iaitu "mee rebus". Suaminya memuji keenakan masakannya itu. Ini menyababkan Hani makin bersungguh-sungguh untuk belajar memasak dan mencuba resepi yang lain lagi. Sejak dari hari itu, Hani telah menjadikan memasak adalah hobinya.

Apa yang dapat saya kaitkan dengan contoh di atas ialah permulaan yang tidak pandai memasak akhirnya ditendang oleh minat pada masakan adalah bertepatan denagn Teori Solomon. Ini kerana pada mulanya Hani langsung tidak berminat pada bidang masakan, tetapi lama-kelamaan ia telah menjadi hobinya. Apabila seseorang sering mengulangi perkara yang sama, perkara yang lama akan menjadi semakin lemah. Ia juga menjadi satu kepuasan dan keseronokan padanya kerana dapat menyediakan makanan untuk suaminya.

Selain dari contoh yang saya nyatakan sebelum ini, contoh yang paling dekat dengan kita sebagai anak muda ialah contoh kasih sayang dimana pada mulanya seseorang itu saling membenci, tetapi lama kelamaan orang yang kita benci itu akan menjadi milik kita. Teringat pula saya pada sinetron Indonesia 'Benci Bilang Sayang" lakonan Baim Wong dan Marshanda. Mereka pada mulanya saling membenci tetapi akhirnya mereka saling jatuh cinta disebabkan sering berjumpa dan telah menukarkan persaan benci kepada suka. Saya juga teringat akan sebuah lagu 90 an iaitu "Benci Tapi Rindu" nyanyian Diana Nasution. Hayatilah liriknya:

Bukan hanya sekadar penghibur,                           

Diriku ini sayang,

Bukan pula sekadar pelepas,

Rindumu oh sayang,

Sakit hatiku,

Kau buat begini.

Kau datang dan pergi,

Begitulah sebahagian liriknya. Best jugak sekali-sekala melayan lagu jiwang seperti ini.haha..Baiklah berbalik kepada tajuk kita, itulah yang dapat saya ceritakan sedikit sebanyak. Saya rasa setakat ini sahaja yang sapat saya coretkan untuk kali ini. Mata pun sudah mengantuk. Assalamualaikum semua…


A135322 TAN YAN CHENG - TAJUK 5 PEMBELAJARAN TEORI ARAS ADAPTASI

Minggu ini sudah memasuki minggu kelima saya mencatatkan catatan pembelajaran. Pada masa yang sama,minggu kelima ini juga membawa maksud bahawa minggu ini adalah minggu terakhir saya mencatatkan catatan pembelajaran saya. Terdapat dua teori telah dibelajari pada minggu ini iaitu teori Aras Adaptasi dan teori Proses Berlawanan Solomon.

Konsep asas teori aras adaptasi ialah kita bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Aras adaptasi seseorang tidak tetap dan sama sepanjang masa. Aras adaptasi ini akan berubah mengikut keadaan yang berbeza-beza. Sebagai contoh,kita cuba mendengarkan bunyi –bunyi di sekeliling kita. Jika bunyi itu pada kita berasa tidak kuat dan tidak juga  perlahan,maka itu adalah dalam aras adaptasi kita. Manakala, jika kita mendengar bunyi yang kuat dan perlahan ini untuk satu tempoh masa yang agak lama,aras adaptasi kita akan meningkat dan menurun mengikut intensif bunyi yang didengari. Teori aras adaptasi juga menyatakan jika kita gembira dengan apa yang kita ada sekarang seperti mendapat keputusan yang cemerlang,menjadi pelajar yang cemerlang,mendapat kehidupan yang bertaraf tinggi,mendapat pekerjaan yang baik, memiliki badan yang sihat dan sebagainya. Namun,kita tidak akan berterusan gembira dengan apa yang kita ada atau memiliki sekarang,sehingga kita mendapat yang lebih baik dan lebih baik. Aras adaptasi kita sentiasa pada titik neutral,hanya sesuatu yang lebih baik berlaku pada diri kita akan menjadikan kita lebih gembira. Di sini terdapat beberapa contoh-contoh  yang dapat menjelaskan makna aras adaptasi dengan lebih lanjut.Contoh yang pertama ialah jika CGPA yang kita dapat sekarang adalah 3.0 dan tidak melebihi 3.5, maka aras adaptasi kita adalah neutral. Namun ,jika CGPA kita dinaikkan kepada 3.5, aras adaptasi kita akan meningkat. Semakin banyak CGPA kita meningkat,aras adaptasi kita juga semakin meningkat dan semakin gembira. Contoh yang kedua ialah gaji yang kita dapat sekarang ialah RM1800, aras adaptasi kita adalah neutral. Namun ,jika gaji kita dinaikkan kepada RM 2000, maka aras adaptasi kita akan meningkat. Semakin banyak kenaikan gaji,maka aras adaptasi kita semakin meningkat dan semakin gembira.

Teori yang seterusnya ialah teori Proses Berlawanan Solomon. Teori proses berlawanan Solomon ialah hasil ubahsuaian daripada teori aras adaptasi (Adaptation Level Theory). Teori ini dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Oleh itu, teori ini diberi nama teori proses berlawanan Solomon. Teori ini menjelaskan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi adalah "berpasangan". Hal ini kerana apabila satu emosi dialami, "pasangan"nya akan di "tahan" juga. Terdapat dua keadaan dalam teori proses berlawanan Solomon, iaitu keadaan awal ( primary state ) dan keadaan berlawanan ( opponent state ). Situasi ini dapat dijelaskan apabila keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Peringkat awal iaitu keadaan awal tidak dapat dipelajari, kerana emosi ini adalah tindak balas automatik. Manakala peringkat berlawanan iaitu emosi yang berlawanan akan bermula selepas emosi dalam keadaan atau peringkat awal bermula. Emosi yang berlawanan ini berterusan lebih lama. Emosi ini akan menjadi semakin kuat jika diulangi manakala emosi dalam keadaan awal menjadi semakin lemah. Contohnya, jika kita takut akan air, tetapi kita dipaksa terjun ke dalam air atau sungai secepat yang mungkin dalam keadaan terpaksa. Pada peringkat awal, kita tidak dapat mengawal perasaan ketakutan kita dan menjadi semakin gementar apabila semakin menghampiri air tersebut. Namun ,perasaan takut ini akan dapat diatasi selepas kita memberanikan diri terjun ke dalam air. Pembelajaran teori ini telah menyebabkan saya mengimbas kembali masa dulu sewaktu saya berada di sekolah rendah. Pada sesuatu hari,guru telah memberitahu kami bahawa sekolah kami akan mengadakan pertandingan berpantun dan pemenang akan berpeluang menwakili sekolah kami untuk bertanding berpantun di peringkat negeri. Ini dapat membantu dan mencerahkan masa depan akademik kami. Guru tersebut mencadangkan saya untuk menwakili kelas saya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pada mulanya, saya menolak kerana saya berasa malu dan cemas untuk berpantun di depan orang ramai. Maklumlah ini adalah kali pertama saya diberi peluang untuk berdiri di atas pentas berpantun. Akhirnya ,saya menerima tawaran tersebut selepas dinasihati oleh guru dan terfikir akan masa depan akademik saya. Pada hari pertandingan terebut,sebelum berdiri di atas pentas,saya berasa sangat cemas dan tidak dapat mengawal emosi ketakutan saya. Apabila sampai giliran saya , saya terus menaik ke atas pentas untuk berpantun tanpa berfikir panjang. Selepas berdiri di atas pentas,semua perasaan takut dan cemas telah diatasi sekali gus!Di sini juga terdapat beberapa contoh-contoh yang dapat menjelaskan teori proses berlawanan Solomon. Contoh yang pertama ialah jika kita memenangi hadiah mewah cabutan bertuah dengan wang tunai sebanyak RM 1000. Pada mulanya, kita akan berasa sangat gembira kerana mendapat wang ini dengan mudah sekali dan dapat membeli barang- barang idaman kita. Namun ,kita akan berasa sangat menyesal kemudian. Hal ini kerana kita berbelanja dalam keadaan yang tidak terkawal sampai kehabisan wang tersebut. Semua wang tunai tersebut habis berbelanja dalam sekelip mata sahaja. Contoh yang kedua ialah ketagihan dadah. Ketagihan dadah berlaku kerana ada pasangan emosi keseronokan dan " kesakitan". Emosi keseronokan dialami apabila mendapat dadah untuk memuaskan nafsu mereka. Manakala "kesakitan" dialami apabila berhenti menagih dadah dan tidak mendapat dadah. Pada mulanya, penagih dadah akan mengalami aras keseronokan yang tinggi dan aras " kesakitan" yang rendah. Selepas beberapa lama atau satu tempoh yang lama, apabila aras keseronokan dan dadah yang diambil menurun, aras " kesakitan" kerana tidak mengambil dadah akan meningkat. Akibatnya ,penagih akan terus mengambil dadah walaupun tidak mendapat keseronokan daripadanya.

Masa berlalu dengan pantas sekali. Secara tidak disedari, dua jam telah berlalu dengan sekelip mata sahaja dan tidak berasa mengantuk sepanjang kuliah ini. Walaupun sudah menghampiri dua jam, namun masih tiada tanda-tanda bahawa pensyarah ingin berhenti pembelajaran. Pada masa ini .perasaan cemas telah saya rasai pada diri saya. Akhirnya ,pensyarah juga memghabiskan kuliah tepat pada masanya. Catatan pembelajaran pada minggu ini adalah catatan pembelajaran terakhir saya. Di sini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pensyarah ZZZT 2253 Pengurusan Emosi iaitu Encik Ahmad Zamri Bin Mansor. Kerana hasil pembelajaran daripada pensyarah kami,saya telah dapat memahami erti emosi dan teori-teori yang berkaitan dengan emosi dengan lebih terperinci dan mendalam. Ini sangat membantu saya dalam menguruskan kepelbagaian emosi yang saya menghadapi dalam kehidupan harian. Maklumlah,kita sering menghadapi emosi yang tidak tentu,termasuklah gembira,sedih,takut,cemas dan sebagainya.

Thursday 27 January 2011

A134166 NOORHASNIYAH BT MD RODZEE TAJUK 5 TEORI PERUBAHAN EMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah,pada minggu ini saya dapat lagi mengikuti kuliah Dr. Zamri yang seterusnya. Pada minggu kali ini, saya terlewat sedikit masuk ke kuliah kerana ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, bersyukur juga kerana sejurus saya tiba di kelas barulah Dr. Zamri memulakan pengajarannya. Tajuk yang di ajar pada minggu ini ialah Teori Aras Adaptasi dan Teori Berlawanan Solomon. Pada mulanya saya agak kurang faham apa yang di dimaksudkan dengan Teori Aras Adaptasi ini. Walau bagaimanapun, selepas mendengar contoh daripada Dr. Zamri dan membaca kembali nota kuliah di dalam SPIN barulah saya mengerti apa yang dimaksudkan dengan Teori Aras Adaptasi ini.

Teori aras adaptasi ini ialah suatu yang bertindak balas terhadap suatu ransangan berdasarkan adaptasi semasa kita. Aras adaptasi ini tidak tetap dan sama sepanjang masa tetapi akan berubah mengikut situasi yang berbeza.  Ianya secara automatik meletakkan titik neutral terhadap situasi yang kita hadapi. Bunyi adalah salah satu contoh aras adaptasi kita. Sebagai contoh yang dapat kita rasa adalah apabila kita terdengar bunyi-bunyian di sekeliling kita. Jika kita mendengar sesuatu bunyi itu dengan tahap yang kuat, automatik kita akan merasa marah dan tension. Walau bagaimanapun, jika bunyi itu dengan tahap yang agak perlahan, kemungkinan rasa marah itu berkurang. Mengimbau kembali pengalaman saya ketika berumur 16 tahun. Selepas PMR, saya mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama. Sememangnya sebelum ini saya tidak pernah tinggal di asrama. Jadi, naluri hati ini terasa juga ingin merasai tinggal di asrama. Pada minggu pertama tinggal di asrama, kerap kali bunyi announcement daripada warden. Kebetulan pula bilik saya berdekatan dengan pembesar suara. Memang amat jelas sekali suara warden. Kadang-kadang ketika waktu tengah malam masih lagi terdapat pengumuman yang hendak dibuat. Keadaan ini memang menyukarkan saya  mengulangkaji pelajaran. Terasa sangat stress sekali. Bukan disebabkan bunyi announcement itu sahaja, malahan bunyi-bunyi daripada pembinaan bangunan di sebelah asrama saya juga kedengaran amat kuat. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada asrama. Hanya tiga minggu saya mampu bertahan tinggal bersama rakan-rakan yang lain. Apabila saya pulang ke rumah, suasana terasa sangat berbeza. Bunyi-bunyian memang jarang sekali kedengaran. Keadaan seperti ini lebih menenangkan hati saya dan memudahkan saya mengulangkaji pelajaran secara lebih berkesan.

Teori Berlawanan Solomon pula merupakan hasil ubah suaian Teori Aras Adaptasi. Ianya dipelajari oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan.  Sebagai contoh, jika kita saling membenci akhirnya akan wujud perasaan sayang. Teringat pula kata-kata pujangga yang berbunyi "jangan terlalu membenci seseorang, kerana berkemungkinan suatu hari nanti kita akan menyayanginya dan sayangilah seseorang berpada-pada kerana berkemungkinan suatu hari nanti kita akan membencinya."

Berdasarkan contoh tersebut, teringat saya kepada novel yang baru sahaja baca baru-baru ini. Novel ini menceritakan tentang kisah Aiman dan Nisa yang bekerja di syarikat yang sama. Walaupun mereka pernah bersekolah dan belajar di tempat yang sama dari kecil hingga dewasa, namun sikap ego mereka membuatkan mereka saling membenci dan sentiasa bermasam muka setiap kali berjumpa. Ibu bapa Aiman dan Nisa merupakan sahabat baik sejak dari mereka baru dilahirkan lagi. Tanpa pengetahuan mereka, dalam diam ibu bapa mereka telah berjanji untuk menjodohkan mereka berdua. Tanpa banyak bertanya, kedua-dua mereka mempersetujui jodoh yang dipilih oleh ibu bapa masing-masing tanpa mengetahui bahawa mereka berdua yang bakal menjadi suami isteri. Selepas menjadi pasangan suami isteri, sememangnya sikap saling bergaduh tidak pernah lenyap dalam kamus hidup mereka. Walau bagaimanapun, dalam diam mereka sebenarnya sudah saling menyintai. Cuma, sikap ego yang membuatkan mereka bersikap demikian. "sekeras-keras kerak nasi, bila direndam akhirnya akan menjadi lembut juga". Akhirnya Aiman mengakui bahawa dia sudah menyintai Nisa dan Nisa juga tanpa segan silu menyuarakan juga perasaannya terhadap Aiman. Ketawa mereka apabila mengingati kata-kata ibu bapa masing-masing.."kamu berdua ni jangan saling membenci sangat,nanti kalau dah sayang susah pula.."

Satu lagi contoh ialah jika kita mengulangi sesuatu pengalaman emosi tersebut, ianya akan meningkatkan kekuatan relative emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, jika kita takut akan ketinggian tapi kita dipaksa untuk membuat terjunan sebanyak yang mungkin dari tempat yang tinggi. Pada mulanya kita belum dapat mengawal rasa takut atau fobia kepada ketinggian namun selepas itu, perasaan takut dan fobia itu dapat dikawal sekaligus diatasi. Saya juga pernah mengalami emosi seperti contoh di atas  ketika di Kem PLKN dulu. Saya memang sangat takut pada tempat yang tinggi. Pada sesi latihan untuk membuat "flying fox",saya terasa ingin melarikan diri sahaja. Setelah dipaksa oleh jurulatih di kem tersebut, saya akhirnya akur. Selepas pertama kali mencuba aktiviti ini, secara tiba-tiba saya terasa seronok pula. Dan apabila diingat kembali, saya telah membuat aktiviti "flying fox" ini sebanyak lima kali. Saya akui sekarang saya sudah lebih berani untuk melakukan apa jua aktiviti apabila berada di tempat yang tinggi. Seperti kata Dr. Zamri, "alah bisa kerana terpaksa"

Sampai di sini dulu coretan saya. Semoga bertemu lagi. Insyaallah……J


A126800 IRA FAZLIANA BINTI SADELI TAJUK 5 TEORI PERUBAHAN EMOSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bertemu kembali dalam coretan Pengurusan Emosi. Pada minggu ini, 25 Januari 2011 kuliah Pengurusan Emosi berjalan seperti biasa. Dari minggu ke minggu banyak yang saya telah pelajari sepanjang menghadiri kuliah untuk kursus ini. Sebelum kuliah dimulakan, kami menyambung semula tugasan yang tertangguh sewaktu tutorial pada minggu lepas iaitu berkenaan dengan tajuk Emosi Negatif yang berbentuk takut dan malu. Kumpulan yang bertanggungjawab membentangkan tajuk-tajuk ini serta menceritakan segala pengalaman mereka dan juga apa yang mereka faham berkenaan tugasan yang diberikan.

 

Tajuk pada minggu ini ialah Teori Aras Adaptasi dan Teori Proses Berlawanan Solomon. Pada mulanya saya berasa tajuk ini sukar untuk di fahami tentang apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan Teori Aras Adaptasi. Melihat kepada tajuk itu sendiri yang menunjukkan satu teori saya berasa kurang berminat kerana bagi saya lazimnya, apa pun perkara yang berbentuk teori saya merasakan ianya suatu yang sukar kerana melibatkan sesuatu fakta yang tidak boleh direka. Apa pun, saya cuba untuk memahami dan berfikir positif bahawa kita tidak akan mendapat apa pun maklumat tanpa tahu apakah teorinya.

 

Teori Aras Adaptasi. Melihat kepada tajuk itu sendiri saya tidak tahu bagaimana untuk ditafsirkan. Setelah diterangkan definisi teori tersebut, ianya adalah suatu yang bertindak balas terhadap suatu ransangan berdasarkan adaptasi semasa kita. Ianya secara automatik meletakkan titik neutral terhadap situasi yang kita hadapi. Sebagai contoh, apabila kita cuba mendengar bunyi-bunyian di sekeliling kita, kita akan dapati bunyi-bunyian tersebut tidak terlalu kuat dan inilah yang menunjukkan aras adaptasi kita dan kita tidak akan marah. Namun begitu, jika bunyian tersebut terlalu kuat sehinggakan boleh mengganggu ketenteraman kita, kita akan berasa kurang selesa dan perasaan marah akan timbul.

 

Teringat saya sewaktu zaman persekolahan di tingkatan 1 dan ketika itu saya baru sahaja mula untuk hidup berdikari kerana saya terpaksa tinggal di asrama dan terpaksa jugalah saya berjauhan dengan keluarga yang disayangi. Kebetulan ketika itu kediaman asrama puteri, bilik saya dan kelas saya betul-betul bersebelahan dengan landasan keretapi dan setiap hari, setiap waktu terpaksalah kami mendengar bunyi bising tersebut. Paling membosankan kami apabila sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) dijalankan, sangat-sangatlah mengganggu sehingga kadang kala saya sendiri tidak dapat menumpukan perhatian tambahan pula, jika suara guru yang mengajar ketika itu sangatlah perlahan. Amat mengganggu saya sekali bila mana sewaktu tidur, sehinggakan kadang kala saya kerap terjaga dek kerana bunyi kereta api yang melalui landasan tersebut. Paling membuat saya sakit hati bila mana kereta api yang terlalu panjang yang membawa barang dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk melalui landasan tersebut. Namun, lama kelamaan dari tahun ke tahun saya sudah lali dengan bunyi bising tersebut dan merasakan laluan kereta api itu sudah lagi tidak menjadi satu masalah buat saya untuk tidur, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

 

Berbalik semula kepada tajuk kita, adaptasi sekarang dengan adaptasi yang akan datang tidak akan sentiasa sama dan akan sentiasa berubah. Aras adaptasi akan sentiasa berada dalam keadaan neutral, hanya suatu yang lebih baik akan menjadikan kita gembira.

 

Teori yang seterusnya ialah Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini merupakan hasil ubah suai daripada Aras Adaptasi. Pada asalnya, teori ini adalah untuk menerangkan tingkah laku berkenaan dengan ketagihan dadah. Setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, 2 insan yang berlainan jantina benci antara satu sama lain, namun akhirnya mereka melangsungkan pernikahan mereka kerana ada perasaan cinta yang timbul di antara mereka.

 

Melihat kepada contoh tersebut teringat saya kepada seorang kawan saya bernama Fiza. Kisah ini berlaku ketika mana Fiza menyambung pelajarannya di luar negara. Fiza melalui hari-hari pengajiannya seperti biasa dan bersungguh-sungguh dengan harapan mampu berbakti kepada ummah kelak. Memang tidak di nafikan Fiza ialah seorang yang bijak sejak sekolah menengah lagi. Semasa di luar negara kebiasaannya mereka mempunyai persatuan mahasiswa Malaysia dan di situ jugalah Fiza telah memegang jawatan sebagai Exco Kebajikan bagi Mahasiswi Malaysia. Exco Kebajikan bagi Mahasiswa Malaysia pula dijawat oleh seorang siswa bernama Faiz. Sepanjang tempoh mereka bekerjasama dalam satu pasukan namun mereka kerap kali bertengkar berkenaan soal cadangan-cadangan yang dikemukakan. Masing-masing tidak sepakat dalam membuat keputusan sehinggakan terpaksa dibantu oleh exco lain tambah-tambah lagi terpaksa meleraikan pergaduhan di antara mereka di sebabkan perkara-perkara yang remeh. Pernah Fiza mengadu kepada saya "Faiz ni selalu sangat cari gaduh dengan aku", namun saya menafikan kata-kata tersebut dengan membalas "orang kalau selalu benci-benci, lama-lama akan jadi sayang". Sampailah satu ketika di mana ketika itu mereka berada di tahun akhir pengajian mereka. Fiza dirisik oleh seorang lelaki bernama "Faiz" melalui teman rapatnya. Tidak di sangka perkara seperti ini akan berlaku. Mereka yang dahulunya sentiasa bertengkar rupa-rupanya Faiz menyimpan perasaan terhadap Fiza. Untuk Fiza menolak lamaran tersebut jauh sekali memandangkan Faiz adalah seorang mahasiswa yang berkebolehan, mempunyai ciri-ciri suami soleh, bijak dan banyak lagi. Akhirnya Fiza membuat keputusan untuk menerima lamaran tersebut, dan lama kelamaan perasaan cinta Fiza terbit sedikit demi sedikit buat Faiz. Mereka telah melangsungkan perkahwinan mereka pada awal tahun lepas dan kini telah pun mempunyai seorang putera. Benarlah kata orang, mula-mula benci, lama-lama jadi sayang.

 

Berbalik semula kepada tajuk berkenaan Teori Proses Berlawanan Solomon. Contoh lain yang boleh saya kemukakan ialah jogging. Seseorang yang mula cuba untuk berjogging akan berasa penat dan letih, namun setelah selalu berjogging, akhirnya perasaan tersebut bertukar menjadi seronok kerana seseorang itu dapat menjaga kesihatannya dan mengekalkan bentuk badan yang ideal. Mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan sebagai contoh semakin banyak membuat penerjunan semakin seronok untuk melakukannya dan semakin hilang rasa takut.

 

Rasanya sampai di sini sahaja coretan saya buat kali ini…jumpa lagi…wassalam

 

 

 

 


Wednesday 26 January 2011

A 133478 NORAISYAH MOHD Teori Perubahan Emosi LJ05

                        Bismillahirahmanirahim…..Aku mulakan pagiku dengan senyuman manis. Aku gemar melemparkan senyuman kepada orang ramai. Ini tidak kiralah aku mengenali atau tidak mengenalinya. Aku akui, aku ini seorang yang suka berbicara banyak. Jadi, mungkin tiada masalah bagiku untuk menegur atau melemparkan senyuman kepada sesiapa yang aku kenali atau tidak. Pagi tersebut, sedang aku berbual dengan rakanku, Alisa. Alisa secara tiba-tiba mendendangkan satu lagu " Hindustan" lah katakan.  Bila aku dengar, mahu dikatakan merdu, tiada la sangat. Tetapi, boleh saja dengar. Pantang bicara ku..sedang asyik Alisa menyanyi, aku pun berkata " Alisa sedapnya suara kau, tapi lagi sedap kalau kau tak menyanyi". Tersentap Alisa mendengarnya. Ini lah yang dikaitkan dengan tajuk yang aku pelajari minggu ini yang menyatakan bahawa emosi itu boleh berubah, dan perubahan tersebut diebabkan oleh adanya ransangan dan stimuli. Bukan niatku untuk menyakiti hati Alisa. Cuma sekadar gurauan. Pernah aku terdengar satu kata-kata "Jika niat kita hanya ingin mengambil hati seseorang bukan kerana niat jahat, Allah akan mudah memberikan sifat pemaaf pada orang yang terasa tersebut" lebih kuarng begitulah kata-kata tersebut. Aku kurang pasti. Ternyata, Alisa tidak memarahiku. Alhamdulillah dia sangat memahamiku yang suka bergurau seperti itu. Dia pun melemparkan senyuman kembali padaku dengan malu tersipu-sipu. Laku aku dan Alisa meneruskan pejalanan ke kuliah pada pagi tersebut. Setelah sampai ke kuliah, pagi tersebut aku dan Alisa di kejutkan dengan satu "statement" dari pensyarahku bahawa akan diadakan kuiz pada pagi itu. Gelisah lah aku dan Alisa kerana kurang bersedia untuk menjawab kuiz tersebut. Bukan hanya aku dan Alisa sahaja, malah hampir satu kuliah tersebut terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, terdengar lah rungutan dari rakan-rakan sekuliah dan merayu kepada pensyarah agar kuiz di tangguhkan pada minggu akan datang . Akhiranya, dalam masa lebih kurang 5 minit, pensyarah tersebut pun akur dengan permintaan pelajar-pelajar sekelas pagi itu. Seterusnya, terbatal kuiz pada pagi itu. Alahamdulillah.... takut juga aku dengarnya. Mana tidaknya. Sesuatu yang mungkin kita tidak jangka ada kuiz, tiba-tiba ada. Agak tertekan bagiku. Ini yang dinamakan Teoti Aras Adaptasi. Bilamana, dalam perubahan emosi terbahagi kepada dua iaitu teori aras adaptasi dan teori proses berlawanan solomon. Oleh itu, apa yang telah aku alami sebentar tadi adalah teori aras adaptasi. Yang menyatakan bahawa teori ini ialah bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan berdasarkan aras adaptasi semasa. Aras adaptasi tidak tetap dan sama sepanjang masa tetapi akan berubah mengikut situasi yang berbeza.

                        Setelah selesai kuliah pada pagi itu,sementara menunggu untuk kuliah seterusnya jam 10 pagi. Aku menemani Alisa mengeluarkan wang PTPTN. Ketika dalam perjalanan ke ATM. Alisa menceritakan perasaan tidak puas hatinya mengenai pinjamannya. Alisa merasakan bersyukur sangat jika dia di beri rezeki untuk di tawarkan JPA. Dia menyatakan begitu seronok jika dia dapat mencapainya. Ini kerana dia tidak merasa begitu tenang dan selesa dengan menggunakan wang PTPTN tersebut hanya kerana takutkan bunga yang banyak. Pada masa itu angan-angannya itu, menjadi aras yang tinggi kerana jika angan-angannya mendapatkan JPA tercapai. Bilamana, fikirannya tertumpu pada realiti dirinya sekarang, aras adaptasinya menurun. Ini yang ku kaitkan dengan teori aras adaptasi. Emosi boleh berubah mengikut sesuatu keadaan yang dihadapi. Hampir 15 minit menunggu Alisa mengeluarkan wangnya, kami bergegas ke kedai buku. Di situ aku berniat ingin membeli buku solusi yang banyak membincangkan hal-hal dan info-info islam. Aku sudah lama menjadi pelanggan tetap buku tersebut setiap kali keluaranya. Setekah aku membelinya, ada satu isu yang aku terbaca mengenai "antara yakin dengan cuba-cuba" . Disini, ia menceritakan bagaiman boleh menambahkan keyakinan diri, bagaimana pelajari keyakinan dan sebagainya yang berkaitan keyakinan diri. Memang tepatlah untuk diriku dengan isu kali ini. Aku teringat pada diriku yang kadang-kadang kurang yakin terhadap diri sendiri terutamanya semasa membuat sesuatu pembentangan. Dalam isu tersebut aku tertarik dengan ayat-ayat tersebut  yang menyatakan, seorang muslim sejati hidup dalam keyakinan. Ia yakin kepada Allah, juga kepada dirinya. Dan setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan, ia akan melakukannya dengan penuh keyakinan. Dan setiap kali mengucapkan sesuatu, ia akan mengucapkannya dengan penuh keyakinan. Otak manusia bekerja ibarat sebuah supercomputer yang sangat canggih. Ia memproses setiap kata yang kita masukkan lalu merialisasikannya dalam bentuk aktiviti zahir. Apabila kata-kata itu tegas dan jelas, maka otak kita dapat segera melaksanakan tugasnya dengan baik.

                    Jika kita masukkan kata-kata yanh penuh keyakinan, seperti "saya akan melakukan ini", maka otak segera memproses perintah itu secara automatik. Otak lalu mengirimkan pesan kepada seluruh anggota tubuh kita agar mereka mewujudkan kata-kata itu dengan sempurna. Namun, apabila kalimat yang kita masukkan tidak jelas, yakni dipenuhi dengan keraguan dan ketidakyakinan seperti "saya akan cuba melakukannya", maka otak kita sukar memproses perintah ini dan menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan. Akibatnyam tubuh manusia tidak dapat melakukan tugasan itu dengan sebaik-baiknyan. Malahan, sejak awal lagi telah membayanagkan kegagalan, lalu mencari-mencari alasan untuk memaafkanya. "saya sudah mencuba, agaknya ini bukan bahagian syaya." Alhamdulillah, terbuka sedikit mindaku. Menambah keyakinanku. Pernah aku alaminya. Masa di matrikulasi, aku takut untuk membuat pembentangan. Pada awalnya, terketar-ketar di buatnya. Sangat kurang keyakinanku. Tetapi, bilamana aku telah target pada mindaku  bahawa aku boleh lakukannya walaupun dalam masa yang sama persaan takutku ku pendam, Alhamdulillah, berjaya. seterusnya, bila aku lakukan pembentangna dengan lebih kerap dan berulang kali. Perasaan takut aku itu berkrurangan. Lama-kelamaan, diriku terbiasa dengan membuat pembentangan. Tanpa rasa gementar dan takut. Situasi yang di namakan itu ialah teori proses berlawanan solomon. Teori ini menyatakan emosi yang mempunyai pasangan. Seperti situasi aku tadi yang dalam ketakutan tapi dalam masa sama aku melawannya dengan memendam dan memaksa untuk memberanikan diri. Sungguh info tersebut sangat berguna untuk aku. Habis setengah jam aku menghabiskan info-info menarik dalam majalah solusi tersebut, Jam pun telah menunjukkan jam 10 pagi, menandakn aku perlu bergerak kekuliah seterusnya. kesimpulannya, teori perubahan emosi ini boleh kita klasifikasikan kepada dua iaitu teoir aras adaptasi dan teori proses berlawanan solomon. Dimana sesuatu emosi itu boleh berubah,dan perubahan itu berlaku dengan pantas. Perubahan tersebut boleh juga berlaku dalan jangka masa pendek dan jangka masa pendek. Mekanisma ini perlu dan penting bagi memahami bagaimana emosi boleh di kawal dan di urus. Ahkir kata, aku ingin memberi satu kata-kata yang mungkin berkaitan dengan pengalamanku sebelum ini yang berkaitan teori solomon dari kata-kata Dr. Ahmad Zamri yang menyatakan " Alah  bisa, kerana terpaksa"..Kawallah emosi diri kita mengikut situasi di mana pun kita berada dan pengurusan emosi itu akan berkualiti jika kita dapat mengawalnya dengan baik.