Saturday 4 September 2010

A126968 Liyana LJ07

 Salam sejahtera dan salam bulan Ramadhan. Pada kali ini saya ingin memaparkan dan menyatakan tentang sambungan tajuk kursus Pengurusan Emosi ini iaitu Emosi, Ingatan dan Pembelajaran. Di sini saya mempelajari tentang emosi dan ingatan mempunyai perhubungan. Hal ini saya menyetujui bahawa antara emosi dan ingatan ada perkaitan di antara mereka kerana ingatan yang kuat tentang sesuatu peristiwa akan mengubah seseorang daripada satu emosi ke satu emosi yang lain. Emosi boleh memberi kesan yang kuat ke atas ingatan yang kuat ke atas ingatan emosi yang mudah diingati daripada peristiwa neutral. Hal ini saya telah mengetahui bahawa tidak semua emosi boleh merangsang ingatan.

Dalam proses pembelajaran ini saya telah di beri pembelajaran tentang bagaimana ingatan mempunyai perkaitan dengan emosi ini. Antaranya ialah melalui beberapa aspek iaitu Amygdula, Cerebulum, dan Cortex. Ketiga-tiga komponen dalam otak memainkan peranan penting da mempunyai huraian-huraian yang tertentu mengenai kajian emosi dan ingatan. Emosi yang mempunyai nilai yang tinggi akan lebih diingati, contohnya peristiwa-peristiwa besar yang lalu. Selain itu, perkara-perkara atau peristiwa yang menggembirakan akan mendatangkan ingatan yang kuat daripada peristiwa yang sedih. Hal ini kerana peristiwa yang sedih itu akan sentiasa dilupakan dan dijadikan pengajaran agar tidak lagi diingati untuk masa yang akan datang. Contoh emosi kegembiraan adalah semasa alam perkahwinan menjadi raja sehari. Peristiwa itu menjadi satu memoir yang menggamit perasaan menjadi lebih gembira kerana ia adalah proses yang sukar untuk mengesahkan dua pasangan yang hendak disatukan menjadi pasangan suami isteri. Ditambah lagi dengan menghayati gambar-gambar kenangan bersama-sama.

Di sini, saya telah mempelajari tentang memori yang positif akan mengandungi maklumat-maklumat yang teliti. Contoh yang di berikan ialah wanita yang membuat kerja secara terperinci. Contohnya, apabila wanita mengemas, mereka akan membuat dengan pantas dan kemas kerana perkara yang dilakukan adalah perkara sehari-harian dan menyebabkan perkara yang dilakukan itu menjadi memoir yang berpanjangan sepanjang hidup mereka. Selain itu, emosi yang kuat akan meluputkan ingatan yang biasa sahaja dan kurang nilai emosinya. Semasa anda berumur 2 atau 3 tahun, sebahagian ingatan pada ketika itu susah untuk diingati kera perjalanan hidup mnjadi seorang kanak-kanak ketika itu, perasaan atau emosi seperti orang dewasa sangat berbeza dan terhad. Oleh hal yang demikian, kita sukar untuk mengingati peristiwa sewaktu kecil.

Memori yang kuat akan mengeluarkan gambaran dan mempengaruhi anda ketika melakukan sesuatu. Seperti yang telah diterangkan tadi, apabila kita melakukan sesuatu, kita akan cepat ingat berbanding kita melihat dan disertai dengan aspek2 kegembiraan dan kesedihan. Kadang-kala, perkara yang memalukan akan mempengaruhi kita juga untuk mengingat kembali selepasnya dan menjanjikan perkara tersebut  tidak akan diulangi lagi.

Melalui subjek ini, banyak yang telah saya pelajari. Antaranya ialah orang yang lebih tua daripada kita lebih baik dalam mengawal emosi berbanding orang muda pada hari ini dalam kajian. Mereka menganggap pengalaman menjadi panduan hidup n pengalam hidup mereka lebih banyal dilalui berbanding orang muda. Apabila kita dalam kesedihan, kesedihan itu kita pulihkan kembali dengan kaedah mengimbau kenangan lampau. Khususnya kepada golongan-golongan yang bergaduh dalam alam percintaan, hilangkan lah perasaan marah itu. Hal ini kerana, marah adalah pembunuh segala hubungn antara kamu. Ingatilah perkara ynag mendatangkan kegembiraan. Ingatilah peristiwa-peristiwa yang menarik yang membuatkan kamu tersenyum kembali sebagai satu proses kesegaran dalam hati. Salam Aidilfitri dari Liyana.

A134329 NUR AFIFI LJ07

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     Pada minggu ini , kuliah pengurusan emosi bertajuk emosi dan ingatan.Adakah emosi membantu kita lebih mengingati sesuatu perkara atau situasi?Pada pendapat saya,saya bersetuju dengan kenyataan itu.Emosi dan ingatan terbahagi kepada dua kategori iaitu emotional content dan emotional state (mood).


     Dalam subtopik 'emotional content' terdapat kenyataan yang mengatakan  perkara atau emosi yang menyenangkan lebih mudah untuk di lupakan.Disebaliknya, jika ada peristiwa dan emosi yang tidak menyenangkan,kita akan mudah atau sentiasa
mengingatinya .Contohnya ,kehilangan orang yang tersayang.Selain itu,orang dewasa nampaknya menetapkan emosi mereka lebih baik daripada orang muda.Secara keseluruhannya, elemen emosi jika di selitkan bersama ,ingatan akan lebih lama kekal.


     Selain itu, mood adalah salah satu aspek emosi.Ia terbahagi kepada dua iaitu 'mood congruence' dan  'mood dependence'.'Mood congruence' mengatakan apabila kita berada dalam keadaan mood yang sedih,contohnya, kita akan sering mengingat peristiwa tersebut.Sudah tentu perkara yang menyedihkan adalah peristiwa negatif dan sukar bagi seseorang itu untuk melupakannya.


     'Mood dependence'pula memberitahu kita bahawa,kita akan mudah mengingati sesuatu perkara atau fakta sekiranya kita berada dalam situasi atau mood ingin tahu.
Dalam tajuk ini juga saya dapat tahu dimana otak memainkan peranan penting dalam mengendalikan emosi seseorang itu.Ia di panggil 'amyglada'.


     Umur dan jantina juga merupakan aspek yang penting untuk di ambil kira dimana ia mempunyai pelbagai perbezaan dalam tajuk emosi dan ingatan ini.sememangnya terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam aspek emosi.Antara lelaki dan perempuan,perempuan merupakan insan yang lebih kuat mindanya dalam mengingati sesuatu perkara sama ada masa silam atau kini.Tetapi ,perempuan jugalah yang mudah lupa.Dari segi umur pula ,memori untuk mengingati makin pudar apabila umur kita semakin meningkat.

Secara kesimpulannya dengan adanya emosi ,ingatan akan lebih kekal lama di minda kita.Minta maaf sekiranya jurnal ini ada kekurangan.Sekian terima kasih.

A123147 Syuhaidah LJ08

Perkuliahan yang dilakukan melalui audio pada minggu ini adalah berkisar tentang emosi dan motivasi.

Emosi dan motivasi adalah saling berhubung rapat. Emosi mendorong kita kepada melakukan sesuatu tindakan sama ada tingkah laku yang positif atau negatif. Seseorang bersemangat melakukan sesuatu perkara disebabkan didorong oleh emosi. Misalnya, sesebuah ahli dalam keluarga mungkin bersemangat untuk menyiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti membeli baju baru, membuat kuih raya, mengemas rumah dan sebagainya kerana memikirkan ramai kenalan akan datang berkunjung ke rumah. Tingkah laku membuat segala persiapan itu sebenarnya didorong oleh emosi tentang keseronokan untuk menyambut hari raya. Jadi tingkah laku seseorang didorong oleh emosi. Namun, emosi juga mendorong tingkah laku negatif. Contohnya, sesetengah individu juga berkemungkinan melakukan perbuatan jenayah seperti mencuri dan merompak bagi memenuhi keperluan keluarga untuk melakukan persiapan menyambut hari raya. Tindakan negatif tersebut mungkin didorong oleh emosi kasihan dan sayang  terhadap keluarga tanpa mempedulikan apa yang betul dan salah daripada tindakan mereka.

Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam melahirkan emosi mengikut budaya. Cara antara sesuatu budaya dengan budaya lain dalam masyarakat melahirkan emosi adalah berbeza. Contohnya, masyarakat Barat dikatakan lebih mudah dalam melahirkan emosi mereka berbanding masyarakat Timur yang tidak melahirkan emosi secara terbuka. Emosi juga mencetuskan satu keadaan yang kita ingin lakukan. Contohnya, saya selalu bergerak pantas selepas perkuliahan tamat kerana takut akan ditinggalkan bas untuk balik ke kolej kediaman. Jika saya tertinggal bas saya terpaksa menunggu bas yang berikutnya iaitu 30 minit lagi dan situasi ini akan menyebabkan saya bosan.

Disamping itu, terdapat juga beberapa konsep dan teori dalam motivasi.  Contohnya, naluri, dorongan dan insentif. Naluri dalam konteks motivasi adalah berkaitan dengan dorongan biologi atau keinginan dalaman atau desakan untuk melakukan sesuatu perkara. Terdapat beberapa tingkah laku yang universal bagi manusia seperti naluri untuk makan dan minum. Insentif pula melibatkan motivasi yang dipengaruhi oleh ransangan luaran iaitu insentif yang mengarah dan mengerakkan tingkah laku. Insentif juga adalah objek atau peristiwa luaran yang disukai atau tidak disukai yang cuba diperoleh atau dielakkan. Feldman, 1994 menerangkan bahawa insentif merupakan ransangan luaran yang dianggap sebagai ganjaran yang akan mempengaruhi tingkah laku. Namun begitu, kita juga boleh tertarik kepada insentif tertentu seperti makan aiskrim tetapi keadaan dalaman badan kita tidak memerlukannya seperti tidak rasa lapar. Hal ini disebabkan kita kadangkalanya cuba memenuhi pelbagai keperluan walaupun insentifnya tidak ada. Oleh itu, insentif dan desakan akan bekerjasama dalam memotivasikan tingkah laku.

Seterusnya, salah satu teori motivasi yang terkenal ialah teori hierarki keperluan Maslow yang mencadangkan keperluan-keperluan motivasi berbeza terdapat dalam satu hierarki yang bentuk piramid. Saya telah merujuk buku psikologi untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang teori ini. Terdapat lima peringkat dalam teori ini iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan pencapaian kendiri. Teori hierarki keperluan Maslow adalah penting kerana menekankan bahawa selagi keperluan-keperluan asas biologi tidak dipenuhi, manusia secara relatifnya tidak akan mempedulikan tentang keperluan-keperluan yang lebih tinggi. Jika dalam situasi manusia lapar, motif utamanya adalah untuk mendapatkan makanan, jadi mereka tidak akan mempedulikan tentang perkara-perkara seperti kasih sayang dan penghargaan kendiri. Teori ini dapat menjelaskan tentang hakikat mengapa mangsa-mangsa bencana seperti kebuluran dan peperangan mengalami keretakan dalam hubungan kekeluargaan yang normal dan tidak mempedulikan kebajikan orang lain melainkan kepentingan diri sendiri.

Lazimnya, apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir yang berlaku di Pakistan mangsa-mangsa banjir amat memerlukan bantuan segera terutamanya bantuan bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Mereka berasa hidup mereka umpama telur di hujung tanduk. Jadi, apabila terdapat bantuan makanan contohnya, disalurkan kepada mereka, mereka terpaksa berebut-rebut sesama sendiri untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan kehidupan. Pelbagai emosi yang mereka alami akibat bencana banjir tersebut mendorong mereka bertindak sedemikian. Selain itu, terdapat juga sesetengah individu yang tidak mementingkan keperluan asasnya, sebaliknya mementingkan pencapaian kendirinya sahaja. Contohnya, dalam keadaan tertentu terdapat golongan yang terlalu mementingkan kerjayanya sehingga mengabaikan keperluan bawahannya seperti keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang. Situasi ini juga menunjukkan bahawa emosi seseoarng yang terlalu ekstrem untuk memenuhi keinginannya telah mendorong dan memotivasikan dirinya untuk bertindak dengan cara yang sedemikian.

Konklusinya, emosi dan motivasi adalah saling mempunyai perhubungan yang rapat. Emosi lebih menekankan kepada kebangkitan iaitu melibatkan perasaan-perasaan tertentu. Manakala motivasi pula lebih menekankan kepada tingkah laku.

 


A126640 Hasliza LJ07

Emosi, ingatan dan pembelajaran merupakan tajuk kuliah pada minggu ini iaitu minggu yang ke tujuh. Semakin hari tajuk-tajuk kursus pengurusan emosi ini semakin mantap. Saya amat bersyukur kerana di beri peluang mempelajari tentang pengurusan emosi sama ada dalam diri atau orang lain. Kursus ini sepatutnya dipelajari oleh semua pelajar kerana setiap pelajar akan mengalami salah satu emosi tersebut sama ada positif atau negatif.


Bagi tajuk kuliah pada minggu ini adalah berkaitan untuk memahami bagaimana emosi dan ingatan saling berhubungan. Setiap kali berlaku sesuatu emosi ke atas diri kita ia akan memberi satu ingatan yang kuat. Misalnya, kita mendapat tawaran memasuki universiti sudah pasti ia akan mengembirakan sudah pasti ini merupakan satu ingatan yang kuat. Jelas di sini kita dapati emosi ini akan mempengaruhi dalam diri kita sama ada keadaan tersebut gembira ataupun tidak.


Otak mempunyai tiga bahagian yang mempunyai hubungan dalam memberi ingatan dalam emosi. Bahagian tersebut ialah Amygdala, Cerebellum dan Prefrontal Cortex. Amygdala adalah mengenai pengaruh emosi ke atas persepsi diri kita dan menguji kita tentang kepentingan emosi dalam diri kita. Cerebellum pula dikaitkan dengan pengenalan, kemahiran dalam menyelaraskan pergerakan dalam diri kita. Bahagian ini membantu kita mengingat dan mengukuhkan ingatan terhadap emosi kita dlam jangka masa panjang.Prefrontal Cortex adalah gabungan sesuatu perkara yang dilakukan oleh minda akan dipengaruhi. Ketiga-tiga bahagian mempunyai tugas masing-masing dalam pengurusan emosi seseorang.


Sesuatu emosi yang berlaku akan diingati dalam ingatan kita sama ada sesuatu peristiwa itu berlaku kecil atau besar. Misalnya, berlaku tsunami di Indonesia, kejadian ini akan menyebabkan penduduk tersebut akan kekal mengingatinya. Hal ini disebabkan kejadian tsunami yang berlaku menyebabkan satu keadaan emosi yang membolehkan mereka trauma dan akan kekal selama-lamanya. Selalunya sesuatu emosi yang akan kekal dalam ingatan hanyalah emosi yang berlaku kejadian dalam keadaan terkejut.


Emosi ini akan mempengaruhi ingatan seseorang tanpa mengira waktu. Perempuan lebih banyak mengingat daripada lelaki. Lelaki mudah mengingat tetapi ia mudah lupa. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi emosi. Misalnya, perempuan lebih berfikiran rasional dalam sesuatu lebih dari lelaki.


Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat menarik kita dapat mengetahui sejauh mana emosi seseorang itu iaitu antara lelaki dan perempuan. Emosi merupakan lumrah kepada setiap manusia di dunia ini.


A133661 Tiara LJ07


Emosi dan Ingatan adalah tajuk yang telah dibincangkan di dalam kuliah pada minngu ini. Kami telah difahamkan bagaimana emosi dan ingatan seseorang itu saling berhubungan. Selain itu, ia juga menerangkan bagaimana emosi dapat membantu pembelajaran sosial setiap individu. Persoalan dimana adakah emosi boleh memberi kesan ke atas ingatan. Mengikut pengalaman saya sendiri, emosi memang akan memberi kesan ke atas ingatan. Contohnya sewaktu saya kehilangan datuk kesayangan saya 5 tahun yang lalu saya berasa amat sedih dan kesunyian. Sehingga sekarang saya masih lagi merindui beliau terutamanya apabila mengenang setiap detik yang telah saya luangkan bersama beliau. 

 

            Terdapat bahagian otak yang terlibat dalam mempengaruhi emosi dan ingatan kita ialah seperti amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. 'Amygdala' adalah bahagian yang penting dalam mengingati sesuatu peristiwa. Ia juga berfungsi untuk memberikan signal kepada minda kita sama ada sesuatu peristiwa itu perlu atau tidak untu diberikan perhatian untuk diingati dan disimpan dalam memori otak. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, bahagian ini kebiasaannya sering dikaitkan dengan emosi negatif  dan amat sensitif terhadap emosi tersebut. Bahagian cerebellum pula merupakan bahagian yang paling kuat dan bertanggungjawab dalam mengawal pergerakan kita dan juga berfungsi untuk mengingatkan sesuatu emosi kita, terutamanya emosi tang melibatkan perasaan ketakutan yang berpanjangan. Bahagian yang seterusnya prefrontal cortex pula adalah bahagian yang teransang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi.

 

            Emosi dan ingatan terbahagi kepada dua iaitu kandungan emosi dan keadaan emosi.Pengaruh kadar emosional adalah  apabila contohnya ingat peristiwa emosional lebih baik daripada yang membosankan. Kajian terkini menunjukkan bahawa itu adalah emosi terangsang, bukan makna peribadi acara, yang membuat peristiwa tersebut mudah diingat. Memori gambar sangat emosional dan peristiwa mungkin dengan mengorbankan maklumat lain. Dengan demikian, anda mungkin kurang cenderung mengingati maklumat jika diikuti oleh sesuatu yang sangat emosional. Kesan ini nampaknya lebih kuat bagi perempuan. Emosi yang tenang muncul memudar lebih lambat dari memori kita dari emosi yang tidak menyenangkan. Orang-orang yang mengalami depresi ringan, emosi tidak menyenangkan dan menyenangkan cenderung memudar secara merata, orang dewasa nampaknya menetapkan emosi mereka lebih baik daripada orang muda, dan boleh mengekodan maklumat yang kurang negatif. Kenangan positif mengandungi lebih pancaindera dan kontekstual butiran dari kenangan neutral atau negatif.

 

            Keadaan emosi pula menerangkan mood keselarasan dan mood pergantungan. Mood keselarasan adalah dimana kita ingat peristiwa yang berpadanan dengan suasana hati kita saat ini, dan mood pergantungan pula yang merujuk kepada fakta bahawa lebih mudah mengingat ketika suasana hati anda pada turun perlawanan mood anda di pengekodan. Namun, kita tidak boleh hanya mengatakan bahawa keadaan emosi mempengaruhi memori. Sifat emosi yang sedang dirasakan adalah juga penting. Dan ini juga tidak mudah. Kita tidak boleh hanya mengatakan, misalnya, bahawa kecemasan merosakkan memori dan meningkatkan kebahagiaan itu. 

 

            Justeru, mengingat lebih mudah ketika suasana hati anda sesuai dengan suasana hati anda ketika mengalami atau belajar maklumat. Semakin kuat emosi terangsang, semakin besar kesannya terhadap memori. Emosi boleh menyebabkan, atau diminimalkan, dengan memaparkan atau ekspresi menekan emosi.


A134420 FARAH LJ08

Tajuk kuliah pada kali ini agak istimewa kerana ia dilakukan bukan secara bersemuka malah melalui audio.Ini dilakukan bersempena ramai pelajar yang pulang kekampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Walaupun kami seronok dan bersemangat untuk pulang kekampung halaman masing-masing,namun tugasan ini tetap tidak dilupakan.Mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah kami,beliau memberi keringanan dan kemudahan kepada kami supaya menghantar Learning Jurnal pada kali ini selepas raya.Namun,saya ingin menyelesaikan tugasan ini sebelum balik beraya kerana dikampung saya tidak ada kemudahan internet.Ini agak menyusahkan kerana kawasan kampung terletak agak jauh dari kawasan bandar.Jadi,tugasan ini terpaksa disiapkan lebih awal. Ini juga dapat memberi kemudahan kepada saya supaya saya dapat mengulangkaji dengan lebih fokus pada cuti raya nanti kerana akan manghadapi peperiksaan pada minggu pertama selepas raya.Tajuk pada minggu yang lain daripada yang lain ini adalah Emosi da Motivasi.

                        Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan diantara emosi dan motivasi. Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.Ramai cendekiawan,usahawan dan golongan yang berjaya yang mengatakan kita perlu sentiasa memotivasikan diri untuk terus maju dan berjaya.Inisiatif diri sendiri yang membuatkan kita menjadi seorang yang postif atau negatif.Seperti yang kita pelajari dalam pembelajaran sebelum ini emosi terdiri daripada beberapa komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif ,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.

                        Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan pernyataan diatas,Seseorang yang melakukan pembunuhan atau motif pembunuhan,melakukan perkara itu kerana ingin mendapatkan duit untuk kepentingan diri sendiri dan juga berlaku disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap seseorang.Contoh yang lain,cinta menimbulkan perasaan suka,gembira dan seronok.Emosi ini mendorong seseorang untuk menghantar mesej pesanan ringkas dan menghubungi orang yang disayangi kerana terlalu seronok.Ini juga mendorong seseorang untuk member hadiah dan seterusnya mendirikan rumah tanggan dengan pilihan hati mereka.Saya juga mempunyai contoh peristiwa berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.Ketika dibangku sekolah,saya bukanlah merupakan pelajar yang cerdik dan aktif.Saya mempunyai seorang rakan yang suka merendah-rendahkan kekurangan diri saya dan merasakan dirinya terlalu hebat jika dibandingkan dengan diri saya sendiri.Akibat perasaan marah ,saya bertekad untuk mengalahkan dia dalam pelajaran dan mengaktifkan diri saya seboleh yang mungkin.Saya berasa sangat tercabar dengan tindaknnya yang suka merendahkan diri saya.Sejak hari itu,saya berusaha bersungguh-sunggu untuk menyaingi dia dalam setiap pepriksaan,Sikap saya yang pantang dipandang rendah orang lain itu akhirnya membuahkan hasil.Saya mendapat keputusan yang berganda-ganda lebih baik daripada kawan saya itu.Saya berasa puas namun usaha saya tidah berhenti setakat itu sahaja.Saya terus berusaha dengan lebih gigih.Akhirnya,kawan saya terdiam dengan keputusan yang saya perolehi dan dia berasa sangat dengki dengan saya.

                        Walaubagaimanapun,tidak semua keadaan,emosi menjadi pendorong.Contohnya seperti belajar kuat dan makan.Saya suka makan dan saya akan makan pada bila-bila masa tanpa mengira masa.Tetapi terdapat juga sesetengah orang yang menghadapi tekanan dan akan mengurangkan tekanannya dengan makan sepuas hati.Namun begitu,tindakan ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan badan kita kerana pemakanan yang tidak dikawal akan mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti Obesiti,Diabetes,jantung dan sebagainya.Menurut teori James-Lange,tindakan akan menyusul dahulu kemudian baru diikuti dengan emosi.Sebagai contoh,apabila seseorang wanita terlihat seseorang yang mencurigakan mengikutnya dari belakang,merekan akan lari dan kemudian berasa takut.Ini sangat berbeza dengan teori Cannon,dimulai dengan emosi kemudian baru disusuli dengan tindakan.Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan teori ini,saya pernah terlihat seorang pesakit mental yang berlegar-legar ditepi jalan sambil menghunus sebilah parang kepada orang ramai.Saya berasa sangat takut lalu saya terus menghampiri ayah saya untuk mendapatkan perlindungan.

                        Tajuk ini banyak memberi maklumat kepada kita bahawa kebanyakan tindakan kita didorong oleh emosi.Hal ini dapat menunjukkan emosi dan motivasi mempunyai perkaitan antara satu sama lain.Sebagai contoh seperti yang sering berlaku dalam kehidupan seharian,juga terdapat dalam drama-drama yang ditayangkan ditelevisyen,apabila kita mengalami perasaan sedih dan kecewa,ada dalam kalangan mereka yang sanggup membunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan dan mengelar tangan sendiri.Baru-baru ini,di Kelantan,terdapat seorang bapa yang telah menyembelih anaknya sendiri yang berumur 3 tahun.Lelaki ini disyaki merupakan pesakit mental dan diberitahu oleh isterinya bahawa dia tidak mengambil uba-ubatan selama 3 bulan.Mungkin hal ini berlaku disebabkan tekanan.Daripada peristiwa ini,kita boleh lihat emosi tekanan yang dialami oleh lelaki ini telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan.Oleh itu,kita perlu pandai mengawal emosi dan memastikan diri kita dapat bertindak secara waras dan tidak melakukan perkara diluar tabii.

A134147NurulLJ07

Assalamualaikum,

     Pada kuliah baru-baru ini, kami telah ditayangkan video mengenai kejadian tsunami yang  telah menggemparkan seluruh dunia pada 26 Disember 2004. Kejadian ini telah menimbulkan emosi sedih pada rakyat di seluruh dunia lebih-lebih lagi pada keluarga mangsa-mangsa kejadian tsunami tersebut. Saya juga turut merasa sedih kerana ramai mangsa yang seagama dengan kita telah menjadi nahas kejadian tersebut. Kejadian tersebut telah member banyak iktibar dan pengajaran kepada seluruh dunia. Fikir-fikirkanlah pengajaran apa yang dapat dikaitkan.

     Terdapat beberapa bahagian otak yang boleh dikaitkan dengan emosi. Antaranya ialah amygdala, cerebellum, dan prefrontal cortex. Bahagian amygdala adalah bahagian yang paling kuat mempengaruhi ingatan emosi seseorang. Amygdala terlibat dalam mengira sejauh mana kepentingan emosi kepada seseorang. Selalunya amygdala ini lebih kepada emosi negatif.

     Seterusnya bahagian cerebellum pula dikaitkan dengan motor coordination skill. Bahagian ini akan mengukuhkan lagi ingatan terhadap emosi ketakutan. Bagi bahagian prefrontal cortex pula, emosi positif biasa diingati berbanding dengan emosi negatif. Sebagai contoh, perasaan seorang ibu yang telah melahirkan anak. Rasa sakit yang ditanggung ketika hendak melahirkan anak hilang serta-merta apabila anak dapat dilahirkan dengan selamat. Emosi negatif selalunya tidak diingati. Pada zaman sekarang, orang ramai lebih gemar menggunakan facebook untuk meluahkan emosi masing-masing.  Orang ramai kini jarang menggunakan diari.

     Maklumat yang penting tidak semestinya akan mudah diingati. Jikalau dimasukkan dengan sedikit emosi, baru  boleh diingati. Sehingga kini kita masih belum dapat mengetahui bagaimana emosi dapat pengaruhi ingatan. Emosi positif akan terpadam secara perlahan berbanding dengan emosi negatif. Orang-orang yang lebih dewasa lebih mudah mengawal emosi berbanding orang muda.Apabila berada dalam kesedihan, seseorang itu akan cenderung mengimbau kenangan lampau yang sedih.

     Seseorang itu akan mudah untuk mengingati sesuatu peristiwa jika dimasukkan dengan sedikit emosi. Jikalau tidak dimasukkan emosi dalam sesuatu hal, kita akan susah untuk mengingati hal tersebut. Emosi mendorong kita melakukan sesuatu. Misalnya seorang teman rapat telah dimasukkan ke hospital, kita akan berasa sedih dan seterusnya akan selalu ke hospital untuk menjenguknya.     Selain itu,dari segi jantina, wanita adalah lebih baik dalam mengingati peristiwa yang beremosi dan juga mudah lupa. Dari segi umur, semakin tua, semakin mudah untuk melupakan peristiwa negatif. Hal ini menunjukkan semakin matang seseorang itu, semakin bertambah kesabaran dalam diri. Bagi orang muda pula,mereka lebih suka ikut kata hati. Kata orang, orang muda darah panas,orang tua darah sejuk.Kesimpulannya, emosi adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia.

A129088 Rafiuddin LJ07

Salam 1Syawal, Salam 1000Pengampunan Dosa. Assalamualaikum dan selamat sejahtera dilontarkan kepada semua warga varsity UKm yang masih terperangkap dalam kekangan cuti Hari Raya Aidilfitri yang amat lewat berbanding sahabat-sahabat dari menara gading yang lain. Namun,focus kepada ilmu dan pencarian ilmu haruslah diteruskan. Walaupun ada yang terpaksa mengalah,pulang berhari raya pada malam takbir raya menggamit cuping telinga, terasa sayu di hati, dan senyuman ibubapa mula terbayang di kolam mata, percayalah,pengorbanan yang anda lakukan sangat berbaloi.

 

Berbalik kepada fokus lopak ilmu yang perlu ditarah, kursus Pengurusan Emposi yang dikepalai dengan hebat oleh En Zamri Mansur yang dalam sedar atau tidak sudahpun memasuki pertengahan semester,minggu ketujuh kini. Berlandaskan panduan tajuk, Emosi dan Ingatan, kelas pada hari Rabu yang penuh barakah itu dimulakan dengan tayangan video bencana alam yang meragut nyawa di Acheh dengan diiringi lagu latar Indonesia yang amat memilukan. Tujuannya hanya satu,menggamit keinsafan dan kerinduan kepada insan-insan serumpun serta mungkin keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Emosi dan ingatan!Tajuk yang amat dekat dengan jiwa kita sebagai manusia. Kita dapat lihat dari aspek fisiologikal iaitu peranan otak dalam membantu emotional memory. Terdapat tiga bahagian dalam otak yang memainkan peranan dalam emotional memory ini iaitu amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Encik Zamri telah memberikan satu nama singkatan iaitu ACP (Assistant Commissioner Police) untuk memudahkan kami mengingatinya.

 

Pertamanya, ialah amygdala yang memainkan peranan penting  iaitu mengira emosi sesuatu peristiwa yang membawa makna kepada seseorang dan memberi isyarat pada otak lalu bergabung dengan pengalaman deria. Ia juga mempengaruhi persepsi menyebabkan kita sedar sesuatu peristiwa itu berlaku walaupun kita tidak memberi perhatian terhadap peristiwa tersebut. Namun begitu, amygdala lebih bertindak kepada emosi negative.

 

Cerebellum pula membantu kita menyelaraskan pergerakan, mengingati perkara-perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dan membantu kita mengingati sesuatu perasaan terutamanya ketakutan dalam jangka masa panjang.

 

Seterusnya ialah prefrontal cortex yang hanya wujud apabila terangsang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi tetapi jika salah satu daripadanya tidak muncul, maka prefrontal cortex ini tidak memainkan peranan.

 

Perihal yang paling mudah untuk dijadikan pencontohan ialah kes kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Andai kata dalam sekeluarga ynag memiliki lima orang ahli keluarga terlibat dalam kemalangan dan hanya seorang sahaja yang masih hidup,sudah pasti trauma dan memori terhadap insiden itu amat dirasai. Emosi dan ingatan terhadap kenangan bersama ahli keluarga ketika masih hidup pasti sukar untuk dilupakan.

 

Kesimpulannya, segala emosi dan perasaan yang dialami amat berkait rapat dengan kenangan dan memori yang tercipta.  Hal ini sudah pasti sedikit sebanyak mewarnai keindahan dalam diari kehidupan insan tersebut. Sempena denganb syawal yang bakal menjelma, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Saya juga ingin mohon maaf andai terkasar bahasa dan termengata dimana-mana. Sepuluh jari dari insan yang naïf ini disusun diiringi airmata keinsafan di Hari yang mulia ini.