Wednesday 20 October 2010

A134165 ONG YEE PIN LJ10

                Dalam tajuk kuliah Kebijaksanaan Emosi,  kami telah lebih memahami makna pengurusan emosi dan juga aplikasi teori-teori emosi bagi mengurus emosi. Selain itu, kami turut memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi serta konsep  kebijaksanaan dan kematangan emosi.


                Menurut Tooterdell, 2000: Pengurusan Emosi merujuk kepada cara seseorang mengawal dan mengurus perasaan mereka dan cara mereka mempengaruhi orang lain. Biasanya emosi boleh dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara seseorang. Namun, sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi dan emosi mempuyai darkah intensiti yang berubah mengkut tempat. Misalnya, Adaptive Level Theory menyatakan bahawa emosi boleh berubah dengan cepat. Selain itu, ingatan dan emosi sangat berkaitan kerana emosi boleh berubah dengan jalan berfikir. Emosi biasanya bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi boleh mengubah emosi. Emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan dan sekiranya rangsangan tersebut hilang, emosi tidak akan diaktifkan. Emosi positif dan emosi negatif saling berkaitan, walaupun emosi positif lebih bertahan lama. Seterusnya, emosi boleh dijadikan sebagai pendorong kepada tingkahlaku dan berkaitan rapat dengan personaliti. Emosi ini bersifat dinamik dan boleh berubah-ubah.


                Secara umumnya, sesetengah peristiwa dapat senang diingati kerana mempunyai unsur-unsur emosi yang muncul  dalam peristiwa tersebut. Peristiwa yang mengandungi emosi positif lebih senang diingati bagi jangka masa yang lebih panjang.  Oleh itu, kajian menunjukkan wanita lebih senang dipengaruhi oleh emosi dan wanita serta lelaki akan menganalisa pengalaman emosi dalam bahagian otak yang berlainan.


                Kebijaksanaan emosi bermaksud kebolehan seseorang mengawal emosi sendiri dan mempertimbangkan perasaaan dan emosi orang lain semasa melakukan sesuatu perkara. Individu tersebut juga harus mempunyai keupayaan untuk mendiskriminasi dan menggunakan informasi yang telah dianalisa untuk mempengaruhi orang ramai dan menjadi panduan orang ramai berfikirdan bertindak. Terdapat empat model kebijaksanaan emosi, iaitu, Ability Based Model, The Emotional Competencies model, The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence dan The Trait Emotional Intelligence model.


Ability Based model menerangkan kebijaksanaan emosi sebagai keupayaan seseorang individu mengenalpasti ataupun merasakan emosi dan seterusnya memahami emosi tersebut serta menggunakan emosi tersebut sebagai pengalaman untuk meningkatkan personaliti sendiri.  The Emotional Competencies (Goleman) model diperkenalkan oleh Daniel Goleman. Beliau berpendapat bahawa kebijaksanaan emosi amat penting dalam kejayaan seseorang individu dalam pekerjaan. Dalam teori ini mempunyai empat bahagian, iaitu self-awareness, self-management,  social awareness dan relationship management. The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence pula menyatakan bahawa kebijaksanaan emosi merupakan kepentingan seseorang memahami emosi sendiri dan orang lain, dapat berkaitkan emosi dengan orang ramai dan menyesuaikan diri dengan lingkungan persekitaran serta berjaya dalam menguruskan keperluan di sekitarnya. The Bar-On model of Emotonal-Sosial Intelligence turut berpendapat bahawa kebijaksanaan emosi dapat dipelajari dan dikembangkan dalam jangka masa yang berpatutan melalui latihan, programming dan rawatan. Bagi individu yang memunyai kebijaksanaan emosi yang lebih tinggi, mereka akan lebih senang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam menguruskan keperluan di sekitarnya. Bagi sesiapa yang mempunyai tahap kebijaksanaan emosi yang rendah, individu tersebut akan lebih senang dipengaruhi oleh masalah emosi yang kerap muncul dalam kehidupan mereka. Yang akhirnya ialah The Trait Emotional Intelligence model yang menerangkan persepsi diri tentang kemampuan seseorang untuk mengenali, memproses, dan memanfaatkan maklumat yang berkaitan dengan emosi.


Cara untuk mengurus emosi yang biasa kita hadapi dalam kehidupan harian, kemarahan:

1.       1. Menulis perkara yang benar-nebar berlaku dan menganalisanya. Fikirkan cara kita menguasai emosi ini pada masa dahulu.

2.       2. Menjauhikan diri daripada orang ramai dan cuba mengawal emosi sendiri dalam masa 10-20 minit.

3.       3. Elakkan diri daripada minuman alkohol dan dadah.

4.       4. Menjalankan aktiviti sukan.

5.       5. Memberitahu perasaan kita kepada kawan karib ataupun ahli keluarga yang kita percaya.

6.       6. Belajar untuk memaafkan orang lain

Kesimpulannya, kebijaksanaan emosi adalah amat penting dalam pergaulan harian. Oleh itu, kita haruslah sentiasa memastikan emosi kita adalah stabil. # end

No comments:

Post a Comment