Friday 7 January 2011

A128608 HAZWANI BINTI MOHAMAD TAJUK 2 PEMBELAJARAN STRUKTUR ASAS EMOSI SAYA

Pada 4 dan 5 Januari 2011, bermulalah pembelajaran tentang emosi bagi minggu kedua. Topik pada minggu ini lebih menarik iaitu Struktur Asas Emosi.

Terdapat empat teori yang telah diperolehi hasil dari kajian empat orang saintis yang berbeza pendapat iaitu Plutchik, Tomkin, Darwin, dan Izard. Teori-teori tersebut ialah Teori Asas Emosi daripada Darwin,Teori Emosi Primari Plutchik,Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin, dan Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard. Selain itu terdapat satu lagi teori iaitu Teori Pembelajaran.

Mengikut Teori Asas Emosi Darwin,emosi terdiri daripada emosi primari. Mengikut pandangan Darwin,ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.

Megikut Plutchik, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

Berdasarkan Tomkin's teori beliau mengatakan "what cause what". Hal tersebut bermaksud emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Contohnya senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.

Manakala teori daripada Izard pula beranggapan bahawa emosi adalah sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

Teori pembelajaran pula bercanggah dengan pendapat Izard dimana teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Berdasarkan kelima-lima teori tersebut, saya menyokong teori Plutchik berbanding teori-teori lain. Hal ini kerana apabila saya belajar mengenai teori tersebut secara tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman-pengalaman yang pernah terjadi dalam hidup saya. Ketika saya berada di tingkatan empat, cukup umur saya enam belas tahun, ibu dan abah telah menghadiahkan seutas jam tangan yang saya sangat minat dan masih dijaga baik oleh saya sehingga sekarang. Apabila saya mendapat tahu jam tangan itu milik saya sempena hari jadi saya, saya berasa sangat gembira, lantas saya memeluk ibu dan abah saya sebagai tanda mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai hadiah mereka. Berdasarkan pengalaman tersebut dapat disimpulkan bahawa :

i.                    Bahasa subjektif - emosi gembira

ii.                  Bahasa tingkah laku - memeluk ibu dan abah

iii.                Bahasa fungsian - mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak

Selain itu, baru-baru ini saya telah menonton salah satu cerita kartun animasi BEN 10 di televisyen. Daripada cerita animasi juga dapat menyokong bahawa teori Plutchik adalah logik. Hal ini kerana ketika raksasa jahat datang menyerang Ben 10, Ben 10 berasa tergugat dan timbul perasaan berani dalam dirinya. Daripada perasaan berani timbul satu keyakinan dalam diri si kecil tersebut. Maka, dia berubah menjadi raksasa yang sesuai untuk berlawan dengan raksasa jahat tersebut. Berdasarkan animasi tersebut, dapat juga disimpulkan bahawa;

i.                    Bahasa subjektif – emosi berani

ii.                  Bahasa tingkah laku – berubah menjadi raksasa dan berlawan dengan raksasa jahat

iii.                Bahasa fungsian – keberanian menimbulkan keyakinan mengalahkan raksasa jahat, dan orang ramai terselamat.

Oleh itu, pembelajaran tentang struktur asas emosi ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang emosi malah dapat juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


Wednesday 5 January 2011

Fw: A132153 Md Iqbal bin Mohd Noor Tajuk 1 Catatan Pertamaku



--- On Wed, 5/1/11, iqbal billie joe armstrong <iq_armstrong@yahoo.com> wrote:

From: iqbal billie joe armstrong <iq_armstrong@yahoo.com>
Subject: Fw: A132153 Md Iqbal bin Mohd Noor Tajuk 1 Catatan Pertamaku
To: ayahlong_azm.jurnal_emosi@blogger.com
Cc: jurnal2253@gmail.com
Date: Wednesday, 5 January, 2011, 12:38 AM



--- On Tue, 4/1/11, iqbal billie joe armstrong <iq_armstrong@yahoo.com> wrote:

A132153 Md Iqbal bin Mohd Noor Tajuk 1
Pengenalan Emosi


Assalamualaikum ,

  Hari pertama aku hadir ke kelas pengurusan emosi .Aku berasa sangat teruja kerana dapat bersama ramai pelajar yang lebih senior dalam satu kelas. Selain itu, aku telah mendapat sedikit maklumat dari senior yang kelas ini sangat bagus dan menyoronokkan. Nama pensyarah yang mengajar subjek ini adalah Encik Ahmad Zamri bin Mansor .Pada kelas yang pertama ini ,kami telah diberi kuiz .Dalam kuiz tersebut ,terdapat sepuluh soalan
dan setiap soalan terdiri daripada empat jawapan .Dalam jawapan tersebut ,terdapat mimik-mimik muka yang menunjukkan ekspresi muka yang berlainan sama ada lelaki mahupun perempuan .Kami dikehendaki memilih mimik muka yang menarik .Setelah selesai kuiz ini dijalankan ,aku dapati yang aku berada dalam kategori ekspresi muka yang senyum kerana majoriti jawapan aku adalah A .Ini menunjukkan bahawa aku seorang yang suka senyum, peramah dan mudah untuk didekati .Ramai juga pelajar yang lain memilih jawapan yang berlainan .Bagi pelajar yang majoriti jawapannya B ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang terkejut manakala bagi pelajar yang majoriti jawapannya C ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang menjijikkan .Bagi jawapan D ,tiada ekspresi muka yang ditunjukkan .Kuiz ini sangat bagus dan menarik kerana kuiz ini dapat menyatakan sikap seseorang dalam diri mereka melalui pemilihan jawapan yang dipilih .

  Setelah itu ,kami telah diberitahu mengenai tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapat markah dalam subjek ini .Kami diberi dua pilihan tugasan ,sama ada tugasan 1a ataupun tugasan 1b .Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai 'pengalaman anda dalam menguruskan emosi dalam kehidupan' .Jurnal ini perlu ditulis dalam bentuk esei sebanyak 10 muka surat dan perlu dihantar pada minggu ke tujuh .Bagi tugasan 1b pula ,kami dikehendaki menulis jurnal pembelajaran bagi setiap minggu mengikut tajuk-tajuk yang telah diajar oleh pensyarah pada minggu tersebut .Bilangan muka surat adalah dua muka surat dan jumlah patah perkataan adalah sebanyak seribu hingga ke dua ribu patah perkataan .Setelah jenuh memikirkan yang terbaik, aku telah memilih tugasan 1b kerana bagi aku sememangnya suka untuk mencatat apa yang berlaku dalam kehidupan-kehidupan seharian.

  Untuk kuliah yang pertama ,kami belajar mengenai pengenalan kepada emosi . Sebelum mempelajari kuliah ini, semua orang mempunyai pendapat tersendiri tentang emosi. Bagi aku, setiap orang menpunyai emosi masing-masing mengikut situasi yang dialami oleh setiap individu tersebut .Sebagai contoh ,Ahmad dan Yana telah bercinta sejak zaman sekolah lagi. Mereka berjaya menyambung pelajaran di universiti yang sama dan telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Namun demikian, cinta mereka telah mendapat tentangan dari pihak keluarga kerana permusuhan lama antara kedua-dua belah keluarga Ahmad dan Yana. Mereka telah berpakat untuk melarikan diri dan berkahwin di Siam. Sewaktu melarikan diri, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan dan Yana meninggal di tempat kejadian. Selepas itu, Ahmad menjadi tidak tentu arah dan akhirnya dijumpai mati akibat bunuh diri. Daripada cerita ini ,aku dapat lihat bahawa Ahmad  terlalu sedih diatas kematian Yana dan dia telah mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat terlalu mengikut emosi.

  Dalam kuliah yang pertama ini ,Encik Zamri telah menerangkan defiinisi emosi iaitu interaksi antara faktor-faktor luar yang dipengaruhi oleh pegangan kita ataupun situasi yang menpengaruhi perbuatan kita sendiri .Emosi terbahagi kepada empat kategori .Pertama ,emosi boleh membawa kepada pengalaman perasaan .Kedua ,emosi dapat memahami sesuatu situasi .Ketiga ,perubahan fisiologi dalam badan kita dan yang keempat pula adalah emosi boleh dikaitkan dengan tingkah laku ataupun tindakan yang tertentu .Emosi juga terdiri daripada beberapa komponen penting .Antaranya adalah perasaan ,proses kognitif ,proses fizikal serta tingkah laku yang berkaitan .Mengikut Lang et al ,1992 ,beliau menyatakan bahawa emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh jadi emotional .Emosi tidak semestinya menjadi pendorong dan pendorong tidak semestinya menjadi emosi .Emosi juga dapat dinilai dengan cara temu bual ,soal selidik dan juga teknik kendiri .Emosi tidak boleh diukur tetapi boleh diatasi dengan cara memerhati secara langsung ataupun pengukuran secara fizikal .Setelah pelajari serba sedikit mengenai istilah mahupun pengenalan kepada emosi ini ,barulah aku sedar bahawa emosi juga banyak mempengaruhi keadaan disekeliling kita .Aku juga dapat mengetahui kategori-kategori serta komponen-komponen yang ada didalam emosi .

  Bagi kelas yang seterusnya ,kami telah disuruh untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 orang .Walaubagaimanapun, aku hanya dapat mencari 2 orang lagi untuk membentuk kumpulan kerana pelajar-pelajar lain telah mempunyai kumpulan masing-masing. Aku berasa sangat gembira kerana dalam membentuk 1 kumpulan ,aku telah mendapat kawan baru yang rupa-rupanya juga menginap di kolej yang sama dengan aku iaitu Kolej Pendeta Za'ba. Dia merupakan seorang senior di tahun 3 dan seorang yang amat memahami. Selepas dari perkenaln di kuliah tersebut, hubungan aku dengan senior tersebut menjadi akrab dan sering lepak bersama ketika masa terluang. Cerita mengenai kawan baru ini ,ia telah mengingatkan aku tentang minggu mesra pelajar iaitu ketika orientasi pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia .Ketika ini ,aku telah mendapat ramai kawan baru dari pelbagai negeri .Pada mulanya ,aku berasa sangat takut kerana dalam memilih kawan ini ,kita perlu memilih kawan yang betul dan bukanlah kawan yang suka bermain-main kerana kawanlah yang akan menjadi teman rapat kita apabila kita berada dalam kesusahan .Setelah beberapa hari minggu mesra pelajar ini dijalankan ,aku berasa senang bergaul dengan kawan-kawan yang lain malahan dapat tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga mereka .Nama kumpulan aku adalah 'sweet emotion' dan ahli kumpulan aku adalah terdiri daripada Kharuddin , Awal,  dan aku sendiri .Tajuk kajian kami adalah pengurusan emosi dalam kalangan mahasiswa pada minngu pertama di Universiti .Selain itu juga ,terdapat beberapa kumpulan lain yang membentangkan tajuk kajian mereka .Antaranya adalah kumpulan yang bernama 'kami kisah' yang telah membentangkan tajuk kajian mereka yang bertajuk masalah yang dihadapi dalam kalangan anak luar nikah .Bagi kumpulan yang seterusnya ,mereka telah mengelarkan nama kumpulan mereka iaitu 'happy go lucky' .Mereka telah membentangkan tajuk kajian mereka iaitu pengurusan emosi dalam kalangan anak-anak yatim .Setiap kumpulan telah membentangkan tajuk kajian mereka dengan penuh bersemangat dan menerangkan isi-isi mengenai tajuk kajian mereka yang padat serta menarik .



Tuesday 4 January 2011

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 1 Pengenalan Emosi

Assalamualaikum ,
 
    Hari pertama aku hadir ke kelas pengurusan emosi .Aku berasa sangat teruja kerana ramai kawan menyatakan bahawa subjek pengurusan emosi ini sangat bagus dan seronok .Selain itu juga ,mereka ada mengatakan bahawa subjek ini senang untuk skor .Jadi dengan tidak ragu-ragu ,aku pun memilih subjek ini .Nama pensyarah yang mengajar subjek ini adalah Encik Ahmad Zamri bin Mansor .Pada kelas yang pertama ini ,kami telah diberi kuiz .Dalam kuiz tersebut ,terdapat sepuluh soalan dan setiap soalan terdiri daripada empat jawapan .Dalam jawapan tersebut ,terdapat mimik-mimik muka yang menunjukkan ekspresi muka yang berlainan sama ada lelaki mahupun perempuan .Kami dikehendaki memilih mimik muka yang menarik .Setelah selesai kuiz ini dijalankan ,aku dapati yang aku berada dalam kategori ekspresi muka yang senyum kerana majoriti jawapan aku adalah A .Ini menunjukkan bahawa aku seorang yang suka senyum, peramah dan mudah untuk didekati .Ramai juga pelajar yang lain memilih jawapan yang berlainan .Bagi pelajar yang majoriti jawapannya B ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang terkejut manakala bagi pelajar yang majoriti jawapannya C ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang menjijikkan .Bagi jawapan D ,tiada ekspresi muka yang ditunjukkan .Kuiz ini sangat bagus dan menarik kerana kuiz ini dapat memberitahu sikap seseorang dalam diri mereka melalui pemilihan jawapan yang dipilih .
 
    Setelah itu ,kami telah diberitahu mengenai tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapat markah dalam subjek ini .Kami diberi dua pilihan tugasan ,sama ada tugasan 1a ataupun tugasan 1b .Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai 'pengalaman anda dalam menguruskan emosi dalam kehidupan' .Jurnal ini perlu ditulis sebanyak 10 muka surat dan perlu dihantar pada minggu ke tujuh .Bagi tugasan 1b pula ,kami dikehendaki menulis jurnal pembelajaran bagi setiap minggu mengikut tajuk-tajuk yang telah diajar oleh pensyarah pada minggu tersebut .Bilangan muka surat adalah dua muka surat dan jumlah patah perkataan adalah sebanyak seribu hingga ke dua ribu patah perkataan .Aku telah memilih tugasan 1b kerana bagi aku tugasan ini lebih menyenangkan dan memudahkan .
 
    Untuk kuliah yang pertama ,kami belajar mengenai pengenalan kepada emosi .Pada pendapat aku ,emosi boleh dikaitkan dengan perasaan ,tingkah laku ,serta keadaan disekeliling kita sendiri .Setiap orang menpunyai emosi masing-masing mengikut situasi yang dialami oleh setiap individu tersebut .Sebagai contoh ,Samsul ,seorang pelajar yang sangat pintar .Dia mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor .Dia ingin membuktikan kepada ayahnya bahawa dia seorang yang boleh berjaya .Pada suatu hari ,ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya .Samsul berasa sangat sedih .Dia terlalu sayangkan ayahnya .Dia mahu ayahnya lihat kejayaan yang dia akan perolehi pada masa akan datang ,tetapi apakan daya ,ayahnya tidak sempat untuk melihat kejayaan tersebut .Semenjak dari itu ,kehidupannya menjadi tidak tentu arah .Dia tidak mahu belajar lagi .Dia sudah berputus asa dengan kehidupannya .Keluarganya juga tidak mahu menerimanya lagi sebagai ahli keluarga kerana Samsul sudah berubah menjadi seorang budak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata keluarganya lagi .Daripada cerita ini ,aku dapat lihat bahawa Samsul terlalu sedih diatas pemergian ayahnya dan dia telah berubah dengan sekelip mata .Dia terlalu mengikutkan perasaan sehingga telah merosakkan kehidupannya sendiri .
 
    Dalam kuliah yang pertama ini ,Encik Zamri telah menerangkan defiinisi emosi iaitu interaksi antara faktor-faktor luar yang dipengaruhi oleh pegangan kita ataupun situasi yang menpengaruhi perbuatan kita sendiri .Emosi terbahagi kepada empat kategori .Pertama ,emosi boleh membawa kepada pengalaman perasaan .Kedua ,emosi dapat memahami sesuatu situasi .Ketiga ,perubahan fisiologi dalam badan kita dan yang keempat pula adalah emosi boleh dikaitkan dengan tingkah laku ataupun tindakan yang tertentu .Emosi juga terdiri daripada beberapa komponen penting .Antaranya adalah perasaan ,proses kognitif ,proses fizikal serta tingkah lakuyang berkaitan .Mengikut Lang et al ,1992 ,beliau menyatakan bahawa emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh jadi emotional .Emosi tidak semestinya menjadi pendorong dan pendorong tidak semestinya menjadi emosi .Emosi juga dapat dinilai dengan cara temu bual ,soal selidik dan juga teknik kendiri .Emosi tidak boleh diukur tetapi boleh diatasi dengan cara memerhati secara langsung ataupun pengukuran secara fizikal .Setelah pelajari serba sedikit mengenai istilah mahupun pengenalan kepada emosi ini ,barulah aku sedar bahawa emosi juga banyak mempengaruhi keadaan disekeliling kita .Aku juga dapat mengetahui kategori-kategori serta komponen-komponen yang ada didalam emosi .
 
    Bagi kelas yang seterusnya ,kami telah disuruh untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 orang .Aku berasa sangat gembira kerana dalam membentuk 1 kumpulan ,aku telah mendapat kawan baru .Cerita mengenai kawan baru ini ,ia telah mengingatkan aku tentang minggu mesra pelajar iaitu ketika orientasi pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia .Ketika ini ,aku telah mendapat ramai kawan baru dari pelbagai negeri .Pada mulanya ,aku berasa sangat takut kerana dalam memilih kawan ini ,kita perlu memilih kawan yang betul dan bukanlah kawan yang suka bermain-main kerana kawanlah yang akan menjadi teman rapat kita apabila kita berada dalam kesusahan .Setelah beberapa hari minggu mesra pelajar ini dijalankan ,aku berasa senang bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan ternyata mereka sangat baik dan bukan la jenis orang yang suka bermain-main .Tambahan pula ,aku berasa sangat gembira kerana mereka bukan sahaja baik ,tetapi mereka juga sering mengambil berat tentang diri aku .Nama kumpulan aku adalah 'bersamamu' dan ahli kumpulan aku adalah terdiri daripada Siti ,Zahra ,Liyana dan aku sendiri .Tajuk kajian kami adalah mengenai bagaimana pelajar yang sudah kematian orang tersayang menguruskan emosi dalam kehidupan mereka .Selain itu juga ,terdapat beberapa kumpulan lain yang membentangkan tajuk kajian mereka .Antaranya adalah kumpulan yang bernama 'kami kisah' yang telah membentangkan tajuk kajian mereka yang bertajuk masalah yang dihadapi dalam kalangan anak luar nikah .Bagi kumpulan yang seterusnya ,mereka telah mengelarkan nama kumpulan mereka iaitu 'happy go lucky' .Mereka telah membentangkan tajuk kajian mereka iaitu pengurusan emosi dalam kalangan anak-anak yatim .Setiap kumpulan telah membentangkan tajuk kajian mereka dengan penuh bersemangat dan menerangkan isi-isi mengenai tajuk kajian mereka yang padat serta menarik .
 
Sekian .

A133607 NOR FAZLYANA TAJUK 1 KISAH EMOSI YAMA FAJLENA

HELLO PEEPS !
Assalamualaikum semua. Salam satu MALAYSIA. okay okay ! mula lah cerita tentang diri saya, diri ini untuk menguruskan
emosi ini yang kadang kadang gundah gelana seperti berada di lautan yang berombakkan seperti ala ala tsunami kecil. HAHA
cerita memang mesti nak lebih lebih. biasalah penulisan dari insan naif ini. okay okay ! cerita mengenai kelas
PENGURUSAN EMOSI yang amat lah beremosi. terus terang saya katakan pertama kali menjejak kaki ke kelas, 
saya mendengar kuliah, meneliti setiap pelajar, sangatlah seronok. saya dapat berkenalan dengan kawan baru yang selama ini
mungkin saya rasa tak akan mengenali dia dan dia walaupun dari fakulti yang sama. al-maklumlah, fakulti banyak sangat 
kursus sampai segelintir saja yang saya kenali. okay okay ! sebenarnya, hanya dari kursus saya sahaja. HAHA =="

Mula dengan cerita saya pada minggu ini, OYEAH ! saya balik kampung. di ipoh perak. sangatlah seronok sebab ambil cuti
lebih. HUHU. sekarang ini pun saya dalam perjalanan pulang ke UKM tercinta. NAMPAK SANGAT BARU BUAT JURNAL KAN ?? !
HAHA. tak ada lah. cuma mengumpul cerita untuk cuti cuti balik kampung ini. okay. kita mula dari saya bergerak dari stesen
KTM UKM. haha. pengalaman yang sangat mengerikan bagi saya. okay. lupa nak bagi tahu yang saya balik dengan kawan saya,
satu kolej, satu negeri dan banyak satu lagi lah. INTAN AZLINDA(bukan nama sebenar). kita teruskan cerita okay ! erm, masa nak pergi ke 
KLSENTRAL tue, kami dengan berhempas pulas mengejar kereta api=tren yang seakan akan ingin berlepas masa kat KTM UKM tue.
memang mengerikan lah. kami 'terpaksa' masuk 'coach' tren yang paling belakang. bermaksud kami akan masuk dalam
'LUBUK BUAYA'. memang durjana sungguh lah. tertekan, sakit hati dengan mata yang meliar, mengepit itu paling tak suka.
pada hari tue jugak hari JUMAAT. memang cuti umum sebab HARIMAU MALAYA berjaya bawa PIALA HEABAT ITU. jadi, manusia
manusia seperti anak remaja yang baru dapat kebebasan keluar rumah apabila umur 18 tahun. 
OHH ! rasa nak menjerit masa itu jugak. MAMY MAMY. tolong anak mu ini. tapi jeritan hanya didalam hati saja.
tidak dapat dikeluarkan oleh kotak suara yang merdu ini. ecece. biasala. minah perasan memang macam ini. HUHU.
masa tue memang hanya TUHAN saja yang tahu bagaimana perasaan saya dan intan. dan ada plak mamat cina nie. memang nak kena
ketuk kepala lah. dah tahu kami dua orang jer perempuan kat belakang dia. boleh plak dia menari terjungkit jungkit kat
tengah tue sambila nak kepit kepit kita orang. memang emosi masa ini bercelaru. rasa nak menjerit kat mamat cina ini. 
okay okay. memang saya buat pun. tapi dengan nada tegas saja. tak ada lah sampai satu coach boleh dengar kan. memang masa 
tue fikir apa yang di ajar oleh doktor mengenai maksud emosi dan 4 komponen dalam emosi. salah satunya tingkah laku berkaitan.
jadi saya pun dengan keberanian yang sedikit ini menegur si mamat cina nie. 'BOLEH TAK JANGAN DOK KEPIT KEPIT? TAK NAMPAK 
MAKHLUK SEBESAR ALAM NIE KA?' kuar loghat KEDAH i. HAHA. terus dengan serta merta dia dok diam terkinja kinja dia tue 
sambil senyum. jadi kami berdua ingat dia fahamlah. rupanya PEKAK ! adoi. tak tahulah. jadi kami hanya berserah dan menolak
beg dia yang digalas di belakang. bagi dia paham sikit. mungkin dengan lisan tak boleh, tapi dengan tindakan fizikal baru 
dia sedar! HAHA.

Sampai nya di KLSENTRAL, kami pula seolah olah bebas dari malapetaka itu. HAHA. jadi kami meneruskan perjalanan untuk 
membeli tiket dan sebagainya. lebih kurang pukul 9 malam saya selamat sampai di KTM IPOH. okay okay ! sesampai di rumah 
melihat senyuman MAK tersayang memang meluluhkan hati sesiapa saja yang memandang. SANGAT RINDU MAK SAYA! macam berbulan
tak jumpa. padahal baru tiga minggu. HAHA. okay mesti tertanya tanya apa pasal tiga minggu? bukan baru dua minggu ke ?
sebenarnya saya balik awal. untuk menghadiri perkampungan KAPREZA'11 selama seminggu. OHH ! pengalaman yang sangat
BEST BEST ! nanti kalau ada kesempatan saya cerita lagi pasal KAPREZA ini okay ? huhu.
jadi jadi, memang lama lah saya tak jumpa mak dan ayah. huhu. sangat rindu mereka. balik balik jer makan IKAN PEDAS !
tambah plak ikan tue ikan TALAPIA. memang HEAVEN lah. huhu. bila perut sudah kenyang kita perlulah segarkan badan. 
JEEZ !! memang sejuk kaa air kat ipoh nie. dah sebijik dalam peti ais. memang mengigil lah. baru jap tadi TV kat dalam 
tren di habaq yang jika kita mandi dengan air sejuk dalam lingkungan 12 celcius hingga 18 celcius elok untuk menghilangkan
ketengangan. jadi, memang sesuai lah masa balik rumah tue dapat tenangkan diri dengan air sejuk. patutlah lega semacam.
HUHU ! 

okay okay ! saya masih dalam perjalanan naik tren menuju ke KLSENTRAL. sangatlah menenangkan apabila melihat ke luar
tingkap pemandangan kehijauan ciptaan YANG MAHA ESA. sambil dengar lagu MAHER ZAIN. ohh. sangat menenangkan fikiran.
emosi tidak terganggu dengan kesibukan Kuala Lumpur yang akan dirasai kelak. OHH. hope all gonna be OKAY ! and i can 
still breathe the OXYGEN ! AMIN !

Assalamualaikum semua, GODIE GODIE ;)

cinta kamu,
YAMA FAJLENA (bukan nama sebenar)

Monday 3 January 2011

A128145 Rohaida Binti Abdul Latiff Tajuk1 Pengenalan Emosi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
 
Pengurusan emosi.  Subjek U2 yang tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mempelajarinya. Namun, apabila saya mengambil keputusan untuk mengambil subjek pengurusan emosi ini  dan menghadiri kuliah, ternyata subjek ini telah membuka minda saya untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Pensyarah yang mengajar subjek ini ialah Dr. Ahmad Zamri bin Mansor. Sebagai pengenalan tentang subjek ini, pensyarah telah menerangkan tentang tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang semester ini. Kami diberi dua pilihan tugasan samada tugasan 1a atau tugasan 1b untuk tugasan secara individu. Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai pengalaman anda dalam menguruskan sesuatu emosi dalam kehidupan seharian. Tugasan 1b adalah menulis learning jurnal pada setiap minggu selama lima minggu dengan mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman yang dialami.
 
Pada kuliah yang pertama ini, kami telah diperkenalkan tentang pengenalan emosi. Sepertimana yang kita maklum, pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antara emosi yang wujud dalam diri manusia adalah seperti marah, gembira, takut, kecewa, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Ini dapat saya kaitkan dengan pengalaman diri saya dalam menguruskan emosi. Kisah nya bermula pada ambang 2011, dimana saya berasa amat gembira dan bangga kerana masih berpeluang menyambut tahun baru di dalam sebuah negara yang aman dan damai tanpa peperangan. Namun begitu, terselit juga perasaan kecewa apabila melihat di dada-dada akhbar mengenai masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meruncing. Dan saya berpeluang mengikuti program ekspedisi yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dengan kerjasama JAWI dalam menangani masalah sosial remaja pada masa kini. Pelbagai tingkah laku dan perbuatan yang kurang sopan di kalangan remaja yang dapat kami saksikan pada malam tahun baru itu yang membuatkan saya merasa kecewa bercampur marah dengan sikap mereka. Mereka seakan-akan tidak mempunyai sikap malu dan segan untuk melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai. Namun, jauh di sudut hati saya tahu bahawa mereka ini boleh berubah menjadi insan yang lebih baik. Melihat perbuatan yang kurang sopan tersebut, kami seterusnya mendekati mereka dan  memberi nasihat kepada mereka dengan harapan mereka dibukakan pintu hati untuk bertaubat kepada Nya. Pengalaman ini memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk mempraktikkan dan menjalankan kerja-kerja dakwah.
 
Definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), "emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors mediated by neural hormonal system", which can give to affective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour. Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), iaitu seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memberi maksud emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, dan setiap keadaan mental yang hebat. Beliau mengatakan bahawa emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak.
 
Terdapat empat kompenen emosi yang kami pelajari dalam subjek ini. Pertama, emosi membawa kepada pengalaman perasaan seperti perasaan takut, marah dan sedih. Kedua, emosi yang melibatkan proses kognitif iaitu sesuatu yang dilakukan oleh minda.Contohnya, mengenal pasti perasaan takut yang dialami seseorang seterusnya berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ketiga, perubahan fisiologi dalam badan kita seperti jantung berdebar dan tercungap-cungap. Keempat adalah emosi yang berkaitan dengan tingkah laku. Mengenai emosi dan motivasi pula, emosi itu lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, beliau mengatakan bahawa emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Mengikut Lang et al, 1992, beliau menyatakan bahawa emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Walaubagaimanapun, emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Di samping itu, emosi juga dapat dinilai dengan cara menemu bual, melakukan soal selidik dan melakukan teknik kendiri. Emosi tidak boleh diukur tetapi boleh diatasi dengan cara memerhati secara langsung ataupun pengukuran secara fizikal.
 
Daripada kuliah ini, saya telah mempelajari konsep emosi dengan lebih jelas dan dapat mengaitkan emosi dalam kehidupan seharian. Pelbagai langkah dapat dilakukan bagi mengatasi emosi yang negatif agar tidak memakan diri dan pelbagai akibat akan diterima sekiranya tidak menguruskan emosi dengan betul dan bijak. Wassalam...

A126800 Ira Fazliana bt Sadeli TAJUK 1 NAK TAHU TAK?!!

Hari ini bermulalah kuliah pertama saya untuk subjek Pengurusan Emosi di bawah kod ZZZT 2253. Alhamdulillah untuk semester ini saya dapat lagi mengenal seorang lagi pensyarah yang sangat mahir dan luas ilmunya iaitu En Ahmad Zamri bin Mansor. Pada mulanya saya dan sahabat-sahabat bingung untuk memilih subjek apakah yang patut kami pilih untuk U2 ini. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Pengurusan Emosi dan dipersetujui oleh sahabat-sahabat saya.

Pada pertemuan pertama bersama En Zamri, beliau telah memberi penerangan ringkas berkenaan subjek ini. Beliau menyatakan bahawa subjek ini bukanlah satu yang berbentuk akademik tetapi ia merupakan satu ilmu di mana ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan kita seharian sebagai manusia dari segi bagaimana seseorang yang mengalami emosi itu mengawal emosinya dan sebagainya. Setelah diberikan penerangan ringkas tentang subjek ini, saya berasa sangat teruja untuk mempelajari lebih lagi berkenaan ilmu pengurusan emosi ini dan ingin mengetahui bagaimana atau apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang apabila berdepan dengan emosi.

Sebelum kuliah bermula, En Zamri mengadakan satu aktiviti pemanasan minda yang di beri nama "expression question quizzes" di mana kami dikehendaki untuk memilih riak wajah yang menjadi pilihan kami melalui slide yang ditunjukkan semasa kuliah sama ada riak wajah smile, surprise, atau disgust. Ternyata ramai di antara kami yang memilih untuk riak wajah senyum termasuklah juga saya. Jelas sekali, untuk saya memahami bahawa manusia lumrahnya sukakan sesuatu yang berbentuk positif. Senyum menggambarkan kepada kita tentang suatu kegembiraan dan kebahagiaan sebagai contoh apabila kita menonton satu rancangan yang berunsurkan jenaka, secara tak langsung kita akan tersenyum dan tergelak seolah-olah segala masalah yang kita hadapi telah selesai dalam sekelip mata. Dengan senyuman juga kita dapat mengawal tekanan emosi kita.

Dalam kuliah yang pertama ini kami didedahkan tentang definisi emosi itu sendiri. Apa yang saya faham daripada perkataan emosi, ianya merupakan satu perasaan apabila kita berhadapan dengan sesuatu dan bagaimana kita berhadapan dan mengawal emosi tersebut sama ada dalam bentuk positif atau negatif dan dipancarkan melalui riak wajah. Dengan emosi seseorang itu boleh berubah sifatnya daripada suka menghina kepada sifat kasihan, sedih kepada gembira, kedekut kepada pemurah, marah kepada sayang dan banyak lagi begitulah juga sebaliknya.

Setelah diberi penerangan tentang maksud emosi itu, ternyata jangkaan saya meleset. Rupa-rupanya emosi dan perasaan bukanlah satu benda yang sama. Emosi lebih luas berbanding perasaan. Perasaan merupakan salah satu daripada komponen emosi yang 4 iaitu:-
1.    Perasaan.
2.    Process cognitive bermaksud bagaimana minda melabelkan situasi yang sedang dihadapi.
3.    Physiological changes bermaksud tindak balas fizikal sebagai contoh kita akan berpeluh apabila kita rasa takut atau gementar.
4.    Associated behavior bermaksud tindakan yang akan kita lakukan bila mana berhadapan dengan emosi.

En Zamri juga memberikan contoh yang sesuai untuk menerangkan perkaitan di antara komponen emosi yang empat tersebut. Contoh: Pada suatu malam Junainah terdengar satu suara yang pelik dan dia cuba untuk mengenal pasti bunyi tersebut. Jantungnya berdegup kencang kerana perasaan takut yang menyelubunginya. Dia merasakan "pencuri" tersebut masuk ke dalam biliknya lalu dia pun menjerit dan akhirnya dia dapati suara pelik yang disangkakan seorang "pencuri" itu rupa-rupanya adalah seekor kucing.

Kini barulah saya faham dan mula berfikir rupa-rupanya dalam pengurusan emosi ini juga mempunyai beberapa teori-teori yang tersendiri. Berbalik pada contoh tadi teringat saya tentang satu kisah yang berlaku pada diri saya sendiri. Dahulunya saya adalah seorang yang berani dan suka untuk melihat adegan-adegan atau aksi-aksi yang amat mengerikan di kaca tv dan juga melihat gambar-gambar kemalangan yang mengerikan termasuklah cerita-cerita hantu. Walaupun ada sedikit perasaan ngeri dan takut namun perasaan ingin tahu mengatasi perasaan ngeri dan takut tersebut. Sehinggakan terbit satu perasaan dalam diri saya, untuk melihat satu kejadian kemalangan yang mengerikan di depan mata saya sendiri. Saya pernah melihat beberapa kemalangan ngeri menerusi beberapa video yang saya dapatkan daripada seorang rakan saya semasa di kolej dahulu. Walaupun kadangkala saya dibayangi semula apa yang telah saya tonton namun, ianya tidaklah mematahkan semangat saya untuk melihat kembali aksi-aksi sedemikian.

Sehinggalah pada suatu hari saya ditegur oleh seseorang supaya cuba untuk kurangkan melihat aksi-aksi atau sesuatu yang mengerikan itu. Dia memberitahu saya apabila kita menonton sesuatu yang mengerikan ianya secara tidak langsung akan melemahkan otak kita. Semenjak hari itu saya cuba untuk mengurangkan daripada melihat sesuatu yang boleh melemahkan otak dan sehingga kini perlahan-lahan saya semakin tidak berani untuk melihat sesuatu yang amat mengerikan. Berbalik kepada cerita tadi, mujurlah sehingga hari ini belum pernah lagi saya melihat satu kemalangan ngeri di depan mata saya sendiri. Jika ianya betul-betul berlaku mungkin trauma akan sentiasa menyelubungi hidup saya.

Berbalik kepada tajuk yang saya pelajari dalam minggu ini. Setelah beberapa penerangan diberikan oleh En Zamri, beliau menerangkan pula tentang apa itu emosi dan motivasi. Emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan antara keduanya kerana emosi adalah sebagai motivasi kepada satu tindak-tanduk kita. Sebagai contoh, cinta. Cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat melakukan sesuatu tindakan tertentu sama ada beri hadiah, mendirikan rumah tangga, mengucapkan kata-kata sayang dan sebagainya. Tindakan tersebut bukan sahaja berbentuk positif malahan juga ada yang sanggup melakukan perkara negatif semata-mata kerana cinta.

Teringat saya tentang satu cerita lucu lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee dalam "Laksamana Doremi". Cerita ini mengisahkan tentang 3 sekawan, Do Re dan Mi yang telah diperintahkan oleh sultan supaya menyelamatkan puterinya daripada cengkaman Menteri Pasola dengan ganjaran, sesiapa yang dapat menyelamatkan puterinya dia akan dikahwinkan dengan puterinya. Justeru, mereka berusaha dengan gigih semata-mata untuk mencapai hasrat mereka supaya dapat berkahwin dengan Tuan Puteri. Dengan segala kelebihan sakti yang diberikan oleh Tuan Puteri Buluh Betung, akhirnya mereka dapat menyelamatkan Tuan Puteri tersebut daripada ancaman Menteri Pasola yang sangat jahat. Mereka bertiga sentiasa berusaha gigih untuk menarik hati Tuan Puteri walaupun pada akhirnya ketiga-tiga mereka tidak juga dapat berkahwin dengan Tuan Puteri tersebut. Di sini menunjukkan, dengan cinta seseorang itu sanggup berusaha lebih bagi mendapatkan cinta hatinya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran.

Akhir kalam, setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Sehingga kini saya sangat teruja untuk mengenal dengan lebih mendalam lagi berkenaan kursus ini. Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang saya perolehi ini dapat juga saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya dalam menguruskan emosi. Bertemu lagi dalam coretan saya yang akan datang. Wallahu a'lam





A128657 SUJAIHAH YUSUF LJ01 PENGENALAN EMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada semester ini, saya telah mengambil kursus ZT2253  Pengurusan Emosi yang dikendalikan oleh Dr Ahmad Zamri bin Mansor. Pada mulanya saya tidak terfikir untuk mengambil kursus ini, tetapi apabila saya mula mendaftar dan  hadir pada kuliah yang pertama, saya  merasa saya  perlu tahu dan belajar tentang pengurusan emosi. Ini adalah kerana emosi sangat rapat dalam kehidupan seseorang yang bergelar manusia.

Emosi. Perkataan ini sering meniti di bibir seseorang apabila berdepan dengan sesuatu masalah atau sesuatu perkara tidak kira emosi yang  positif ataupun negatif. Sebelum ini saya hanya mengetahui bahawa emosi adalah satu perasaan yang hadir dalam diri  manusia apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Emosi sering dikaitkan dengan perasaan samaada perasaan takut, marah, gembira, kecewa dan sebagainya. Itulah yang dapat saya kupas dari perkataan emosi. Sebenarnya, perkataan "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion , dari émouvoir , 'kegembiraan' dari bahasa Latin emovere , dari e-(varian eks-) 'luar' dan movere ' bergerak'.  Kebanyakannya, yakin bahawa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati.  Sebagai contoh, bila seseorang bersikap agresif, mereka akan merasa marah .  Perasaan marah tersebut mungkin datang dan pergi dengan  cepat tetapi ketika  dalam suasana hati yang suram, seseorang dapat merasa sedih dalam jangka waktu yang lama. 

Pada 28 Disember 2010, minggu kedua perkuliahan, kami telah belajar mengenai definisi emosi, komponen perasaan, serta emosi dan motivasi. Baiklah, pengertian emosi ialah satu keinginan yang dipengaruhi oleh pegangan , situasi luaran yang diperantarakan oleh sistem saraf, seterusnya ia membawa kepada pengalaman berunsurkan perasaan  seperti gembira, takut, marah dan sebagainya yang melibatkan proses kognitif, penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.

Menurut Dr Khamsiah Ismail, Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN,  emosi juga bermaksud satu perasaan yang kuat dan pelbagai jenis seperti kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan. Ia juga dapat menggambarkan perasaan yang kuat akan sesuatu yang menyenangkan atau perasaan yang sangat mengganggu. Di sini, boleh saya kaitkan satu peristiwa yang berlaku dalam hidupku dua tahun lepas  yang melibatkan emosi.  Pada tanggal 26 November 2008, saya telah dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyedihkan seluruh anggota keluargaku. Hari itu hari Jumaat, pada pukul 7.50 petang datukku telah kembali ke rahmatullah selepas menunaikan solat maghrib. Sejurus mendapat tahu berita buruk tersebut, air mataku terus mengalir laju kerana  tidak dapat menahan perasaan sedihku itu. Kebetulan, saya sedang berdepan dengan Peperiksaan STPM. Saya tidak dapat pulang ke kampung kerana pada keesokan hari, saya akan mengambil peperiksaan Bahasa Arab. Mujurlah ada kawan-kawanku yang memberi  kata-kata semangat kepadaku  supaya bersabar dan bertenang. Pada mulanya, saya merasa serba salah samada mahu pulang atau tidak kerana peperiksaan dijalankan pada awal pagi dan saya bimbang tidak sempat untuk mengambil peperiksaan. Ayahku berjanji akan menjemputku selepas selesai peperiksaan dan saya yakin sempat untuk berjumpa dengan arwah datukku. Tetapi, apabila saya menelefon ayah seusai selesai  peperiksaan, ayahku memberitahu bahawa datukku telah selamat dikebumikan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana persaaanku pada ketika itu,  Semua bercampur baur. Bayangkan saya seorang sahaja cucunya yang tidak sempat menemui datuk  pada saat –saat yang terakhir. Dalam hati ini, timbul juga perasaan bersalah dan terkilan. Tetapi apakan daya, sudah rezekiku tidak dapat berjumpa datukku pada hari kematiannya  itu. Jadi, apa yang boleh saya kaitkan dengan contoh di atas dengan kursus pengurusan emosi, iaitu saya berdepan dengan suatu emosi iaitu perasaan sedih dan  terkilan, kerana telah kematian orang yang saya sayang. Tindakan saya utuk tidak pulang ke kampung walaupun sekejap telah menyebabkan saya merasa menyesal apabila memikirkannya balik.

Selain itu, kami juga telah diajar tentang komponen emosi yang terbahagi kepada empat kategori .Pertama ,emosi boleh membawa kepada pengalaman perasaan . Kedua, emosi yang melibatkan proses kognitif, iaitu sesuatu yang dilakukan oleh minda yang dapat memahami sesuatu situasi . Ketiga  pula, perubahan fisiologi dalam badan kita dan yang keempat pula adalah emosi boleh dikaitkan dengan tingkah laku ataupun tindakan yang tertentu. Sebagai contohnya ialah, seorang wanita yang baru keluar dari sebuah bank telah  membawa sejumlah wang yang banyak. Tiba-tiba datang seorang lelaki  dari arah bertentangan telah meragut beg tangannya.  Dalam keadaan yang panik, wanita tersebut telah menjerit meminta pertolongan.  Orang ramai yang ada di situ telah  mengejar lelaki tersebut dan akhirnya wangnya dapat dikembalikan. Selepas daripada peristiwa tersebut, wanita itu tidak berani lagi untuk membawa wang  yang banyak kerana takut dan masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya itu. Dengan contoh yang saya berikan itu, keempat- empat komponen emosi terdapat dalam peristiwa tersebut.

Seterusnya kami telah belajar tentang emosi dan motivasi, pada mulanya, saya menyangkakan bahawa emosi dan perasaan adalah satu perkara yang sama, tetapi ia adalah berbeza. Perasaan adalah salah satu daripada komponen emosi. Menurut Baron & Logan, 1993 ,emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Oleh itu, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Sebagai contoh, seseorang yang melakukan pembunuhan atau jenayah adalah bertujuan untuk mendapat duit dan mungkin juga disebabkan oleh kebencian (emosi) kerana terdorong oleh perasaan tidak puas hati dan perasaan untuk membalas dendam. Selain itu juga, seseorang yang sedang dilamun cinta juga boleh memotivasikan diri untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar mesej, menelefon, memberi hadiah serta mendirikan rumah tangga. Tetapi. tidak semua keadaan,  emosi boleh menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. 

Sepanjang dua minggu kuliah, saya dapat merumuskan bahawa emosi terdapat dalam diri setiap orang yang terdorong oleh suatu pengalaman yang dialami, proses kognitif, perubahan fisiologi serta tingkah laku yang berkaitan. Semua manusia akan mengalami pelbagai emosi samada suka atau tidak dan ia terpulang kepada individu untuk mengurus emosi yang dialaminya. Dengan emosi juga, kita dapat menilai  dan membantu diri kita dalam membuat sesuatu keputusan. Bukan itu sahaja, ekspresi wajah juga boleh menandakan seseorang berada dalam keadaan yang dirasainya seperti sedih, tersinggung, marah   dan tidak puas hati. Pengurusan emosi bukan bermakna kita menafikan kewujudannya atau tidak mengendahkannya, tetapi kita perlu mengakui kehadirannya dan perlu belajar untuk mengawalnya serta memilih bagaimana untuk bertindak balas akan sesuatu reaksi.

" Tidak rugi jika kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari" Umar al Khattab..

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Wassalam.

A128608 HAZWANI BINTI MOHAMAD TAJUK 1 PEMBELAJARAN EMOSI SAYA

Pada 28 Disember 2010, bermulalah pembelajaran baru dalam kursus Pengurusan Emosi. Pengenalan tentang apa itu emosi. Selama ini saya sering tertanya-tanya tentang apakah itu emosi tetapi saya tidak pernah berfikir dengan mendalam apakah definisi bagi emosi. Kursus ini telah mengajar saya dengan lebih terperinci tentang emosi  samada dari segi definisi, konsep, cara pengurusan, dan pelbagai lagi.

Pada permulaan kelas kami telah diberikan satu kuiz personaliti diri. Kuiz tersebut sangat menarik kerana daripada jawapan kuiz tersebut dapat merungkai rahsia personaliti setiap individu yang berlainan. Di dalam slaid yang ditunjukkan terdapat laman web tentang sumber kuiz tersebut iaitu http://quizstop.com/0phpfac.htm disertakan. Apabila pulang dari kelas, saya terus melayari internet untuk membuka laman web tersebut dan membuat semula kuiz tersebut. Saya sangat teruja dengan kuiz seperti ini.

Menurut Kamus Oxford (1991) 'Emotion' membawa maksud perasaan yang kuat dari dalam mental/psikologi seperti sayang atau benci. Manakala Kamus Dwi bahasa (Melayu-Arab, Arab-Melayu): Emosi bermaksud Ihsas, Infia'l, A'thifah.  Kamus Mu'jam Tullab (2001) ( Arab-Arab): A'lima bihi wa Sya'ara bi wujudihi – membawa maksud mengetahui dan merasai kewujudannya. Emotion: apa-apa yang melibatkan perasaan yang kuat. Dalam kamus abad ke 17 & 18, telah menerangkan bahawa emosi berasal daripada bahasa latin iaitu 'emoreve' (untuk membawa sesuatu ke sesuatu yang lain).

            Pada pendapat saya, emosi adalah sesuatu yang memberi tindak balas kepada sesuatu suasana persekitaran seseorang. Tindak balas itu boleh dilakukan sama ada dalam bentuk perbuatan, kata-kata, atau mimik muka. Selama ini saya sering beranggap bahawa emosi adalah sesuatu yang diluahkan oleh seseorang dalam bentuk yang negatif contohnya marah, geram, benci tetapi baru kini saya mengetahui bahawa emosi itu tidak semestinya sentiasa dalam bentuk negatif, tetapi masih wujud emosi yang positif contohnya gembira, suka, bahagia dan sebagainya.

            Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Berdasarkan komponen emosi tersebut dapatlah diberikan contoh daripada pengalaman saya sendiri iaitu pada suatu hari tiba-tiba saya mendapat tahu bahawa salah seorang rakan sekolej saya telah kehilangan komputer riba akibat biliknya dicerobohi orang. Kebetulan pula saya satu aras dengan biliknya. Lantas saya teringat bahawa sebelum meninggalkan bilik untuk ke kelas, saya meletakkan komputer tiba saya di atas meja tanpa berkunci. Tambahan pula, rakan sebilik saya tiada di bilik ketika itu. Hati saya berdegup kencang akibat terlalu risau dan bimbang tentang keadaan tersebut. Malah kawan saya juga menegur muka saya tiba-tiba menjadi pucat. Sebaik sahaja tamat kelas saya terus pulang ke bilik untuk memeriksa keadaan bilik saya. Saya bersyukur kerana tiada musibah yang menimpa diri saya pada hari itu. Saya menyimpan komputer riba saya di dalam laci yang berkunci supaya lebih terjamin dan tidak bimbang lagi.

            Selain dapat memahami definisi emosi di dalam kelas tersebut, saya juga mengerti bahawa emosi berkait rapat dengan motivasi. Contohnya berdasarkan pengalaman saya sendiri iaitu dahulu saya tidak pandai memasak. Menghidupkan api di dapur pun saya tidak pernah mencuba. Sejak saya mempunyai teman istimewa dan saya telah bertemu dengan keluarganya, saya berasa malu apabila ditanya oleh ibunya bagaimana memasak cara kampong di tempat saya kerana saya berasal dari selatan dan keluarganya berasal dari pantai timur. Sejak dari hari itu, saya telah berusaha belajar memasak sedikit demi sedikit daripada emak saya dan sehingga sekarang saya mampu memasak untuk ahli keluarga saya. Emosi saya yang malu telah mendorong saya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri supaya lebih yakin di masa akan datang. Walaupun begitu, bukan dalam semua keadaan di mana emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong (motivator) berasaskan emosi.

            Kesimpulannya, setiap manusia di atas muka bumi ini tidak kira umur, bangsa atau agama tetap akan mengalami emosi dalam kehidupan seharian dan cara menangani emosi itu bergantung pada individu tersebut. Saya berasa tidak menyesal menyertai kursus ini kerana saya bukan sahaja dapat mengkaji emosi manusia malah mempelajari bagaimana untuk mengurusi emosi saya sendiri.#