Wednesday 20 October 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ02

Dalam struktur dan ekspresi emosi,terdapat lima komponen utama,iaitu Teori Asas Emosi daripada Darwin,Teori Emosi Primari Plutchik,Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin,Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard dan Teori Pembelajaran. Hanya terdapat beberapa emosi asas yang merupakan karakter semula jadi manusia. Struktur dan ekspresi emosi ini ditunjukkan seragam tidak kira budaya. Terdapat dua jenis teori yang dapat menjelaskan struktur dan ekspresi emosi,iaitu Teori Evolusi atau Biologi dan Teori Pembelajaran. Mengikut Teori Asas Emosi Darwin,emosi terdiri daripada emosi primari. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami dan ditunjukkan ekspresinya dalam bentuk yang seragam bagi setiap bangsa dan budaya. Mengikut pandangan Darwin,ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain. Contohnya,apabila seseorang sedih,dahinya akan berkedut dan dia akan bermuka masam. Beliau mengemukakan 16 soalan tentang emosi kepada 36 jenis  bangsa berbeza dan hasilnya jawapan mereka adalah sama. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam emosi asas ini. Kebaikannya termasuklah sistem dan struktur saraf dapat menghantar beberapa jenis emosi. Terdapat tiga karakter dalam emosi asas,iaitu emosi asas ini adalah substrat saraf semulajadi,berorientasi universal,iaitu merangkumi semua budaya yang berbeza dan yang terakhir,status perasaan unik. Namun,terdapat juga keburukannya dalam emosi asas ini. Adalah dikritik bahawa tiada kewujudan emosi asas keranaemosi  dilahirkan daripada beberapa elemen asas. Contohnya,kegembiraan terdiri daripada tiga elemen dan emosi cemas terdiri daripada empat elemen asas. Dari sini,terdapat satu persoalan iaitu apakah emosi asas yang spesifik? Woodworth mencadangkan sistem struktur bagi emosi. Schlosberg merangka satu struktur emosi 3D,iaitu  perasaan senang hati dan perasaan tidak suka, penerimaan dan penolakan, tidur dan perhatian. Struktur ini berorientasikan dua kutub emosi yang berlainan. Plutchik juga mengembangkan lebih banyak model yang menyeluruh. Kebanyakan peneroka teori seperti Plutchik, Tomkins, Izard, dan Ekman mencadangkan bahawa emosi primari melahirkan emosi-emosi lain.
Emosi primari bersifat adaptif . Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan emosi-emosi primari. Antara emosi-emosi yang dipersetujui ialah takut, ,meluat, marah, dan terperanjat. Megikut Plutchik, emosi boleh digambahkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Contohnya, kemarahan(Bahasa subjektif) menyebabkan seseorang menumbuk dinding(Bahasa tingkah laku) untuk melepaskan perasaan geram(Bahasa fungsian).
Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti rasa takut atau sedih. Bahasa tingkah laku merujuk kapada tindakan selepas dirangsang oleh emosi. Contohnya seseorang akan menangis semasa sedih dan ketawa semasa gembira. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi seseorang. Contohnya perasaan sedih apabila seseorang saudara meninggal dunia melambangkan hubungan eratnya dengan saudara itu. Perasaan cemburu melambangkan perasaan tertarik hati oleh seseorang. Menurut reaksi penyesuaian asas Plutchik, terdapat lapan reaksi iaitu takut, ,meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, penerimaan dan rasa ingin tahu. Menurut Plutchik, terdapat perbezaan dalam emosi disebabkan dimensi penting, iaitu intensiti, persamaan dan kekutuban. Intensiti menujuk kepada darjah kekuatan sesuatu emosi, seperti dari bahagia kepada gembira. Persamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan antara emosi. Misalnya, takut dan cemas lebih dekat daripada takut dan gembira. Kekutuban merujuk kepada dua emosi yang bertentangan sepertinya gembira dengan sedih atau benci dengan suka. Megikut model emosi Plutchik, terdapat lapan emosi primari yang termasuk dalam roda model emosi. Warna-warna primari digabungkan untuk menjadi emosi tambahan yang dilakar di luar roda. Roda ini adalah lambang emosi. Terma di atas roda melambangkan aras maksima emosi untuk setiap dimensi asas. Dari teori maklum balas wajah Tomkin, kita dapat belajar tiga kompornen utama iaitu apa menyebabkan apa yang mengemukakan satu persoalan bahawa seseorang senyum kerana gembira atau gembira  kerana senyum. Teorinya juga mengatakan emosi diasaskan wajah tingkah laku. Terdapat dua kajian yang dapat menyokong teori ini iaitu Hess yang membuat kajian mahasiswi di Universiti Genava. Hess meminta mahasiswi tersebut melakukan tiga tugasan. Pertamanya, merasai empat emosi iaitu gembira, sedih, marah, dan tenang. Kedua, membentuk ekspresi wajah emosi tersebut tanpa merasainya. Ketiga, merasai emosi tersebut dan membentuk ekspresi wajah. Hasilnya didapati adalah lebih susah untuk melakukan tugasan ketiga.

No comments:

Post a Comment