Wednesday 20 October 2010

A129214 AMIR LJ07

 

A129214 AMIR LJ07

 

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. Kuliah pada sesi kali ini pula adalah Emosi dan Ingatan. Kelas dimulakan oleh penceramah pengurusan emosi iaitu encik Zamri dimulakan dengan seluruh kelas ditayangan video klip mengenai bencana tsunami yang melanda hampir 6 tahun lepas iaitu pada tahun 2004 yang mana kejadian alam tersebut merupakan kejadian alam yang paling teruk pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Bagi saya dan dari apa yang saya faham emosi sememangnya mempengaruhi ingatan kita. Contoh adalah berdasarkan video yang ditayangkan, bencana terbabit tentunya meniggalkan impak atau kesan yang mendalam di ingatan mangsa tsunami dan berasa trauma serta takut akan kejadian yang menimpa mereka. Buktinya, apabila kita melalui sesuatu yang teraumatik akan mengakibatkan tertekan dan stress. Bahkan jika kita teliti, tiadapun masa dalam kehidupan di mana semuanya indah, mesti ada suatu ketika dimana emosi menjadi tidak stabil.

Tajuk kuliah yang diberikan iaitu emosi dan ingatan dibahagikan pula kepada dua bahagian, iaitu kandungan emosi dan keadaan emosi. Sebagai contoh, emosi yang positif atau baik memberikan impak yang baik kepada diri kita manakala emosi negatif pula sukar diingati dalam ingatan kerana perkara tersebut kita mahu lupakan dan tidak perlu diungkit lagi. Perkara pertama adalah kandungan emosi. Maksudnya kita cenderung atau mudah mengigati peristiwa kita sendiri alami daripada peristiwa yang diceritakan oleh orang lain. Sebagai contoh, pengalaman dan kenangan manis saya ketika saya berumur 13 tahun berada di pulau tioman masih tidak luput daripada ingatan saya. Perkara itu berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu. Kenangan-kenangan berada disana tidak luput dari ingatan saya malahan saya masih teringat terumbu karang dan ikan yang saya lihat pertama kali ketika snorkeling di sana. Saya juga teringat bapa saudara memberikan bangkai kuda laut yang terawet di tempat tinggalnya. Begitu juga kenangan bermain laut pada waktu malam dan menangkap ketam. Itulah merupakan pengalaman saya ketika pertama kalinya berada sebuah pulau di tengah laut dan menjadi antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

 

Perkara kedua pula adalah keadaan emosi. Keadaan emosi ini merangkumi dua aspek yang diketengahkan, iaitu aspek kesepadanan emosi atau mood congruence dan kebergantungan emosi atau mood dependence. Kesepadanan emosi di sini membawa maksud, apabila sesuatu peristiwa itu senang diingati berdasarkan emosi kita waktu itu  selaras dengan sesuatu peristiwa yang berlaku  pada satu masa tersebut. Sebagai contoh, apabila emosi kita pada ketika itu berasa amat gembira, peristiwa positif adalah lebih mudah untuk kita ingati, begitulah jika sebaliknya berlaku.

Selain daripada itu, ada sebahagian organ otak yang terlibat dalam mempengaruhi emosi dan ingatan kita ialah seperti amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. 'Amygdala' adalah bahagian yang penting dalam mengingati sesuatu peristiwa. Ia juga berfungsi untuk memberikan signal kepada minda kita sama ada sesuatu peristiwa itu perlu atau tidak untu diberikan perhatian untuk diingati dan disimpan dalam memori otak. Bahagian yang seterusnya prefrontal cortex pula adalah bahagian yang teransang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi.

Kesimpulannya, berbalik kepada topik emosi dan ingatan, sememangnya emosi mempengaruhi ingatan tetapi bergantunglah kepada individu untuk menguruskan emosi masing-masing dengan seadanya.

 


No comments:

Post a Comment