Saturday 11 September 2010

A130691 NORAIDA LJ08

Pada jurnal yang ke lapan ini, kami diberikan kelainan sedikit kerana kuliah pada minggu ini tidak seperti kuliah pada hari baisa iaitu belajar di dalam kelas, pada minngu ini kami perlu membuat jurnal tetapi melalui tanyangan video yang telah diberikan oleh En.Zamri melalui spin disebabkan minggu ini adalah jatuh pada hari raya pertama dan kami wajib menghantar jurnal seperti minggu-minggu yang sebelumnya. Jadi untuk memudahkan kerja kami diberi tayangan video tersebut, dalam video itu emosi dan motivasi merupakan tajuknya.

   Emosi dan motivasi merupakan dua maksud yang berbeza-beza tetapi mempunyai kaitannya antara satu sama lain. Emosi bermaksud keberkesanan tone yang juga tidak semestinya emosi tersebut negetif mahupun positif dan ianya juga bersifat neutral manakala motivasi pula dimaksudkan dengan sesuatu tingkahlakuyang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu perkara.

   Dapat dimudahkan lagi keberkaitan antara emosi dan motivasi,dapat saya memberikan contoh seperti berikut iaitu Abu telah berjaya dalam peperiksaan spm dan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti, Abu sangat gembira dengan perkara tersebut. Sebelum Abu berjaya dalam spm tersebut, ibu dan ayahnya sentiasa memberi dorongan dan kata-kata pendorong kepada dia sehingga dia berjaya. Ibunya selalu berpesan kepada Abu bahawa ilmu adalah penting dan merupakan sesuatu yang dapat menolong seseorang kerana ibu diibaratkan seperti pelita hidup yang dapat membantu ketika susah, dengan semangat dan kata-kata yang telah diberikan oleh ibunya, Abu bersemngat untuk belajar kerana emosi dan motivasi adalah berkaitan,emosi Abu perlu belajar dan motivasi yang telah diberikan oleh ibu dan ayahnya, dia semakin bersemangat untuk belajar sehingga berjaya dan mendapat pekerjaan yang bagus di suatu hari ini.

    Emosi dapat dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Emosi dan perasaan selalu disalah anggap iaitu apabila sesorang itu marah, pihak seterusyanya akan mengagap bahawa emosi yang menguasai dan emosi diaggap baginya adalah perkara yang negetif kerana marah tadi. Jadinya sesiapa yang tidak belajar dan mengambil kursus pengurusan emosi ini, seseorang itu tidak akan faham apa itu maksud sebenarnya disebalik emosi dan perasaan, walaupun kedua-duanya mempunyai keberkaitannya tetapi perasaaan adalah satu satu komponen emosi..

    Bolehla kita ringkaskan disini bahawa emosi dan motivasi saling lengkap dan apabila sesorang itu sentiasa diberikan motivasi yang positif dan baik, semestinya perkara atau gelaja yang netitif seperti merempit dapat dikuarangkan.



Friday 10 September 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ08

            Selamat sejahtera dan Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua orang.Pada minggu ini, kuliah bagi kursus pengurusan emosi dijalankan dengan cara yang unik. Oleh sebab minggu ini bermulalah Hari Raya, kita menjalankan kuliah kita melalui internet. Semua informasi telah diletakkan di blog professor. Tajuk kuliah kali ini ialah berkaitan dengan Emosi dan Motivasi. Objektif bagi tajuk kuliah ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan juga perhubungan di antara emosi dan motivasi. Dari segi definisi, emosi dapat didefinisikan seperti keberkesanan tone dan emosi tidak dapat dikira secara positif atau negatif dan ianya adalah neutral. Motivasi pula menbawa definisi seperti Sesuatu tindakan yang dapat mendorong kita untuk melakukan sesuatu.

            Emosi dapat dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.Oleh itu, emosi lebih luas maknanya daru perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (baron & Logan,1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Sebagai contohnya, motif bagi pembunuhan adalah mungkin untuk mendapat duit dan juga disebabkan kebencian iaitu sesuatu emosi. Cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti menghantar pesanan ringkas, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, bukan semua keadaan, emosi menjadi pendorong atau motivator. Tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh yang nyata, belajar dengan kuat dan berusaha adalah motif pencapaian ; makan adalah motif lapar.

            Terdapat beberapa theori telah diperkenalkan seperti James Lange Theory, Cannon's Challenge, Two Factor Theory. Sebuah keadaan ghairah otak yang melibatkan pengaktifan wajah dan perubahan tubuh, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan untuk bertindak, semua dibentuk oleh Peraturan budaya. Emosi melayani sebagai respon adaptif tubuh kita untuk kegiatan di lingkungan dan membantu mereka dalam mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain.  Motivasi adalah menjangka apa yang mungkin berlaku. Oleh itu, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain - apa proses pemilihan program kegiatan selanjutnya, kegiatan interaktif lebih banyak (Mook, 1996).

            Dari segi konsep dan theori motivasi, motivasi merupakan faktor di dalam dan di luar organisma yang menyebabkan untuk berperilaku yang cara tertentu pada waktu tertentu. Drive merupakan keadaan dalaman atau dorongan yang menghidupkan perilaku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Inceptive merupakan luaran tujuan yang "menarik" atau "mendorong" perilaku. Konsep yang lain seperti instinct iaitu motif bawaan, arousal adalah orang termotivasi untuk mempertahankan tahap optimum ghairah, humanistiv theory iaitu keperluan hierarchy juga diperkenalkan. Drive merupakan state bagi otak. Hub bagi banyak sistem drive pusat terletak di hipotalamus. Drive juga merupakan sesuatu keperluan kepada tissue. Homeostasis merupakan satu kestabilan yang hendak sentiasa dikawal dalam keadaan yang optimum untuk memastikan badan boleh berfungsi. Drive mungkin kerana tidak baik dalam homeostasis, menyokong perilaku untuk memperbaiki ketidakseimbangan. Haiwan bertindak mengikut keperluan tissue mereka. Akan tetapi, bukan semua drive boleh dijelaskan dengan homeostasis.

            Insentif adalah setiap faktor (kewangan atau bukan-kewangan) yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau dianggap sebagai alasan untuk memilih satu pilihan dengan alternative seperti kewangan, moral dan paksaan. Instinct merupakan sesuatu yang terpelajar, tetap mewarisi pola tindakan balas atau reaksi terhadap rangsangan jenis tertentu. Arousal adalah keadaan fisiologi dan psikologi yang terjaga. Orang termotivasi untuk mempertahankan tahap optimum daripada ghairah-tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Bagi humanistic theories pula, Abraham Maslow menyarankan bahawa motif terbahagi dalam beberapa tingkatan dari keperluan asas bertahan hidup untuk keperluan psikologi dan pemenuhan diri.

            Kesimpulannya, melalui cara belajar dengan internet, walaupun ada sedikit kurang biasa, tetapi informasi yang ingin disampaikan turut mampu diterima tetapi proses bagitu adalah sedikit bosan jika berbanding dengan penyampian pensyarah. Melalui penyampaian pensyarah, kita dapat cuba untuk mengingatkan sesuatu dan informasi juga lebih senang untuk diingat melalui suara.

A123875 Nurul LJ08

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini adalah hari yang bertarikh 10 September  2010 iaitu bersamaan dengan 1 syawal 1431H.  Jika orang lain membawa hadiah kuih raya, baju raya dan ketupat rendang ketika pulang ke kampung, aku juga tidak ketinggalan membawa hadiah.  Cuma, hadiahku berupa tugasan-tugasan dan kerja-kerja projek yang perlu aku selesaikan.  Inilah harga yang perlu dibayar demi mendapatkan segulung ijazah.  Beberapa hari sebelum aku pulang berhari raya, aku sibuk menguruskan proses yang pertama untuk Latihan Ilmiah.  Aku mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Sepanjang hari itu, aku berjumpa dengan pensyarah yang menguruskan Latihan Ilmiah, pergi ke AISEC dan JPPel untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses yang perlu dilakukan jika ingin melakukan Latihan Ilmiah di luar negara.  Selepas aku mendapatkan penerangan daripada pensyarah dan mendapatkan maklumat penting dari AISEC, semangatku berkobar-kobar untuk belajar ke luar negara.  Namun, setelah aku pergi ke JPPel, aku menjadi sedikit gusar.  Kata pegawai di JPPel, sesiapa yang mendapat biasiswa JPA tidak boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam tempoh dia belajar di universiti.  Aku merasakan peluangku untuk belajar di negara orang dalam masa yang terdekat ini semakin kabur.  Namun, walau apapun yang bakal terjadi, aku percaya dengan takdir Tuhan.  Kecintaanku untuk pergi belajar di negara orang begitu menebal di dalam diriku dan itulah yang menjadi pendorongku selama ini.  Semua ini boleh aku kaitkan dengan tajuk yang aku pelajari dalam kuliah pengurusan emosi pada minggu ini, di mana emosi dapat memberikan motivasi kepada seseorang.


Mengikut Baron & Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.  Juga, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992).  Sebagai contoh, adalah pembunuhan.  Antara motif pembunuhan adalah kerana ingin mendapatkan duit dan juga disebabkan oleh kebencian (emosi ).  Baru-baru ini, kes kehilangan hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati telah mendapat perhatian ramai.  Samada dia diculik atau tidak masih tidak dapat dipastikan lagi. Apa yang diharapkan di sini, semoga dia selamat walau di mana dia berada.


Juga, berita tentang pergolakan di antara negara kita dengan negara jiran iaitu Indonesia yang mana hampir saban hari dipaparkan di muka-muka akhbar begitu membimbangkan rakyat kedua-dua negara.  Kerjasama dan hubungan baik yang telah dibina beribu tahun lagi mungkin akan musnah disebabkan oleh emosi-emosi negatif yang menguasai diri para pemimpin.  Moga-moga para pemimpin dari kedua-dua negara dapat menjalinkan semula hubungan baik yang telah retak dengan berfikiran rasional dan tidak mengikut emosi negatif.

Contoh yang lain pula adalah cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu.  Jika seseorang itu cinta dan sayang kepada kedua ibubapanya, dia akan selalu mendoakan mereka di dalam doanya dan sering berhubung dengan mereka. Dan seperti kisahku juga, oleh kerana kecintaanku untuk belajar ke luar negara begitu tinggi, aku mempelajari pelbagai bahasa asing dengan begitu tekun. 


Walaupun begitu, tidak semua keadaan, emosilah yang menjadi pendorongnya. Atau dalam erti kata yang lain, tidak semua pendorong adalah berasaskan kepada emosi.  Contohnya, jika seseorang itu mempunyai achievement motive, dia akan belajar dengan bersungguh. Selain itu, seseorang itu akan makan jika dia merasa lapar, bukannya disebabkan oleh emosi. 


Akhirnya, di sebalik kesibukan hari raya ini, aku sempat untuk menghabiskan ayat-ayat terakhirku untuk menulis jurnal ini, walaupun di permulaannya, aku tiada idea.  Semoga Ramadhan yang telah lepas itu, telah berjaya memberi perubahan di dalam diri kita semua.  Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri kepada pensyarah dan keluarga serta rakan- rakan.


A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ08

                Pada minggu ini, saya menghadiri kuliah di rumah saya berdepan dengan komputer. Pensyarah telah merekodkan perkuliahannya dalam bentuk audio serta persembahan power point  dalam laman web. Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang emosi dan motivasi. Emosi adalah didedahkan dalam nada yang berkesan sama ada positif ataupun negatif dan bukannya neutral. Walaupun begitu, kita selalu kaitkan emosi dengan nada yang negatif. Motivasi pula merupakan pemacu atau pendorong yang mendorong kita melakukan sesuatu. Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak, guru memberi banyak kerja rumah. Saya buat sehingga  penat dan tidak ingin meneruskannya. Datuk saya asyik memberi dorongan dan memberitahu saya jikalau saya  mampu menghabiskan kerja rumah saya, dia akan membeli gula-gula untuk saya. Hal ini telah memberi dorongan kepada saya untuk melengkapkan semua kerja saya. Inilah motivasi yang positif.

                Emosi dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Komponen-kompenan ini telah dibincangkan dalam kuliah yang pertama dan kedua. Komponen yang lebih penting iaitu tingkah laku yang berkaitan. Komponen ini mempunyai kaitan dengan motivasi yang ingin dibincangkan. Tahun lepas, saya bekerja di Singapura sementara menunggu keputusan STPM saya. Pada hari pertama saya mendapat gaji, saya teringin sangat membeli hadiah untuk keluarga saya tetapi mereka tidak mahu saya membazir wang. Kelakuan ini adalah tingkah laku yang didorong daripada kasih sayang. Ini juga menjelaskan emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.

                Walaupunbagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Kita makan sebab lapar dan bukannya emosi yang mendorong kita makan. Penduduk di negara barat dan timur melahirkan emosi yang berbeza. Penduduk barat lebih kepada kebebasan berbanding penduduk di timur.

                Emosi adalah tindak balas yang disenaraikan mengikut keadaan dan mengkomunikasikan niat dan hasrat kepada orang lain. Emosi juga membangkitkan kita melakukan perkara-perkara yang tertentu. Manakala motivasi pula adalah kita memilih tindakan-tindakan yang ingin dilakukan. Perkataan memilih penting dalam konsep motivasi.  Sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan jenayah, kita akan membuat penilaian untuk menentang ataupun melarikan diri. Tambahan pula, motivasi adalah jangkaan kepada apa yang berkemungkinan berlaku.

                "Arousal Teories" adalah fisiologikal dan psikologikal dalam keadaan yang sedar. Manusia dimotivasikan untuk mempertahankan kebangkitan pada tahap yang optimum, tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah. Perasaan ingin tahu akan membantu kita memahami keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita tiba di satu tempat yang asing, kita tentu mempunyai keinginan untuk memahami tempat itu dengan lebih mendalam lagi.

"Humanistic Teories' merupakan cadangan Abraham Maslow yang menyatakan motivasi dibahagikan kapada beberapa peringkat dari keperluan asas, keperluan psikologi dan keperluan peribadi. Abraham mengatakan bahawa apabila kita melakukan sesuatu kita seharusnya memenuhi bahagian bawah piramid sebelum meningkat ke atas. Keperluan asas seperti makanan, air dan tempat tinggal haruslah dipenuhi barulah kita mempunyai motivasi untuk terus maju. Sebagai contoh, bekalan air di UKM kadang kala tidak mencukupi dan menyebabkan  penghuni di dalam kolej tidak dapat mandi. Hal ini akan mengganggu emosi pelajar. Teori ini mendapat kritikan sesetengah masyarakat.

Bagi saya, kuliah pada minggu ini lebih mudah dimahami kerana sebahagiaannya telah dijelaskan di kuliah sebelum ini. Secara kesimpulannya, emosi dan motivasi mempunyai kaitan dan perkara ini tidak dapat dinafikan. Emosi berkait rapat dengan kebangkitan manakala motivasi berkait rapat dengan tindakan.

Thursday 9 September 2010

A132484 AMIRAH LJ08

             Hahaha!!! Saat aku menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada tanggal 04 Julai 2010, aku begitu bersemangat untuk menyambung pengajianku dalam bidang sains iaitu jurusan kimia dengan hati yang riang dan azam yang tinggi untuk mencapai target yang telah aku tetapkan...Kali pertama aku menjejakkan kaki ke UKM, aku telah nekad bahawa beradanya aku di UKM hanyalah untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah dan membawa harapan ibu dan bapaku yang tercinta..Kawan-kawan??? bukan lagi menjadi tujuan utama untuk aku menuju kejayaan.. Pengalaman aku dengan insan yang bergelar rakan yang banyak mencipta kenangan pahit dalam hidupku kini bukan lagi sesuatu yang boleh aku jadikan suatu memori yang patut diingati tetapi ianya kini menjadi motivasi untuk aku bergantung kepada diri sendiri dalam melaksanakan apa jua hal sekalipun... Situasi ini banyak mengajar aku untuk lebih berdikari...
              Hari demi hari, saat demi saat aku berada di UKM berlalu tanpa aku sedari sehinggakan aku sekarang telah pun hampir setengah semester melanjutkan pengajian...Namun begitu,walaupun dalam masa yang singkat,aku telah merasai jerit perih, susah senang kehidupan di universiti ini,dan aku sedar bahawa kehidupan di universiti ini tidaklah semudah yang disangka.
Alhamdulillah aku berjaya menyesuaikan diri dengan suasananya.Terdapat banyak ragam manusia yang aku jumpa termasuklah rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah.Aku menghadapi masalah dalam pengajianku yang melibatkan subjek matematik kerana aku mengalami kesukaran dalam memahaminya. Ini disebabkan penggunaan bahasa Melayu dalam sesi pembelajaran sedangkan aku telah dibiasakan belajar matematik dalam bahasa Inggeris sejak aku berada di sekolah rendah lagi. Tambahan pula aku merupakan seorang yang sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menuntut ilmu, namun nasib aku agak sedikit malang kerana aku menghadapi masalah dalam subjek matematik.
              Ini disebabkan pensyarahku telah pun memberi amaran supaya sebarang masalah dalam memahami atau menjawab soalan matematik hendaklah dibawa berbincang bersama rakan-rakan.Walaupun begitu,aku cuba untuk berjumpa dengan pensyarahku untuk bertanyakan soalan,tapi malang sekali nasib aku apabila pertanyaan aku tidak dilayan,namun dengan azam yang tekad dalam memahami subjek matematik,aku tetap mencuba buat kali kedua tetapi hasilnya tetap sama.Apakan daya aku?Aku teruskan usaha untuk terus menjawab soalan yang disediakan dalam website tetapi kebanyakan jawapannya tidak sama dengan jawapan yang diberi.Makin lama aku makin hilang semangat,makin pudar harapanku terhadap matematik padahal aku amat mencintai subjek ini.Sampai satu tahap,aku sudah mulai hilang mood untuk belajar,apatah lagi untuk bergelak ketawa bersama rakan-rakan.
              Aku sudah hilang punca untuk aku rujuk bagi aku bangkit kembali bersemangat mencari semula ilmu yang telah aku sia-siakan. Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung berjumpa dengan kedua ibu bapaku dan teman hidupku yang sentiasa bagi kekuatan untukku. Aku ingin mendapatkan nasihat dan semangat daripada mereka agar diriku dapat kembali kepada diriku yang asal. Tibanya aku di rumah,aku terus memeluk ibuku dengan seerat-eratnya dan meluahkan segala-galanya kepada ibuku dengan ditemani linangan air mata yang laju bercucuran.Aku melepaskan segala yang terbuku dihati setelah sekian lama aku menahan,dan akhirnya aku berasa amat lega dan puas kerana aku dapat berkongsi bebanan yang aku tanggung dengan ibuku yang tercinta.Ibuku terus memelukku dalam dakapannya sambil menenangkan aku dengan memberi motivasi dan semangat.Ibu dan teman setiaku juga sentiasa memberi nasihat supaya aku jangan sesekali meninggalkan kitab suci Al-Quran tiap kali selepas solat agar hatiku sentiasa dalam keadaan tenang dan sentiasa tabah dalam menghadapi setiap ujian yang datang.
              Sejak hari itu,aku telah melupakan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak berkaitan dengan hidupku,yang aku nampak hanyalah kejayaan aku di masa hadapan yang bertunjangkan doa ibu bapaku dan juga insan tersayang.Aku mulai bangkit sedikit demi sedikit,dengan meletakkan matlamatku di hadapan tanpa sebarang tolehan ke belakang kerana niatku hanya satu iaitu untuk mencapai kejayaan buat masa depanku,ibu bapaku dan juga buat insan yang sangat bermakna dalam hidupku. 
              Tidak ternilai penghargaan yang dapat aku berikan kepada mereka yang telah berjaya memotivasikan aku secara zahir dan batin  dan kerana merekalah aku berada dititik asalku untuk mencapai sasaran sebenar hidupku. Bagi diriku,MOTIVASI teramatlah penting buatku bagi mengatasi EMOSI aku dalam berdepan dengan liku-liku hidup ini.

Check out my photos!

Hi,

I set up a profile where I can post photos, connect and share.

Do me a favor and confirm our relationship here.


Thanks,
nurul azlin
This message was intended for ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com and was sent as a notification, invitation or reminder (digital goods subject to change in reminders) of an event initiated by nurul azlin using a third-party or platform application and may contain promotional materials and/or services for sale including digital goods received.

To control messages sent to or from you, your contacts and/or FanBox, click here.
Our offices are located at: FanBox - 255 G Street, Ste 723, San Diego, CA 92101

Wednesday 8 September 2010

A134420 FARAH LJ08

Tajuk kuliah pada kali ini agak istimewa kerana ia dilakukan bukan secara bersemuka malah melalui audio.Ini dilakukan bersempena ramai pelajar yang pulang kekampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Walaupun kami seronok dan bersemangat untuk pulang kekampung halaman masing-masing,namun tugasan ini tetap tidak dilupakan.Mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah kami,beliau memberi keringanan dan kemudahan kepada kami supaya menghantar Learning Jurnal pada kali ini selepas raya.Namun,saya ingin menyelesaikan tugasan ini sebelum balik beraya kerana dikampung saya tidak ada kemudahan internet.Ini agak menyusahkan kerana kawasan kampung terletak agak jauh dari kawasan bandar.Jadi,tugasan ini terpaksa disiapkan lebih awal. Ini juga dapat memberi kemudahan kepada saya supaya saya dapat mengulangkaji dengan lebih fokus pada cuti raya nanti kerana akan manghadapi peperiksaan pada minggu pertama selepas raya.Tajuk pada minggu yang lain daripada yang lain ini adalah Emosi da Motivasi.

                        Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan diantara emosi dan motivasi. Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.Ramai cendekiawan,usahawan dan golongan yang berjaya yang mengatakan kita perlu sentiasa memotivasikan diri untuk terus maju dan berjaya.Inisiatif diri sendiri yang membuatkan kita menjadi seorang yang postif atau negatif.Seperti yang kita pelajari dalam pembelajaran sebelum ini emosi terdiri daripada beberapa komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif ,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.

                        Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan pernyataan diatas,Seseorang yang melakukan pembunuhan atau motif pembunuhan,melakukan perkara itu kerana ingin mendapatkan duit untuk kepentingan diri sendiri dan juga berlaku disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap seseorang.Contoh yang lain,cinta menimbulkan perasaan suka,gembira dan seronok.Emosi ini mendorong seseorang untuk menghantar mesej pesanan ringkas dan menghubungi orang yang disayangi kerana terlalu seronok.Ini juga mendorong seseorang untuk member hadiah dan seterusnya mendirikan rumah tanggan dengan pilihan hati mereka.Saya juga mempunyai contoh peristiwa berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.Ketika dibangku sekolah,saya bukanlah merupakan pelajar yang cerdik dan aktif.Saya mempunyai seorang rakan yang suka merendah-rendahkan kekurangan diri saya dan merasakan dirinya terlalu hebat jika dibandingkan dengan diri saya sendiri.Akibat perasaan marah ,saya bertekad untuk mengalahkan dia dalam pelajaran dan mengaktifkan diri saya seboleh yang mungkin.Saya berasa sangat tercabar dengan tindaknnya yang suka merendahkan diri saya.Sejak hari itu,saya berusaha bersungguh-sunggu untuk menyaingi dia dalam setiap pepriksaan,Sikap saya yang pantang dipandang rendah orang lain itu akhirnya membuahkan hasil.Saya mendapat keputusan yang berganda-ganda lebih baik daripada kawan saya itu.Saya berasa puas namun usaha saya tidah berhenti setakat itu sahaja.Saya terus berusaha dengan lebih gigih.Akhirnya,kawan saya terdiam dengan keputusan yang saya perolehi dan dia berasa sangat dengki dengan saya.

                        Walaubagaimanapun,tidak semua keadaan,emosi menjadi pendorong.Contohnya seperti belajar kuat dan makan.Saya suka makan dan saya akan makan pada bila-bila masa tanpa mengira masa.Tetapi terdapat juga sesetengah orang yang menghadapi tekanan dan akan mengurangkan tekanannya dengan makan sepuas hati.Namun begitu,tindakan ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan badan kita kerana pemakanan yang tidak dikawal akan mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti Obesiti,Diabetes,jantung dan sebagainya.Menurut teori James-Lange,tindakan akan menyusul dahulu kemudian baru diikuti dengan emosi.Sebagai contoh,apabila seseorang wanita terlihat seseorang yang mencurigakan mengikutnya dari belakang,merekan akan lari dan kemudian berasa takut.Ini sangat berbeza dengan teori Cannon,dimulai dengan emosi kemudian baru disusuli dengan tindakan.Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan teori ini,saya pernah terlihat seorang pesakit mental yang berlegar-legar ditepi jalan sambil menghunus sebilah parang kepada orang ramai.Saya berasa sangat takut lalu saya terus menghampiri ayah saya untuk mendapatkan perlindungan.

                        Tajuk ini banyak memberi maklumat kepada kita bahawa kebanyakan tindakan kita didorong oleh emosi.Hal ini dapat menunjukkan emosi dan motivasi mempunyai perkaitan antara satu sama lain.Sebagai contoh seperti yang sering berlaku dalam kehidupan seharian,juga terdapat dalam drama-drama yang ditayangkan ditelevisyen,apabila kita mengalami perasaan sedih dan kecewa,ada dalam kalangan mereka yang sanggup membunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan dan mengelar tangan sendiri.Baru-baru ini,di Kelantan,terdapat seorang bapa yang telah menyembelih anaknya sendiri yang berumur 3 tahun.Lelaki ini disyaki merupakan pesakit mental dan diberitahu oleh isterinya bahawa dia tidak mengambil uba-ubatan selama 3 bulan.Mungkin hal ini berlaku disebabkan tekanan.Daripada peristiwa ini,kita boleh lihat emosi tekanan yang dialami oleh lelaki ini telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan.Oleh itu,kita perlu pandai mengawal emosi dan memastikan diri kita dapat bertindak secara waras dan tidak melakukan perkara diluar tabii.

A133647 Fatin Ilyani LJ08

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, tanggal 29 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, alhamdulillah akhirnya sudah tiba kita di penghujung Ramadhan. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan beribadat di bulan yang penuh berkat ini, bulan Ramadhan. Diharapkan agar rakan-rakan sekalian yang sudah tiba ataupun yang bakal pulang ke kampung berada dalam keadaan selamat dan gembira hendaknya. Juga di sini saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan cuti perayaan dengan sebaik-baiknya dengan mengulang kaji pelajaran walaupun dalam suasana berhari raya. Bagaimana dengan persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi?  Saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal ini, kita sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih kental dengan semangat menimba ilmu. Minggu ini, terdapat sedikit kelainan dimana kita akan belajar Tajuk 8, iaitu Emosi dan Motivasi secara visual dan audio.

Apakah yang dikatakan dengan emosi? Emosi ditakrifkan oleh efektif tone, sama ada positif atau negatif, dan tidak ada yang neutral. Tapi kita selalu menganggap bahawa emosional merupakan sesuatu perasaan yang negatif. Apakah pula yang dimaksudkan oleh motivasi? Motivasi adalah kajian yang berkaitan dengan tingkah laku yang mengarahkan kita dalam melakukan sesuatu. Emosi akan mendorong kita dalam melakukan sesuatu.

Emosi terbahagi kepada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Daripada empt komponen ini, emosi berkait rapat dengan komponen yang ke-empat, iaitu tingkahlaku berkaitan. Adakah emosi itu perasaan atau perasaan itu adalah emosi? Jawapannya adalah perasaan merupakan salah satu komponen daripada emosi. Oleh yang demikian, emosi mempunyai makna yang lebih meluas dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Emosi menjadi motivasi kepada tingkah laku dan motif pula boleh menjadi emosional. Contoh situasi yang dapat diberikan ialah situasi percintaan. Cinta akan memotivasikan seseorang dalam mengawal tingkah lakunya seperti ber'sms' dan berhubung melalui telefon bimbit. Tetapi, tidak semua emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong pendorong berasaskan emosi. Contohnya kita makan disebabkan oleh keperluan biologikal. Ini bermaksud, kita makan bukan didorong oleh emosi tetapi disebabkan oleh perut yang lapar.

Emosi juga boleh memacu kita sama ada ke arah positif ataupun negatif. Contoh emosi yang memacu ke arah positif adalah kita belajar kerana kita berminat dan suka serta obsess terhadap pelajaran yang diajar. Contoh emosi yang memacu ke arah negatif pula ialah apabila kita terserempak dengan seseorang, kita akan mencuba untuk mengelak daripada bertembung dengannya yang mungkin disebabkan oleh sesuatu alasan.

Kata orang tingkah laku mungkin tidak boleh berlaku sekiranya tidak diselitkan dengan emosi. Misalnya kita belajar dalam bidang yang bukan dipilih oleh diri kita sendiri tetapi disuruh ataupun dipaksa oleh kedua-dua ibu bapa kita. Ini boleh menyebabkan kita prestasi akademik kita kurang memberangsangkan. Tetapi jikalau kita berminat akan apa yang dipelajari, kita akan lebih berusaha untuk mendalami ilmu yang dipelajari seperti bertanya kepada pensyarah jika kurang faham akan sesuatu yang dipelajari ataupun berbincang dalam kumpulan semasa mengulang kaji pelajaran dan seterusnya bertanya kepada rakan-rakan sekelas.

Teori James-Lange merupakan salah satu teori yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu. Sama ada perubahan fisiologikal datang dahulu ataupun kemudian. Itu tidak penting. Tetapi di itu tetap ada ruang tingkah laku.

Di sini juga, emosi dibentuk oleh peraturan-peraturan yang tersemai dalam budaya kita. Menurut pencarian di Wikipedia, terdapat kelainan dalam cara-cara melahirkan emosi antara masyarakat barat dan masyarakat timur. Masyarakat timur menyatakan bahawa emosi bersifat bebas, tetapi ia turut bergantung kepada budaya. Manakala masyarakat baratpula merasakan emosi lebih kepada kebebasan. Berbeza dengan kita, masyarakat timur yang melahirkan emosi dengan cara yang tidak begitu terbuka.

Emosi adalah tindak balas yang disesuaikan mengikut keadaan. Apa yang dibuat oleh emosi adalah selain daripada berlakunya perubahan dalam tubuh badan kita, ia juga dapat mengkomunikasikan niat dan hasrat kita dan juga perasaan kita kepada orang lain.

Emosi juga dapat mencetuskan suatu keadaan di mana kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan. Sama ada percakapan, pergerakan dan paling utama dalam proses menyelesaikan masalah. Motivasi pula adalah di mana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu kita ambil. Seperti kata Kennen, sama ada kita 'fight' ataupun 'fly' . 'Fight' di sini bermaksud kita melawan masalah yang dihadapi. Manakala 'fly' pula membawa makna melarikan diri.  Misalnya situasi apabila kita berhadapan dengan penjenayah. Tindakan pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menilai kemampuan diri kita sama ada kita berupaya  menangani penjenayah tersebut ataupun menyelamatkan diri dan seterusnya membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya.

Motivasi adalah jangkaan kepada peristiwa yang berkemungkinan akan berlaku. Ia juga adalah sesuatu yang menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara dan bukannya perkara-perkara yang lain dan tiada proses pemilihan yang dilakukan serta tindakan yang selanjutnya.

Dalam sub-topik konsep motivasi dan teori, motivasi merupakan faktor-fakrot dalaman dan juga luaran dalam diri seseorang yang menyebabkan ia bertindak mengikut cara yang tertentu pada masa yang tertentu. 'Drive' juga berkaitan dengan motivasi. 'Drive'  adalah sesuatu yang memacu serta mengawal keseimbangan dalam badan kita. 'Intensive'  pula adalah matlamat luaran yang sama ada menahan ataupun mendorong kita dalam melakukan sesuatu tindakan seperti motivasi kewangan dan moral terhadap sesuatu kursus yang diambil. Konsep-konsep lain yang dipelajari pula ialah 'instinct' yang bermaksud motivasi yang semulajadi yang tidak dipelajari dan tidak pula diwarisi contohnya pertelingkahan antara haiwan. Selain 'aroustic' , iaitu setiap orang digalakkan memaksimumkan tahap pencapaian. Perasaan ingin tahu akan mendorong seseorang untuk lebih memahami akan persekitarannya. Terdapat juga teori yang menerangkan tentang motivasi seperti teori kemanusiaan yang berasaskan kepada hirarki terhadap keperluan. Menurut teori kemanusiaan ini, Abraham Maslow mencadangkan motivasi terbahagi kepada beberapa tahap. Tahap pertama ialah keperluan asa seperti rehat, makanan, air dan sebagainya serta keperluan keselamatan. Yang keduanya pula ialah keperluan fisiologikal. Ia merangkumi keperluan pemilikan dan kasih sayang seperti perhubungan yang intim serta rakan-rakan. Seterusnya pula adalah keperluan esteem. Perasaan ingin dihargai oleh orang lain dan perasaan senang dan gembira apabila berjaya mencapai sesuatu. Kemudian tahap yang ketiga pula ialah keperluan diri sendiri merupakan satu sifat hasrat diri yang tinggi. Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah apabila kita melakukan sesuatu tindakan, kita mesti penuhi keperluan pada tahap pertama dahulu diikuti dengan keperluan tahap kedua dan seterusnya keperluan tahap ketiga. Jika keperluan tersebut tidak dipenuhi, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Contohnya berlaku situasi kebuluran di mana kita berada dalam esulitan untuk mendapatkan makanan, kita tidak akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana kita berada dalam kelaparan. Jadi kita akan berusaha memenuhi keperluan yang asas dahulu.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah emosi sangat berkait rapat dengan motivasi. Emosi menekankan kepada kebangkitan manakala motivasi lebih menekankan kepada aksi. Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir dan batin. Sekian, wassalam.

Tuesday 7 September 2010

A133604 ASLINA LJ<08>

                 Salam 1 Malaysia...ingatkan musim raya nie tidak perlu wat jurnal..tapi kene gak..apelah nasib..hehehe...Nasib baiklah tajuk jurnal yang kelapan ini agak menarik.mana tidaknya tajuk minggu raya nie berkaitan dengan emosi dan motivasi.bila sebut tentang motivasi saya pun bersemangatlah nak buat jurnal ini.tak salah kan kalau saya katakan motivasi ini lebih dekat dengan kehidupan seorang pelajar.ya,seorang pelajar cemerlang pasti mempunyai motivasi yang lebih berbanding pelajar biasa dan dengan motivasi seseorang mampu menjadi luar biasa.perkara yang saya pelajari pada tajuk 8 ini adalah kaitan emosi dan motivasi.apakah emosi?emosi adalah effectives tone that can be either positive and negative but never neutral.manakala motivasi pula study of directional and energizing aspects of behavior.

                   Maksud yang saya pahami adalah emosi ini memerlukan perilaku dalaman kita seperti kita berasa sedih (negative) atau berasa gembira (positive) dan perasaan ini hanya kiat yang tahu setakat mana paras kesedihan atau kegembiraan kerana hanya kita yang merasainya.motivasi pula perilaku luaran yang memberi kesan kepada persekitaran kita dan juga tingkah laku kita.Apabila kita bermotivasi sudah pasti tingkah laku kita berbeza berbanding yang biasa.Contohnya,demi membantu kelurga,kita akan berusaha keras untuk mencari wang tak kesahla pada panas terik,pada hujan lebat dan pada ribut taufan.terdapat 4 komponen emosi,perasaa,proses kognitif,perubahan fisiologi,dan tingkah laku berkaitan.

                  Apabila seseorang mengalami emosi yang menyedihkan seperti kehilangan keluarga tersayang,dia akan cepat pulih dari terus bersedih sekiranya mendapat dorongan daripada kawan-kawan,saudara mara dan jiran-jiran.Dan dengan dorongan inilah dia akan lebih bermotivasi untuk memajukan diri kehadapan walaupun tanpa kelurga yang tersayang.Malah motivasi mempunyai kuasa luar biasa dalam mengubah personaliti seseorang.Seseorang yang dikatakan bermotivasi sudah pasti akan mencapai sesuatu kebaikan dalam dirinya.Ini berbeza dengan motif!motif selalu dikaitkan dengan perilaku yang tidak baik.motif dan emosi mempunyai persamaan dimana kedua-dua perkara ini boleh dirangsang oleh emosi.jika positiv emosi kita maka kita akan bermotivasi untuk melakukan sesutu tetapi jika negative emosi kita akan lebih bermotif untuk melakukan sesuatu.

                   Selain itu saya juga belajar bahawa emosi emphasizes arousal and motivation emphasizes action.kesimpulan disini emosi sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada motivasi.pencetus motivasi yang kuat adalah daripada emosi yang kuat walaupun tidak semua emosi menjadi pendorong kepada semua motivasi.Motivasi amat diperlukan dalam hidup kita kerana kita memerlukan semangat dan pencetus tenaga demi meneruskan kehidupan yang beranjau dan jika kita depress,motivasila penyembuhnya agar kita bangkit kembali!

Monday 6 September 2010

A129088 Rafiuddin LJ08

Salam Lambaian Syawal dan Salam Muhibbah diucapkan pada semua sahabat kursus ZT2253,Pengurusan Emosi. Terlebih dahulu saya ingin mengulas sedikit tentang isu simbolisme yang hangat diperdebatkan berkenaan iklan hari raya 2010 oleh TV3. Sedar atau tidak, mungkin ianya hanya secara kebetulan atau sengaja digemparkan,namun semua rakyat Malaysia terpana dengan pendedahan video itu yang dikatakan berunsur iluminati dan mampu memesongkan akidah.

Sebagai pelajar yang bijak menguruskan emosi, kita perlu handal dalam menangani situasi seperti ini dan tidak mudah melenting dengan tsunami seperti sekarang ini. Tujuan utama mungkin sekadar hiburan, namun bila ada segelintir yang radikal bersuara, emosi dan matlamat iklan itu mampu disalah tafsirkan. Bersesuaian dengan tajuk kuliah pada minggu ini,Emosi dan Motivasi yang berbeza dengan minggu sebelumnya kerana kini ia didendangkan oleh permainan audio dan bukan berbentuk visual keseluruhannya.

Emosi dan motivasi ibarat irama dan lagu. Ia amatlah berkait rapat dan saling berhubungkait. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Emosi ditakrifkan sebagai satu effective tone iaitu emosi tersebut boleh menjadi emosi positif ataupun emosi negatif. Terdapat empat komponen asas emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.  Emosi boleh memacukan diri kita samada kearah kebaikan ataupun keburukan. Namun, percayalah bahawa tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, keinginan saya untuk mendapat keputusan yang baik pada setiap semester menyebabkan saya belajar dengan tekun dan sentiasa memastikan saya tidak terpesong dari matlamat itu. Dalam situasi ini, tindakan saya untuk belajar bersungguh-sungguh bukanlah satu emosi tetapi adalah satu kewajipan seorang pelajar dan tanggungjawab seorang anak untuik membahagiakan orang tuanya.

Terdapat TIGA konsep asas dalam motivasi iaitu motivasi itu sendiri, dorongan dan insentif. Motivasi adalah suatu faktor tidak kiralah secara dalaman atau luaran yang menyebabkan suatu tindakan itu dilakukan. Sebagai contoh, saya berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan segera kerana saya ingin pulang ke kampong dan tidak terbeban dengan lamabakan tugasan dari pensyarah.

Dorongan pula adalah satu prinsip asas biologi yang menggerakkan tingkahlaku untuk mengelakkan keperluan dan menyimpan homeostasis. Teori ini dimulakan dan merupakan penemuan terulung Woodworth. Ketidakseimbangan iaitu keperluan psikologi defisit akan menghasilkan dorongan. Pengurangan  dorongan akan menghasilkan pembelajaran.

Insentif pula adalah keadaan persekitaran yang boleh menarik atau menolak minat seseorang individu itu. Sebagai contoh, kanak-kanak dibawah usia lima tahun akan cuba menahan lapar dahaga di bulan Ramadhan jika dijanjikan dengan bonus wang raya sebagai upah, mahupun ganjaran kerana berpuasa.

Terdapat juga konsep lain seperti naluri, bangkitan dan humanistik. Naluri wujud secara semulajadi dan tidak dipelajari. Sebagai contoh sikap ingin tahu, kayakinan diri dan kemesraan. Manakala teori yang sentiasa wujud dalam setiap ciptaan Tuhan ialah teori bengkitan. Hal ini kerana sikap ingin tahu menyebabkan kita ingin memahami persekitaran kita dengan lebih mendalam lagi. Berdasarkan Moruzzi & Mogoun, 1949, sistem bangkitan ini berasal daripada "neurophysiological" di otak. Secara tidak langsung, ini menerangkan bahawa otak merupakan kunci rangsangan pada emosi dan tingkahlaku manusia.

Secara tuntasnya, kebanyakan perilaku dan tindakan yang dilakukan oleh manusia didiorong oleh rangsangan otak yang kuat dan kelemahan otak untuk mengawal sesuatu perkara itu lalu berubah menjadi lebiih negative. Hakikatnya, kebijaksaan mengawal emosi mempengaruhi kesihatan dan juga kehidupan social kita seharian kerana badan yang cergas lahir dari minda cerdas, rohani yang tuntas. Wassalam///