Saturday 9 October 2010

A124901 NURUL LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada warga kursus Pengurusan Emosi Set 3 khususnya pensyarah tercinta, Encik Ahmad Zamri yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita semua. Alhamdulillah, pada minggu ini kita telah mempelajari satu lagi tajuk yang pada saya ianya sangat menarik kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Tajuk yang dipelajari ialah mengurus emosi bagi individu, keluarga, tempat kerja dan organisasi.

Menguruskan emosi dengan baik bagi individu terutamanya dalam keluarga adalah merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan. Ianya bertujuan untuk membentuk keluarga yang bahagia dan menangani emosi dalam keluarga sekaligus dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga. Untuk menguruskan emosi dalam keluarga, tunggak keluarga, terutamanya bapa, begitu juga ibu, harus bijak mengawal emosi, di samping mengamalkan sikap saling memahami antara satu sama lain, memaafkan, tolong-menolong di antara satu sama lain dan yang penting saling menyayangi sesame sendiri. Pengikat kasih keluarga adalah kasih sayang dan pemahaman selain daripada saling bertolak ansur dan semestinya pengurusan emosi tidak boleh diketepikan. Ada masa dan ketikanya, emosi individu dalam keluarga terganggu dan seharusnya ia ditangani dengan sebaiknya bagi mengelakkan keadaanmenjadi lebih parah dan membawa keretakan rumahtangga. Kita sedia maklum, antara lelaki dan wanita, wanita mempunyai daya pemahaman lebih tinggi bagi memahami perasaan berbanding lelaki itu sendiri. Selalunya wanita lebih cenderung untuk menggunakan kiasan dalam menyampaikan sesuatu, sedangkan lelaki lebih gemar berterus terang tanpa selindung. Saya sendiri sebagai perempuan sememangnya mengakui bahawa saya sendiri lebih suka berkias untuk menyampaikan sesuatu terutamanya jika ia membabitkan perasaan. Hal ini kerana mungkin perempuan memiliki sifat malu yang tinggi, dan enggan digelar sebagai seorang yang cakap lepas. Perempuan lebih suka diri difahami. Sebaliknya lelaki tidak sebegitu. Mereka ternyata lebih 'outspoken' dan bagi mereka apa yang mereka dengar, itulah yang mereka faham kerana kemampuan lelaki menginterpretasikan sesuatu adalah tidak sebaik wanita. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga,mahupun sudah mendirikan rumah tangga, baik lelaki mahu pun wanita mereka seharusnya belajar untuk memahami pasangan masing bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari,lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan emosi. Sebaiknya segala masalah diselesaikan melalui perbincangan,berterus-terang agar tiada konflik dalaman yang berlaku kerana memendamkan masalah boleh memudaratkan diri dan perhubungan itu sendiri. Pembentukan keluarga yang kukuh dan bahagia sekaligus akan membawa kebaikan kepada anak-anak mereka dan dapat mengurangkan berlakunya gejala social.

Selain daripada menguruskan emosi dalam keluarga, menguruskan emosi dalam masyarakat, tempat kerja dan organisasi juga sangat penting. Selagi kita berhubung sesame manusia,sama ada dalam bilangan yang kecil mahupun dalam komuniti yang besar, semestinya perkara yang berkaitan dengan emosi baik emosi positif, juga emosi negative tidak dapat dielakkan.

Emosi mempunyai kaitan yang rapat dengan motivasi kerja. Emosi memainkan peranan penting dalam membuat keputusan selain daripada penerimaan mesej daripada pihak pengurusan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum, emosi yang positif mahupun negative sememangnya akan memberikan kesan terhadap apa jua yang kita lakukan,jika kita tidak mengendalikan emosi dengan motivasi sebaik mungkin. Jika berada dalam keadaan yang gembira dan tenang, emosi kita berada dalam keadaan yang baik dan hasilnya, kita mampu membuat keputusan yang baik dan memberikan hasil kerja yang baik serta hubungan di antara pekerja mahupun majikan juga akan baik. Sebaliknya, jika emosi berada dalam keadaan yang tidak terkawal, pelbagai masalah mungkin berlaku dan ini akan merosakkan perestasi pekerja itu sendiri.

Semakin lama kita mempelajari bab emosi, semakin banyak ilmu yang kita dapat adaptasikan dalam kehidupan seharian selain membuatkan kita menjadi seorang yang lebih rasional dan positif dalam melakukan sesuatu sama ada dalam keluarga, komuniti,tempat kerja mahupun secara individu itu sendiri. Saya begitu tertarik dengan kata-kata Marya Mannes iaitu 'the sign of an intelligent people is their ability to control emotions by the application of reasons'. Benar, hanya mereka yang benar-benar bijak sahaja mampu mengawal emosi, mengaitkan emosi dengan motivasi, bukan menjadikan emosi sebagai motivasi.

 


A132529 Siti Nurliyana LJ11

Dalam mana-mana organisasi pun, pasti wujudnya aspek emosi yang akan menetukan berjaya atau tidaknya organisasi tersebut. Begitu juga bagi institusi kekeluargaan. Dalam usaha mengekalkan hubungan yang baik antara keluarga, emosi setiap pihak perlu dijaga dan dipantau. Seperti yang sedia maklum, keluarga terdiri dari ibu bapa, adik beradik, anak-anak, bapa da ibu saudara, datuk dan juga nenek.

Perkara ini menjadi tumpuan topik kami pada minggu ini. Tajuknya ialah pengurusan emosi kekeluargaan. Keluarga terwujud apabila dua insan iaitu si lelaki dan si wanita mendirikan rumah tangga. Kebanyakan perkahwinan adalah hasil putik cinta dua insane tersebut. Namun begitu, ada juga perkahwinan yang dilangsungkan secara paksa atau bukan pilihan sendiri. Sukar bagi mereka untuk memperoleh kebahagiaan jika tidak mampu menerima diri pasangan mereka seadanya. Oleh itu, antara penghubung emosi yang paling baik ialah dengan menguntumkan senyuman kepada suami atau isteri secara ikhlas setiap hari. Dengan langkah yang mudah ini saja, kita mampu membuahkan perasaan gembira kita yang menunjukkan betapa bahagianya diri ini.

Seterusnya, perasaan kasih sayang memang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tiada manusia yang tidak dahagakan kasih sayang,tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Apabila satu pasangan itu berkahwin, mereka tentulah menginginkan anak yang soleh, masa depan yang cerah dan hidup yang senang dan bahagia. Untuk mencapainya, mereka perlu bertolak ansur dan tidak terlalu berkira dengan satu sama lain dan juga dengan keluarga mertua. Walaubagaimanapun, bagi setiap keluarga pasti akan datang juga masa di mana mereka ditimpa musibah yang sangat mencabar jiwa raga mereka. Seperti keluarga yang kematian bayi perempuan yang baru berusia 4 hari akibat bahaman monyet tempoh hari. Siapa sangka malapetaka begitu akan mendatangi mereka. Dalam situasi sebegitu, keluarga itu tentulah rasa sedih, terkilan dan marah. Emosi mereka akan menjadi tertekan dan berisiko tinggi membawa kepada pergaduhan sesame mereka. Namun sabenarnya ketika mendapat kesusahan begitu, hanya keluargalah tempat kita bergantung kerana tiada siapa yang memahami perasaan kita kecuali darah daging kita sendiri.

Apa akan terjadi jika sebuah famili itu tidak dijaga dengan baik? Suami isteri bergaduh, hilang kepercayaan antara satu sama lain, hubungan mula renggang, berlaku penceraian, anak-anak hilang arah tuju dan akhir sekali, hilang kasih sayang. Macam-macam boleh berlaku namun ini tidak termaktub kepada keluarga yang retak sahaja. Malah keluarga yang kelihatan rapat sebenarnya boleh mendapat gangguan ketenteraman jika pengurusan emosi keluarga tidak terjaga. Saya teringat akan sebuah iklan Hari Raya di kaca televisyen beberapa tahun dahulu. Kisahnya tentang bapa yang sudah tua dijaga oleh anak perempuannya di rumah ketika ada penyelenggaraan di rumah warga tua bapanya. Anak perempuan itu sanggup membiarkan ayahnya sendiri makan di luar rumah bersama kucing semata-mata kerana ayahnya sudah tidak kuat lagi dan sering mengotorkan rumah ketika makan. Pada halnya, wanita itu amat rapat dengan si bapa ketika kecil. Janganlah kita jadi anak yang tidak kenang budi dan derhaka seperti itu. Sesungguhnya ibu bapa kita tiada ganti. Oleh itu, layanlah mereka dengan baik sebagaimana kamu ditatang bagai minyak yang penuh ketika kecil dahulu.

Kesimpulannya, pengurusan emosi dalam keluarga amat penting terutama bagi kita di Malaysia kerana masyarakat kita wajar menjadi golongan yang penyayang dan mengutamakan keluarga.

A135345 YUVARANI NAIR A/P SUKUMARAN LJ09

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Prof Ahmad Zamri Bin Mansor. Minggu ini merupakan minggu ke-9 saya menghadiri kuliah untuk kelas Pengurusan Emosi. Tajuk kuliah minggu ini adalah Emosi Dalam Keluarga Dan Masyarakat.
Mengulas kuliah minggu ini bermula dengan pengurusan emosi dalam keluarga. Pengetahuan ini adalah sesuatu yang sangat berguna kepada semua terutamanya pemuda-pemudi sekarang yang tidak memahami konsep kekeluargaan. Antara sebab seseorang perlu mengetahui cara mengurus emosinya dalam keluarga adalah untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan menangani emosi dalam keluarga yang amat berguna ketika ke arah pembentukan keluarga yang bahagia. 
Menurut Hasnan Kasan (2006), keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong-menolong, berkasih sayang, bahagia-membahagiakan dan damai-mendamaikan antara satu sama lain. Sememangnya pandangan ini betul tetapi kebanyakan generasi sekarang tidak dapat memahaminya yang mengakibatkan peningkatan kes-kes penceraian. Ramai yang tidak mengetahui matlamat sebenar pembentukan keluarga. Merujuk kuliah minggu ini, antara matlamat pembentukan keluarga adalah mencapai kebahagian, melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat aman dan sentosa, dan membentuk keluarga harmonis. Kebahagian sesebuah keluarga amat bergantung pada emosi ahli keluarganya. Emosi seorang suami, isteri dan juga anak-anak jika tidak dikawal dan diurus akan menimbulkan pelbagai masalah dalam rumahtangga.
Kuliah minggu ini telah mengingatkan saya mengenai beberapa filem yang pernah saya tontoni serta beberapa artikel yang pernah saya baca. Di sini saya ingin berkongsi dua buah filem yang bertajuk Cheaper By The Dozen (2003), Stepmom (1998) dan sebuah artikel yang dikeluarkan dalam Reader's Digest yang bertajuk The Story Of Amy And Her Family, yang kemudiannya dijadikan sebuah filem yang bertajuk Gracie's Choice (2004). Ketiga-tiga cerita ini berunsurkan keluarga dan cabaran yang perlu dihadapi di dalam sesebuah keluarga.
Filem Cheaper By The Dozen (2003) menceritakan kisah sepasang suami isteri yang mencuba sedaya-upaya menjayakan rumahtangga mereka yang terdiri daripada 12 anak. Pada permulaan cerita ini, mereka tinggal di sebuah kawasan luar bandar, suami yang bekerja sebagai jurulatih pasukan football di sebuah kolej kecil dan isteri yang sedang menulis buku cerita yang mengisahkan pengalamannya mendirikan sebuah keluarga dengan 12 anak. Keluarga mereka sememangnya sebuah keluarga yang bahagia walaupun kedua-dua suami isteri tersebut terpaksa bekerja keras untuk menampung segala perbelanjaan serta menangani segala karenah anak-anak mereka. Akan tetapi, terdapat perubahan yang besar apabila ayah kanak-kanak ini ditawarkan pekerjaan baru yang memerlukan mereka berpindah ke bandar. Khabar ini sukar diterima oleh anak-anaknya kerana mereka telah menghabiskan sepanjang umur mereka membesar di kawasan mereka sekarang dan berasa takut sama ada mereka dapat mengadaptasi suasana baru di bandar. Walau bagaimanapun, kedua-dua suami isteri telah berjanji kepada anak-anak mereka yang tiada perubahan akan berlaku antara hubungan mereka dan mereka akan kekal sebagai sebuah keluarga bahagia walaupun di mana mereka berada. Malangnya, segala situasi telah berubah selepas mereka berpindah ke rumah baru mereka. Pertama sekali, ayah mereka tidak lagi meluangkan masa dengan keluarganya disebabkan penglibatannya dengan kerja baru. Manakala, anak-anak ini tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan cara hidup budak-budak bandar dan sering kali dibuli oleh ramai ketika berada di sekolah. Situasi ini bertambah buruk apabila ibu mereka mendapat tawaran mempromosikan buku cerita yang diusaha olehnya selama ini dan perlu ke New York meninggalkan anak-anak ini bersama ayah mereka. Disebabkan perubahan ibubapa yang tiba-tiba memilih kerjaya mereka mendahului anak-anak mereka, semua anak-anak mula meluahkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Sehubungan dengan ini, pelbagai insiden telah berlaku. Akhirnya, keadaan menjadi begitu mendesak sehingga salah seorang anak telah melarikan diri daripada rumah. Pada ketika itulah semua ahli keluarga mula sedar bahawa betapa mereka telah mementingkan diri sendiri dan lupa bahawa mereka adalah sebuah keluarga. Cerita ini berakhir semua ahli keluarga meminta maaf antara satu sama lain, penemuan anak yang hilang, berpindah balik ke kawasan lama mereka serta pengorbanan kedua-dua impian kerjaya ibubapa demi keluarga mereka.
Cerita Stepmom (1998) pula merupakan kisah sebuah keluarga yang pada mulanya ibu bapanya telah bercerai walaupun setelah mempunyai dua orang anak. Kemudian, ayah mereka membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lagi wanita. Kedua-dua anak ini mengalami keadaan yang sukar untuk menyesuaikan diri mereka dengan kemunculan ahli baru ke dalam keluarga mereka. Hal ini meninggalkan impak terutama  sekali ke atas anak sulung mereka. Walau bagaimanapun, pengadaptasian ini tidaklah begitu mudah kepada ibu tiri mereka. Terdapat pelbagai konflict antara ayah, ibu kandung serta ibu tiri mereka yang sering kali dikaitkan dengan anak-anak ini. Sehingga tibalah suatu hari apabila ibu kandung mereka telah didapati mempunyai kanser tahap kritikal dan tidak lagi boleh dirawat. Ibu kandung mereka tidak memberitahu sesiapa dalam keluarga. Dia cuma memendamkan perasaan kekecewaannya, kesedihannya dan kebimbangannya terhadap masa depan anak-anaknya. Perasaan-perasaan ini telah dicurahkan sebagai perasaan marah terhadap ibu tiri mereka yang sedang mencuba sedaya-upaya menyesuaikan dirinya dengan suasana keluarga serta cuba mendekati kanak-kanak ini. Cerita ini berakhir dengan ibu kandung menceritkan kepada ibu tiri mengenai penyakitnya, dan penerimaannya dan anak-anaknya terhadap ibu tiri tersebut.
Artikel The Story Of Amy And Her Family pula menceritakan kisah seorang kakak yang mencuba sedaya-upaya untuk mewujudkan suasana yang bahagia untuk keluarganya. Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang tidak bertanggungjawab dan merupakan seorang penagih dadah yang selalu mendatangkan masalah kepada anak-anaknya. Setiap orang anaknya berasal daripada bapa yang berlainan. Walau bagaimanapun, cerita ini menekankan peranan Amy sebagai seorang yang kuat berjuang. Dia telah berjuang dari awal kelahirannya di mana dia hampir meninggal semasa dilahirkan yang akhirnya telah diselamatkan, sehingga segala dugaan yang telah ditempuhinya untuk melindungi diri serta adik-adiknya daripada dunia luar dan juga ibu mereka. Karakter ini telah berjaya mengimbangkan pelajarannya, pekerjaannya serta keluarganya walaupun sepanjang perjalanan ini dia terpaksa melakukan pelbagai pengorbanan. Antaranya adalah perhubungan dengan teman lelakinya, impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa ketika yang dia sememangnya ingin melepaskan beban keluarganya, dia masih bertekad untuk meneruskan cabarannya. Cerita ini berakhir dengan pelupusan hak ibunya terhadap anak-anak ini dan pelulusan hak penerimaan Amy mengambil adik-adiknya sebagai anak angkat sendiri selepas umur 18 tahun. Untuk membaca cerita ini secara terperinci, sila rujuk pada laman web ini http://www.rd.com/your-america-inspiring-people-and-stories/rd-on-tv-gracies-choice/article18017.html
Tujuan sebenar saya berkongsi ketiga-tiga cerita ini adalah kerana selepas menonton dan membaca cerita-cerita tersebut, saya berpendapat bahawa apapun cabaran yang ditempuhi oleh sesebuah keluarga, ia tetap memerlukan sekurang-kurangnya seorang yang memahami situasi tersebut dan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan ini, walau betapa sukar pun keadaan yang dilalui, jika dijuang sesungguhnya demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia, akhirnya dapat juga kita memilikinya. Oleh itu, janganlah berputus asa atau mengambil keputusan terburu-buru yang mungkin dikesali ketika berhadapan dengan masalah keluarga. Kita cuma perlu menenangkan diri, cuba memikirkan pilihan yang boleh kita lakukan, memilih keputusan yang terbaik kepada semua pihak termasuk diri-sendiri dan keluarga kita, dan baru melaksanakannya. Asalkan kita berjanji untuk bertekad dan bersatu hati mengekalkan sebuah keluarga yang bahagia, kita pasti dapat mencapainya. Saya menujukan kata-kata saya ini kepada semua yang akan mendirikan rumahtangga dalam masa akan datang. Cintailah keluarga anda.

A134381 Abu Bakar LJ11

Pada minggu ini saya telah mempelajari satu ilmu yang baru.Ilmu tersebut amat
penting bukan sahaja bagi saya tetapi juga bagi setiap manusia.Sesi perkuliahan
kali ini saya telah didedahkan kepada satu ilmu yang amat menarik iaitu
pengurusan emosi di dalam keluarga.Setiap orang semestinya akan mempunyai
keluarga masing-masing suatu hari nanti dan pengurusan emosi dalam keluarga ini
amat penting bagi memastikan bahawa keluarga yang di bina sentiasa berada dalam
keadaan yang bahagia dan harmoni.Selain itu,pengurusan emosi dalam keluarga
turut mendorong ke arah pembentukan keluarga yang bahagia kerana apabila sesuatu
masalah telah melanda keluarga kita akan dapat menyelesaikan apa jua masalah
yang di hadapi.Jadi dengan adanya ilmu dalam pengurusan emosi tersebut kita
dapat menangani emosi-emosi dalam keluarga,seterusnya hal adalah merupakan satu
panduan ke arah kebahagiaan keluarga.

Adakah kita mengetahui apa sebenarnya maksud keluarga bahagia itu?Keluarga
bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat
dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan
damai mendamaikan antara satu sama lain (Hasnan Kasan, 2006).Kita semestinya
tahu apakah matlamatnya kita membentuk satu keluarga yang bahagia kerana
tujuannya adalah untuk kita mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga serta
melahirkan dan mempunyai anak-anak yang soleh.Kebiasannya ketenteraman hanya
akan wujud dengan adanya sebuah keluarga yang sihat,dipenuhi kasih sayang dan
penuh tanggungjawab.Disamping itu,pengurusan emosi dalam keluarga ini bukan
sahaja dapat melahirkan keluarga yaang bahagia namun ia turut dapat mewujudkan
sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia setiap individu dalam
sesebuah keluarga itu perlu dalam memainkan peranan sendiri.Namun
begitu,individu dalam keluarga seperti suami,isteri serta anak-anak juga adalah
merupakan insan biasa.Mereka tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mereka
turut membawa bersama emosi yang di rasai tidak kira sama ada ianya emosi
positif ataupun negatif.Terbukti bahawa emosi itu kadang kala bergantung kepada
situasi di mana seseorang itu berada.Sebagai contohnya,bagi sesebuah keluarga
rumah merupakan satu tempat yang amat penting kerana di sinilah mereka dapat
berkumpul beramai-ramai,berjumpa serta berbual-bual.Rumah merupakan satu situasi
yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi kita.Jika kita dapat
saksikan sendiri situasi sebegini di mana kebanyakan keluarga lebih banyak
meluangkan masa bersama-sama di rumah.Tetapi terdapat juga sesetengah keluarga
itu tidak banyak menghabiskan masa bersama-sama.Hal sebegini adalah berpunca
daripada pelbagai faktor antaranya seperti kesibukkan waktu kerana urusan
kerjaya dan sebagainya.Oleh yang demikian,kita dapat mengatakan bahawa emosi
seseorang tidak kira sama ada suami,isteri mahupun anak-anak boleh berubah
mengikut situasi di rumah terutamanya.
Kita sering mendengar pepatah di mana sedangkan lidah lagi tergigit inikan
suami isteri,walaupun tidak sering mengalami masalah keluarga namun
kadang-kadang ianya akan terjadi.Apabila sesuatu masalah itu berlaku dalam
sesebuah keluarga,jika emosi khususnya emosi negatif tidak di kawal dan di urus
hal ini akan meninbulkan banyak masalah dalam rumahtangga tersebut.Sebaliknya
jika emosi positif sentiasa di terapkan dalam sesebuah rumahtangga itu,hubungan
suami isteri akan bertambah baik dan turut akan menjadikan keluarga kita
keluarga yang bahagia.Oleh itu,sekiranya kita suami isteri berselisihan faham
antara satu sama lain mereka tidak seharusnya saling menyalahi tetapi apa
sepatutnya yang di lakukan adalah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut
secara damai tanpa menjadikan masalah itu semakin rumit.
Sekiranya kita menginginkan keluarga yang di bina sentiasa dalam keadaan
bahagia,suami isteri terutamanya haruslah bijak dalam memainkan peranan
masing-masing.Kedua-dua mereka perlulah berperanan dalam mengawal emosi sewaktu
berhadapan dengan apa jua masalah dalam rumahtangga.Apabila ianya berkaitan
dengan masalah rumahtangga,ianya bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita
abaikan.Ini adalah kerana ianya melibatkan ramai insan seperti anak-anak yang
masih belum mengetahui apa-apa.Jadi dalam hal sebegini,kematangan dalam berfikir
adalah sangat penting.Kebijaksanaan emosi(EQ) adalah sangat penting bagi
seseorang individu itu kerana dengan adanya EQ yang tinggi seseorang itu dapat
mengawal emosi yang di alaminya serta dapat mengawal dan membimbing emosi
orang-orang di sekitarnya.Jika di lihat dalam konteks kekeluargaan,EQ adalah
penting dalam mengenalpasti antara emosi yang perlu dielakkan dan dikawal.Suami
atau isteri perlu menggunakan bahasa komunikasi verbal dan bukan verbal yang
sesuai bagi mengelakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan
masing-masing.
Jika kita sedar akan hal ini,bukan sahaja pengurusan emosi dalam keluarga
perlu di terapkan dalam kehidupan malan pengurusan emosi dalam masyarakat turut
penting.Hal ini adalah kerana tidak kira di mana-mana kita akan hidup secara
bermasyarakat.Kita haruslah bijak dalam menangani emosi apabila berhadapan
dengan masyarakat.Sekiranya hal ini tidak di titikberatkan maka ianya akan
menyebabkan diri kita akan berhadapan dengan masalah suatu hari nanti.Hidup
bermasyarakat ini tidak haruslah kita membuat hal masing-masing sebaliknya kita
mesti sentiasa kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dan salina
hormat-menghormati.Jika kita sentiasa mengamalkanny maka kehidupan kita akan
lebih bahagia dalam hidup secara bermasyarakat.Hal ini turut akan menjadikan
keluarga kita keluarga yang aman damai tanpa sebarang gangguan daripada jiran
tetangga.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sina adalah dalam memastikan keluarga
yang kita bina selama ini sentiasa mendapat kebahagiaan individu dalam keluarga
itu haruslan bijak dalam memainkan peranan masing-masing.EQ adalah sangat
penting dan perlu ada pada semua terutamanya yang sudah bergelar suami dan juga
isteri kerana hal ini amatlah di perlukan untuk menjamin keharmonian
rumahtangga.Selain itu,EQ ini juga penting dalam menjalani kehidupan seharian
kita yang hidup secara bermasyarakat.Kehidupan bermasyarakat yang harmoni adalah
apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran tetangga yang
lain.

A132516 ctzara LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri, pensyarah pengurusan emosi.
    Tajuk kuliah pada kali ini ialah mengurus emosi dari aspek individu dan keluarga. Dalam membentuk pembangunan keluarga yang bahagia, emosi dalam keluarga perlu di tangani dengan baik. Selain itu, cinta dan perkahwinan juga penting dalam menjamin keluarga bahagia. Hal ini kerana cinta atau kasih sayang bermula daripada senyuman, berkembang dengan ciuman dan berakhir dengan air mata. Namun, bukan setiap prcintaan berakhir dengan tangisan tetapi ada juga sebahagian yang berakhir dengan kegembiraan hingga akhir hayat. Hal ini dapat dibuktikan dengan kisah percintaan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berkekalan hingga ke syurga.
    Konsep sebuah keluarga bahagia ialah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong-menolong, berkasih-sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara suatu sama lain. Matlamat pembentukan keluarga adalah mencapai kebahagiaan, melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat aman dan sentosa serta membentuk keluarga harmonis.
    Terdapat beberapa peranan emosi yang perlu dititik beratkan dalam pembentukan keluarga bahagia, antaranya adalah emosi bergantung kepada situasi di mana seseorang berada. Contohnya, rumah adalah situasi yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi. Jika emosi negatif tidak dikawal dan diurus akan menimbulkan banyak masalah dalam rumahtangga. Sebaliknya, jika emosi positif disuburkan, hubungan kasih sayang suami isteri akan semakin bertambah baik. Oleh itu, suami isteri berperanan penting dalam mengawal emosi masing-masing agar rumahtangga bahagia dan terjamin.
    Emosi dalam keluarga dapat ditangani dengan mengaplikasikan EI dalam kehidupan keluarga. Cara mengaplikasikan EI adlah memberi kesedaran dalam diri, menguruskan diri, empati, dan mengurusakan perhubungan. Emosi positif dapat di tangani dengan melahirkan rasa dihargai dan menghargai, rasa gembira, rasa puas, rasa dihormati dan menghormati, dan rasa berguna. Manakala, emosi negatif dilahirkan daripada pereasaan bimbang, takut-takut, tertekan, rasa bosan, rasa tidak terkawal, dan rasa meluat.
    Terdapat 10 panduan ke arah keluarga bahagia iaitu memasuki sebuah perkahwinan dengan hati yang ikhlas dan sentiasa memperbaharui hubungan setiap hari. Selain itu, ingat bahawa pasangan anda adalah saudara seislam, tidak berpegang pada tanggapan yang tidak betul, memberi yang terbaik kepada pasangan, jadikan pasangan sebagai teman baik, luangkan masa yang bermanfaat bersama pasangan, sentiasa meluahkan perasaan, mengakui kesalahan dan mohon keampuanan pada pasangan, tidak mengungkit kesalahan dan kenangan pahit yang lalu, sentiasa memberi kejutan antara satu sama lain, dan mestilah mempunyai sifat kemanusiaan.
    Kesimpulannya, emosi dalam sesebuah keluarga amat penting dalam menjamin keluarga bahagia. Emosi perlu bijak dikawal antara pasangan. Oleh itu, suami isteri perlu bekerjasama dalam menjalani kehidupan bersama tidak dalam keadaan senang atau susah.
Sekian. Wassalam.

A132245 nur hasshimaa LJ11

Salam dan selamat sejahtera. Pada pembelajaran minggu ini, pensyarah menerangkan bahawa terdapat 2 domain perhubungan iaitu perhubungan di tempat  kerja dan hubungan di peringkat keluarga dan masyarakat. Tambahan pula peranan emosi  untuk domain ini termasuklah, perbezaan jantina. Jika dilihat dari sudut lumrah kehidupan manusia, perbezaan jantina memberi kesan emosi yang ketara berbeza. Sebagai contoh, perempuan berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan. Manakala, lelaki berkomunikasi untuk melaporkan. Ini dapat dilihat melalui perbualan mereka. Sekiranya perempuan berbual, perbualan mereka kebanyakannya akan mengambil masa yang panjang. Perbualan mereka sering diselitkan sekali cerita-cerita yang sedikit terpesong daripada tajuk asal perbualan mereka. Manakala, bagi lelaki, perbualan mereka, selalu terus kepada tajuk asal perbualan mereka tanpa mengambil masa yang panjang.

Jantina dan emosi. Wanita lebih mudah mengekspresikan emosi mereka dan mereka mengalami sesuatu emosi itu secara mendalam. Wanita juga sering memerlukan seseorang akan mendengar masalah yang dihadapi tanpa mengharapkan sebarang penyelesaian. Manakala, lelaki lebih gemar menyimpan emosi mereka terutamanya apabila bersama dengan kawan-kawan mereka. Mereka jarang meluahkan masalah mereka, namun sekali mereka meluahkannya, mereka mengharapkan penyelesaian dan nasihat.

Bahasa lelaki. Lelaki lebih banyak memulakan interaksi. Ini kerana, wanita kebanyakannya malu untuk memulakan komunikasi terutamanya terhadap lelaki yang tidak dikenali. Selain itu, lelaki juga lebih gemar bertindak atas kemahuan sendiri tanpa mempedulikan kata orang lain. Mereka juga lebih gemar menggunakan bahasa agresif dan kadang-kadang sedikit kasar. 


acheelhei27:

Bahasa wanita pula mempunyai ciri-ciri lembut, sopan dan tidak asertif. Selain itu, bahasa mereka juga sedikit teragak-agak dan kadang-kala berlapik. Tambahan lagi, wanita juga lebih berhati-hati apabila berbicara. mereka kurang mengeluarkan kata-kata kasar untuk menjaga hati atau lebih tepat, menjaga hubungan mereka dengan orang sekeliling.

i guess i cant survive without both at the moment.

Ini kerana wanita lebih memerlukan seseorang yang sentiasa bersama mereka untuk meluahkan segala rasa dalam hati mereka. juga memerlukan seseorang yang mampu memahami mereka, disamping mereka sewaktu senang dan susah. disebabkan itu mereka tetap memerlukan sahabat baik.

Apabila menyentuh tentang cinta, cinta merupakan sesuatu yang luas. Cinta kepada Tuhan, keluarga, sahabat, kekasih, suami, mahupun cinta kepada diri sendiri. Terdapat sesuatu pepatah yang menyatakan, "The way to love anything is to realise that it might  be lost". Ia bermakna seseorang itu perlu lebih bersyukur dan menghargai sesuatu atau seseorang itu kerana pada bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menarik semula nikmat kebahagiaan yang dirasai itu.

 


"The strength of man isn't in the deep tone of his voice. It is in the gentle words he whispers".

you are a man then :)

A134147NurulLJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


            Pada minggu ini yang baru dipelajari ialah emosi di tempat kerja dan keluarga. Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain. Matlamat pembentukan keluarga bagi setiap pasangan suami isteri ialah agar dapat mencapai kebahagiaan, melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat yang aman dan sentosa dan seterusnya membentuk keluarga yang harmonis. Ketenteraman akan hanya wujud dengan adanya sebuah keluarga yang sihat, dipenuhi kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Emosi bergantung kepada situasi di mana seseorang berada. Rumah adalah satu contoh situasi yang mengandungi pelbagai sumber ransangan ke atas emosi. Maka, emosi suami, isteri dan anak-anak dalam satu institusi keluarga itu boleh berubah-ubah mengikut situasi di rumah.


            Jika emosi negative tidak dapat dikawal dan diurus , maka akan timbul banyak masalah dalam rumahtangga tersebut. Sebagai contoh, suami marah, isteri pun marah juga, akhirnya rumahtangga akan jadi medan peperangan. Sebaliknya, jika emosi positif diamalkan hubungan kasih sayang suami isteri bertambah baik. Sebagai contoh,  ibu dan ayah saya memang saling menghormati antara satu sama lain dan mereka saling bersependapat. Contoh lain ialah anak-anak haruslah mengamalkan emosi positif terhadap kedua orang tua mereka dengan cara mendengar nasihat mereka, hormat terhadap mereka dan mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap mereka.


            Kesimpulannya, mengurus emosi keluarga adalah penting ke arah pembentukan keluarga yang bahagia.

A117396 Nurul Aishah Binti Saadun LJ12

Salam. Kuliah pada minggu ini adalah berkenaan dengan mengurus emosi di tempat kerja dan mengurus emosi dalam keluarga. Keluarga menurut Burgess dan Locke (1953), ialah sekumpulan orang yang mempunyai hubungan darah, atau diangkat, mendiami satu isi rumah, berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, adik beradik, mereka cipta dan mengekalkan budaya yang sama. Institusi kekeluargaan merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Manusia sudah pasti tidak akan dapat menidakkan betapa pentingnya peranan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat bertamadun dari dahulu hingga kini.

 

Ibu dan bapa adalah gandingan asas dalam keluarga yang merupakan tunggak utama dalam mencetus kejayaan anak dan kesinambungan pewaris bangsa. Mereka mempunyai peranan penting dalam perkembangan serta pembentukan sikap anak-anak dengan didikan akademik, rohani dan mentarbiah anak tentang ilmu kehidupan untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai keperibadian yang unggul. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih di mana ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya. Seiring dengan itu, peranan emosi amatlah penting dalam mewujudkan suasana yang bahagia. Jika emosi tidak dikawal akan timbullah banyak masalah dalam keluarga.

 

Saya bersyukur dikurniakan dengan keluarga yang memahami pendirian saya. Pada satu fasa hidup saya, saya mengalami masalah adjustment disorder with depressive mood. Keluarga saya banyak memberi sokongan dan dorongan dalam membantu saya mengatasi masalah ini. Bagi saya, keluarga merupakan tempat membina pendewasaan keperibadian anggota keluarga selain tempat untuk mendapatkan kasih sayang dan pemberi rasa aman. Keluarga  saya berfungsi untuk membekalkan sumber sokongan emosi serta pembentuk identiti saya hari ini. Ikatan asas paling kuat terhasil dari kasih sayang, perapatan dan kesetiaan dan kasih sayang merupakan salah satu daripada keperluan utama manusia. Sekian.



A121741 Mas Ayu LJ10

Kenapa pengurusan emosi penting dalam kehidupan harian kita? Saban hari kita pasti berkomunikasi dan berhubungan dengan orang lain. Komunikasi dan perhubungan ini boleh bersifat personal atau professional. Komunikasi dan hubungan personal merujuk kepada hubungan kita dengan kawan-kawan, ahli keluarga mahupun pasangan manakala hubungan profesional pula biasanya melibatkan urusan yang lebih formal contohnya antara pensyarah dan pelajar, antara kaunselor dan klien atau antara majikan dan pekerja. Dalam agama Islam konsep hubungan bukan sahaja merujuk kepada hubungan sesama manusia tetapi melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan. Umat Islam perlu menjaga hubungannya sesama manusia (hablumminannas) dan hubungannya dengan Allah (hablumminallah) untuk mencapai kehidupan yang diredhai. Hal ini jelas membuktikan kepada kita tentang betapa pentingnya aspek pengurusan emosi dalam diri individu untuk mencapai kesejahteraan hidup.

 

Senyuman adalah alat untuk mempamerkan emosi gembira dan dengan senyuman yang manis kita mampu menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang lain. Walaupun kita tidak kaya harta biarlah kita kaya senyuman dan budi bahasa. Bak kata pepatah kurangkan manis dalam minuman tapi tambahlah  manis dalam senyuman. Apabila kita senyum secara tidak lansung perasaan gembira boleh wujud. Senyuman adalah emosi yang boleh berjangkit. Apabila kita senyum orang lain juga akan cenderung untuk membalas senyuman kita walaupun senyuman itu ditujukan kepada seseorang yang tidak dikenali. Hebatnya senyuman kerana ia mampu mengubat perasaan sedih dan kecewa. Senyuman juga mampu merencatkan rasa marah. Ibu yang sedang marah kepada anaknya boleh tersenyum apabila anak yang dimarahinya tiba-tiba tersenyum. Keadaan tersebut boleh merencatkan emosi marahnya.

 

Dari aspek kehidupan berkeluarga pula isteri mahupun suami mestilah bijak mengawal emosi. Kegagalan mengawal emosi dan bertoleransi dalam kehidupan berkeluarga boleh mencetuskan konflik. Secara semulajadi wanita dilihat lebih beremosi berbanding lelaki. Pembuatan keputusan oleh seseorang wanita sering kali dipengaruhi oleh aspek emosi manakala lelaki pula lebih cenderung melihat sesuatu masalah dari aspek rasional. Sifat semulajadi wanita yang kaya dengan emosi inilah yang menjadikan mereka seorang ibu yang penyayang dan prihatin. Lelaki pula dilihat lebih menonjolkan aspek autonomi dan tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga. Jadi tidak hairanlah jika Tuhan menciptakan wanita sebagai pelengkap kehidupan lelaki dan begitu jugalah sebaliknya.

 

Lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi ini boleh diibaratkan seperti teori enzim. Wanita adalah mangga dan lelaki adalah kuncinya. Kunci tanpa mangga tidak akan bermakna, begitu juga sebaliknya. Allah berfirman dalam surah al-Rum ayat 21 bermaksud "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan atau kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."  Sifat saling hormat menghormati dan kasih sayang dalam keluarga adalah apek yang penting kerana ia mampu mencetuskan persekitaran keluarga yang harmoni dan bahagia. Oleh itu kita perlu bijak untuk memahami dan menguruskan emosi sesuai dengan situasi dan konteks.

 

Individu yang bijak menguruskan emosi didapati lebih bahagia dan mampu menghadapi cabaran kehidupan dengan baik. Mereka lebih positif dalam hidup. Tekanan dan masalah dalam hidup dianggap sebagai ujian dan asam garam kehidupan. Setiap peristiwa negatif yang berlaku bukanlah dianggap sebagai musibah malah dilihat sebagai hikmah dan muhasabah. Mereka juga didapati mempunyai hubungan interpersonal yang positif dengan persekitaran sosial.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu & bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).

Surah ali-imran : 200.