Saturday 15 January 2011

A135322 TAN YAN CHENG – TAJUK 3 APAKAH ITU GEMBIRA,BAHAGIA DAN KASIH?

Masa berlalu dengan pantas sekali.Sudah memasuki minggu ketiga saya menulis catatan pembelajaran ZZZT 2253 Pengurusan Emosi. Tajuk pembelajaran pada minggu ini lebih menarik perhatian dan minat berbanding dengan tajuk pembelajaran pada minggu lepas iaitu Emosi Positif – Gembira, Bahagia dan Kasih.

Apakah itu kebahagiaan?Kebahagiaan adalah suatu keadaan emosional atau afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. Hal ini mencerminkan pentingnya manusia sejagat yang berlangsung pada kebahagiaan Namun,setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang erti kebahagiaan. Di sini, terdapat empat ahli falsafah yang mempunyai pandangan berbeza berkaitan erti kebahagiaan: Aristotle berpendapat kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kea rah keseronokan. Plato berpendapat punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik atau mulia. Manakala, Epicurean pula berpendapat kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan. Pandangan Mills tentang erti kebahagiaan pula ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku kita.

Beberapa kajian telah dijalankan tentang kebahagiaan. Berdasarkan maklumat daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Veenhoven pada tahun 1995. Kajian-kajian merentas budaya menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu Negara ke Negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Diener ET Al pada tahun 1995 pula melaporkan budaya-budaya di Asia melaporkan tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding dengan negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987 pula melaporkan orang yang dikatakan paling bahagia ialah mereka yang tinggal di Amerika utara,Australia dan Eropah.

Sejauh mana pula kita bahagia? Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah individu lebih senang merasai kebahagiaan berbanding dengan yang lain. Individu tersebut adalah orang yang dapat sesuaikan diri bahagia. Hal ini kerana orang yang bahagia adalah lebih pandai dalam menyesuaikan diri. Orang yang dapat penyesuaiannya lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah. Menurut Rim, mereka yang mempunyai strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira. Saya sangat setuju dengan pendapat Rim. Saya menghadapi masalah penyesuaian diri apabila pertama kali menjejak kaki di UKM untuk meneruskan pengajian. Saya tidak mampu merasai kegembiraan pada masa tersebut. Saya telah mengambil satu jangka masa yang agak panjang untuk saya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini.

Menurut Kotma Et Al,kebahagiaan dapat dikategorikan mengikut dua komponen utama,iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Jangka masa panjang ialah sesuatu latar belakang atau perkara yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang berpanjangan seperti dari kecil hingga kini. Contohnya ialah mempunyai keluarga yang bahagia dan kehidupan yang baik dan bebas. Jangka masa pendek pula ialah perkara yang baru berlaku dalam kehidupan kita yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah dapat bayi,memenangi cabutan bertuah,mendapat keputusan yang cemerlang dan lain-lain.

Menurut Freud,hubungan kita dengan ibu bapa kita pada masa kecil adalah penting untuk menentukan kebahagiaan kita pada masa depan. Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987. Kebanyakan respnden berpendapat seseorang akan mencapai kegembiraan atau kebahagiaan apabila dilamun cinta,mencapai keputusan yang cemerlang dan pulih darpada penyakit.

Menurut Vanfossen pula, pasangan berkahwin adalah lebih bahagia daripada berseorangan. Saya tidak setuju dengan kenyataan Vanfossen ini. Kerana saya berpendapat tidak semestinya semua pasangan suami isteri akan mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Kalau situasi ini berlaku maka tiadalah penceraian akan berlaku. Sudah diketahui umum,penceraian sudah menjadi perkara yang sangat biasa dan terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian.

Menurut Argyle,terdapat beberapa faktor juga yang boleh menyebabkan seseorang mencapai kegembiraan dan kebahagiaan. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi dan penghayatan agama. Seseorang yang beragama adalah lebih gembira dan kurang tekanan. Kenyataan ini dibuktikan. oleh beberapa kajian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Gallup,seseorang yang beragama adalah dua kali ganda lebih gembira daripada orang yang tidak beragama.

Cinta lebih dari sekadar suka mendedah. Menyukai menjadi menyukai yang kuat apabila ditambahi dengan beberapa perasaan tambahan iaitu perasaan lampiran, perasaan peduli dan perasaan percaya. Terdapat tiga faktor-faktor utama yang menyebabkan perasaan kasih sayang dilahirkan. Antaranya ialah komitmen,keintiman dan passion. Dalam percintaan,proses yang membawa dua orang saling mencintai adalah daya tarikan interpersonal. Menurut Hatfield and Rapson,faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya daya tarikan interpersonal adalah sama tanpa mengira budaya dan jantina. Selalunya daya tarikan interpersonal tidak akan memulakan apa-apa perubahan kecuali salah satu individu ingin memulakan perhubungan,kedekatan fizikal sangat erat dan mempunyai ketrampilan sosial yang diperlukan untuk mengekalkan dan memulakan perhubungan. Perasaan menyukai dan keberahian awal dapat bergerak ke arah kedekatan dan keintiman yang lebih besar melalui proses penetrasi sosial. Penetrasi sosial boleh menjadikan luas damn mendalam. Saya tidak jelas apakah yang menyebabkan lahirnya perasaan percintaan. Namun, saya dapat memastikan perasaan cinta akan menyebabkan seseorang berasa gembira dan bahagia. Pada masa yang sama juga boleh menyebabkan seseorang kebingungan dan risau. Contohnya , saya mempunyai seorang rakan yang baru memulakan percintaan sering mengalami emosi yang tidak tentu dan stabil disebabkan oleh temannya. Kadang – kala nampak dia bergembira sembang dengan temannya dan sering – kali juga nampak dia bermuka masam dan runsing apabila bergaduh dengan temannya. Oleh itu,saya tidak setuju bahawa seseorang dilamun cinta pasti akan bahagia dan gembira.

Kegembiraan emosi akan dilahirkan apabila seseorang berasa bahagia dan kepuasan hidup. Penyelidik telahmenetapkan kebahagiaan dalam dua cara iaitu kehidupan yang memuaskan dan dominasi relatif positif terhadap emosi negatif. Saya sangat setuju dengan kedua-dua cara ini. Hal ini kerana orang yang puas hati terhadap apa yang dimiliki sekarang akan berasa bahagia dan menghargai apa yang dimiliki oleh dia. Manakala orang yang tidak mudah puas hati terhadap apa yang dimliki oleh dia akan sentiasa tidak gembira dan mengeluh. Orang yang sering berfikiran positif juga akan lebih bahagia daripada orang yang selalu berfikiran negatif. Ini kerana orang yang berfikiran positif mempercayai bahawa setiap masalah pasti dapat diselesaikan. Manakala orang yang berfikiran negatif sering berfikiran rumit dan takut masalah mereka tidak dapat diatasi.

Tidak ada perbezaan jantina dalam kebahagiaan secara keseluruhan, kesejahteraan global, kepuasan hidup, dan merentasi budaya dan negara. Tidak ada juga perbezaan umur dalam kebahagiaan secara keseluruhan, walaupun keadaan yang membuat orang bahagia berubah dengan usia. Hal ini adalah benar apabila seseorang semakin dewasa,permintaannya terhadap kebahagiaan dan kegembiraan juga semakin meningkat. Contohnya , budak-budak akan berasa gembira apabila diberikan gula-gula. Namun, orang dewasa hanya akan berasa gembira apabila mendapat wang yang banyak dan naik pangkat.

Secara tidak disedari, dua jam sudah berlalu dan pensyarah telah menamatkan kuliah dengan menyatakan :" sampai sini sahaja untuk kuliah hari ini….." . Ini adalah pertama kali saya tidak berasa menggantuk selama dua jam. Mungkin kerana tajuk pembelajaran ini lebih menarik minat saya untuk mempelajarinya.# end

A128657 Sujaihah Yusuf Tajuk 3 Senyum Sokmo

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini genap empat minggu perkuliahan.Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Saya pula makin bersemangat untuk belajar subjek Pengurusan Emosi ini. Baiklah, pada 11 Januari Dr Zamri telah mengajar tajuk Falsafah kebahagiaan. Jika ditanya pada sesiapa pun, tidak kira muda atau tua  pasti mereka mahukan kebahagiaan dalam hidup mereka. Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu dimanakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?

Bersemangat pula rasaya saya untuk terus menaip dan berkongsi maklumat dan pengalaman bersama anda semua. Mungkin sekarang ini saya merasa bahagia??hehe..ye…saya sedang bahagia sekarang ini. Tapi, apa maksud bahagia itu sebenarnya? Dari apa yang saya belajar di dalam kuliah, kebahagiaan adalah satu emosi yang bercirikan keseronokan, kegembiraan, dan kepuasan hati. Bila kita rasa bahagia, terasa semuanay indah, seperti dunia ini kita yang punya.

Menurut beberapa pandangan tokoh falsafah tentang kebahagiaan:

1.      Aristotle : hasil pencapaian kearah keseronokan

2.      Plato      : punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik

3.      Epicurean: memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan

4.      Mills: sejauhmana kesesuaian tingkah laku kita

Terdapat dua faktor kebahagiaan iaitu jangka masa yang panjang dan jangka masa yang pendek. Bahagia dalam jangka masa panjang  ialah suatu emosi stabil sepanjang kehidupan. Manakala bagi jangka masa pendek pula ialah pada waktu waktu tertentu sahaja. Em, gembira rasanya bila dengar perkataan "bayi" atau "baby", apatah lagi melihat atau menyentuh kulitnya yang lembut dan bersih itu. Hilang semua masalah apabila memandang seorang bayi yang comel, seperti kain putih yang tidak dicalari dosa dan noda. Tanggal 26 November 2010, lahirlah seorang bayi tembam yang bernama Isyraaf Izzah, permata abang saya yang pertama. Seluruh ahli keluarga saya sangat gembira dan bersyukur kerana kakak iparku selamat melahirkan Isyraaf dengan kelahiran yang normal. Bayangkan, Isyraaf adalah cucu sulong kedua-dua belah keluarga. Apalagi Isyraaf boleh diibaratkan seperti menatang minyak yang penuh, dijaga dan dibelai oleh semua ahli keluarga termasuk saya. Maklumlah, status saya juga turut bertukar sebagai ibu saudara yang sporting.hehe.. Aunty Sue rindu sangat kat Isyraaf, rasa nak cubit je pipi Isyraaf yang tembam tu. Adakah saya bahagia?memang saya bahagia bila teringatkan Isyraaf. Pernah satu hari, saya bertanya kepada abang saya apa perasaannya apabila menjadi seorang bapa? Sudah pasti dia menjawab sangat gembira dan tidak akan sia-siakan hari-harinya untuk bersama si kecil. Dia sanggup berjaga malam demi si kecil, memandikan, memakaikan lampin dan sebagainya kerana itu adalah saat –saat yang paling bahagia apabila bergelar bapa. Aduhhh…tidak sabar rasanya di hati ni nak berumahtangga.hahaha..mesti sangat bahagia jika saya berada di tempat itu. Tapi, apakan daya, pelajaranku perlu diutamakan pada masa sekarang. Tetapi, ramai juga kawan-kawan seperjuangan telah berkahwin ketika masih belajar dan mereka hidup bahagia. Berbalik kepada cerita tadi, nenek saya yang berada di Terengganu sanggup datang ke rumah abang saya di Shah Alam semata-mata untuk berjumpa dengan cicit kesayangnya itu walaupun kesihatan nenek tidak mengizinkan. Tetapi, dalam kegembiraan menyambut kelahiran Isyraaf, genap dua tahun arwah datukku meninggal. Benarlah orang tua-tua ada menyebut, yang pergi akan diganti dengan yang lebih baik. Tetapi kami tetap gembira dengan kehadiran Isyraaf ke dunia ini. Inilah yang dinamakan bahagia dalam jangka masa pendek.

Dalam kuliah tersebut, kami telah disajikan dengan satu video yang sangat mencuit hati berkenaan "different of gender" atau 'perbezaan lelaki dan wanita. Bagi saya, video tersebut amat bersesuaian dengan diri saya sendiri, dan mungkin juga bagi wanita lain. Apa tidakya, perempuan menghabiskan masa untuk membeli belah dan membeli bermacam-macam barang atau aksesori yang disukainya, jika tidak membeli pun tidak mengapa, window shopping katakana, itu sudah menjadi kepuasan bagi setiap wanita tetapi lelaki hanya membeli apa yang diinginkannya dan tidak akan mengambil masa yang lama jika berada di pasaraya atau kedai-kedai. Minggu lepas, saya dan kawan saya keluar mencuci mata ke Mid Valley kerana ada Pesta Coklat. Apalagi, kami tidak melepaskan peluang merasa dan membeli coklat dengan harga yang agak murah. Hampir semua booth kami singgah Gembira rasanya kerana  kami mendapat peluang berkunjung ke Pesta Coklat ini kerana jarang sekali pesta sebegini diadakan  walaupun kaki sudah penat untuk melangkah tetapi kami enjoy. Antara contoh lain yang menarik minat saya ialah lelaki apabila bercakap dia akan memberitahu apa yang penting tetapi sebaliknya wanita pula apabila bercakap, mereka lebih terdorong kepada meluahkan isi hati mereka atau lebih kepada dalam menjalinkan hubungan. Jadi, saya merasakan bahawa video tersebut menunjukkan kepuasan hati dan kegembiraan yang dialami oleh wanita dan lelaki kerana tingkah laku semulajadi mereka.

Video yang kedua pula ialah berkaitan dengan 'power of smile' atau kuasa senyum. Senyum dapat merubah sesuatu keadaan yang tegang kepada keadaan yang tenang. Seperti lirik lagu Senyum oleh Malique ft Najwa:

Senyum senyum senyum

Senyum senyum

Kacak luar

Kacak dengar sini

Kalau saya senyum

Awak mesti senyum sekali

Kalau kita senyum

Semua orang berjangkit

Bila semua orang senyum

Dunia tiada penyakit

Senyum

Tak perlu kata apa-apa

Lagu ini benar-benar mencuit hati saya. Bila saya "moody" saya akan dengar lagu ni. Lama kelamaaan saya akan tersenyum sendirian dek kerana liriknya yang begitu sempoi dan sedap dilayan.
 Sebaliknya, orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah. Oleh itu, senyum sokmo bak kata orang Terengganu.

Tetapi, Dari sudut agama pula, kebahagiaan merujuk berdasarkan hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)

perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan

kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia. Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya. Tetapi, bagi pendapat saya, kebahagiaan akan datang apabila kita melakukan apa yang disuruh oleh agama, dan meninggalkan segala yang dilarang dan bertentangan dengan tatasusila kehidupan. Barulah halawatul iman akan dirasai. Itulah sebenarnya makna kebahagiaan dalam diri seseorang.  Akhir kalam, sedikit mutiara kata dari saya untuk semua. Renung-renungkan dan selamat beramal.Wassalam.

'kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata'

A133478 NORAISYAH MOHD ERTI BAHAGIA LJ03

                Bismillahirahmannirrahim...bermulalah kisah pada minggu ini ... Aku mulai kisahku ini dengan mengaitkan satu pandangan falsafah "Aristotle" yang menyatakan  "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan". Adakah kalian bersetuju dengan pandanagn tersebut?? Bagi aku, setiap perlakuan seseorang itu bergantung pada situasi yang dia hadapi dan bagaimana dia mengatasi situasi tersebut. Perkaitan yang aku boleh lakukn adalah contoh liku-liku dalam kehidupan aku sendiri. Semasa aku di peringkat pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka tahun lepas, aku telah melibatkan diri dalam Kem Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kem Bina Negara Ulu Kenas (A), Kuala Kangsar, Perak Darul Rizduan.Pada awalnya, aku takut dan risau untuk pergi ke sana. Ku takut untuk sesuaikan diri. Manakan tidak, sudah nama pun kem, semestinyalah aktivitinya pun lasak, perlu banyak berkomunikasi,bijak mengurus masa dan pelbagai lagi dan tempat tersebut yang aku tahu pada waktu itu adalah tempat bagi orang yang ingin melanjutkan bidangnya dalam pekerjaan. Tidak kiralah,doktor,engineer,guru,yang pasti mereka semua akan melalui saat-saat di situ. Tambah gerunlah aku untuk ke sana.Hingga membuatkan kepala ku pening untuk membuat keputusan hanya kerana takutkan aktiviti-aktiviti di dalam kem tersebut. Berkaitan pandangan falsafah Aristotle tadi, bahawa "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan".Aku sendiri ingin apabila pergi ke sana mendapatkan sesuatu pengalaman dan motivasi yang berkesan dalam diri. Di situ lah mulanya aku cuba mencari-cari stratergi bagaimana aku boleh menukar "mindset" aku ini kepada tidak takut malah berfikiran positif terhadapnya. Hasilnya,semestinyalah dapat aku rasakan nanti dengan yakin bahawa aku akan rasa tenang dan seronok dalam aktiviti tersebut. Tetapi, pencarian tetap dalam pencarian. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi walaupun dalam masa yang sama masih terlekat saki-baki perasaan takut. Setelah bertekad untuk pergi ke kem tersebut. Rakan-rakanku yang dari awal melihatku dalam kebingungan untuk membuat keputusan kembali ceria dan gembira kerana tekad aku untuk ke kem tersebut. Aku yang pada awal tersipi-sipu malu turut tersenyum tanda gembira.
                Akan  tetapi, ia tidaklah bermaksud kegembiraan yang di alami dalam masa singkat itu akan berpanjagan hingga ke kem tersebut. Ini ku kaitkan dengan  Faktor Dalam Kebahagiaan, dimana ia berkait rapat dengan jangka masa pendek. Beradasarkan peristiwa tersebut, aku hanya merasa bahagia pada waktu itu, sedangkan permulaan yang sebenarnya yang perlu aku tempuhi belum pun muncul. Bagaimana aku nanti di sana? Dengan siapa aku bertemu? Perlukah aku menonjolkan diri ku di hadapan khalayak ramai? Soalan-soalan yang berlegar di fikaranku mula aktif. Makin berdebar pula jantungku dalam perjalanan ke kem tersebut. Dalam perjalanan di dalam bas, kami di tempatkan sebelah menyebelahi rakan-rakan yang kami tidak kenali, dan ada yang kami kenali tetapi hanyalah seorang atau dua orang. Pelajar yang duduk di sebelahku adalah salah seeorang pelajar yang aku tidak pernah terserempak masa pembelajaran di matrikulasi. Aku mencari idea bagaimana ingin memulakan perbualan, di sini aku kaitkan dengan pandanagn falsafah Mills yang menyatakan " Kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tinhgkahlaku kita". Berulang kali aku melihat jenang pada tingkap bas, memikirkan apa yang patut aku lakukan umtuk mulakan perbualan tersebut. Sedangkan perjalanan masih jauh lagi, bagi aku perlu untuk aku berbual sesuatu degan pelajar tersebut untuk aku menghilangkan sedikit kegugupan jantungku sebelum tiba di sana. Tiba-tiba...telefon bimbitku terjatuh ke atas kaki pelajar tersebut, aku mula gelisah,takut-takut dia memarahi hanya kerana telefonku jatuh. Tetapi, pelajar tersebut, hanya membalas dengan senyuman sambil mencapai telefon yang berada di kakinya. Bermulalah aku untuk memberanikan diri berbicara dengannya. Aku mulakan perbualan dengan ucap terimah kasih terhadapnya. Seterusnya, kesempatanku untuk bertanya status pelajar tersebut. Dalam selang masa 10 atau 15 minit, aku mula merasa tenang kerana tindakan aku memberanikan diri untuk berbicara denagn pelajar tersebut.
                    Aku mula merasa gembira dan selesa untuk berkomunikasi dengannya kesan tindakan aku dalam menyesuikan diri dalam situasi gemuruh sebelumnya. Dalam rancak aku berbual dengan pelajar tersebut, perjalanan kami pun tiba ke destinasi kem tersebut. Tiba sahaja kami di sana, kami terus ke kaunter pendaftaran. Seterusnya kami di arah untuk berkumpul tujuan di beri taklimat sebelum menjalani kem tersebut dalam tempoh lima hari. Jantungku pada saat itu, mula berdegup kencang kembali. Ku lihat keadaan sekeliling. Anggota-anggota dan petugas-petugas dalam kem tersebut semuanya seperti seorang tentera. Ku rasa seakan-akan aku sedang mengikuti sesi latihan ketenteraan. Makin bertambahlah risau dan takut aku. Manakan tidak, wajah petugas-petugas di situ sangat serius ku lihat. Takut aku untuk memandangnya. Lebih kurang 15 minit kami di beri taklimat. Kemudian kami di tempatkan penginapan yang di sediakan. Pada keesokknan hari, sebelum subuh lagi kami telah di kejutkan dengan siren yang sangat kuat. Ada juga yang masih tekun tidur, maklumlah letih berjalan semalaman, kemudian terpaksa bangun awal. Bagi aku, bangun di awal sebegitu sudah kebiasaan bagiku. Mungkin sudah menjadai tabiatku serta sudah pun menjadi sebati dalam hidup ku. Secara terus aku dapat sesuiakan diri di kem tersebut. Aku merasakan ia bukanlah satu masalah atau bebanan. Kaitan dalam kuliah yang lepas di bawah subtopik "Sejauh mana kita bahagia" ada menyatakan "Orang yang tahap penyesuaian  lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah" . Apabila ku lihat rakan-rakanku yang liat untuk bangun, tersingkap kerutan di wajah mereka bahawa betapa sukar untuk mereka bangun dari kamarnya. Berbagai-bagai keluhan terdengar dari mereka. Aku adalah orang yang antara awal hadir ke surau untuk solat subuh sementara menunggu pelajar-pelajar lain.
                    Ketika masa aku duduk menunggu rakan-rakan lain tiba, aku tanpa membuang masa, membelek satu persatu naskah ayat al-quran yang berada di tanganku. Kata pepatah  "masa itu emas". Jadi aku gunakan masaku untuk lakukan perkara yang berfaedah. Situasi ini ku samakan dengan subtopik yang baru aku tekan kan "sejauh mana kita bahagia" mengatakan bahawa "mereka yang ada strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira". Sungguh aku setuju pernyataan tersebut, ini kerana. aku dapat menyusun masaku dengan mengisi wkatu lapang dengan perkara-perkara yang baik. Kesan selepas aku membelek dan membaca terjemahan ayat al-quran tersebut, dapat aku rasakan hatiku sangat tenang. Aku merasa sangat bahagia kerana ketenagan tersebut. Alhamdulillah....dengan izinNya. Selepas sesi tersebut, kami menjalankan aktiviti LDK dimana kami di pecahkan mengikut kumpulan. Ketakutan ku yan pada awalnya telah mula surut. Kesan dari pembelekkan ayat-ayat al-quran tadi. Walaupun perasaan takut masih ada tapi peratusnya tidaklah seperti awal aku tiba di sini. Apabila kami telah di pisahkan mengikut kumpulan, kami di arah untuk kenal antara ahli kumpulan dan tahu asal usul rakan-rakan dalam kumpulan tersebut. Aku denga sikap peramahku terus sahaja memulakan perbualan. Mudah bagi aku untuk lakukannya, kerana keyakinanku makin tinggi. Walaupun aku ada senda guaru dalam perbualan tersebut, aku masih dapat mengawal senda gurau tersebut denagn pertanyaan dengan soalan-soalan yang lebuh serius mengenai profil pelajar tersebut. Bertepatan dengan pandangan falsafah Epicurean yang , menyatakan "kebahagiaan ialah dengan memaksimumkan keseronokkan dan meminimumkan penderitaan.
                    Setelah beberapa jam sesi LDK berlangsung, kami diarahkan untuk membuat pembentangan. Alhamdulillah, aku semakin berani dan yakin untuk berhadapan dan berucap di depan orang ramai. Meskinpun, perasaan gementar itu tetap ada. Akhirnya aku berjaya melakukannya dengan cukup baik. Ini keran aku merasa puas dengan hasil tersebut, kesan kesungguhan dan keyakinanku dalam pembentanagn tersebut. Aktiviti di sambung dengan makan tengah hari. Di sebelah petang kami beriadah, dan seterusnya hari esok hingga ke hari terakhirnya. Banyak pegalaman yang dapat aku pelajari. Terutamanya dalam pembentukan keyakinan diri. Tepatlah kata-kata bahawa "Orang yang dapat sesuaikan diri adalah orang yang bahagia". Memang aku merasainya. Lagi tinggi usaha aku untuk sesuiakan diri, lagi aku merasa bahagia. Kerana ramai kenalan baru, bijak untuk berhadapan dengan oarng ramai, bijak berkomunikasi dangan oarng yang aku tidak kenali. Alhamdulillah..Moga dapat aku praktikkannya..
Kesimpulannya, boleh ku katakan dengan satu definisi yanfg mengatakan bahawa " kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenanagan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati". Serta ku akhirinya dengan sepotong ayat-ayat cinta Allah yang berfirman :Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya".
[Ar-Ra'd : 29]
Itulah kebahagiaan yang sebenar buatku..
InsyaAllah..sekain, Terima Kasih.

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 3 Emosi Positif ( Kebahagiaan )

Assalamualaikum ,

Jurnal kali ini ,aku nak cerita mengenai 'KEBAHAGIAAN' .Kebahagiaan adalah salah satu emosi positif yang bermaksud satu kaedah emosi yang bercirikan emosi-emosi .Terdapat beberapa pandangan daripada ahli-ahli falsafah yang menyatakan maksud-maksud ataupun punca-punca emosi kegembiraan itu berlaku .Antaranya adalah ,Aristotle falsafah pertama yang menyatakan bahawa kegembiraan adalah hasil kepada pencarian kearah keseronokan .Selain itu ,menurut falsafah kedua iaitu Plato ,beliau menyatakan punca-punca kepada kebahagiaan ialah bergantung kepada kehidupan yang baik .Bagi falsafah yang ketiga pula iaitu Epicurean ,beliau menerangkan bahawa kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan dan menurut falsafah yang terakhir iaitu Mills ,beliau juga menerangkan bahawa kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku dalam kehidupan kita sendiri .

Setiap manusia pasti pernah melalui peristiwa ataupun kenangan yang mengembirakan yang boleh membawa kita kepada kebahagiaan dalam kehidupan .Bercerita mengenai kenangan yang mengembirakan ,ini mengingatkan aku kepada kenangan yang paling menyeronokkan dan tidak dapat aku lupakan iaitu apabila pasukan aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa menang kawad kaki kadet remaja sekolah bagi peringkat kebangsaan di Langkawi pada tahun 2007 .Pada ketika itu ,aku berada di tingkatan empat .Pertandingan kawad kaki ini telah berlangsung selama lima hari .Kami telah mewakili Wilayah Persekutuan dalam pertandingan kawad kaki tersebut .Terdapat juga pasukan-pasukan lain yang datang dari pelbagai negeri .Antaranya adalah ,pasukan yang datang dari Negeri Sembilan ,Kedah ,Melaka ,Johor dan sebagainya .Pasukan dari negeri Sabah dan Sarawak juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan ini .

Pasukan aku terdiri daripada 35 orang dan 3 orang jurulatih .Apabila sampai di Langkawi ,kami telah diberi tempat tinggal sementara iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) . MRSM di langkawi ini sangat besar kawasannya serta banyak juga kemudahan yang telah disediakan .Walaupun hanya sementara kami tinggal di MRSM ini ,kami berasa sangat seronok .Bagi aku ,aku berasa sangat gembira dan teruja kerana tidak disangka-sangka akhirnya aku sampai juga di MRSM langkawi ini walaupun hanya sementara kerana ramai kawan aku ada bercerita mengenai MRSM ini .Mereka menyatakan bahawa MRSM ini adalah MRSM yang terbaik dan ramai pelajar yang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berebut-rebut ingin memasuki MRSM ini termasuklah aku pada waktu dahulu .MRSM ini telah menjadi pilihan pertama aku semasa mengisi borang kemasukan ke MRSM dulu tetapi rezeki tidak menyelebelahi aku ,aku tidak mendapat tawaran masuk ke MRSM dan terpaksa meneruskan pelajaran aku di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa .
Sebelum pertandingan kawad kaki itu berlangsung ,kami telah bertungkus-lumus berlatih kawad untuk memenangi pertandingan pada kali ini .Dalam pertandingan kawad kaki ini ,pemarkahan diberi mengikut tiga kategori iaitu kekemasan diri ,kawad asas dan kawad fomasi .Sepanjang latihan dijalankan ,jurulatih kami banyak memberi tunjuk ajar serta teguran jika kami membuat kesilapan dalam kawad .Bagi aku ,mereka adalah jurulatih yang paling baik ,tegas dan sentiasa mengambil berat tentang kami semua .Kami biasa berlatih pada pagi sehingga tengah hari dan akan bersambung pada waktu malam .Pada waktu petang ,kami akan beriadah bersama-sama seperti bermain bola sepak ,badminton dan sebagainya .Segala peralatan sukan ,kami didapati di stor sukan MRSM tersebut .

Masa bergerak dengan pantas ,sedar tidak sedar ,kami telah sampai ke hari yang terakhir iaitu hari berlangsungnya pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan .Kami berasa sangat takut dan gementar apabila melihat pasukan-pasukan lain yang sudah bersiap-sedia untuk bertanding .Kami pasukan kelima yang akan masuk ke padang kawad untuk diuji .Sebelum kami masuk ke padang kawad ,jurulatih telah memberi nasihat serta kata-kata semangat kepada kami supaya kami tidak gementar apabila masuk ke padang kawad itu .Akhirnya ,tibalah giliran kami masuk ke padang kawad .Kami berasa sangat gementar .Ramai juga penonton yang memberi tepukan apabila kami membuat gaya-gaya yang menarik semasa melakukan kawad fomasi .

Setelah kami selesai diuji ,kami berasa sangat lega dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberi dalam skuad kami .Selepas semua pasukan selesai diuji ,kini tibalah masa yang dinanti iaitu keputusan pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan ini .Ternyata usaha dan latihan kami selama ini berbaloi kerana kami telah diumumkan sebagai juara pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan bagi kategori perempuan ini .Kami berasa sangat gembira dan agak terkejut dengan keputusan ini .Jurulatih kami amat berbangga dengan kami dan mereka ada menyatakan bahawa impian mereka selama ini untuk melihat kami berjaya menjadi johan pada kali ini telah tercapai .Bagi tempat naib johan telah dimenangi oleh pasukan dari Negeri Sembilan manakala bagi tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Johor .Bukan itu sahaja ,ketua platun kami juga telah memenangi pingat dalam kategori ketua platun terbaik .Kami berasa sangat gembira .Selepas sesi pengambilan hadiah berserta sijil ,kami pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang gembira walaupun penat .

Dalam cerita aku ini ,banyak peristiwa gembira dan menyeronokkan yang aku dapat dan peristiwa ini akan menjadi peristiwa yang paling bahagia dalam hidup aku .

Sekian ,terima kasih .

A133478 NORAISYAH MOHD ERTI BAHAGIA LJ03

       Bismillahirahmannirrahim...bermulalah kisah pada minggu ini ... Aku mulai kisahku ini dengan mengaitkan satu pandangan falsafah "Aristotle" yang menyatakan  "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan". Adakah kalian bersetuju dengan pandanagn tersebut?? Bagi aku, setiap perlakuan seseorang itu bergantung pada situasi yang dia hadapi dan bagaimana dia mengatasi situasi tersebut. Perkaitan yang aku boleh lakukn adalah contoh liku-liku dalam kehidupan aku sendiri. Semasa aku di peringkat pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka tahun lepas, aku telah melibatkan diri dalam Kem Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kem Bina Negara Ulu Kenas (A), Kuala Kangsar, Perak Darul Rizduan.Pada awalnya, aku takut dan risau untuk pergi ke sana. Ku takut untuk sesuaikan diri. Manakan tidak, sudah nama pun kem, semestinyalah aktivitinya pun lasak, perlu banyak berkomunikasi,bijak mengurus masa dan pelbagai lagi dan tempat tersebut yang aku tahu pada waktu itu adalah tempat bagi orang yang ingin melanjutkan bidangnya dalam pekerjaan. Tidak kiralah,doktor,engineer,guru,yang pasti mereka semua akan melalui saat-saat di situ. Tambah gerunlah aku untuk ke sana.Hingga membuatkan kepala ku pening untuk membuat keputusan hanya kerana takutkan aktiviti-aktiviti di dalam kem tersebut. Berkaitan pandangan falsafah Aristotle tadi, bahawa "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan".Aku sendiri ingin apabila pergi ke sana mendapatkan sesuatu pengalaman dan motivasi yang berkesan dalam diri. Di situ lah mulanya aku cuba mencari-cari stratergi bagaimana aku boleh menukar "mindset" aku ini kepada tidak takut malah berfikiran positif terhadapnya. Hasilnya,semestinyalah dapat aku rasakan nanti dengan yakin bahawa aku akan rasa tenang dan seronok dalam aktiviti tersebut. Tetapi, pencarian tetap dalam pencarian. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi walaupun dalam masa yang sama masih terlekat saki-baki perasaan takut. Setelah bertekad untuk pergi ke kem tersebut. Rakan-rakanku yang dari awal melihatku dalam kebingungan untuk membuat keputusan kembali ceria dan gembira kerana tekad aku untuk ke kem tersebut. Aku yang pada awal tersipi-sipu malu turut tersenyum tanda gembira.
                Akan  tetapi, ia tidaklah bermaksud kegembiraan yang di alami dalam masa singkat itu akan berpanjagan hingga ke kem tersebut. Ini ku kaitkan dengan  Faktor Dalam Kebahagiaan, dimana ia berkait rapat dengan jangka masa pendek. Beradasarkan peristiwa tersebut, aku hanya merasa bahagia pada waktu itu, sedangkan permulaan yang sebenarnya yang perlu aku tempuhi belum pun muncul. Bagaimana aku nanti di sana? Dengan siapa aku bertemu? Perlukah aku menonjolkan diri ku di hadapan khalayak ramai? Soalan-soalan yang berlegar di fikaranku mula aktif. Makin berdebar pula jantungku dalam perjalanan ke kem tersebut. Dalam perjalanan di dalam bas, kami di tempatkan sebelah menyebelahi rakan-rakan yang kami tidak kenali, dan ada yang kami kenali tetapi hanyalah seorang atau dua orang. Pelajar yang duduk di sebelahku adalah salah seeorang pelajar yang aku tidak pernah terserempak masa pembelajaran di matrikulasi. Aku mencari idea bagaimana ingin memulakan perbualan, di sini aku kaitkan dengan pandanagn falsafah Mills yang menyatakan " Kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tinhgkahlaku kita". Berulang kali aku melihat jenang pada tingkap bas, memikirkan apa yang patut aku lakukan umtuk mulakan perbualan tersebut. Sedangkan perjalanan masih jauh lagi, bagi aku perlu untuk aku berbual sesuatu degan pelajar tersebut untuk aku menghilangkan sedikit kegugupan jantungku sebelum tiba di sana. Tiba-tiba...telefon bimbitku terjatuh ke atas kaki pelajar tersebut, aku mula gelisah,takut-takut dia memarahi hanya kerana telefonku jatuh. Tetapi, pelajar tersebut, hanya membalas dengan senyuman sambil mencapai telefon yang berada di kakinya. Bermulalah aku untuk memberanikan diri berbicara dengannya. Aku mulakan perbualan dengan ucap terimah kasih terhadapnya. Seterusnya, kesempatanku untuk bertanya status pelajar tersebut. Dalam selang masa 10 atau 15 minit, aku mula merasa tenang kerana tindakan aku memberanikan diri untuk berbicara denagn pelajar tersebut.
                    Aku mula merasa gembira dan selesa untuk berkomunikasi dengannya kesan tindakan aku dalam menyesuikan diri dalam situasi gemuruh sebelumnya. Dalam rancak aku berbual dengan pelajar tersebut, perjalanan kami pun tiba ke destinasi kem tersebut. Tiba sahaja kami di sana, kami terus ke kaunter pendaftaran. Seterusnya kami di arah untuk berkumpul tujuan di beri taklimat sebelum menjalani kem tersebut dalam tempoh lima hari. Jantungku pada saat itu, mula berdegup kencang kembali. Ku lihat keadaan sekeliling. Anggota-anggota dan petugas-petugas dalam kem tersebut semuanya seperti seorang tentera. Ku rasa seakan-akan aku sedang mengikuti sesi latihan ketenteraan. Makin bertambahlah risau dan takut aku. Manakan tidak, wajah petugas-petugas di situ sangat serius ku lihat. Takut aku untuk memandangnya. Lebih kurang 15 minit kami di beri taklimat. Kemudian kami di tempatkan penginapan yang di sediakan. Pada keesokknan hari, sebelum subuh lagi kami telah di kejutkan dengan siren yang sangat kuat. Ada juga yang masih tekun tidur, maklumlah letih berjalan semalaman, kemudian terpaksa bangun awal. Bagi aku, bangun di awal sebegitu sudah kebiasaan bagiku. Mungkin sudah menjadai tabiatku serta sudah pun menjadi sebati dalam hidup ku. Secara terus aku dapat sesuiakan diri di kem tersebut. Aku merasakan ia bukanlah satu masalah atau bebanan. Kaitan dalam kuliah yang lepas di bawah subtopik "Sejauh mana kita bahagia" ada menyatakan "Orang yang tahap penyesuaian  lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah" . Apabila ku lihat rakan-rakanku yang liat untuk bangun, tersingkap kerutan di wajah mereka bahawa betapa sukar untuk mereka bangun dari kamarnya. Berbagai-bagai keluhan terdengar dari mereka. Aku adalah orang yang antara awal hadir ke surau untuk solat subuh sementara menunggu pelajar-pelajar lain.
                    Ketika masa aku duduk menunggu rakan-rakan lain tiba, aku tanpa membuang masa, membelek satu persatu naskah ayat al-quran yang berada di tanganku. Kata pepatah  "masa itu emas". Jadi aku gunakan masaku untuk lakukan perkara yang berfaedah. Situasi ini ku samakan dengan subtopik yang baru aku tekan kan "sejauh mana kita bahagia" mengatakan bahawa "mereka yang ada strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira". Sungguh aku setuju pernyataan tersebut, ini kerana. aku dapat menyusun masaku dengan mengisi wkatu lapang dengan perkara-perkara yang baik. Kesan selepas aku membelek dan membaca terjemahan ayat al-quran tersebut, dapat aku rasakan hatiku sangat tenang. Aku merasa sangat bahagia kerana ketenagan tersebut. Alhamdulillah....dengan izinNya. Selepas sesi tersebut, kami menjalankan aktiviti LDK dimana kami di pecahkan mengikut kumpulan. Ketakutan ku yan pada awalnya telah mula surut. Kesan dari pembelekkan ayat-ayat al-quran tadi. Walaupun perasaan takut masih ada tapi peratusnya tidaklah seperti awal aku tiba di sini. Apabila kami telah di pisahkan mengikut kumpulan, kami di arah untuk kenal antara ahli kumpulan dan tahu asal usul rakan-rakan dalam kumpulan tersebut. Aku denga sikap peramahku terus sahaja memulakan perbualan. Mudah bagi aku untuk lakukannya, kerana keyakinanku makin tinggi. Walaupun aku ada senda guaru dalam perbualan tersebut, aku masih dapat mengawal senda gurau tersebut denagn pertanyaan dengan soalan-soalan yang lebuh serius mengenai profil pelajar tersebut. Bertepatan dengan pandangan falsafah Epicurean yang , menyatakan "kebahagiaan ialah dengan memaksimumkan keseronokkan dan meminimumkan penderitaan.
                    Setelah beberapa jam sesi LDK berlangsung, kami diarahkan untuk membuat pembentangan. Alhamdulillah, aku semakin berani dan yakin untuk berhadapan dan berucap di depan orang ramai. Meskinpun, perasaan gementar itu tetap ada. Akhirnya aku berjaya melakukannya dengan cukup baik. Ini keran aku merasa puas dengan hasil tersebut, kesan kesungguhan dan keyakinanku dalam pembentanagn tersebut. Aktiviti di sambung dengan makan tengah hari. Di sebelah petang kami beriadah, dan seterusnya hari esok hingga ke hari terakhirnya. Banyak pegalaman yang dapat aku pelajari. Terutamanya dalam pembentukan keyakinan diri. Tepatlah kata-kata bahawa "Orang yang dapat sesuaikan diri adalah orang yang bahagia". Memang aku merasainya. Lagi tinggi usaha aku untuk sesuiakan diri, lagi aku merasa bahagia. Kerana ramai kenalan baru, bijak untuk berhadapan dengan oarng ramai, bijak berkomunikasi dangan oarng yang aku tidak kenali. Alhamdulillah..Moga dapat aku praktikkannya..
Kesimpulannya, boleh ku katakan dengan satu definisi yanfg mengatakan bahawa " kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenanagan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati". Serta ku akhirinya dengan sepotong ayat-ayat cinta Allah yang berfirman :Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya".
[Ar-Ra'd : 29]
Itulah kebahagiaan yang sebenar buatku..
InsyaAllah..sekain, Terima Kasih.

A133478 NORAISYAH MOHD ERTI BAHAGIA LJ03

                    Bismillahirahmannirrahim...bermulalah kisah pada minggu ini ... Aku mulai kisahku ini dengan mengaitkan satu pandangan falsafah "Aristotle" yang menyatakan  "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan". Adakah kalian bersetuju dengan pandanagn tersebut?? Bagi aku, setiap perlakuan seseorang itu bergantung pada situasi yang dia hadapi dan bagaimana dia mengatasi situasi tersebut. Perkaitan yang aku boleh lakukn adalah contoh liku-liku dalam kehidupan aku sendiri. Semasa aku di peringkat pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka tahun lepas, aku telah melibatkan diri dalam Kem Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kem Bina Negara Ulu Kenas (A), Kuala Kangsar, Perak Darul Rizduan.Pada awalnya, aku takut dan risau untuk pergi ke sana. Ku takut untuk sesuaikan diri. Manakan tidak, sudah nama pun kem, semestinyalah aktivitinya pun lasak, perlu banyak berkomunikasi,bijak mengurus masa dan pelbagai lagi dan tempat tersebut yang aku tahu pada waktu itu adalah tempat bagi orang yang ingin melanjutkan bidangnya dalam pekerjaan. Tidak kiralah,doktor,engineer,guru,yang pasti mereka semua akan melalui saat-saat di situ. Tambah gerunlah aku untuk ke sana.Hingga membuatkan kepala ku pening untuk membuat keputusan hanya kerana takutkan aktiviti-aktiviti di dalam kem tersebut. Berkaitan pandangan falsafah Aristotle tadi, bahawa "Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokkan".Aku sendiri ingin apabila pergi ke sana mendapatkan sesuatu pengalaman dan motivasi yang berkesan dalam diri. Di situ lah mulanya aku cuba mencari-cari stratergi bagaimana aku boleh menukar "mindset" aku ini kepada tidak takut malah berfikiran positif terhadapnya. Hasilnya,semestinyalah dapat aku rasakan nanti dengan yakin bahawa aku akan rasa tenang dan seronok dalam aktiviti tersebut. Tetapi, pencarian tetap dalam pencarian. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi walaupun dalam masa yang sama masih terlekat saki-baki perasaan takut. Setelah bertekad untuk pergi ke kem tersebut. Rakan-rakanku yang dari awal melihatku dalam kebingungan untuk membuat keputusan kembali ceria dan gembira kerana tekad aku untuk ke kem tersebut. Aku yang pada awal tersipi-sipu malu turut tersenyum tanda gembira.
                        Akan  tetapi, ia tidaklah bermaksud kegembiraan yang di alami dalam masa singkat itu akan berpanjagan hingga ke kem tersebut. Ini ku kaitkan dengan  Faktor Dalam Kebahagiaan, dimana ia berkait rapat dengan jangka masa pendek. Beradasarkan peristiwa tersebut, aku hanya merasa bahagia pada waktu itu, sedangkan permulaan yang sebenarnya yang perlu aku tempuhi belum pun muncul. Bagaimana aku nanti di sana? Dengan siapa aku bertemu? Perlukah aku menonjolkan diri ku di hadapan khalayak ramai? Soalan-soalan yang berlegar di fikaranku mula aktif. Makin berdebar pula jantungku dalam perjalanan ke kem tersebut. Dalam perjalanan di dalam bas, kami di tempatkan sebelah menyebelahi rakan-rakan yang kami tidak kenali, dan ada yang kami kenali tetapi hanyalah seorang atau dua orang. Pelajar yang duduk di sebelahku adalah salah seeorang pelajar yang aku tidak pernah terserempak masa pembelajaran di matrikulasi. Aku mencari idea bagaimana ingin memulakan perbualan, di sini aku kaitkan dengan pandanagn falsafah Mills yang menyatakan " Kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tinhgkahlaku kita". Berulang kali aku melihat jenang pada tingkap bas, memikirkan apa yang patut aku lakukan umtuk mulakan perbualan tersebut. Sedangkan perjalanan masih jauh lagi, bagi aku perlu untuk aku berbual sesuatu degan pelajar tersebut untuk aku menghilangkan sedikit kegugupan jantungku sebelum tiba di sana. Tiba-tiba...telefon bimbitku terjatuh ke atas kaki pelajar tersebut, aku mula gelisah,takut-takut dia memarahi hanya kerana telefonku jatuh. Tetapi, pelajar tersebut, hanya membalas dengan senyuman sambil mencapai telefon yang berada di kakinya. Bermulalah aku untuk memberanikan diri berbicara dengannya. Aku mulakan perbualan dengan ucap terimah kasih terhadapnya. Seterusnya, kesempatanku untuk bertanya status pelajar tersebut. Dalam selang masa 10 atau 15 minit, aku mula merasa tenang kerana tindakan aku memberanikan diri untuk berbicara denagn pelajar tersebut.
                    Aku mula merasa gembira dan selesa untuk berkomunikasi dengannya kesan tindakan aku dalam menyesuikan diri dalam situasi gemuruh sebelumnya. Dalam rancak aku berbual dengan pelajar tersebut, perjalanan kami pun tiba ke destinasi kem tersebut. Tiba sahaja kami di sana, kami terus ke kaunter pendaftaran. Seterusnya kami di arah untuk berkumpul tujuan di beri taklimat sebelum menjalani kem tersebut dalam tempoh lima hari. Jantungku pada saat itu, mula berdegup kencang kembali. Ku lihat keadaan sekeliling. Anggota-anggota dan petugas-petugas dalam kem tersebut semuanya seperti seorang tentera. Ku rasa seakan-akan aku sedang mengikuti sesi latihan ketenteraan. Makin bertambahlah risau dan takut aku. Manakan tidak, wajah petugas-petugas di situ sangat serius ku lihat. Takut aku untuk memandangnya. Lebih kurang 15 minit kami di beri taklimat. Kemudian kami di tempatkan penginapan yang di sediakan. Pada keesokknan hari, sebelum subuh lagi kami telah di kejutkan dengan siren yang sangat kuat. Ada juga yang masih tekun tidur, maklumlah letih berjalan semalaman, kemudian terpaksa bangun awal. Bagi aku, bangun di awal sebegitu sudah kebiasaan bagiku. Mungkin sudah menjadai tabiatku serta sudah pun menjadi sebati dalam hidup ku. Secara terus aku dapat sesuiakan diri di kem tersebut. Aku merasakan ia bukanlah satu masalah atau bebanan. Kaitan dalam kuliah yang lepas di bawah subtopik "Sejauh mana kita bahagia" ada menyatakan "Orang yang tahap penyesuaian  lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah" . Apabila ku lihat rakan-rakanku yang liat untuk bangun, tersingkap kerutan di wajah mereka bahawa betapa sukar untuk mereka bangun dari kamarnya. Berbagai-bagai keluhan terdengar dari mereka. Aku adalah orang yang antara awal hadir ke surau untuk solat subuh sementara menunggu pelajar-pelajar lain.
                    Ketika masa aku duduk menunggu rakan-rakan lain tiba, aku tanpa membuang masa, membelek satu persatu naskah ayat al-quran yang berada di tanganku. Kata pepatah  "masa itu emas". Jadi aku gunakan masaku untuk lakukan perkara yang berfaedah. Situasi ini ku samakan dengan subtopik yang baru aku tekan kan "sejauh mana kita bahagia" mengatakan bahawa "mereka yang ada strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira". Sungguh aku setuju pernyataan tersebut, ini kerana. aku dapat menyusun masaku dengan mengisi wkatu lapang dengan perkara-perkara yang baik. Kesan selepas aku membelek dan membaca terjemahan ayat al-quran tersebut, dapat aku rasakan hatiku sangat tenang. Aku merasa sangat bahagia kerana ketenagan tersebut. Alhamdulillah....dengan izinNya. Selepas sesi tersebut, kami menjalankan aktiviti LDK dimana kami di pecahkan mengikut kumpulan. Ketakutan ku yan pada awalnya telah mula surut. Kesan dari pembelekkan ayat-ayat al-quran tadi. Walaupun perasaan takut masih ada tapi peratusnya tidaklah seperti awal aku tiba di sini. Apabila kami telah di pisahkan mengikut kumpulan, kami di arah untuk kenal antara ahli kumpulan dan tahu asal usul rakan-rakan dalam kumpulan tersebut. Aku denga sikap peramahku terus sahaja memulakan perbualan. Mudah bagi aku untuk lakukannya, kerana keyakinanku makin tinggi. Walaupun aku ada senda guaru dalam perbualan tersebut, aku masih dapat mengawal senda gurau tersebut denagn pertanyaan dengan soalan-soalan yang lebuh serius mengenai profil pelajar tersebut. Bertepatan dengan pandangan falsafah Epicurean yang , menyatakan "kebahagiaan ialah dengan memaksimumkan keseronokkan dan meminimumkan penderitaan.
                    Setelah beberapa jam sesi LDK berlangsung, kami diarahkan untuk membuat pembentangan. Alhamdulillah, aku semakin berani dan yakin untuk berhadapan dan berucap di depan orang ramai. Meskinpun, perasaan gementar itu tetap ada. Akhirnya aku berjaya melakukannya dengan cukup baik. Ini keran aku merasa puas dengan hasil tersebut, kesan kesungguhan dan keyakinanku dalam pembentanagn tersebut. Aktiviti di sambung dengan makan tengah hari. Di sebelah petang kami beriadah, dan seterusnya hari esok hingga ke hari terakhirnya. Banyak pegalaman yang dapat aku pelajari. Terutamanya dalam pembentukan keyakinan diri. Tepatlah kata-kata bahawa "Orang yang dapat sesuaikan diri adalah orang yang bahagia". Memang aku merasainya. Lagi tinggi usaha aku untuk sesuiakan diri, lagi aku merasa bahagia. Kerana ramai kenalan baru, bijak untuk berhadapan dengan oarng ramai, bijak berkomunikasi dangan oarng yang aku tidak kenali. Alhamdulillah..Moga dapat aku praktikkannya..
Kesimpulannya, boleh ku katakan dengan satu definisi yanfg mengatakan bahawa " kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenanagan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati". Serta ku akhirinya dengan sepotong ayat-ayat cinta Allah yang berfirman :Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya". [Ar-Ra'd : 29]

Friday 14 January 2011

A130117 Normashitah Tajuk 2 Happiness

Happiness. Setiap makhluk terutama manusia kesemuanya inginkan kebahagiaan. Mengapa ye???? Eh, ke ada sesiapa yang tidak mahu bahagia? Sila angkat tangan! Ya jawapannya pastilah mahukan kebahagiaan, kerana kebahagian lah yang menjadi punca kehidupan kita akan terurus dengan sempurna, pemikiran pun tidak terganggu dan pastinya tidak ada sesiapa pun di dunia ini mahukan penderitaan atau ketidak stabilan emosi seperti mereka-mereka di hospital mental!!!!

Cuba kita renungkan contoh yang mudah, dimana seseorang sedang dilamun cinta! Erm macam dah tak de contoh lain la…asyik-asyik cinta…hehe jangan marah ye…contoh ni kan dekat bangat dengan remaja nie…remaja bila jatuh cinta, pastinya bahagia. Segala kerja pasti akan sempurna dan molek-molek belaka. Setiap hari pergi ke kuliah mesti tersenyum sentiasa. Kerana itu memang fitrah yang dikurnia oleh Maha Esa buat hamba-hambaNya. Cuma bagaimana mereka-mereka ini menguruskan cintanya untuk menuju kebahagiaan yang hakiki. Buat renungan bersama…

Dalam kuliah lepas kami mempelajari tajuk Happiness atau bahasa melayunya kegembiraan. Bagi saya tajuk ini tidak sukar untuk difahami, berkemungkinan kerana tajuk ini telah dipelajari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namun tajuk ini telah dikupas oleh En. Ahmad Zamri dengan lebih mendalam. Awal kuliah lepas En. Ahmad Zamri telah menerangkan mengenai falsafah kebahagiaan. Terdapat empat falsafah yang telah kami pelajari, antaranya yang hendak saya sentuhkan disini ialah falsafah Plato. Beliau berpendapat bahawa punca kebahagiaan adalah kehidupan yang baik dan mulia. Saya bersetuju dengan pendapat Plato ini. Ini kerana kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kehidupan kita tidak diselubungi pelbagai masalah. Ini tidak bermaksud tidak ada masalah langsung, sebab itu lah ada pepatah melayu mengatakan "bumi mana yang tidak ditimpa hujan". Falsafah ini mengingatkan saya kepada gejala yang satu ketika dahulu menjadi buah mulut dalam masyarakat, iaitu gejala meminjam wang daripada pinjaman berlesen atau bahasa mudahnya "ah long". Pelbagai peristiwa terjadi bagi pemimjam-peminjam ah long ini. Ini kerana mereka tidak dapat melangsaikan segala hutang seperti mana yang telah ditetapkan, akibatnya berlakulah adegan yang tidak bermoral seperti menyimbah cat merah di pintu pagar rumah peminjam selain itu mereka juga sanggup membuat ugutan yang menakut-nakutkan kepada peminjam sehingga tergamak untuk berbunuhan sesama sendiri.

Apa yang saya lihat disini, gejala meminjam wang dari ah long kebanyakkannya adalah dari kalangan orang yang berada. Mereka hidup mewah tetapi dalam masa yang sama hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman ah long akibat tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut. Ya, disini kita dapat lihat bahawa tidak semestinya kehidupan mewah itu  membawa kita menuju kebahagiaan. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mengecapinya.

Teringat video yang cikgu tayangkan pada kuliah lepas mengenai Man Vs Women- The Differences. Video tersebut amat mencuit hati. Pada waktu itu semua pelajar kelihatan sangat geli hati menonton video yang sepertinya menceritakan tentang empuya diri. Namun persoalannya adakah setiap senyuman atau gelak-ketawa yang terukir di wajah menunjukkan kegembiraan mereka? Jawapannya ada pada setiap tuan punya hati. Mungkin senyuman itu untuk menutup malu, tersinggung, menyembunyikan sesuatu yang tersirat di hati atau melihat kawan sebelah ketawa aku ketawalah. Hahahahaha…

 ~kadang-kadang geli hati tengok orang membaca sambil tersenyum…agak-agaknya apalah yang difikirkannya~

begitulah tersiratnya maksud senyuman yang terukir oleh seseorang. Tidak diduga maksud di sebaliknya, hanya yang punya hati yang dapat memahaminya….eh ada ke orang yang tak de hati??? Mayat hidup ker??? Renung-renungkan….

Ahli pemikir barat, Diener et al, 1995 telah membuat kajian mengenai pencapaian kebahagiaan mengikut budaya. Hasil yang didapati ialah budaya-budaya Asia memiliki tahap kegembiraan yang rendah berbanding negara lain. Manakala Argyle, 1987 menyatakan orang yang dikatakan paling bahagia adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara Australia dan Eropah. Biarpun pendapat ini dilihat seakan menyebelahi mereka, namun yang jelas disini kebahagian yang dikecapi oleh masyarakat luar daripada Asia adalah berdasarkan faktor taraf hidup yang tinggi yang membolehkan mereka menzahirkan kegembiraan secara berlebihan. Selain itu, faktor keagamaan juga amat ketara menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal batasan dalam pergaulan sesama sendiri dan oleh sebab itu mereka tidak segan silu menyapa sehingga tidak rasa malu berpeluk cium walau berbeza jantina dan baru bersua muka. Berlainan pula dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Asia yang lebih mementingkan adab sopan santun dalam setiap tindak-tanduk kehidupan. Namun pendapat itu adalah kajian beberapa tahun lalu.

Apa yang saya lihat senario hari ini kehidupan masyarakat di Asia semakin meniru gaya hidup barat. Ya, tidak salah untuk meniru gaya hidup mereka seperti kata En. Ahmad Zamri pada kuliah lepas, orang barat itu apabila bertemu berpelukan dan bila berpisah masing-masing akan mengucapkan "bye, have fun", atau pun selalu kita dengar "have a nice day". Ya memang tidak salah kita meniru gaya itu. Namun dari kaca mata Islam setiap tindak tanduk dalam kehidupan itu adalah ibadah bagi setiap muslim. Tidak berat rasanya kita mengamalkan budaya Islam itu dalam hidup kita dengan mengucapkan salam bila bertemu dan berpisah dan dalam masa yang sama kita berpelukan tanda ukhwah yang di bina. Dengan ucapan salam itu menunjukkan kita saling mendoakan sesama saudara kita, sehubungan itu kita juga memperoleh pahala dan diampunkan segala dosa. Sabda Rasullullah SAW dalam riwayat Thobrani

 " sesungguhnya seseorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua-duanya gugurlah dosa mereka seperti mana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua-duanya diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan".

Dalam menyebut tentang bahagia ini ada pepatah mengatakan "tak kenal maka tak cinta". Betul ke statement tu ye??? Walau apa pun saya amat tertarik dengan pendapat Rim,1993 yang mengatakan orang yang bahagia adalah yang lebih pandai dalam menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan. Teringat  saya semasa tutorial lepas ada seorang sahabat telah menceritakan pengalamannya dalam menyesuaikan diri dalam komuniti yang baru dikenalinya. Walaupun begitu, dia terpaksa menyesuaikan diri untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya sebelum ini kerana hendak menjalankan program. Mustahil bagi seseorang untuk melaksanakan sesuatu program tanpa bersua muka. Jika ini berlaku pastinya program itu akan berakhir dengan kegagalan. Situasi sahabat itu sama seperti apa yang saya alami sebelum ini di awal pembabitan saya menyertai program yang dianjur oleh pihak kolej. Namun lama-kelamaan timbul bibit-bibit untuk mengenali dan mengeratkan ukhwah bersama dan berkongsi segala cerita. Saya yakin rakan-rakan diluar sana pun begitu juga. oleh itu benarlah pendapat Rim yang mengatakan kegembiraan itu dikecapai apabila kita pandai menyesuaikan diri di sesuatu situasi atau tempat. Sekiranya kita seperti orang yang tidak wujud di sekeliling mereka pasti kita tidak mahu lagi datang untuk menyertai apa-apa program yang dijalankan. Bak kata orang Negeri Sembilan "wat menghabihkan bogheh den je".

Oleh itu, kegembiraan atau happiness merupakan dambaan setiap orang. Cuma terpulang kepada induvidu bagaimana dia merasa gembira, kerana faktor yang menyebabkan seseorang itu gembira berkaitan dengan pengalaman atau apa yang dia lalui dalam hidup samaada dalam jangka masa yang panjang atau pendek. Selain itu faktor kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan agama juga sangat berkait rapat dalam membuatkan seseorang itu berasa gembira.

Suka saya kongsikan disini kisah yang telah saya baca di majalah SOLUSI isu 24 yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Sidek Baba yang saya kira cerita tersebut mengisahkan mengenai diri beliau semasa menyiapkan thesis PhD di Amerika Syarikat. Beliau telah menempuh pelbagai cabaran hidup dirantau orang dan dalam masa yang sama berjauhan dengan anak dan isteri. Kegembiraan yang dapat saya gambarkan dalam kisah tersebut terserlah dimana beliau telah berjaya menghasilkan thesis dan secara tidak langsung dia telah bergelar Dr. Sidek Baba. Bukanlah gelaran itu yang membuatkan beliau gembira, malah sokongan dan pengorbanan yang diberikan oleh anak dan isteri telah membuatkan beliau gembira menempuh masa-masa yang sukar walaupun kehidupan beliau sekeluarga dihimpit masalah kewangan dan hidup dalam keserhanaan, namun kebahagiaan dapat dicapai kerana kebahagiaan itu adalah milikNya. Oleh itu selamat berbahagia buat semua teman-teman.

~bahagiakan hari-hari mu~