Wednesday, 31 August 2011

test sesi khas

Salam semua,
Sesi hari ini kita belajar tentang 'Kebijaksanaan Emosi'. Sesi pembelajaran hari ini disusun mengikut beberapa aktiviti.

AKTIVITI 1 MENONTON VIDEP PENGENALAN EQ

Mula-mula tengok dulu video intro. Untuk itu saya minta Abid atau Yun atau wakil datang ke podium untuk play video pertama. Buat full screen ye!

AKTIVITI 2 MENONTON VIDEO EQ 4 QUADRANTS

Daripada video pertama kita tahu EQ adalah penting dalam kehidupan kita. Tetapi EQ tidak diajar di sekolah Bagaimana untuk menerapkan EQ dalam diri. Salah satu pendekatan ialah menggunakan 4 quadrant. Video kedua ini ialah tentang 4 quadrant tersebut (video berjudul EQ vs IQ)

AKTIVITI 3 MELAKUKAN SOALSELIDIK KENDIRI EQ 4 QUADRANTS

Video ketiga ni failnya agak besar. Kalau sangkut-sangkut, sila load dulu, bagi penuh, dan selepas itu boleh pasang.

video

AKTIVITI 4 MENGISI ALEXITYMIA ONLINE FORM (BUAT DI LUAR KELAS)

Sila buka http://oaq.blogspot.com/ kemudian selepas 5 pm atau hari lain dan jawab soalan dan teliti penilaian terhadap diri anda. Survey ini perlu dilakukan secara sendirian/private. Selepas itu cari maklumat tentang alexithymia (1) Apa kaitan alexithymia dengan emosi?, (2) Apa ciri-ciri orang yang ada alexithymia?. Soalan tentang alexithymia ada dalam bank soalan. SILA BUAT AKTIVITI INI SELEPAS SESI 2-5 PM.

AKTIVITI 5 PERBINCANGAN KUMPULAN UNTUK TUGASAN 2

Sila berkumpul mengikut kumpulan PBL. Perbincangan boleh dilakukan di luar DK. Apa yang perlu dibincang/dibuat?
1. Tentukan tajuk (tajuk boleh diubah dan boleh cadang sendiri).
2. Sediakan sinopsis tugasan/kajian kumpulan anda.
3. Masukkan maklumat 1 dan 2 dalam borang pendaftaran kumpulan (rujuk laman web kursus). Kumpulan yang daftar selepas 11.30 malam pada 11 Ogos akan dikenakan PENALTI 1 markah (jika markah tugasan 2 ialah 18/20, kump anda hanya dapat 17/20) . Kumpulan yang sudah daftar tetapi ada perubahan tajuk/sinopsis, sila isi yg terkini dan saya akan padamkan yg lama.

Untuk sesi 7 September 2011, pastikan anda sudah sampai langkah ke 3 sekurang-kurangnya. Untuk kumpulan yang sudah melengkapkan 3 langkah di atas terus ke langkah ke 4.

4. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian anda akan dilakukan (metodologi).
5. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini diagih-agihkan kepada ahli-ahli kumpulan.
6. Bincangkan bagaimana untuk menulis kertas kerja.
7. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini akan dirakamkan untuk persembahan PPTRN/Camstudio/Camtasia
Saya cadangkan supaya ada ahli yang buat benchmark contoh-contoh kertaskerja dan persembahan multimedia.
8. Bila kajian dah siap, buat rehearsal untukrakaman persembahan multimedia.
9. Buat rakaman
10. Hantar tugasan
11. Isi borang PENKALAN

Tuesday, 30 August 2011

Sesi Khas Rabu 7 September 2011

Salam semua,
Sesi hari ini kita belajar tentang 'Kebijaksanaan Emosi'. Mula-mula tengok dulu video intro. Untuk itu saya minta Abid atau Yun atau wakil datang ke podium untuk play video pertama. Buat full screen ye!

S video

Untuk video ini, speaker diperlukan, Wakil pelajar minta datang ke podium sekali lagi untuk play video:

Video ketiga ni failnya agak besar. Sila load dulu, bagi penuh, dan selepas itu boleh pasang. Suara agak perlahan berbanding video kedua, jadi tolong adjust volume supaya boleh dengar.
xxx

video

Sunday, 31 July 2011

A131463 CHOO LI YONG LJ01 Mengawal Emosi dan Berjaya Dalam Kehidupan

              Selamat sejahtera saya ucapkan kepada kawan-kawan dan pensyarah kita yang amat dihormati, Dr. Zamri. Saya berasa cukup bersyukur kerana pada semester ini kita pelajar perubatan tahun dua berpeluang untuk belajar subjek Pengurusan Emosi yang begitu penting dan bermanfaat sekali. Sebagai seorang pelajar perubatan yang akan menjadi seorang doktor pada masa depan, kami perlulah menguasai pengurusan emosi supaya dapat menangani masalah kerja atau pesakit yang akan dihadapi.  Walaupun penulisan jurnal bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya bersetuju bahawa inilah cara yang terbaik untuk mengulang kaji dan menyusun semula ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah. Cara pengajaran Dr. Zamri yang menarik, seperti penggunaan video yang mengharukan sebagai bahan pengajaran telah membangkitkan keminatan saya terhadap subjek ini. Oleh itu, saya ingin membuat satu rumusan tentang apa yang telah saya pelajari dan memahami mengenai kuliah yang telah dihadir pada 27 Julai 2011 yang lalu.

              Seperti yang telah disebut di atas, kuliah kami dimulakan dengan tayangan video yang begitu menarik sekali iaitu "Emotional Theory of Talented Korean", Video ini menceritakan tentang kejayaan seorang lelaki yang bernama Sung-bong, menerusi video itu saya dapat menyaksikan bagaimana beliau mengawal bukan sahaja emosi sendiri tetapi juga emosi orang lain, iaitu juri-juri dan para penonton. Beliau sebenarnya agak gementar dan tidak berkeyakinan sama ada pertunjukannya akan memdapat sambutan yang baik. Tetapi apabila berdiri di atas pentas, beliau menenangkan emosi sendiri dengan menumpukan perhatian dan menikmati pertunjukan sendiri. Beliau juga tidak dipengaruhi oleh perasaan simpati orang lain terhadap pengalaman hidupnya yang susah, sebaliknya mengusik hati mereka dengan nyanyian yang begitu merdu sekali. Hal ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk memajukan diri sendiri dengan percubaan untuk menguruskan emosi dengan baik. Pada malam selepas kuliah pada hari Rabu, saya cuba mengurangkan tekanan dengan sambil mendengar muzik lembut sambil belajar, dan saya menumpukan perhatian pada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari tetapi mengelakkan diri daripada asyik memikirkan peperiksaan yang akan dihadapi. Sebagai hasil saya mendapati bahawa saya dapat belajar dengan lebih efektif dan tenang.

               Selepas sesi video, kami telah diperkenalkan dengan definisi "Emosi", sebenarnya emosi dan perasaan mempunyai banyak perbezaan dari pelbagai segi. Menurut Kleinginna(1981), emosi adalah interaksi diantara pegangan seseorang berdasarkan pengalaman yang dialami dengan faktor atau keadaaan yang boleh mengubah sesuatu keadaaan. Empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan membentukkan emosi. Saya telah mengaitkan teori ini dengan pengalaman saya semasa tertinggal bas yang menghantar para pelajar ke HUKM untuk menghadiri kelas CSL. Apabila saya diberitahu oleh kawan bahawa bas tersebut sudah bertolak sebelum pukul 1.00 petang, saya berasa cemas dan risau(perasaan). Selepas itu saya berbincang dengan kawan yang juga tertinggal dan memikirkan langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini(proses kognitif). Kami pergi ke stesen bas untuk cari pemandu yang lain dan cuba memujuk beliau untuk menghantar kami ke HUKM, kami berdenyup-denyup apabila menunggu keputusan pemandu itu dan berasa lega( perubahan fisiologi) apabila beliau bersetuju dengan permintaan kami. Selepas peristiwa ini, saya telah menyedari kepentinga prihatin terhadap perubahan sekeliling dan sekarang saya akan menepati masa tanpa mengira pergi ke mana pun(perubahan tingkahlaku).

               Seterusnya, menurut Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini ditekan sekali lagi apabila Baron dan Logan (1993) mengata bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi . Saya amat bersetuju dengan fakta ini kerana hal ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran saya. Perasaan ingin tahu telah mendorong saya untuk mencarikan jawapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak difahami. Selain itu, perasaan takut untuk mendapat keputusan yang tidak memuaskan pula menjadi satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha dan tidak terpengaruh oleh godaan luar seperti membazirkan masa dalam menonton wayang dan bersiar-siar. Akhirnya, perasaan gembira semasa saya mendapat keputusan yang baik pula menjadi motivasi kepada saya untuk meneruskan usaha lagi untuk mencapai kejayaan pada masa depan. Walaupun begitu, dalam sesuatu keadaan sahaja emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong(motivator) berasaskan kepada emosi. Emosi boleh dibahagi kepada dua struktur asas, yang pertama adalah secara lisan dimana seseorang itu menceritakan perasaan yang dialaminya dengan sendiri. Kedua adalah melalui pengkajian secara terus dengan membuat penilaian dengan menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard juga telah menjelaskan struktur dan eksperasi emosi. Di samping itu, Teori Fisiologi, Teori Kognitif dan Teori Fisioanalisis pula menjelaskan perbezaan eksperasi emosi.

               Secara perinci, Teori Darwin telah menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Emosi asas  ini merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta dieksperasikan dalam bentuk yang sama dalam semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau mengata bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi kerana eksperasi wajah paling mudah dikenal pasti. Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Banyak teori seperti Teori Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga menyatakan emosi asas menghasilkan emosi-emosi yang lain. Emosi asas adalah emosi yang bersifat penyesuaian. Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi asas (Rolls, 1990). Plutchik pula menyatakan 3 teori bagi emosi asas. Pertama merupakan bahasa emosi, kedua reaksi adaptif asas dan ketiga adalah demensi asas. Bahasa emosi pula boleh dipaparkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa lazim bagi emosi seperti sedih, gembira dan takut. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang seperti menangis dan menutup muka dengan tapak tangan disebabkan oleh perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di dalam reaksi adaptif asas pula terdapat 8 reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Manakala terdapat 3 demensi penting di dalam demensi emosi iaitu keamatan, kesamaan dan kepolaran. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari terperanjat kepada takut. Kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti marah dan sedih lebih dekat berbanding dengan marah dan gembira. Kepolaran pula merujuk kepada kekutuban seperti gembira lawannya sedih.

               Sebagai kesimpulan, saya telah menyedari tentang kepentingan pengawalan emosi selepas pendedahan kepada subjek ini. Sebagai satu langkah untuk memajukan diri, saya telah mengkaji semula apa yang telah dipelajari semasa kuliah dan  mencari maksud teori-teori yang tidak difahami menerusi internet. Seterusnya, saya akan berusaha untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

A131579 Mah Wan Cheng LJ01- Makna Sebenar Emosi

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama saya dalam kursus ZT2253 selepas saya menghadiri kuliah pertama Pengurusan Emosi bertajuk "Pengenalan" dan "Struktur Asas Emosi" pada 27 Julai 2011,hari Rabu yang lalu. Secara jujurnya, saya hanya berpendapat bahawa emosi merupakan salah satu saluran untuk menunjukkan pemikiran sendiri melalui pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, gementar, takut dan lain-lain lagi dan sudah tentunya tidak seluas dan sedalam pun seperti yang diajar oleh Dr. Zamri sebelum kuliah ini. Ini telah menanam minat saya dalam kursus ini kerana kelebihan untuk memahami emosi orang lain dapat menguatkan perhubungan sesama insan dan juga banyak membantu dalam menangani penyakit-penyakit dalam karier perubatan kelak.

Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai interaksi yang kompleks antara faktor objektif dan subjektif dengan pengaruh sistem hormone dan saraf dalam badan kita. Dan ini telah membawa empat komponen, iaitu perasaan (feeling), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological change) dan tingkah laku berkaitan (associated behaviors). Hampir kesemua komponen ini wujud dalam setiap situasi yang kita hadapi dalam kehidupan seharian, misalnya semasa menjawab soalan yang ditujukan oleh pensyarah dalam sesi perbincangan kumpulan kecil. Saya terkejut dan berdebar-debar apabila dr. menamakan saya untuk menjawab soalan tertentu yang tidak terdapat dalam latihan. Dalam beberapa saat yang seterusnya, saya akan cuba memikir balik pengetahuan yang telah saya dapat dalam kuliah dan pembacaan sebelum ini. Semua persoalan sedang dikaitkan secara sistematik dalam minda. Namun, tekanan darah saya menaik dan tangan saya mula bergetar serta mengalami kesejukan dalam proses mendapatkan jawapan daripada ingatan. Pada akhirnya, saya meringkaskan poin pada kertas dan menyuarakan kepada pensyarah dan rakan-rakan sekalian.

Ukuran tahap emosi turut didedahkan dalam kuliah tersebut. Terdapat tiga cara utama untuk mencapai tahap emosi, iaitu laporan kendiri, kelihatan secara langsungnya serta pengukuran dalam aspek fisiologi badan. Laporan kendiri boleh diperoleh melalui sesi temu bual, borang survey dan pengawasan diri dengan rekod tindakan dari semasa ke semasa. Cara ini amat memerlukan kesanggupan dan sikap kejujuran pada diri untuk mengupaskan segala masalah yang didapati secara terbuka hatinya. Oleh itu, ia sering tersekat dengan perbezaan perspektif, budaya kaum serta norma masyarakat di sekeliling seseorang tersebut. Cara yang kedua pula banyak bergantung pada daya pemerhatian yang teliti untuk mendapati sebarang kemusykilan pada orang tersebut. Ini tidak mudah dilakukan sedangkan seseorang itu mungkin menyembunyikan emosinya dan tidak ditunjukkan pada luaran. Seterusnya tinggallah cara yang lebih saintifik iaitu peninjauan aspek fisiologi badan. Antara aspek yang  ketara dan biasa ditinjaui ialah tekanan darah, kadar denyutan jantung, tahap ketegangan otot dan kadar pernafasan. Cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana pengukuran dibuat dengan alat dan ini boleh mengelakkan faktor kemanusiaan yang menjejaskan analisis.

Selain itu, saya juga didedahkan beberapa teori untuk menjelaskan emosi manusia. Dalam teori asas emosi Darwin (Darwin's basic theory of emotion), emosi kita terdiri daripada emosi primari yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspreskan dalam bentuk yang seragam oleh semua bangsa dan budaya pada wajah (Kokoszka, 1993). Apabila badan kita menerima rangsangan biarpun dari luar atau dalaman, otak kita yang berfungsi sebagai pusat kawalan minda dan pergerakan akan menafsirkan bahan rangsangan tersebut, membuat analisis yang secukupnya dalam masa yang tersingkat dan menghantar isyarat / arahan menerusi sistem saraf dan endokrin kepada bahagian badan yang lain, contohnya muka dan tangan untuk membawa pergerakan. Sebab itulah, emosi bersifat adaptif selepas penafsiran dan pengiktirafan di otak kita.

Primari emosi teori Plutchik (Plutchik's Primary Theory of Emotion) menggambarkan tiga aspek bahasa dalam emosi, iaitu bahasa subjektif, tingkah laku dan fungsian. Saya difahamkan bahawa sesuatu perasaan (subjektif) akan menunjukkan tanda-tanda atau pergerakan(tingkah laku) yang berperanan untuk membangkitkan tindakan supaya dapat menjauhkan dirinya daripada sumber rangsangan yang menimbulkan perasaan (fungsian). Sebagai contohnya, saya berasa sedih kerana tidak mendapat keputusan peperiksaan seperti yang dijangkakan. Akibatnya, saya mengalirkan air mata dan minat terhadap subjek itu berkurangan. Namun selepas bertenang selama beberapa jam kemudian, saya berkeputusan untuk menguatkan kesungguhan untuk banyak membaca dan mengulangkaji bersama rakan-rakan yang cemerlang. Perasaan takut, gembira, sedih, terperanjat, marah, meluat, terima serta rasa ingin tahun boleh diklasifikasikan sebagai lapan tindak balas adapsi asas dalam teori ini. Saya turut tidak sangka bahawa emosi mempunyai bidang dimensi, iaitu darjah kekuatan (intensity), hubungan/perkaitan (similarity) dan kekutuban/kelawanan (polarity). Pengetahuan ini dapat membantu kami untuk mengenalpastikan tahap dan jenis emosi yang ada bagi mengatasinya dengan efektif jika ia merupakan unsur negatif.

Di samping itu, mimik muka semula jadi yang dicadangkan oleh Izard (Izard's Innate Facial Expression) juga menambahkan beberapa kenyataan tentang emosi manusia. Di bawah teori ini, emosi manusia ialah sejenis tindakbalas yang dizahirkan daripada naluri dan batin secara semula jadi dengan bantuan sistem saraf. Oleh itu, keupayaan untuk menunjukkan pelbagai ekspresi muka tidak perlu diajar seperti ilmu pengetahuan lain. Sebelum ini saya tertanya-tanya kenapa bayi yang baru dilahirkan dapat menunjukkan muka sedih dan senyum sedangkan mereka tidak pernah diajarkan untuk berbuat sedemikian.  Mereka akan ketawa apabila kita mengusik-usik dan bermain dengan mereka. Mereka juga akan menangis apabila permintaan mereka tidak dipenuhi. Adakah ini merupakan anugerah Tuhan sebagai kemampuan minimal untuk memulakan kehidupan mereka di bumi ini? Rasanya inilah jawapannya. Mengikut Scherer dan Wallbott (1994), konsep kesejahteraan yang terselit dalam emosi muka adalah mantap dan stabil tetapi yang berbezany ialah bagaimana emosi dialami dan dikawal dan bukannya bagaimana ia dizahirkan.

Teori maklum balas muka Tomkin (Tomkin's Facial Feedback Theory) pula mengulas tentang hubungan antara pergerakan muka dengan emosi. Memang tidak susah didapati bahawa kami lebih cenderung untuk ketawa terbahak-bahak dalam keadaan kami betul-betul berasa gembira dan tiada sebarang sekatan terutamanya pada bahagian muka untuk menunjukkan expresi. Seperti yang dibentangkan oleh Zajonc, otot muka memainkan peranan yang penting menentukan jenis mimik muka yang dipaparkan. Secara lazimnya, perubahan otot muka telah menjejaskan aliran darah dari bahagian muka sehingga ke otak dan ini akan memanipulasikan sama ada kesan permanasan atau penyejukan pada otak. Emosi-emosi positif seperti kegembiraan dan kegirangan didorong oleh kesan permanasan dalam otak dan sebaliknya. Dalam konteks yang lain, ekspresi muka ditunjukkan tidak semestinya merupakan petunjuk sakti emosi yang dialami pada waktu tersebut. Hal ini kerana wajah yang dipaparkan turut merupakan salah satu saluran interaksi sesama individu dan kami bukannya gembira setiap kali kami senyum pada orang lain.

Akhir kata, kuliah ini telah banyak membuka minda saya tentang emosi dan ekspresi pada muka. Pemerhatian yang teliti amat diperlukan supaya tekaan perasaan dalaman seseorang itu dapat dibuat dengan tepat dan saksama dan seterusnya memahami emosi yang dialami pada saat  tersebut. Mahupun sesetengah emosi telah dikatakan diwarisi daripada generasi yang lalu, namun kita masih boleh mengawalkannya supaya ia dapat dipaparkan dengan cara yang betul dan sesuai. Aspek ini sangat penting bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk kita. Kita juga akan mendapati bahawa kebanyakan emosi akan ditunjukkan apabila dicetuskan oleh faktor di sekeliling kita dan kepelbagaiannya bertambah sepanjang perkembangan serta pembangunan nilai kita.

Saturday, 30 July 2011

              Selamat sejahtera saya ucapkan kepada kawan-kawan dan pensyarah kita yang amat dihormati, Dr. Zamri. Saya berasa cukup bersyukur kerana pada semester ini kita pelajar perubatan tahun dua berpeluang untuk belajar subjek Pengurusan Emosi yang begitu penting dan bermanfaat sekali. Sebagai seorang pelajar perubatan yang akan menjadi seorang doktor pada masa depan, kami perlulah menguasai pengurusan emosi supaya dapat menangani masalah kerja atau pesakit yang akan dihadapi.  Walaupun penulisan jurnal bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya bersetuju bahawa inilah cara yang terbaik untuk mengulang kaji dan menyusun semula ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah. Cara pengajaran Dr. Zamri yang menarik, seperti penggunaan video yang mengharukan sebagai bahan pengajaran telah membangkitkan keminatan saya terhadap subjek ini. Oleh itu, saya ingin membuat satu rumusan tentang apa yang telah saya pelajari dan memahami mengenai kuliah yang telah dihadir pada 27 Julai 2011 yang lalu.

              Seperti yang telah disebut di atas, kuliah kami dimulakan dengan tayangan video yang begitu menarik sekali iaitu "Emotional Theory of Talented Korean", Video ini menceritakan tentang kejayaan seorang lelaki yang bernama Sung-bong, menerusi video itu saya dapat menyaksikan bagaimana beliau mengawal bukan sahaja emosi sendiri tetapi juga emosi orang lain, iaitu juri-juri dan para penonton. Beliau sebenarnya agak gementar dan tidak berkeyakinan sama ada pertunjukannya akan memdapat sambutan yang baik. Tetapi apabila berdiri di atas pentas, beliau menenangkan emosi sendiri dengan menumpukan perhatian dan menikmati pertunjukan sendiri. Beliau juga tidak dipengaruhi oleh perasaan simpati orang lain terhadap pengalaman hidupnya yang susah, sebaliknya mengusik hati mereka dengan nyanyian yang begitu merdu sekali. Hal ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk memajukan diri sendiri dengan percubaan untuk menguruskan emosi dengan baik. Pada malam selepas kuliah pada hari Rabu, saya cuba mengurangkan tekanan dengan sambil mendengar muzik lembut sambil belajar, dan saya menumpukan perhatian pada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari tetapi mengelakkan diri daripada asyik memikirkan peperiksaan yang akan dihadapi. Sebagai hasil saya mendapati bahawa saya dapat belajar dengan lebih efektif dan tenang.

               Selepas sesi video, kami telah diperkenalkan dengan definisi "Emosi", sebenarnya emosi dan perasaan mempunyai banyak perbezaan dari pelbagai segi. Menurut Kleinginna(1981), emosi adalah interaksi diantara pegangan seseorang berdasarkan pengalaman yang dialami dengan faktor atau keadaaan yang boleh mengubah sesuatu keadaaan. Empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan membentukkan emosi. Saya telah mengaitkan teori ini dengan pengalaman saya semasa tertinggal bas yang menghantar para pelajar ke HUKM untuk menghadiri kelas CSL. Apabila saya diberitahu oleh kawan bahawa bas tersebut sudah bertolak sebelum pukul 1.00 petang, saya berasa cemas dan risau(perasaan). Selepas itu saya berbincang dengan kawan yang juga tertinggal dan memikirkan langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini(proses kognitif). Kami pergi ke stesen bas untuk cari pemandu yang lain dan cuba memujuk beliau untuk menghantar kami ke HUKM, kami berdenyup-denyup apabila menunggu keputusan pemandu itu dan berasa lega( perubahan fisiologi) apabila beliau bersetuju dengan permintaan kami. Selepas peristiwa ini, saya telah menyedari kepentinga prihatin terhadap perubahan sekeliling dan sekarang saya akan menepati masa tanpa mengira pergi ke mana pun(perubahan tingkahlaku).

               Seterusnya, menurut Lang et al (1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini ditekan sekali lagi apabila Baron dan Logan (1993) mengata bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi . Saya amat bersetuju dengan fakta ini kerana hal ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran saya. Perasaan ingin tahu telah mendorong saya untuk mencarikan jawapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak difahami. Selain itu, perasaan takut untuk mendapat keputusan yang tidak memuaskan pula menjadi satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha dan tidak terpengaruh oleh godaan luar seperti membazirkan masa dalam menonton wayang dan bersiar-siar. Akhirnya, perasaan gembira semasa saya mendapat keputusan yang baik pula menjadi motivasi kepada saya untuk meneruskan usaha lagi untuk mencapai kejayaan pada masa depan. Walaupun begitu, dalam sesuatu keadaan sahaja emosi boleh menjadi pendorong (motivator) dan bukan semua pendorong(motivator) berasaskan kepada emosi. Emosi boleh dibahagi kepada dua struktur asas, yang pertama adalah secara lisan dimana seseorang itu menceritakan perasaan yang dialaminya dengan sendiri. Kedua adalah melalui pengkajian secara terus dengan membuat penilaian dengan menggunakan ukuran fisiologi. Beberapa teori seperti Teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard juga telah menjelaskan struktur dan eksperasi emosi. Di samping itu, Teori Fisiologi, Teori Kognitif dan Teori Fisioanalisis pula menjelaskan perbezaan eksperasi emosi.

               Secara perinci, Teori Darwin telah menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Emosi asas  ini merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta dieksperasikan dalam bentuk yang sama dalam semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau mengata bahawa eksperasi wajah melambangkan emosi kerana eksperasi wajah paling mudah dikenal pasti. Satu bukti yang menarik telah mengukuhkan penyataan ini, 16 soalan tentang emosi diedarkan kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Banyak teori seperti Teori Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman juga menyatakan emosi asas menghasilkan emosi-emosi yang lain. Emosi asas adalah emosi yang bersifat penyesuaian. Kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi asas (Rolls, 1990). Plutchik pula menyatakan 3 teori bagi emosi asas. Pertama merupakan bahasa emosi, kedua reaksi adaptif asas dan ketiga adalah demensi asas. Bahasa emosi pula boleh dipaparkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa lazim bagi emosi seperti sedih, gembira dan takut. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang seperti menangis dan menutup muka dengan tapak tangan disebabkan oleh perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di dalam reaksi adaptif asas pula terdapat 8 reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Manakala terdapat 3 demensi penting di dalam demensi emosi iaitu keamatan, kesamaan dan kepolaran. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari terperanjat kepada takut. Kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti marah dan sedih lebih dekat berbanding dengan marah dan gembira. Kepolaran pula merujuk kepada kekutuban seperti gembira lawannya sedih.

               Sebagai kesimpulan, saya telah menyedari tentang kepentingan pengawalan emosi selepas pendedahan kepada subjek ini. Sebagai satu langkah untuk memajukan diri, saya telah mengkaji semula apa yang telah dipelajari semasa kuliah dan  mencari maksud teori-teori yang tidak difahami menerusi internet. Seterusnya, saya akan berusaha untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

A131878 FONG SHI YING LJ01 EMOSI

Selamat sejahtera. Pertama, saya memang berasa amat bersyukyur kerana dapat mengambil kursus ini. Saya amat berharap bahawa saya dapat mempertingkatkan teknik mengendali emosi saya melalui kursus ini.  Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah kedua Pengurusan Emosi ZZZT2253, iaitu kuliah rasmi pertama yang kami hadiri bagi kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253. Saya telah diberi tugas untuk mengarang sebuah jurnal mengenai apa yang saya telah pelajari melalui kuliah dan melalui pengalaman yang ada lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan emosi. Sebelum menghadiri kuliah ini, dalam penmahami saya, emosi merupakan perasaan seseorang, seperti marah, gembira, takut, dan sebagainya. Saya juga berfikir bahawa saya dapat mengendali emosi saya dengan efektif.  Namun demikian, selepas menghadiri kursus ini, saya menyedari bahawa emosi bukanlah seringkas seperti apa yang saya fahami selamanya. Sebenarnya pengurusan emosi merupakan satu ilmu pengetahuan yang luas.

Melalui kuliah ini, saya dapat memahami maksud emosi dengan lebih mendalami. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi ialah satu interaksi yang kompleks antara subjektif objektif. Faktor subjektif yang lebih melibatkan sesuatu yang abstrak seperti faktor yang mempengaruhi kepercayaan atau pegangan agama seseorang berdasarkan fakta yang jelas manakala faktor objektif adalah sesuatu keadaan atau peristiwa yang terjadi yang membawa kepada tercetusnya emosi. Kedua-dua faktor ini dirangsang oleh sistem neurohormon badan kita sendiri. Faktor-faktor ini akhirnya akan membawa kepada kesan-kesan yang merupakan ciri-ciri emosi iaitu empat komponen penting dalam emosi, seperti pengalaman efektif, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga perubahan tingkah laku. Keempat-empat komponen ini sangat penting dan saling berkait antara satu sama lain. Kesan yang pertama ialah yang dikenali sebagai pengalaman efektif iaitu satu tindak balas yang lebih kepada perasaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa seperti suka, duka, marah, sedih dan sebagainya. Kesan yang kedua ialah proses kognitif yang berlaku yang berlainan dengan respons perasaan, kesan ini lebih kepada memori yang dikawal oleh otak kita sendiri. Melalui kesan ini, sesuatu peristiwa yang berlaku itu akan disimpan dalam memori dan otak kita akan memproses maklumat tersebut seterusnya mencetuskan sesuatu persepsi dan mengadili sesuatu peristiwa tersebut berdasarkan pemikiran analitikal. Kesan ketiga yang berlaku adalah perubahan fisiologi, yang berlaku apabila badan atau diri kita hendak bertindak balas terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Kesan keempat ialah perubahan tingkah laku atau tindakan yang akan diambil untuk memperkenalkan atau menzahirkan emosi itu seperti seseorang itu akan tidur apabila mengantuk dan akan menangis apabila seseorang itu berasa sedih. Sebagai contoh, Jane sedang berjalan balik ke rumah dari sekolah dengan kawannya, Janet pada waktu petang. Tiba-tibanya, mereka menyedari bahawa terdapat seorang lelaki sedang mengikuti mereka. Mereka berasa amat takut. Ini adalah pengalaman efektif. Justeru, mereka cuba untuk mengenalpastikan adakah lelaki itu mengikuti mereka dan tujuannya. Ini adalah proses kognitif. Namun mereka mendapati bahawa lelaki itu memang mengikuti mereka. Mereka berasa amat takut dan jantung mereka berdebar pantas. Ini adalah perubahan fisiologi. Mereka kemudian terus menjerit dan lari dengan pantas. Ini adalah perubahan tingkah laku.

Selain itu,  emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi, Emosi boleh menjadi motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu atau sebaliknya. Sebagai contoh, disebabkan oleh kebimbangan, seseorang itu akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang supaya tidak mengecewakan ibu bapa mereka. Sebaliknya, keputusannya boleh terjejas juga kerana dia balik rumah dengan kerap dan juga kerinduannya terhadap ibu bapa mereka. Ini telah menunjukkan hubungan antara emosi dan motivasi, tetapi emosi dan motivasi bukan berhubungan dalam semua keadaan.

Selain itu, saya juga mempelajari cara pengukuran emosi. Pengukuran tersebut boleh dibuat seperti seorang doktor perubatan atau pakar psikologi menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan teknik-teknik untuk merekodkan dan mengetahui status emosi pesakitnya.

Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita juga telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Dalam teori biologi terdapat 4 jenis teori yang berkaitan dengan emosi antaranya ialah Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan juga Izard's innate facial expression. Antaranya termasuk Teori Asas Emosi daripada Darwin. Menurut teori ini, emosi bagi seseorang individu adalah berdasarkan keturunan.  Teori ini menghuraikan tentang hubungan emosi dengan ekspresi muka. Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan.

Selain itu, saya juga telah didedahkan dengan Plutchik's primary emotion theory. Menurut Plutchik's primary emotion theory, emosi dapat dibahagikan kepada 3 bahasa iaitu bahasa subjetif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan emosi yang dapat ditunjukkan oleh muka seperti gembira dan sedih dan takut. Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang disebabkan oleh bahasa subjektif seperti menangis disebabkan oleh kesedihan, ketawa disebabkan kegembiraan. Bahasa fungsian, iaitu bahasa tersirai dalam melambangkan emosi pula merupakan sesuatu yang dapat merujukkan peranan emosi itu kepada seseorang. Misalnya, gembira memberikan kebahagiaan.

Di samping itu, saya juga mempelajari tentang  interaksi pergerakan otot muka dan emosi. Teori ini mendedahkan hubungan perbuatan dengan emosi.  Menurut Zajonc's hipotesis, perubahan otot muka dapat menghasilkan ekspresi yang spesifik secara ringkasnya, emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Salah satu penyelidikan itu menunjukan cara pengerakan otot muka memberi emosi yang menyenangkan kepada otak kita. Menurut penyelidikan itu, pengerakan otot muka akan menyekat saluran darah dalam otot muka. Secara tidak langsung, perkara ini dapat menyejukkan otak kita dan memberi emosi yang menyenangkan. Contohnya, apabila gembira seseorang itu akan tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan dia bahagia, Seterusnya ialah teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard. Teori ini manyatakan ekspresi wajah semula jadi adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir dan bukannya dipelajari. Akhir sekali adalah berkaitan dengan learning and experience theory. Teori ini adalah tentang pengalaman dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengurusan emos kamii. Sebagai contoh, kalau kami dikejar oleh anjing, kami mungkin akan takut bukan sahaja anjing tetapi juja sesuatu yang beserupa anjing seperti anak patung anjing.

Kesimpulannya, emosi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan kita.  Pengurusan emosi juga adalah amat penting bagi kita semua terutamanya bagi kami yang bakal menjadi doctor. Kita perlulah menjaga emosi kami dengan baik supaya tidak berlakulah pertelingkahan dengan orang lain. Saya berasa amat gembira kerana dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang berguna melalui kulian ini. Saya berharap saya dapat memahami apa yang telah disampaikan mealui kuliah ini dan dapat mengaplikasikan teori-teori ini dalam kehidupan harian saya. 

A131818 YEOH MIN HUI LJ01 - EMOSI DAN KEHIDUPAN KITA

A131818  YEOH MIN HUI

Salam sejahtera serta salam satu Malaysia. Dengan artikel ini, saya ingin membuat ulasan saya untuk jurnal pembelajaran kursus ZT2253 dalam topik Pengurusan Emosi.

Sebelum kuliah ini, pemahaman saya tentang emosi ialah emosi merupakan sesuatu yang sangat abstrak dan tidak dapat diramalkan. Emosi merupakan perasaan seseorang yang dipengaruhi dengan stimulasi ianya peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan emosi akan seterusnya, mempengaruhi kelakuan, sikap dan pembuatan keputusan seseorang itu. Saya turut berpendapat bahawa emosi itu merupakan sesuatu yang sungguh susah untuk dipelajari dan tidak dapat diukur. Seseorang itu hanya akan dapat memahami dan mempelajari emosi melalui pengalamannya. Tetapi selepas Kuliah Pengenalan Emosi, saya telah mengenali emosi dari perspektif yang lebih luas.

Emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks universal yang berkisarkan hubungan saling melengkapi antara faktor subjektif dan objektif, termasuklah peranan sistem neurohormon tubuh, jasad kita oleh Kleinginna & Kleinginna di mana factor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan individu ataupun berdasarkan fakta. Dengan kata lain, ia melahirkan perasaan melalui pengalaman yang melibatkan emosi, menjana proses kognitif yang menyuntik emosi yang bersesuaian dengan keadaan, perubahan fisiologi serta tindakbalas luaran mengikut situasi. Sebagai contoh, untuk diri saya, mahupun saya sangat marah sekali terhadap seseorang, saya tidak akan meluahkan kemarahan saya dengan sembarangan. Saya akan mempertimbangkan situasi dan keadaan dahulu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi sendiri kerana saya tahu meskipun saya memarahi orang tersebut, saya tidak dapat apa-apa kebaikan tetapi akan pula menimbulkan salah faham serta kesan yang buruk orang lain terhadap saya. Tetapi dalam keadaan yang saya tidak ada penyelesaian yang lebih baik lagi, saya akan cuba untuk memberitahu orang tersebut tentang pendapat saya dengan emosi yang paling tenteram kerana saya tahu bertolak-ansur dan pengawalan emosi sungguh penting sekali.

Saya turut belajar tentang empat komponent emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi serta tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi berdasarkan pembentangan Baron dan Logan pada tahun 1993. Selanjutnya, emosi turut dikatakan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh dijadikan emosional, menurut Lang et al pada tahun 1992. Contohnya, cinta akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku yang tertentu seperti menghantar mesej telefon, menelefon, member hadiah serta mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, tidak semestinya dalam semua keadaan, emosi menjadi pendorong dan bukan semua pendorong berasaskan emosi. Dengan erti yang lain, tekanan akan mempengaruhi emosi kita mahupun dengan positif atau eustres ataupun dengan cara negatif, iaitu destres. Jikalau kita melebihi batasan individu, ia boleh menjadi sesuatu yang menyebabkan seseorang itu berputus asa dan kehilangan matlamat kehidupan. Kalau tekanan itu dalam kadar yang berpatutan, ianya akan menjadi motivasi untuk menjayakan or mencapai sesuatu matlamat.

Walaupun emosi merupakan sesuatu yang abstrak dan mujarad, perubahan fisiologi seseorang dapat diukur. Tahap emosi turut dapat diukur dengan pentafisrsn prestasi jasmaniah yang memberitahu fungsi badan. Detektif dapat mengenal pastu adakah saspek tertuduh ada melakukan jenayah ataupun sebaliknya melalui kaedah-kaedah seperti temu bual, soal selidik dan pemantauan spanjang masa. Selain daripada itu, aktiviti elektrik otak dan aktiviti pergerakan otot dalam kadar respirasi memudahkan pencarian penjenayah.

Dalam kuliah yang kedua, kita telak didedahkan kepada struktur dan ekspresi emosi serta pengalaman emosi. Terdapat dua theory utama dalam struktur dan espresi emosi iaitu theori evolusi dan juga theori pembelajaran. Dalam kuliah tersebut, struktur dan espresi emosi berdasarkan Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression. Theori pembelajan turut diberi keutamaan dalam kuliah tersebut. Namun, semua theory menpunyai satu dasar persamaan iaitu evolusi daripada pengalaman.

Berdasarkan Darwin's basic theory of emotions, emosi terdiri daripada emosi asas iaitu Primary Emotion. Berdasarkan Kokoszka, emosi primari adalah cirri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya. Teori Darwin's basic theory of emotions mengatakan bahawa ekspresi muka dan wajah seseorang melambangkan emosinya. Keseragaman emosi melalui air muka dan sifat universal merupakan kebaikan teori Darwin. Namun, teori yang adaptif ini tidak dapat mendefinisikan emosi dengan sesuai oleh sebab emosi terbentuk daripada gabungan unsur-unsur dan bukannya berdasarkan hanya satu emosi primari.

Plutchik's Primary Emotion Theory boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Language of emotion, basic adaptive reaction dan dimensions of emotion. Plutchik's language of emotion boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku serta bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi. Contohnya, gembira dan sedih. Selain daripada itu, bahasa tingkahlaku merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, seseorang yang baru mengalami kematian bapa akan menangis, menunjukkan kepedihannya. Bahasa fungsian pula ialah fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi berperanan individu. Contohnya, berani memberikan keyakinan. Lapan Plutchik's reaksi adaptif ialah takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima serta rasa ingin tahu. Plutchik's dimensi emosi terdiri daripada intensity, merujuk kepada darjah kekuatan emosi, similarity, merujuk kepada hubungan atau perkaitan serta polarity, merujuk kepada kekutuban. Contoh untuk intensity ialah dimensi gembira dengan bahagia. Similarity menunjukkan kedekatan emosi seperti takut dan sedih lebih dekat berbanding dengan takut dan gembira. Benci dengan suka merupakan contoh polarity.

Adakah anda ketawa apabila anda gembira ataupun anda gembira kerana anda sedang ketawa? Berdasarkan Tomkin's Facial Feedback Theory member tekanan kepada ekspresi muka. Simulasi merupakan factor emosi anda. Contoh emosi ialah rakan kamu yang buat jenaka menyebabkan anda ketawa. Tomkin disokong oleh Ursula Hess dan rakan sekerjanya dengan kajian mereka. Kajian mereka menunjukkan korelasi emosi dengan wajah. Mereka membuktikan bahawa seseorang itu menggunakan masa yang lebih singkat untuk menunjukkan emosi dengan kewujudan ekspresi muka. Namun, theori Tomkin masih tidak boleh diterima sepenuhnya kerana theorinya tidak merangkumi keupayaan manusia untuk menyembunyikan ekspresi mukanya seperti seseorang itu berpura-pura menangis selepas dia menyaksikan seekor kucing yang telah makan seekor tingkus di depan kawan-kawannya, tetapi dia sebenarnya berasa gembira kerana tikus yang curi makan makanannya telah dibunuh.

Selain daripada itu, terdapak juga Izard's Innate facial expression. Teori ini membentangkan emosi manusia sebagai sesuatu yang lahir dengan semula jadi dan juga, pengalaman emosi tidak dapat dipelajari sama sekali. Sebagai contoh, pada kelahiran seseorang bayi, dia akan berasa terkejut dan marah pada umur 3 atau4 bulan, ketakutan dan kemaluan pada bulan 5 atau 6, kepuasan pada tahun satu serta rasa bersalah pada umur kedua. Teori ini tidak disokong dengan kajian bayi baru lahir kerana bayi tidak tahu cara untuk mengawalk emosi. Bayi yang sedang senyum tidak semestinya membuktikan bahawa bayi tersebut gembira.

Kesimpulannya, emosi itu sesuatu benda yang abstrak dan sungguh susah untuk dipelajari. Ianya berbeza dengan individu dan merupakan sesuatu anugerah Tuhan yang sangat unik. Oleh itu, kita seharusnya mengawalnya dengan sesuai agar kita dapat memanfaatkannya dan bukannya menyalahgunakannya sehingga ia memdatangkan keburukan kepada kita.