Saturday 12 February 2011

A123456 Ahmad Baki- Tajuk 1 Teori Adaptasi dan Teori Berlawanan Solomon

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini merupakan minggu kelima bagi saya mencatatkan serta berkongsi  pengalaman hasil daripada pembelajaran. Ini juga bermakna catatan ini merupakan tugasan individu terakhir saya seperti rakan-rakan yang lain. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zamri yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kami bagi menghadapi dunia penuh cabaran pada masa kini. Di harap, pada masa akan datang, saya diberi kesempatan lagi untuk mengikuti pembelajaran bersama Dr. Pada minggu ini, kami telah diterangkan dengan dua teori iaitu Teori Asas Adaptasi dan Teori Proses Berlawanan Solomon.

Teori Asas Adaptasi

                Teori Asas Adaptasi ialah kita bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Aras adapatasi seseorang tidak sama dan sentiasa berubah bergantung kepada keadaan. Aras adapatasi ialah aras dimana keadaan bunyi yang kita dengar tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Dalam maksud yang lain, bunyi tersebut tidak mengganggu kita. Aras adaptasi seseorang akan meningkat dan menurun apabila individu terbabit mendengar bunyi yang kuat dan perlahan dalam jangka masa yang lama. Teori aras adaptasi juga menyatakan jika kita gembira dengan apa yang kita ada sekarang seperti mendapat keputusan yang cemerlang,menjadi pelajar yang cemerlang,mendapat kehidupan yang bertaraf tinggi,mendapat pekerjaan yang baik, memiliki badan yang sihat dan sebagainya. Namun kegembiraan kita tidak akan bertahan lama sehingga kita mendapat benda yang lebih baik dari sebelumnya. Aras adaptasi dalam badan kita sentiasa berada pada titik neutral dimana kegembiraan akan hadir apabila kita melakukan perkara yang lebih baik dari yang sebelumnya. Disini suka saya menceritakan pengalaman yang saya alami. Kawasan halaman rumah saya dahulu sangatlah aman. Boleh dikatakan setiap hari saya tidur dalam keadaan aman dan tenteram, sehinggalah pada suatu masa terdapat sekumpulan anjing yang berkeliaran dan membuat bunyi bising disepanjang malam. Boleh dikatakan setiap malam anjing-anjing ini berkeliaran dan membuat bising. Saya sangat tertekan dan marah akibat terganggu dengan bunyi bising itu. Sehinggalah beberapa hari, akhirnya saya dapat menerima bunyi bising itu dengan hati yang terbuka. Hal ini menunjukkan teori adapatasi saya telah meningkat mengikut bunyi yang didengari.                

Teori Proses Berlawanan Solomon

Teori Proses Berlawanan Solomon ialah hasil ubahsuaian daripada teori aras adaptasi. Teori ini diketengahkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Oleh itu, teori ini diberi nama teori proses berlawanan Solomon. Teori ini menjelaskan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi adalah "berpasangan". Hal ini kerana apabila satu emosi dialami, "pasangan"nya akan di "tahan" juga. Terdapat dua keadaan dalam teori proses berlawanan Solomon, iaitu keadaan awal ( primary state ) dan keadaan berlawanan ( opponent state ). Situasi ini dapat dijelaskan apabila keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Peringkat awal iaitu keadaan awal tidak dapat dipelajari, kerana emosi ini adalah tindak balas automatik. Manakala peringkat berlawanan iaitu emosi yang berlawanan akan bermula selepas emosi dalam keadaan atau peringkat awal bermula. Emosi yang berlawanan ini berterusan lebih lama. Emosi ini akan menjadi semakin kuat jika diulangi manakala emosi dalam keadaan awal menjadi semakin lemah. Antara pengalaman saya yang berkaitan dengan teori ini adalah di zaman sekolah rendah, saya sangat takutkan air. Ini kerana pernah suatu ketika semasa berenang disebuah kolam renang, tiba-tiba saya hampir lemas disebabkan saya tidak sedar bahawa keadaan di kawasan tengah lebih dalam berbanding kedalaman dibahagian tepi yang sedikit cetek, mujur sempat saya berpaut pada anak tangga kolam berkeanaan. Sejak itu saya tidak lagi berenang hingga saya ditawarkan masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sains laut. Dalam jurusan ini saya diajar cara-cara berenang dengan betul. Kini,saya mampu berenang dengan baik dan menjadi salah satu hobi saya dimasa lapang. Jadi teori ini dapat kita lihat berlawanan dengan perasan kita sebelum ini iaitu daripada ketakutan ke keseronokan. 

               Contoh yang lain yang diajar semasa kuliah ialah ketagihan dadah. Ketagihan dadah berlaku kerana ada pasangan emosi keseronokan dan " kesakitan". Emosi keseronokan dialami apabila mendapat dadah untuk memuaskan nafsu mereka. Manakala "kesakitan" dialami apabila berhenti menagih dadah dan tidak mendapat dadah. Pada mulanya, penagih dadah akan mengalami aras keseronokan yang tinggi dan aras " kesakitan" yang rendah. Selepas beberapa lama atau satu tempoh yang lama, apabila aras keseronokan dan dadah yang diambil menurun, aras " kesakitan" kerana tidak mengambil dadah akan meningkat. Akibatnya ,penagih akan terus mengambil dadah walaupun tidak mendapat keseronokan daripadanya.

A129032 muhammad suhail- Tajuk 4 emosi dan ingatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi dalam penulisan jurnal kali ini,diharap semua rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pada minggu ini saya akan mengupas tajuk yang telah diajar pada kelas miggu lepas iaitu Emosi Positif – Gembira, Bahagia dan Kasih.

Pada pendapat saya emosi positif sangat diperlukan oleh setiap individu. Tanpa emosi positif kita tidak mampu menjadi insan yang cemerlang. Emosi penting kerana ia yang akan mengawal tingkah laku kita. sebelum itu, emosi terbahagi kepada dua bahagian iaitu emosi positif dan emosi negative. Pada minggu ini, saya hanya akan membincangkan tentang emosi positif. Emosi negative akan dikupas pada minggu depan. Apabila kita gagal mengawal emosi positif maka secara automatic emosi negative akan mengambil alih tempat emosi positif tadi. Maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan, pembunuhan, putus kawan dan sebagainya. Jadi penting untuk kita memastikan bahawa emosi kita sentiasa berada dalam keadaan positif.

Kebahagiaan??

Semua orang inginkan kebahagiaan, tipu bila mana orang tersebut tidak mahukan kebahagiaan dalam hidupnya melainkan orang gila..haha.. Kebahagiaan adalah suatu keadaan emosional atau afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. kebahagiaan juga dapat dipecahkan kepada banyak cabang. Tidak semestinya semua orang yang bercinta menemui kebahagiaan. Bagi orang-orang yang tidak percaya kata-kata saya ni, boleh la dengan lagu nyanyian Syahir AF yang bertajuk "kebahagiaan dalam perpisahan"..haha..

Apa kata ahli falsafah mengenai kebahagiaan??

·         Aristotle berpendapat kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kea rah keseronokan.

·         Plato berpendapat punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik atau mulia.

·         Epicurean pula berpendapat kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan.

·         Mills tentang erti kebahagiaan pula ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku kita.

Selain itu,kajian-kajian juga dibuat dari semasa ke semasa.  Berdasarkan maklumat daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Veenhoven pada tahun 1995. Kajian-kajian merentas budaya menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu Negara ke Negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Diener ET Al pada tahun 1995 pula melaporkan budaya-budaya di Asia melaporkan tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding dengan negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987 pula melaporkan orang yang dikatakan paling bahagia ialah mereka yang tinggal di Amerika utara,Australia dan Eropah. Adakah kajian-kajian ini benar?bagi saya orang-orang yang mengamal ajaran agama mereka dengan baik maka merekalah yang akan menemui kebahagiaan tidak kira mana-mana agama didunia ini kerana setiap agama menyeru penganutnya melakukuan kebaikan. Maka apabila kebaikan dilakukan dalam rutin harian kita maka kebahagiaan akan muncul tanpa kita sedari.  Contoh paling mudah adalah dengan bersenyum. Senyum adalah perkara yang mudah tetapi mengapa kita sukar untuk senyum, adakah setiap senyuman itu perlu dibayar?ataupun adakah gigi kita mengalami kerosakan sehingga membuat kita sukar untuk senyum? Bagi umat islam, senyum merupakan sedekah yang paling mudah, dan setiap senyuman diganjari dengan pahala.

Bagaimana mencari kebahagiaan??

Kebahagiaan difahami dapat dicari dengan mudah oleh orang yang mudah menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana saya sendiri pernah merasai pengalaman ini. Sebagai contoh, penyesuaian diri dalam kelas pengurusan emosi. Biarpun saya hanya keseorangan mengikuti kelas ini tanpa ditemani rakan-rakan yang lain tetapi saya masih mampu merasai ketenangan di dalam kelas kerana saya mudah bergaul dengan orang. Maka bertambah-tambah la rakan saya dalam fb..haha

Menurut Kotma Et Al,kebahagiaan dapat dikategorikan mengikut dua komponen utama,iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Jangka masa panjang ialah sesuatu latar belakang atau perkara yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang berpanjangan seperti dari kecil hingga kini. Contohnya ialah mempunyai keluarga yang bahagia dan kehidupan yang baik dan bebas. Jangka masa pendek pula ialah perkara yang baru berlaku dalam kehidupan kita yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah dapat bayi,memenangi cabutan bertuah,mendapat keputusan yang cemerlang dan lain-lain.

Menurut Freud,hubungan kita dengan ibu bapa kita pada masa kecil adalah penting untuk menentukan kebahagiaan kita pada masa depan. Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987. Kebanyakan respnden berpendapat seseorang akan mencapai kegembiraan atau kebahagiaan apabila dilamun cinta,mencapai keputusan yang cemerlang dan pulih darpada penyakit.

Menurut Vanfossen pula, pasangan berkahwin adalah lebih bahagia daripada berseorangan. Saya tidak setuju dengan kenyataan Vanfossen ini. Kerana saya berpendapat tidak semestinya semua pasangan suami isteri akan mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Kalau situasi ini berlaku maka tiadalah penceraian akan berlaku. Sudah diketahui umum,penceraian sudah menjadi perkara yang sangat biasa dan terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian.

Menurut Argyle,terdapat beberapa faktor juga yang boleh menyebabkan seseorang mencapai kegembiraan dan kebahagiaan. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi dan penghayatan agama. Seseorang yang beragama adalah lebih gembira dan kurang tekanan. Kenyataan ini dibuktikan. oleh beberapa kajian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Gallup,seseorang yang beragama adalah dua kali ganda lebih gembira daripada orang yang tidak beragama.

Jantina mempengaruhi kebahagiaan??

Secara umumnya, jantina tidak memainka peranan yang penting untuk mencari kebahagaiaan. Perbezaan umur juga bukan penghalang untuk memperoleh kebahagiaan. Lihat sahaja zaman sekarang, usia bukan penghalang bagi mereka yang mempunyai keserasian anatara satu sama lain untuk ke jinjang pelamin sekaligus menggapai kebahagiaan. Selain itu,kebahagiaan juga akan berubah dari masa  kesemasa. Contohnya, diwaktu kita kecil kita akan merasa bahagia apabila diberikan gula-gula,tetapi setelah meningkat dewasa kita tidak lagi merasa bahagia apabila diberikan gula-gula tetapi akan merasa bahagia apabila diberikan wang atau dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Setakat ini sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini, diharap coretan ini dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat agar dapat dikongsi bersama. Semoga bertemu lagi dalam penulisan jurnal akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Zamri kerana sudi mengajar kami, diharap Dr dapat memperbetulkan mana-mana kesilapan yang terdapat dalam coretan saya pada kali ini.wassalam..

A129032 muhammad suhail- Tajuk 3 emosi positif

Friday 11 February 2011

A129032 muhammad suhail- Tajuk 2 struktur asas emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lima minggu berlalu. Baru saya sedari bahawa jurnal bagi tajuk struktur asas emosi belum lagi dihantar. Jadi pada minggu ini, saya akan membincangkan satu persatu bagi tajuk struktur  asas emosi. Struktur emosi terbahagi kepada empat kompenen utama iaitu:

·           Perasaan

·           proses kognitif

·           perubahan fisiologi

·            tingkahlaku berkaitan

Dalam tajuk ini juga kami telah diajar beberapa teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Antara teori-teori itu adalah:

·         Teori Asas Emosi daripada Darwin- ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.[ emosi primary ]

·         Teori Emosi Primari Plutchik- emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian

·         Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin- emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ]

·         Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard- sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza:

·         Subjective language – bahasa subjektif

·         Behavioral language – bahasa tingkahlaku

·         Functional language – bahasa fungsian

Bahasa Subjektif

          Ia adalah bahasa biasa bagi emosi

Contoh: takut, gembira dan sedih

Bahasa Tingkahlaku

·         Ia merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang

Contoh:

GEMBIRA – melompat kegirangan, senyum gembira

SEDIH – mengalirkan airmata

Bahasa fungsian

          Ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.

          Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu

          Contoh:

        BERANI – memberinya keyakinan

        SEDIH – melambangkan akrabnya persahabatan

8 emosi asas

          Takut- FEAR

          Meluat- DISGUST

          Marah - ANGER

          Terperanjat - SURPRISE

          Gembira - JOY

          Sedih - SADNESS

          Terima – ACCEPTANCE

          CURIOSITY

A129032 muhammad suhail- Tajuk 1 pengenalan emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini merupakan penulisan jurnal pertama saya semasa  berada di ukm ini. Hasil daripada pengajaran serta pemberitahuan rakana-rakan, saya mampu untuk menulis jurnal ini. Walaupun tidak sehebat jurnal rakan-rakan yang lain, diharap jurnal penulisan saya ini dapat member sedikit ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kita bersama.

Subjek pengurusan emosi merupakan pilihan saya untuk mengisi kekosongan  U2. Saya memilih subjek ini kerana berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya mereka memberitahu bahawa subjek pengurusan emosi satu pembelajaran yang menyeronokkan serta mudah untuk skor dalam peperiksaan. Tanpa ragu-ragu saya terus memilih subjek ini. untuk pengetahuan umum,subjek ini bukan untuk orang yang mempunyai masalah dalam pengurusan emosi tetapi pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk memilih mana-mana subjek yang bersesuaian. Walaupun tidak ditemani rakan-rakan dalam subjek ini, tetapi saya tetap gagahkan diri mengikuti kelas ini. Orang tua selalu berkata bahawa belajar tak perlu malu. Jadi saya melangkah masuk ke kelas dengan hati kering. Masuk sahaja saya kekelas, sesi pembelajaran telah bermula. Kebetulan sebelum kelas pengurusan emosi saya mempunyai kelas lain. Mujur Dr Zamri tak memarahi saya, dia hanya tersenyum melihat saya masuk kekelas sambil buat muka tak bersalah.

Hari pertama didalam kelas pengurusan emosi merupakan kali pertama saya berjumpa dengan pensyarah yang bernama Dr Zamri Bin Mansor. Beliau merupakan seorang yang baik bagi saya kerana sepanjang pembelajaran ini, beliau saya lihat tidak pernah memarahi pelajarnya tanpa sebab-sebab yang munasabah. Beliau juga seorang pensyarah yang suka member nasihat serta suka membuat lawak. Saya sangat terhibur disepanjang sesi pembelajaran beliau. Pada hari pertama itu juga kami dikehendaki menjawab kuiz, biarpun sesi pengajaran belum bermula. Sebenarnya soalan dalam kuiz ini lebih berbentuk umum, jadi tiada masalah untuk kami jawab kerana ia berdasarkan pengalaman individu terbabit. Kuiz ini mempunyai sepuluh soalan dengan empat jawapan bagi setiap soalan. Jawapan adalah dalam bentuk mimic-mimik muka yang memberi ekspresi muka yang berlainan antara lelaki dan perempuan. Setelah kuiz selesai dijalankan, saya berada pada ekspresi muka senyum kerana kebanyakan jawapan saya adalah A. Sebenarnya saya memang suka senyum dari dulu lagi biarpun dengan orang yang tidak dikenali. Ramai juga pelajar yang lain memilih jawapan yang berlainan .Bagi pelajar yang majoriti jawapannya B ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang terkejut manakala bagi pelajar yang majoriti jawapannya C ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang menjijikkan .Bagi jawapan D ,tiada ekspresi muka yang ditunjukkan .Kuiz ini sangat bagus dan menarik kerana kuiz ini dapat memberitahu sikap seseorang dalam diri mereka melalui pemilihan jawapan yang dipilih . Untuk kuliah yang pertama ,kami belajar mengenai pengenalan kepada emosi .Pada pendapat aku ,emosi boleh dikaitkan dengan perasaan ,tingkah laku ,serta keadaan disekeliling kita sendiri .Setiap orang menpunyai emosi masing-masing mengikut situasi yang dialami oleh setiap individu tersebut

Setelah hampir di penghujung waktu, kami diberi tugasan iaitu tugasan 1a dan tugasan 1b. Kami diberi pilihan sama ada untuk memilih 1a ataupun 1b. Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai 'pengalaman anda dalam menguruskan emosi dalam kehidupan' .Jurnal ini perlu ditulis sebanyak 10 muka surat dan perlu dihantar pada minggu ke tujuh .Bagi tugasan 1b pula ,kami dikehendaki menulis jurnal pembelajaran bagi setiap minggu mengikut tajuk-tajuk yang telah diajar oleh pensyarah pada minggu tersebut .Bilangan muka surat adalah dua muka surat dan jumlah patah perkataan adalah sebanyak seribu hingga ke dua ribu patah perkataan. Setelah beberapa hari berfikir  akhirnya saya memilih tugasan 1b kerana ia agak mudah dan tidak memenatkan. Sesuai dengan minggu pengenalan kursus, kami ditugaskan untuk membuat jurnal yang bertajuk pengenalan kepada emosi, penulisan jurnal ini perlulah berkisar tentang pembelajaran didalam kelas, nota didalam spin serta penglaman individu terbabit. Setakat ini sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini, moga bertemu lagi dalam penulisan jurnal akan datang.wassalam..

 .

Finding fabulous fares is fun.
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel bargains.

Thursday 10 February 2011

A130117 Normashitah Binti Mohamad Nashir Tajuk 5 Emosi dan Ingatan

Kuliah pada minggu ini berjalan seperti biasa walaupun baru lepas bercuti menyambut Tahun Baru Cina. Rasanya tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakyat Malaysia terutama buat yang berbangsa Cina yang meraikannya pada tahun ini. Semoga tahun ini mendapat tuah buat mereka. Namun dalam kemeriahan bercuti ramai juga pelajar di UKM tidak liat untuk pulang awal menghadiri kuliah-kuliah seperti biasa, walaupun semangat bercuti masih lagi bermain di fikiran. Oleh kerana itu kuliah pada minggu ini nampaknya sangat berkaitan dengan emosi para pelajar yang baru pulang dari kampung halaman iaitu Emosi dan Ingatan.

Terdapat dua perkara yang berkaitan dengan emosi yang membuatkan seseorang itu menngingati sesuatu peristiwa dalam hidup mereka. Yang pertama ialah mengenai kandungan emosi dalam maklumat yang ingin kita ingati dan kedua pula pengaruh keadaan emosi kita terhadap pembelajaran dan ingatan kita.

Sepertimana yang kita ketahui emosi itu merupakan perasaan yang lahir mengikut tindak balas yang berlaku di persekitarannya. Emosi juga terdiri daripada pelbagai bentuk samada berbentuk positif atau negatif. Jika diteliti emosi seseorang pada sesuatu perkara akan membantu seseorang mengingati sesuatu peristiwa. Ini kerana dalam beremosi pastinya terdapat maklumat yang ingin diingati melalui kandungan emosi yang terdapat dalam sesuatu peristiwa. Contoh yang terdekat adalah peristiwa Thunami yang berlaku di Banda Acheh pada 13 Mei 2006 suatu ketika dahulu. Peristiwa tersebut berlaku dengan sekelip mata tanpa di sedari penduduk sekitar. Peristiwa ini telah melakarkan pelbagai cerita duka dan membabitkan emosi yang kritikal terutama bagi kanak-kanak.

Selain itu pembelajaran seseorang pada sesuatu peristiwa juga memberi kesan kepada ingatan dan secara tidak langsung ia juga menguatkan ingatan pada peristiwa tersebut. Ini dapat kita lihat di mana ia pasti berlaku pada setiap orang. Contohnya apabila seseorang itu mendapat kegagalan selepas memperoleh kejayaan. Hal ini pastinya perit untuk dihadapi oleh seseorang yang kuat motivasi dirinya. Oleh itu, selepas dia selidiki punca kegagalan pastinya selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk melangkah kehadapan agar tidak terluka lagi. Tambahan pula, kenyataan ini juga berlaku pada diri saya sendiri, dimana pada cuti yang lepas saya telah mengikuti program kembara salah satu persatuan dan saya telah menyertai salah satu permainan tradisional semasa menyertai program kembara tersebut. Permainan itu dinamakan 'Tarik upih'. Di sebabkan tiada yang sanggup untuk menyertai saya sendiri telah tampil kehadapan untuk menyertainya. Saya ditarik oleh rakan yang sama berat badan diantara kami. Sehingga sekarang saya merasa malu mengenangkan peristiwa itu kerana saya telah tercicir semasa rakan menarik saya dengan pelepah kelapa itu. Memang tidak dapat dilupakan kerana pada masa tersebut banyak mata yang melihat aksi tersebut. Keadaan emosi malu saya pada ketika itu membuatkan saya teringat-ingat dan kadang-kadang saya tersenyum sendirian mengenangkannya.

Apabila dikatakan emosi mempengaruhi ingatan, pastinya ia melibatkan otak seseorang. Ini kerana otak manusia adalah pusat system saraf. Oleh itu, otak manusia bertanggungjawab terhadap pengaturan seluruh badan dan pemikiran manusia karena itu terdapat hubungkait antara otak dan pemikiran. Terdapat 3 aspek penting di dalam otak yang membantu daya ingatan seseorang iaitu Amygdala, Cerebellum dan Prefrontal Cortex ataupun dengan ringkasannya ACP.

 Fungsi ketiga-tiga struktur ini membantu dalam proses daya ingatan seseorang. Tanpa salah satu daripada struktur tersebut daya ingatan seseorang akan lemah.

ü  Amygdala berperanan dalam memproses ingatan dan sebahagian daripada sistem limbik yang mengawal emosi dan tingkah laku.

ü  Cerebellum pula berfungsi sebagai sesuatu yang mengawal pergerakan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

ü  Prefrontal cortex pula merancang tingkah laku kognitif, personaliti dan tingkah laku sosial individu tersebut.

Kerosakan salah satu daripada ketiga-tiga struktur tersebut akan menyebabkan masalah pada emosi seseorang, kekeliruan identiti dan perubahan perangai. Ini dapat dibuktikan seperti yang telah terjadi pada Phineas Gage. Seorang pekerja stesen kereta api yang telah memghadapi kecelakaan akibat tercucuk satu batang besi tajam dari pipi ke kepalanya yang menyebabkan terdapat sedikit kerosakan pada otaknya. Kisah ini berlaku pada tahun 1848 yang telah membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik dan disenangi ramai. Kejadian malang yang menimpa Gage berlaku ketika beliau sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang semasa hendak menyiapkan landasan kereta api. Tanpa disedari, bahan peledak itu meletup dan batang besi telah menembusi pipi kirinya serta bahagian atas kepalanya. Walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) Gage tidak sedikitpun mengubah keupayaannya untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

Walaupun dia masih boleh berjalan, boleh bercakap dan boleh melakukan kerja seperti orang normal selepas kemalangan tersebut, namun terdapat masalah pada tingkah laku dan emosinya semasa tempoh penyembuhannya. Sikap Gage semakin hari semakin menunjukkan perubahan yang kurang menyenangkan. Kadang kala ia berkelakuan seperti anak kecil dan kadang kala marah pada seseorang tanpa sebab yang tertentu. Gage sudah kehilangan sifat-sifat positif yang ada pada dirinya malah lebih bersifat negative selepas kemalangan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa komponen-komponen di dalam otak seperti ACP menyumbang besar dalam mempengaruhi tingkahlaku dan emosi seseorang.

Selain itu juga, faktor jantina dan umur amat berkait rapat dengan emosi dan ingatan. Kajian telah menunjukkan bahawa kaum Hawa lebih mudah untuk mengingati sesuatu peristiwa berbanding kaum Adam. Ini dapat kita lihat dimana tidak ramai lelaki mengingati tarikh penting orang disekelilingnya berbanding wanita. Ini kerana wanita lebih sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Namun tidak dinafikan terdapat juga segelintir wanita tidak cenderung bersifat demikian kerana manusia itu dicipta dengan memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun hakikatnya wanita lebih beremosi dan dengan emosi tersebut akan membantu seseorang mengingati sesuatu peristiwa yang berlaku. Sepertimana orang lelaki tidak berasa malu sekiranya dia berpakaian kurang kemas dan agak berbau badannya. Namun bagi wanita mereka pastinya akan sentiasa teliti dalam penampilan bagi memenuhi kepuasan diri dan tindakan tersebut juga bagi mengelakkan perasaan malu apabila berhadapan dengan orang di sekelilingnya. Oleh kerana itu sering kali kita melihat kaum Hawa pasti akan kerap ke bilik air setiap kali berada di sesuatu tempat. 

Sehubungan itu, faktor usia juga berperanan dalam proses ingatan seseorang. Ini kerana Semakin kita berusia, kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan hilang lebih cepat dari yang menyenangkan semakin kuat. Ini mungkin kerana kemampuan orang tua untuk mengawal emosi mereka lebih berkesan daripada orang yang lebih muda, dengan mempertahankan perasaan positif dan menurunkan perasaan negatif.

Kesimpulan yang saya dapat dari tajuk ini, ingatan seseorang sangat berkait rapat dengan emosi yang dihadapi. Emosi pula bergantung dengan beberapa factor seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Sehubungan itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran bersamalah kita memelihara emosi dan tingkah laku kita agar tidak tersasar dari kehidupan yang sebenar. Jadikanlah pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk masa hadapan. Janganlah kita bersikap dendam pada orang yang telah menyakiti hati kita. Bak kata orang dulu-dulu 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Sekian.

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ05 Emosi dan Ingatan

Assalamualaikum dam salam sejahtera, berjumpa kembali kita setelah seminggu bercuti. Maafkan saya kerana tidak dapat menulis pada blog sebelum ini, ini kerana saya agak sibuk sedikit pada minggu lepas. Allahamdulilah, ini merupakan catatat saya yang terakhir pada semester kali ini. Pejam celik masa begitu pantas tanpa saya sedari telah pun sampai ke penghujung jurnal pembelajaran ini, memang bagus jurnal pembelajaran ini, banyak input-input yang boleh didapati di sini. Tamabahan pula, jurnal pembelajaran ini sebagai satu medan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zamri yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penerbitan nukilan ini.

Pada kali ini saya ingin membuat coretat tentang emosi dan ingatan. Apa itu ingatan? Ingatan ialah sesesuatu perkara yang menjadi memori dan di ingati sama ada dalam jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek.Apakah kaitan antara emosi dan ingatan? sebenarnya emosi membantu ingatan kita. Emosi dan ingatan dipengaruhi oleh kandungan emosi dan mood emosi itu sendiri. Jika berlaku sesuatu peristiwa yang disukai, iaitu menjadikan emosi suka dan gembira, boleh menyebabkan kita menggingati sesuatu perkara dengan cepat dan tersimpan dalam memori dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contohnya saya ingin mengambil contoh di dalam filem "3idiots" yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik di zaman universiti. Walaupun setalah hampir 10 tahun lebih mereka terpisah selepas tamat graduasi di universiti. Namun, mereka masih lagi mengingati setiap memori mereka ketika zaman itu. Salah seorang sahabat mereka iaitu Raju mempunyai masalah keluarga kerana beliau seorang pelajar yang miskin dan pelajaran beliau sering tergangu oleh masalah yang di hadapi beliau. Tetapi apabila beliau bersama dengan rakan-rakan yang lain dan membuat banyak aktiviti bersama, masalah itu dapat di selesaikan dengan bantuan kawan-kawan. Jadi menyebabkan mood Raju untuk berjaya dalam hidup semakin tinggi. Akhirnya beliau berjaya jua mendapat kerja yang bagus walaupun keputusan peperiksaannya tidaklah memberangsang sangat. Beliau telah berjaya bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Sebenarnya apa yang saya paham ini, mood ini memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Jika mood kita pada ketika itu adalah baik, maka kehidupan kita pada hari itu menjadi senang dan gembira dalam melakukan setiap perkara pada hari tersebut. Namun jika mood kita pada hari itu tidak baik, maka jadilah sebaliknya.

    Yang mana lebih kuat ingatan antara lelaki ataupun perempuan jika dipengaruhi oleh emosi? Menurut kajian, perempuan lebih sensitif terhadap sesuatu perkara yang cenderung kepada emosi. Contohnya pada majlis perkahwinan, pasangan perempuan lebih signifikasi dalam majlis tersebut, memerhatikan setiap perkara di sekelilingnya ketika berlangsungnya majlis perkahwinan itu. Mereka juga akan menulis semula apa yang berlaku pada hari tersebut ke dalam diari untuk di ingati. Ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita kerana perkahwinan merupakan perkara yang paling indah dalam hidup mereka, sudah tentu mereka tidak akan melupakan setiap detik yang berlaku pada hari tersebut. Namun berbeza dengan pasangan lelaki yang lebih rilek dan santai bersahaja. Meraka hanya mungkin menggingati tarikh perkahwinan tetapi mereka tidak menggingati secara 'detail' yang berlaku pada hari tersebut.

Akhir kata emosi dan ingatan saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika emosi itu bagus pada ketika berlakunya sesuatu situasi, maka situasi itu lebih senang untuk di ingati dan ia akan menjadi memori kenangan peribadi yang berkekalan sampai bila-bila. Sekian untuk kali ini...semoga kita berjumpa lagi

maal salamah...

kimia kira =)