Wednesday 20 October 2010

A129214 AMIR LJ08

A129214 AMIR LJ08 

            Asalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini juga saya ingin memgucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin tulus ikhlas.Emosi dan motivasi menjadi tajuk perbincangan minggu ini. Pokok pangkalnya, adalah bagaimana motivasi dan emosi itu boleh dikaitkan antara satu sama lain dalam pengurusan emosi setiap individu. Emosi boleh ditetapkan oleh nada yang berkesan. Baik positif ataupun negatif, ianya tidak pernah neutral. Bagi motivasi pula, secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku.

    Terdapat empat komponen emosi yang berbeza iaitu keadaan sesebuah perasaan, proses kognitif, fisiologi perubahan dan juga tingkahlaku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi menurut Baron & Logan, 1993. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional oleh Lang et al, 1992. Contohya adalah seperti motif mencuri, ia dapat memberikan keuntungan kepada kita iaitu duit dan harta tetapi kepada mangsa akan menimbulkan rasa takut dan kebencian. Contoh lain ialah apabila kita gagal melaksanakan sesuatu tugasan, pastinya kita akan berasa sedih dan berputus asa, tetapi dengan emosi tersebut ia juga dapat menyuntik lagi semangat yang lebih kepada kita untuk lebih berusaha untuk masa yang akan datang.

    Walaubagaimana pun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong. Tidak semua pendorong juga berasakan daripada emosi. Terdapat pelbagai teori-teori yang dapat dikaji, antaranya  James-Lange Theory, Cannon's Challenge dan Two-Factor Theory. Secara mudahnya, emosi adalah sebuah keadaan otak yang melibatkan pengaktifan wajah dan perubahan tubuh, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan untuk bertindak, semua dibentuk oleh peraturan budaya.  Emosi juga adalah sebagai respon adaptif, emosi melayani sebagai respon adaptif tubuh kita untuk kegiatan di lingkungan dan membantu mereka dalam mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain. Motivasi adalah aspek proses pemilihan dan menjangka apa yang mungkin.  Oleh itu, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain, apa proses pemilihan program aktiviti lebih lanjut, kegiatan interaktif lebih banyak (Mook, 1996).

            Teori-teori motivasi dan segala konsep yang berkaitan dengannya adalah penting. Pendek kata, emosi menekankan ghairah sedangkan motivasi menekankan tindakan. Oleh sebab demikian, perlu bagi seseorang itu untuk berfikiran positif dan menjadikan emosi sebagai suatu bentuk motivasi yang baik dan mampu mendorongnya untuk terus kehadapan.

 

 


No comments:

Post a Comment