Saturday 18 September 2010

A126640 Hasliza LJ08

Kuliah pada minggu ini adalah lain daripada minggu-minggu sebelum ini. Walaupun semua sibuk menikmati juadah hari raya kita sebagai pelajar wajib menunaikan amanah yang diberikan oleh pensyarah. Terima kasih Dr. diucapkan kerana berusaha memberikan ilmu yang terbaik kepada kami semua. Saya bersyukur kerana walaupun kuliah tidak diadakan secara berdepan dengan pensyarah tetapi kuliah tetap berlangsung secara audio. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar walaupun line internet agak perlahan di musim perayaan ini.


Tajuk kuliah yang ke 8 pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Pada minggu awal kuliah dahulu kita sudah pun mempelajari tentang apa itu emosi. Minggu ini kita mempelajari pula emosi dan motivasi. Emosi adalah berkaitan dengan nada yang berkesan sama ada positif ataupun negatif tetapi ia tidak neutral. Motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku. Terdapat empat komponen emosi. Salah satu komponennya ialah satu perasaan dalam komponen emosi tersebut. Emosi ini akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Misalnya kita harus bertanya diri sendiri, kenapa kita berada di UKM sebab untuk mencari ilmu. Semua ini sudah pasti dimainkan oleh emosi kita.


Baron dan Logan juga menyatakan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan Lang pula menyatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.Misalnya, kita dapat lihat orang yang suka bergaduh puncanya disebabkan oleh emosi dalam dirinya. Kita dapat lihat tidak semua keadaan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Misalnya kita belajar kerana minat dan makan kerana lapar.


Emosi akan melayani diri kita untuk melakukan kegiatan di linkungan dalam membantu untuk mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain. Emosi ini akan membangkitkan kita untuk bergerak dan mengambil tindakan. Mengikut Bickhard emosi adalah aspek proses pemilihan, menjangkan apa yang mungkin dan membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain. Terdapat 2 teori iaitu teori James lange menyatakan emosi akan timbul selepas perubahan dalam tingkah laku, kedua dari Teori Cannon yang menyatakan bahawa tingkah laku akan berlaku selepas adanya emosi.


Kesimpulannya, kita dapat lihat di sini bahawa emosi mempunyai kaitan dengan perasaan manusia, motivasi adalah tindakan seseorang dalam menghadapi sesuatu keadaan ataupun emosi. Dengan adanya emosi dan motivasi ini kita akan berjaya mengharungi segala yang dihadapi dengan tenang dan selamat. Sekian. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


A134165 ONG YEE PIN LJ07

Bagi kuliah tajuk 'Emosi dan Ingatan', soalan pertama yang ditanya dalam kuliah tajuk ini ialah: Bagaimanakah emosi membantu kita dalam mengingatkan sesuatu? Soalan ini boleh dibahagikan kepada 2 elemen. Yang pertamanya ialah isi kandungan dari segi emosi bagi maklumat yang kita ingin ingatkan. Yang keduanya pula ialah kesan emosi yang muncul daripada proses kita balajar dan mengingatkan perkara tersebut.

 Kita akan meningatkan sesuatu perkara yang mengandungi unsur emosi dengan lebih senang jika dibandingkan dengan perkara yang dikira sebagai perkara bosan. Misalnya, dalam pangalaman saya, perkara yang berlaku semasa zaman kanak-kanak yang dapat saya ingat sekarang biasanya mengandungi emosi yang gembira, sedih, marah dan sebagainya. Manakala perkara yang kurang mempunyai unsur emosi telah kian dilupakan. Kajian terkini telah menunjukkan bahawa emosi adalah unsur yang menyebabkan kita lebih senang mengingatkan sesuatu perkara dan bukan pandangan sendiri terhadap perkara tersebut. Kita akan lebih susah untuk mengingatkan sesuatu yang diikuti dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan emosi yang kuat. Kesan ini lebih jelas bagi kaum wanita. Selain itu, emosi yang positif akan diingati bagi tempoh masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan emosi negatif. Emosi positif turut akan mengandungi butiran ingatan yang lebih teliti.

Seterusnya ialah kesan emosi yang boleh dibahagikan kepada dua, iaitu mood congruence dan mood dependence. Mood congruence merujuk kepada situasi apabila kita mengingati sesuatu emosi yang berkaitan dengan emosi yang kita hadapi sekarang. Contohnya, semasa kita berasa sedih, kita akan teringat pengalaman masa lampau yang turut melibatkan emosi sedih ataupun emosi negatif. Mood dependence pula merujuk kepada faktor kita lebih senang mengingati sesuatu perkara, iaitu emosi yang kita hadapi sama dengan perasaan ataupun emosi yang pernah kita rasa pada masa dahulu. Di samping itu, jika kita cuba untuk mangawal emosi kita pada masa tersebut, ingatan bagi perkara tersebut akan menjadi kabur. Namun, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa emosi mempengaruhi memori kerana faktor asli emosi, iaitu emosi haruslah dirasai adalah penting dalam membuat kesimpulan.

Bahagian dalam otak yang digunakan bagi menjana ingatan yang berkaitan dengan emosi ialah amygdala. Amygdaal ini terlibat dalam proses mengira status emosi bagi sesuatu perkara dan melalui sambungannya dengan otak, ia turut berhubungan dengan pengalaman sensorik serta bertanggungjawab terhadap pengaruh emosi dalam diri kita. Oleh itu, amygdala bertugas untuk memberitahu kita tentang sesuatu emosi dalam perkara tertentu yang biasanya kita tidak memberi perhatian yang sepenuh.

Di samping itu, Umur dan jantina yang berlainan turut akan mempengaruhi proses ingatan emosi seseorang. Wanita lebih pakar dalam mengingati sesuatu perkara yang dikaitkan dengan emosi.Meraka juga lbih senang melupakan sesuatu butiran yang berlaku sebelum penukaran emosi berlaku. Oleh itu, wanita lebih senang dipengaruhi oleh emosi. Cadangan telah dikemukakan bahawa wanita dan lelaki menganalisa pengalaman emosi melalui bahangian otak yang berlainan. Bagi kaum wanita, pengalaman emosi lebih dikaitkan dengan ingatan. Seterusnya ialah perbezaan umur. Ingatan tentang emosi negatif lebih senang dilupai apabila umur seseorang meningkat. Akibatnya, warga tua sentiasa berada dalam keadaan yang beremosi positif jika dibandingkan dengan pemuda.

Kesimpulannya, unsur yang paling penting dalam pemprosesan ingatan yang berkaitan dengan emosi ialah amygdala. Bahagain yang lain dalam otak seperti perfrontal cortex dan cerebellum juga dikaitkan dengan pemprosesan tersebut.

A127257 NORIZA LJ08

Asalamualaikum dan sejahtera kepada semua terutamanya kepada pensyarah iaitu D.r Ahmad zamri bin Mansur dan rakan-rakan seperjuangan sekalian yang masih berseronok Berhari Raya  di Kampung halaman. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambut Hari Lebaran. Kuliah pada minggu ini  agak mencabar dan berbeza berbanding kuliah sebelumnya kerana tajuk ini kami terpaksa memahami dan mendalami tajuk ini tanpa penerangan  daripada pensyarah secara berdepan 'face to face'tetapi menerusi pembelajaran  Audio yang di masukkan dalam spin yang sedikit sebanyak dapat membantu saya dan rakan-rakan.

Jurnal ini dihasilkan di rumah saya sendiri iaitu di dalam keadaan dan suasana di kampung sangat berbeza kerana di kampung agak susah untuk mendapatkan line internet dan dipenuhi oleh sanak saudara yang sangat bising dan riuh rendah,saya juga turut terasa terganggu oleh anak saudara yang ramai tetapi Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghasilkan jurnal ini dengan baik sekali walaupun saya kurang memahami menegenai tajuk ini dengan baik.Tajuk kuliah dan pembelajaran kami pada minggu ini ialah berkaitan  emosi dan motivasi.Walaupun berada dikampung saya berusahauntuk memahami kuliah ini dengan sebaikkanya dan didapati kuliah ini sangat menarik untuk dipelajari.Tajuk ini sangat menarik kerana saya beranggapan emosi dapat memotivasikan dan mendorong kita dalam melakukan sesuatu tindakan.

Seterusnya saya akan menghuraikan berkaitan tajuk Kuliah pada minggu ini.Perasaan atau Emosi mempengaruhi  motivasi  kita. Hubungan di antara emosi dan motivasi berlaku tanpa disedari oleh manusia atau individu.Perasaan akan terus berhubung dengan fizikal, lantas akan mempengaruhi tindakan kita. Justeru emosi dan motivasi mempunyai perkaitan yang rapat. Emosi terdiri daripada dua bentuk samada positif atau negatif. Tidak pernah wujud emosi yang neutral  di dalam diri seseorang individu itu

Melalui pembelajaran pada minggu ini juga, saya mendapat pengetahuan  yang baru mengenai terdapat tiga teori motivasi. Pertama ialah Teori Iisan yang melibatkan tahap kepuasan hati kedua Teori Proses dan ketiga Teori Pengukuhan atau juga disebut sebagai teori penyokong. Teori persamaan, teri jangkaan dan teori pembentukan matlamat termasuk dalam teori proses. Secara asanya teori ini akan menjelaskan sebab-sebab seorang individu memilih melakukan sesuatu lakuan. Secara am nya, apabila seseorang melakukan sesuatu pastinya mempunyai tujuan atau matlamat yang ingin dicapai.

 

Emosi adalah sesuatu yang perlu, kerana bertindak sebagai peransang kepada motivasi dalam diri kita. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam keadaan yang gembira,suka atau senang motivasi dalam diri akan meningkat. Tetapi sebaliknya, sekiranya kita berada dalam keadaanyang muram, yang menyebabkan semua perkara jadi tidak senang akan menyebabkan motivasi dalam diri kita menurun. Oleh itu, dalam usaha mengejar kejayaan dalam hidup pastintya emosi positif serta motivasi yang tinggi amat diperlukan. Apa yang pasti apabila kita berada dalam keadaan emosi yang negatif, motivasi dalam kita akan tidak berada dalam keadaan yang kekal lama.

Emosi juga mendorong kita dalam melakukan sesuatu. Contohnya ketika berumur 12 tahun saya pernah menyertai pertandingan lari di sekolah,semasa pertandingan bermula saya bersungguh dan berlari sekuat hati untuk memenangi pertandingan itu.Oleh sebab saya bertekad untuk memenangi pertandingan tersebut saya jadi saya berusaha sedaya upaya untuk menjadi juara.

Menurut Baron & Logun 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, seseorang yang melakukan pembunuhan adalah bermotifkan untuk mendapatkan wang dan ada juga disebabkan oleh kebencian.Di Kampung saya berlaku sebuah pembunuhan iaitu seorang ayah memukul anaknya sehingga anak dikejarkan ke hospital,selepas setengah jam didapati anaknya telah menamatkan riwayatnya. Semua ini dilakukan adalah berdasarkan kepada emosi yang dihadapinya iaitu perasaan marah terhadap anaknya menyebabkan ayahnya bertindak di luar kawalan sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri. Walaubagaimanapun, tidak dalam semua keadaan, emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Cara kita melahirkan emosi adalah berbeza mengikut masyarakat.Motivasi pula adalah dimana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Samada kita menangani masalah tersebut atapun kita melarikan diri dari masalah yang kita hadapi.

Konsep motivasi dan teori pula adalah, motivasi merupakan faktor-faktor dalaman dan luaran dalam diri kita yang menyebabkan ia bertindak mengikut satu cara yang tertentu pada masa-masa yang tertentu. Pacuan pula adalah sesuatu yang memacu kita dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan keseimbangan dalam badan kita. Insentif adalah matlamat luaran samada menarik atau menolak. Menarik adalah mendorong kita untuk melakukan sesuatu manakala menolak pula ialah menolak kita dari melakukan perkara-perkara tertentu. Emosi dan motivasi adalah berhubungan. Emosi menekankan kepada kebangkitan (arousal) manakala motivasi (action) pula menekankan kepada tindakan.

Selain itu, melaui pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati terdapat empat komponen emosi. Pertama ialah perasaan, kedua Proses Kognitif, ketiga peubahan fisiologi dan keempat ialah tingkah laku yang berkaiatan. Perkara ini merupakan asas kepada pembentukan emosi dalam diri manusia. Namun bagitu apa yang dimaksudkan dengan emosi mempunyai makna yang lebih luas berbanding dengan perasaan. Melalyui pembelajaran ini,saya menagetahu terdapat ramai yang memperkatakan tentang emosi dan motivasi. Sebagai contoh, Baron dan logan menyatakan " emosi todak boleh dipisahkan daripada motivasi. Disamping itu juga, Large et. Al 1992 ada menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motivasi boleh menjadi emosional. Namun ada juga diterangkan bahawa tidak semua emosi akan menjadi pendorong  untuk kita melakukan sesuatu perkara dan ada juga di sebut tetnag tidak semua pendorong adalah berasaskan kepada emosi.

 

Pada kebiasaannya, emosi akan bertindak balas daripada adaptasi yang dijalankan terhadap diri. Persekitaran dan proses komunikasi meerupakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan satu tindak balas berlaku. Persekitan yang yang tenang akan membantu kita dapat berfikir secara lebih baik berbanding persekitaran yang agak teganag. Sebagai contoh apabila kita berada dikawasan yang agak selesa, kita dapat melakukan pekerjaaan dengan lebih baik. Berbanding apabila kita berada dalam keadaan yang tidak kondusif akan menyebabkan kita berasa tidak selesa. Perkara ini akan menyebbakan motivasi dalam diri semakin menurun. Perasaan untuk ,elakukan kerja tersebut akan bertukar kepada pertasaan yang bosan. Perkara ini telah membuktikan bahawa persekitan berkaitan dengan motovasi diri.

Abraham Maslow telah mengeluarkan teori berkaitan keperluan-keperluan manusia.keperluan-keperluan itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Diikuti pula oleh keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan penyempurnaan kendiri.

Kita hanya tahu, motivasi sebagai cara untuk memberi semangat kepada kita. Namun, kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan motivasi dalam konteks yang sebenar. Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai maklumat-maklumat yang tertentu. Perkara ini boleh juga dikatakan sebagai satu proses bagi mencapai matlamat atau tujuan kita menghadapi sesuatu perkara. Konsep motivasi  sememangnya agak sukar untuk difahami secara menyeluruh keraba kesannya tidak dapat diketahui secara langsung.

Kesimpulannya kuliah pada minnggu ini adalah sangat bermakna dan berbeza walaupun tidak secara 'face to face.. Saya juga berharap agar kehidupan saya pada masa akan datang akan bertambah baik dan sentiasa mempunyai motivasi diri yang tinggi.Emosi yang kuat mampu menjadi motivasi untuk kita berjaya dalam tindakan kita. Emosi dan motivasi juga merupakan faktor yang amat penting untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua keadaan.  

 

 

 

 

 

 

 


A124901 NURUL LJ08

Salam Aidilfitri, salam lebaran saya ucapkan kepada pensyarah tersayang, Encik Zamri dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Walaupun sudah seminggu kita menyambut Aidilfitri, bahangnya masih terasa kerana masih ada di antara kita yang masih beraya dan saling berziarah antara rakan-rakan dan sanak saudara.

Sungguhpun kita bercuti menyambut Aidilfitri yang hadir selepas genap sebulan kita berpuasa, Alhamdulillah, kita masih punya peluang untuk menuntut ilmu berbekalkan idea dan hasil kerja pensyarah tersayang dengan adanya kehebatan teknologi masa kini. Pada kali ini, kita mempelajari tajuk seterusnya dalam kursus ini melalui web blog yang sememangnya tidak asing lagi bagi pelajar yang sememangnya mengikuti set 3 ini yang turut disertakan rakaman audio. Pembelajaran alam maya bagi menggantikan kelas yang tidak dapat diadakan.

Pada minggu yang bertuah dan penuh teknologi ini, kita mempelajari tentang tajuk emosi dan motivasi. Tujuan kita mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi, dan memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi. Menurut apa yang dipelajari, emosi didefinisikan sebagai nadanya yang berkesan. Ianya sama ada positif atau negative, tidak pernah pula neutral. Manakala motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku.

Seperti apa yang pernah kita pelajari di awal kuliah bagi kursus ini, Baron & Logan ada menyatakan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Selalunya apa yang kita lakukan, baik buruk mahupun terpuji, kebanyakannya berlandaskan emosi. Sebagai contoh, manusia sanggup membunuh kerana hasad dengki dan dendam yang mendalam terhadap individu yang menjadi mangsanya. Ada juga orang yang sentiasa tersenyum dan gembira sehingga sanggup membelanja teman sekerja kerana terlalu riang dengan berita gembira yang diperoleh seperti bakal menimang cahaya mata. Jika emosi yang positif, tiada salahnya diikuti kerana ianya menghasilkan perbuatan yang positif. Sebaliknya jika emosi yang dialami adalah negatif, perbuatannya yang terhasil adalah negative jika tidak disandarkan motivasi dalam melakukan sesuatu perbuatan ketika berhadapan dengan emosi negative terbabit. Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Lang et al yang mana emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Mereka yang bertindak secara emosional tidak dapat menghasilkan perilaku yang baik malahan hanya akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

Selain daripada itu, emosi juga dikenali sebagai satu keadaan ghairah yang melibatkan perubahan wajah dan tubuh, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap tindakan, smeua dibentuk oleh peraturan budaya. Emosi berfungsi sebagai respon adaptif tubuh kita untuk peristiwa di persekitaran dan membantu mereka dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Manakala motivasi pada sudut pandangan Bickhard ialah aspek proses pemilihan. Manakala menurut Mook pula, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain - apa proses pemilihan jalannya aktiviti lebih lanjut, kegiatan interaktif lebih lanjut.

Dalam pecahan tajuk ini juga terdapat beberapa teori yang diajari iaitu naluri, teori ghairah, teori humanistic. Naluri ialah yang terpelajar, mewarisi pola aksi tetap tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan jenis tertentu. Manakala ghairah adalah keadaan fisiologi dan psikologi yang terjaga. Dan Abraham Maslow menyarankan bahawa motif terbahagi dalam beberapa tingkatan dari dasar untuk bertahan hidup perlu keperluan psikologi dan pemenuhan diri.

Setelah mempelajari tajuk ini, banyak perkara yang telah saya pelajari selain daripada perkaitan antara emosi dan motivasi. Saya juga amat tertarik dengan kata-kata 'qoute' iaitu "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action" dan bersetuju dengannya.

 

Listen

Read phonetically

 

Listen

Read phonetically

 

 


Friday 17 September 2010

A128123 Ruhil LJO8

Pada kuliah ini juga saya mempelajari teori motivasi seperti motivation, drive dan incentive. Manakala masih lagi tertdapat beberapa konsep seperti instinct, arousal, humanistictheory dan unconscious motivation. Instict merupakan motif yang terbina daripada dalaman. Arousal dapat diterangkan seperti seorang individu yang dimotivasikan untuk menstabilkan atau mengekalkan tahap optimum arousal. Humanistik pula menerangkan tentang teori hierarki keperluan. Seterusnya, insentif pula merupakan faktor seperti kewangan atau bukan kewangan yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu juga dianggap sebagai alasan untuk memilih sesuatu pilihan. Jenis-jenis insentif yang di senaraikan ialah kewangan, moral, paksaan dan naluri. Naluri dapat diterangkan melalui tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan tertentu. Teori Humanistik yang diterangkan oleh Abraham Maslow menerangkan motif terbahagi kepada beberapa peringkat atau tingkat tertentu seperti keperluan psikologi dalam meneruskan atau bertahan dalam kehidupan dan keperluan diri. Keperluan psikologi dapat diterangkan dengan keperluan kasih sayang, teman dalam kehidupan. Keperluan asas atau basic dapat diterangkan dengan keperluan harian kita seperti air, udara dan makanan dan tempat perlindungan untuk hidup. Manakala 'self-fulfillment needs' ialah pencapain individu dalam kehidupannya seperti potensi dirinya. Sekian, ini merupakan apa yang saya fahami sepanjang kuliah emosi, sikap dan motivasi. # End


A127070 Sakinah LJ08

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri dan rakan-rakan sekalian. Kemeriahan aidilfitri sememangnya melekakan semua orang tetapi ia tidak boleh menjadi faktor untuk menghalang kita daripada melakukan tugasan yang diberikan. Pada minggu ini, kuliah yang diberikan berbeza dengan kuliah-kuliah kami yang sebelumnya. Hal ini kerana, nota kuliah disertakan dengan rakaman suara pensyarah sebagai menggantikan ketiadaan pembelajaran kuliah di kelas.

            Tajuk kuliah pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Tajuk ini mengajar kami untuk memahami tentang perkaitan antara emosi dan motivasi. Emosi ditetapkan oleh sesuatu nada sama ada dalam keadaan positif atau negatif. Emosi berfungsi sebagai respon adaptif tubuh kita untuk peristiwa di persekitaran dan membantu mereka dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Untuk tindakan, emosi membangkitkan kita untuk bergerak, mengambil tindakan, dan mengatasi. Manakala motivasi pula bermaksud kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku. Motivasi adalah aspek pemilihan proses (Bickhard, 1997). Motivasi juga menjangkakan apa yang mungkin. Motivasi adalah apa yang membuatkan seseorang melakukan sesuatu hal daripada yang lain dan juga apakah proses pemilihan aktiviti yang selanjutnya (Mook, 1996).

Seperti mana yang kita tahu, emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fsiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Dalam tajuk kali ini, ia menekankan pada komponen yang keempat. Menurut Baron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, kita boleh melihat perkaitan antara emosi dan motivasi melalui kes pembunuhan iaitu seseorang membunuh dengan motif untuk mendapatkan wang dan kerana kebencian. Selain itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar mesej dan menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.

            Namun begitu, bukan semua keadaan emosi menjadi pendorong (motivasi) dan bukan semua pendorong (motivasi) berasaskan kepada emosi seperti belajar dengan bersungguh-sungguh atau makan dengan kuantiti yang banyak. Terdapat dua teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Teori yang pertama ialah teori James Lange. Teori ini mengatakan bahawa emosi akan timbul selepas perubahan tingkah laku. Manakala teori Cannon mengatakan bahawa tingkah laku akan berlaku selepas adanya emosi.

            Terdapat tiga konsep dan teori motivasi. Teori pertama ialah Motivasi iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan seseorang bertindak dengan cara tertentu pada masa yang tertentu. Teori yang kedua pula ialah dorongan iaitu  keadaan dalaman atau impuls yang mengaktifkan perilaku untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan homeostasis. Homeostasis ialah keadaan dalaman tubuh yang harus dijaga dengan teratur. Haiwan didapati sering bertingkah laku sesuai dengan keperluan dalaman mereka (misalnya, meningkat atau menurunnya kalori dan dorongan untuk garam). Namun, homeostasis tidak dapat menjelaskan semua dorongan. Teori yang ketiga pula ialah Tujuan Insentif iaitu luaran yang menarik atau mendorong perilaku. Insentif adalah setiap faktor  sama ada kewangan atau bukan kewangan yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau dianggap sebagai alasan untuk memilih satu pilihan dengan alternatif. Jenis insenitf ialah kewangan, moral, dan koersif.

            Perkaitan antara emosi dan motivasi secara umumnya ialah emosi berkaitan tentang perasaan seseorang manakala motivasi melibatkan tindakan seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu emosi dan keadaan.

            Kesimpulannya, saya berperndapat bahawa tajuk kuliah pada minggu ini memberi maklumat yang berguna berkaitan dengan perkaitan antara eosi dan motivasi. Malahan, kita dapt memberzakan keadaan di mana sesuatu perkara itu didorong oleh emosi atau tidak. Emosi dan motivasi juga mempunyai maksud yang berbeza serta kita tahu bahawa emosi merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada motivasi kerana perasaan seseorang terhadap sesuatu biasanya akan membuatkan seseorang itu terdorong unutk melakukan sesuatu perkara. Sekian.


a128782 azlin ljo8

Assalamualaikum…..

Minggu ini merupakan hari cuti….walaupun begitu cuti tidak bermakna semua kerja akan tergendala tetapi ada juga tugas yang diberikan daripada prof….walau telah terlambat saya ingin mengucapkan selamat  hari  aidilfitri kepada dr. ahmad  zamri dan rakan-rakan yang lain.

Tajuk kuliah yang seterusnya ialah emosi dan motivasi…. Emosi didefinasikan sebagai perasaan positif atau negative tetapi bukan bersifat neutral. Motivasi pula ialah satu daya usaha yang akan mendorong untuk melakukan sesuatu perkara. Perasaan merupakan salah satu daripada komponen emosi.4 elemen, elemen tersebut ialah perasaan, perasaan kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku,…..

Emosi mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu sama ada kebaikan atau keburukan. emosi adalah lebih luas maksud daripada perasaan. 

Sebagai contoh apabila ditertawakan kerana tidak pandai membonceng basikal maka ia akan menjadi pendorong seseorang supaya lebih berusaha sehingga Berjaya. Peristiwa ini telah belaku kepada adik saya sendiri dimana dia telah ditertawakan hingga dia belajar hingga mampu membawa basikal dengan jayanya dalam masa  lima hari sahaja. Oleh itu, boleh kita katakana bahawa emosi itu membawa  kepada motivasi atau akan memotivasikan diri kita sehingga Berjaya. Walaubagaimanapun tidak semua emosi itu akan akan memotivasikan diri kita tetapi sebaliknya. Sebagai contoh apabila kita kehilangan orang tercinta(kematian) maka motivasi dalam diri kita akan menurun dan mungkin juga ia akan menggangu kehidupan kita. oleh sebab itu orang yang mempunyai motivasi yang tinggi akan berjaya.  

kesimpulannya, emosi memainkan peranan yang penting dalam mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu sebaik mungkin. jsteru kita memerlukan dorongan supaya lebih berjaya.

sekian.... selamat hari raya:)


A134381 Abu Bakar LJ08

Salam Aidilfitri dan Salam 1 Malaysia. Pada minggu ke-lapan
pengkuliahan kami, kelas telah jatuh pada 29 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 7
September 2010. Maka majoriti pelajar ingin pulang ke kampung lebih awal supaya
berpeluang untuk berpuasa dan bersedia menyambut hari lebaran bersama keluarga.
Mujur pensyarah kami, Dr. Ahmad Zamri Mansor sangat bertimbang rasa dan
membatalkan kelas lalu menggantikan kelas melalui alternatif yang begitu
istimewa dimana beliau menyediakan power point diiringi dengan audio.

Topik kali ini adalah berkaitan dengan Emosi dan Motivasi. Emosi sering dianggap
sebagai sesuatu yang negatif namun sebenarnya ia juga terdapat dalam bentuk
positif kerana emosi tidak bersifat neutral. Manakala motivasi merupakan kajian
tentang tingkahlaku yang mengarahkan seseorang dalam melakukan sesuatu ataupun
dikenali sebagai pemacu atau pendorong dalam melakukan sesuatu. Kadangkala,
seseorang melakukan sesuatu kerana terdorong oleh motivasi seperti belajar.
Seseorang itu mungkin belajar kerana dia terlalu obses atau sukakan sesuatu yang
dipelajarinya. Maka secara tidak langsung, terdapat unsur emosi disitu seperti
perasaan suka. Ternyata, emosi juga boleh menjadi motivasi terhadap sesuatu
tindakan. Contoh lain, seperti seseorang yang memberikan hadiah kepada orang
yang tersayang kerana seseorang itu terdorong oleh perasaan sayang terhadap
individu tersebut.

Seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu tanpa sebarang emosi. Sebagai contoh,
jika dia diarahkan untuk menyambung pelajaran terhadap bidang yang tidak
diminatinya, dia mungkin tidak dapat melakukannya dengan cemerlang kerana
tindakannya tidak seiring antara emosi dan motivasinya. Ini kerana tidak semua
emosi adalah pendorong. Selain itu, cara dalam menterjemahkan emosi adalah
berbeza-beza dan bergantung juga kepada budaya. Emosi juga adalah tindakbalas
yang disesuaikan mengikut keadaan sekeliling. Ia juga boleh mengkomunikasikan
perasaan seseorang itu kepada orang lain. Motivasi pula adalah pemilihan dalam
mengambil tindakan terhadap sesuatu situasi sama ada positif mahupun
negatif, bergantung kepada rasional dan penilaian seseorang itu. Ia juga
jangkaan kepada apa yang berkemungkinan akan berlaku.

Konsep dan teori motivasi adalah menerangkan bahawa motivasi merupakan sesuatu
faktor yang mengakibatkan seseorang untuk bertindak dalam sesuatu situasi.
'Drive' adalah pacuan atau keadaan dalaman yang mendorong tindakan dan
mengurangkan kehendak dan memulihkan homeostasis. Selain itu, Insentif
pula adalah matlamat luaran yang sama ada yang menarik/mendorong atau
menolak/melarang sesorang untuk melakukan sesuatu. Terdapat konsep lain seperti
instinct yang merupakan motif bawaan dimana ianya bukan lah sesuatu yang
dipelajari malah menjadi lumrah alam seperti binatang yang membina sarang,
haiwan yang mempertahankan diri dan sebagainya.

Teori kemanusiaan pula ada mendedahkan kategori-kategori motif atau keperluan
yang dibahagikan oleh Abraham Maslow seperti kehendak asa, kehendak fisiologikal
dan kehendak diri sendiri. Bagi kehendak asas, terdiri daripada makanan, air,
keselamatan, dan tempat berteduh. Bagi kehendak fisiologi pula adalah kehendak
dimana setiap orang ingin dihargai dah dikasihi seperti mempunyai sahabat
ataupun teman istimewa. Bagi kehendak diri sendiri pula, lebih kepada kepuasan
sesorang dimana keinginan mendapat pencapaian yang baik dalam melakukan sesuatu.
Jelasnya disini, emosi menekankan tentang kebangkitan sesuatu perasaan.
Manakala, motivasi menekankan tentang tindakan yang bakal diambil. Justeru,
jangan biarkan diri bertindak mengikut emosi semata-mata. Perlu ada rasionalnya,
agar tindakan yang diambil tidaklah meninggalkan kesan yang negatif terhadap
mana-mana pihak mahupun terhadap diri sendiri.

A121741 MAS AYU LJ08

Apakah yang dimaksudkan sebagai emosi dan motivasi? Emosi adalah satu label kepada reaksi kompleks yang terhasil disebabkan oleh rangsangan persekitaran, proses kognitif, perubahan fisiologi dan bangkitan perasaan. Motivasi pula adalah satu bentuk desakan dalaman yang membangkitkan dan menggerakkan tingkah laku individu kepada sesuatu matlamat.  Emosi boleh dibahagikan kepada emosi positif dan emosi negatif manakala motivasi pula boleh dibahagikan kepada motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran).

 

Emosi positif seperti gembira akan melahirkan perasaan bahagia manakala emosi negatif seperti kecewa pula akan melahirkan perasaan sedih. Motivasi intrinsik adalah suatu bentuk motivasi yang terhasil disebabkan oleh ransangan dalaman dan ia berkait rapat dengan naluri (instinct) semulajadi manusia; keperluan fisiologi (makan, minum, tidur, seks), kognisi (kepercayaan, jangkaan dan konsep kendiri individu) dan emosi (perasaan). Motivasi ekstrinsik pula terhasil disebabkan oleh pengaruh luaran seperti insentif (kewangan dan sokongan sosial) dan hukuman (dendaan atau penolakan sosial).

 

Apakah kaitan antara emosi dan motivasi? Emosi dan motivasi merupakan 2 komponen yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Emosi dan motivasi boleh diibaratkan sebagai sekeping duit syiling. Emosi dan motivasi boleh bertindak sebagai agen peramal kepada sesuatu tingkah laku. Kedua-dua elemen ini bersifat adaptif sesuai dengan situasi yang dialami seseorang individu. Emosi adalah sebahagian daripada motif kepada motivasi. Emosi juga boleh menjadi sumber tenaga kepada motivasi.

 

Menurut hierarki keperluan Maslow, keperluan fisiologikal merupakan kompenan penting yang mesti dicapai individu bagi memastikan kelansungan hidup. Keperluan ini merupakan keperluan asas dalam kehidupan berbanding keperluan lain. Setelah individu berjaya mencapai kestabilan pada peringkat ini mereka mula memikirkan pula tahap keperluan seterusnya iaitu keselamatan, kasih sayang dan kepunyaan, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Situasi semasa yang dialami oleh individu memotivasikan individu untuk mencapai sesuatu matlamat sesuai dengan keperluan hidup mereka. Individu yang miskin akan termotivasi untuk bekerja keras bagi memastikan mereka dapat memenuhi keperluan asas hidup. Individu yang kaya pula akan termotivasi untuk mencapai penghargaan kendiri atau kesempurnaan kendiri. Mereka akan berusaha mengejar status, penghargaan dan kesempurnaan hidup.

 

Kehidupan kini yang semakin mencabar mendesak individu untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup atau sekurang-kurangnya berada pada tahap kehidupan yang selesa. Keadaan ini lah yang menjadikan individu sanggup untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti hidup. Pernahkah kita terfikir mengapa orang yang telah berkeluarga sanggup menyambung pelajaran lagi walaupun mereka sudah memiliki pekerjaan tetap? Keadaan persaingan hidup kini semakin mencabar. Orang yang gagal berlari seiring dengan perkembangan ekonomi dan teknologi akan ketinggalan, malah hidup melarat.

 

Emosi bimbang tentang masa depan diri dan keluarga memotivasikan golongan ini untuk terus belajar. Kesukaran dan cabaran belajar ketika berkeluarga mampu ditempuhi kerana keazaman yang jitu. Dalam situasi ini, individu sebenarnya memerlukan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi memastikan mereka mampu menempuh cabaran belajar. Motivasi intrinsik mungkin terhasil daripada keinginan individu untuk meningkatkan kualiti hidup, pencapaian diri dan kepuasan hidup yang optimum. Motivasi ekstrinsik dalam konteks ini pula boleh dikaitkan dengan insentif sosial (sokongan isteri atau suami) dan insentif peningkatan tangga gaji pada masa depan. Hal ini menjelaskan bahawa motivasi dan emosi mampu menjadi enzim penjana tingkah laku sama ada bersifat positif atau negatif. Tingkah laku individu adalah selari dengan matlamat yang diletakkan oleh individu sama ada secara lansung atau tidak lansung.

 

Secara keseluruhan dapat dijelaskan di sini bahawa emosi dan motivasi dapat mencerminkan tingkah laku individu. Kita mampu melihat individu sama ada mereka bermotivasi atau tidak bermotivasi bergantung kepada tingkah laku dan ekspresi wajah. Orang yang ceria, bertenaga dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugasan menggambarkan mereka berada pada emosi suka yang akhirnya melahirkan kualiti kerja yang baik, begitu juga sebaliknya. Jadilah individu yang sentiasa bermotivasi dalam mencapai matlamat hidup demi kesejahteraan berterusan.# end