Friday 17 September 2010

A127070 Sakinah LJ08

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri dan rakan-rakan sekalian. Kemeriahan aidilfitri sememangnya melekakan semua orang tetapi ia tidak boleh menjadi faktor untuk menghalang kita daripada melakukan tugasan yang diberikan. Pada minggu ini, kuliah yang diberikan berbeza dengan kuliah-kuliah kami yang sebelumnya. Hal ini kerana, nota kuliah disertakan dengan rakaman suara pensyarah sebagai menggantikan ketiadaan pembelajaran kuliah di kelas.

            Tajuk kuliah pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Tajuk ini mengajar kami untuk memahami tentang perkaitan antara emosi dan motivasi. Emosi ditetapkan oleh sesuatu nada sama ada dalam keadaan positif atau negatif. Emosi berfungsi sebagai respon adaptif tubuh kita untuk peristiwa di persekitaran dan membantu mereka dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Untuk tindakan, emosi membangkitkan kita untuk bergerak, mengambil tindakan, dan mengatasi. Manakala motivasi pula bermaksud kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku. Motivasi adalah aspek pemilihan proses (Bickhard, 1997). Motivasi juga menjangkakan apa yang mungkin. Motivasi adalah apa yang membuatkan seseorang melakukan sesuatu hal daripada yang lain dan juga apakah proses pemilihan aktiviti yang selanjutnya (Mook, 1996).

Seperti mana yang kita tahu, emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fsiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Dalam tajuk kali ini, ia menekankan pada komponen yang keempat. Menurut Baron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, kita boleh melihat perkaitan antara emosi dan motivasi melalui kes pembunuhan iaitu seseorang membunuh dengan motif untuk mendapatkan wang dan kerana kebencian. Selain itu, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar mesej dan menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.

            Namun begitu, bukan semua keadaan emosi menjadi pendorong (motivasi) dan bukan semua pendorong (motivasi) berasaskan kepada emosi seperti belajar dengan bersungguh-sungguh atau makan dengan kuantiti yang banyak. Terdapat dua teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Teori yang pertama ialah teori James Lange. Teori ini mengatakan bahawa emosi akan timbul selepas perubahan tingkah laku. Manakala teori Cannon mengatakan bahawa tingkah laku akan berlaku selepas adanya emosi.

            Terdapat tiga konsep dan teori motivasi. Teori pertama ialah Motivasi iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan seseorang bertindak dengan cara tertentu pada masa yang tertentu. Teori yang kedua pula ialah dorongan iaitu  keadaan dalaman atau impuls yang mengaktifkan perilaku untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan homeostasis. Homeostasis ialah keadaan dalaman tubuh yang harus dijaga dengan teratur. Haiwan didapati sering bertingkah laku sesuai dengan keperluan dalaman mereka (misalnya, meningkat atau menurunnya kalori dan dorongan untuk garam). Namun, homeostasis tidak dapat menjelaskan semua dorongan. Teori yang ketiga pula ialah Tujuan Insentif iaitu luaran yang menarik atau mendorong perilaku. Insentif adalah setiap faktor  sama ada kewangan atau bukan kewangan yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau dianggap sebagai alasan untuk memilih satu pilihan dengan alternatif. Jenis insenitf ialah kewangan, moral, dan koersif.

            Perkaitan antara emosi dan motivasi secara umumnya ialah emosi berkaitan tentang perasaan seseorang manakala motivasi melibatkan tindakan seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu emosi dan keadaan.

            Kesimpulannya, saya berperndapat bahawa tajuk kuliah pada minggu ini memberi maklumat yang berguna berkaitan dengan perkaitan antara eosi dan motivasi. Malahan, kita dapt memberzakan keadaan di mana sesuatu perkara itu didorong oleh emosi atau tidak. Emosi dan motivasi juga mempunyai maksud yang berbeza serta kita tahu bahawa emosi merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada motivasi kerana perasaan seseorang terhadap sesuatu biasanya akan membuatkan seseorang itu terdorong unutk melakukan sesuatu perkara. Sekian.


No comments:

Post a Comment