Saturday 18 September 2010

A124901 NURUL LJ08

Salam Aidilfitri, salam lebaran saya ucapkan kepada pensyarah tersayang, Encik Zamri dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Walaupun sudah seminggu kita menyambut Aidilfitri, bahangnya masih terasa kerana masih ada di antara kita yang masih beraya dan saling berziarah antara rakan-rakan dan sanak saudara.

Sungguhpun kita bercuti menyambut Aidilfitri yang hadir selepas genap sebulan kita berpuasa, Alhamdulillah, kita masih punya peluang untuk menuntut ilmu berbekalkan idea dan hasil kerja pensyarah tersayang dengan adanya kehebatan teknologi masa kini. Pada kali ini, kita mempelajari tajuk seterusnya dalam kursus ini melalui web blog yang sememangnya tidak asing lagi bagi pelajar yang sememangnya mengikuti set 3 ini yang turut disertakan rakaman audio. Pembelajaran alam maya bagi menggantikan kelas yang tidak dapat diadakan.

Pada minggu yang bertuah dan penuh teknologi ini, kita mempelajari tentang tajuk emosi dan motivasi. Tujuan kita mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi, dan memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi. Menurut apa yang dipelajari, emosi didefinisikan sebagai nadanya yang berkesan. Ianya sama ada positif atau negative, tidak pernah pula neutral. Manakala motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku.

Seperti apa yang pernah kita pelajari di awal kuliah bagi kursus ini, Baron & Logan ada menyatakan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Selalunya apa yang kita lakukan, baik buruk mahupun terpuji, kebanyakannya berlandaskan emosi. Sebagai contoh, manusia sanggup membunuh kerana hasad dengki dan dendam yang mendalam terhadap individu yang menjadi mangsanya. Ada juga orang yang sentiasa tersenyum dan gembira sehingga sanggup membelanja teman sekerja kerana terlalu riang dengan berita gembira yang diperoleh seperti bakal menimang cahaya mata. Jika emosi yang positif, tiada salahnya diikuti kerana ianya menghasilkan perbuatan yang positif. Sebaliknya jika emosi yang dialami adalah negatif, perbuatannya yang terhasil adalah negative jika tidak disandarkan motivasi dalam melakukan sesuatu perbuatan ketika berhadapan dengan emosi negative terbabit. Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Lang et al yang mana emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Mereka yang bertindak secara emosional tidak dapat menghasilkan perilaku yang baik malahan hanya akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

Selain daripada itu, emosi juga dikenali sebagai satu keadaan ghairah yang melibatkan perubahan wajah dan tubuh, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap tindakan, smeua dibentuk oleh peraturan budaya. Emosi berfungsi sebagai respon adaptif tubuh kita untuk peristiwa di persekitaran dan membantu mereka dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Manakala motivasi pada sudut pandangan Bickhard ialah aspek proses pemilihan. Manakala menurut Mook pula, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain - apa proses pemilihan jalannya aktiviti lebih lanjut, kegiatan interaktif lebih lanjut.

Dalam pecahan tajuk ini juga terdapat beberapa teori yang diajari iaitu naluri, teori ghairah, teori humanistic. Naluri ialah yang terpelajar, mewarisi pola aksi tetap tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan jenis tertentu. Manakala ghairah adalah keadaan fisiologi dan psikologi yang terjaga. Dan Abraham Maslow menyarankan bahawa motif terbahagi dalam beberapa tingkatan dari dasar untuk bertahan hidup perlu keperluan psikologi dan pemenuhan diri.

Setelah mempelajari tajuk ini, banyak perkara yang telah saya pelajari selain daripada perkaitan antara emosi dan motivasi. Saya juga amat tertarik dengan kata-kata 'qoute' iaitu "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action" dan bersetuju dengannya.

 

Listen

Read phonetically

 

Listen

Read phonetically

 

 


No comments:

Post a Comment