Friday 17 September 2010

A134381 Abu Bakar LJ08

Salam Aidilfitri dan Salam 1 Malaysia. Pada minggu ke-lapan
pengkuliahan kami, kelas telah jatuh pada 29 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 7
September 2010. Maka majoriti pelajar ingin pulang ke kampung lebih awal supaya
berpeluang untuk berpuasa dan bersedia menyambut hari lebaran bersama keluarga.
Mujur pensyarah kami, Dr. Ahmad Zamri Mansor sangat bertimbang rasa dan
membatalkan kelas lalu menggantikan kelas melalui alternatif yang begitu
istimewa dimana beliau menyediakan power point diiringi dengan audio.

Topik kali ini adalah berkaitan dengan Emosi dan Motivasi. Emosi sering dianggap
sebagai sesuatu yang negatif namun sebenarnya ia juga terdapat dalam bentuk
positif kerana emosi tidak bersifat neutral. Manakala motivasi merupakan kajian
tentang tingkahlaku yang mengarahkan seseorang dalam melakukan sesuatu ataupun
dikenali sebagai pemacu atau pendorong dalam melakukan sesuatu. Kadangkala,
seseorang melakukan sesuatu kerana terdorong oleh motivasi seperti belajar.
Seseorang itu mungkin belajar kerana dia terlalu obses atau sukakan sesuatu yang
dipelajarinya. Maka secara tidak langsung, terdapat unsur emosi disitu seperti
perasaan suka. Ternyata, emosi juga boleh menjadi motivasi terhadap sesuatu
tindakan. Contoh lain, seperti seseorang yang memberikan hadiah kepada orang
yang tersayang kerana seseorang itu terdorong oleh perasaan sayang terhadap
individu tersebut.

Seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu tanpa sebarang emosi. Sebagai contoh,
jika dia diarahkan untuk menyambung pelajaran terhadap bidang yang tidak
diminatinya, dia mungkin tidak dapat melakukannya dengan cemerlang kerana
tindakannya tidak seiring antara emosi dan motivasinya. Ini kerana tidak semua
emosi adalah pendorong. Selain itu, cara dalam menterjemahkan emosi adalah
berbeza-beza dan bergantung juga kepada budaya. Emosi juga adalah tindakbalas
yang disesuaikan mengikut keadaan sekeliling. Ia juga boleh mengkomunikasikan
perasaan seseorang itu kepada orang lain. Motivasi pula adalah pemilihan dalam
mengambil tindakan terhadap sesuatu situasi sama ada positif mahupun
negatif, bergantung kepada rasional dan penilaian seseorang itu. Ia juga
jangkaan kepada apa yang berkemungkinan akan berlaku.

Konsep dan teori motivasi adalah menerangkan bahawa motivasi merupakan sesuatu
faktor yang mengakibatkan seseorang untuk bertindak dalam sesuatu situasi.
'Drive' adalah pacuan atau keadaan dalaman yang mendorong tindakan dan
mengurangkan kehendak dan memulihkan homeostasis. Selain itu, Insentif
pula adalah matlamat luaran yang sama ada yang menarik/mendorong atau
menolak/melarang sesorang untuk melakukan sesuatu. Terdapat konsep lain seperti
instinct yang merupakan motif bawaan dimana ianya bukan lah sesuatu yang
dipelajari malah menjadi lumrah alam seperti binatang yang membina sarang,
haiwan yang mempertahankan diri dan sebagainya.

Teori kemanusiaan pula ada mendedahkan kategori-kategori motif atau keperluan
yang dibahagikan oleh Abraham Maslow seperti kehendak asa, kehendak fisiologikal
dan kehendak diri sendiri. Bagi kehendak asas, terdiri daripada makanan, air,
keselamatan, dan tempat berteduh. Bagi kehendak fisiologi pula adalah kehendak
dimana setiap orang ingin dihargai dah dikasihi seperti mempunyai sahabat
ataupun teman istimewa. Bagi kehendak diri sendiri pula, lebih kepada kepuasan
sesorang dimana keinginan mendapat pencapaian yang baik dalam melakukan sesuatu.
Jelasnya disini, emosi menekankan tentang kebangkitan sesuatu perasaan.
Manakala, motivasi menekankan tentang tindakan yang bakal diambil. Justeru,
jangan biarkan diri bertindak mengikut emosi semata-mata. Perlu ada rasionalnya,
agar tindakan yang diambil tidaklah meninggalkan kesan yang negatif terhadap
mana-mana pihak mahupun terhadap diri sendiri.

No comments:

Post a Comment