Saturday 18 September 2010

A126640 Hasliza LJ08

Kuliah pada minggu ini adalah lain daripada minggu-minggu sebelum ini. Walaupun semua sibuk menikmati juadah hari raya kita sebagai pelajar wajib menunaikan amanah yang diberikan oleh pensyarah. Terima kasih Dr. diucapkan kerana berusaha memberikan ilmu yang terbaik kepada kami semua. Saya bersyukur kerana walaupun kuliah tidak diadakan secara berdepan dengan pensyarah tetapi kuliah tetap berlangsung secara audio. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar walaupun line internet agak perlahan di musim perayaan ini.


Tajuk kuliah yang ke 8 pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Pada minggu awal kuliah dahulu kita sudah pun mempelajari tentang apa itu emosi. Minggu ini kita mempelajari pula emosi dan motivasi. Emosi adalah berkaitan dengan nada yang berkesan sama ada positif ataupun negatif tetapi ia tidak neutral. Motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku. Terdapat empat komponen emosi. Salah satu komponennya ialah satu perasaan dalam komponen emosi tersebut. Emosi ini akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Misalnya kita harus bertanya diri sendiri, kenapa kita berada di UKM sebab untuk mencari ilmu. Semua ini sudah pasti dimainkan oleh emosi kita.


Baron dan Logan juga menyatakan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan Lang pula menyatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.Misalnya, kita dapat lihat orang yang suka bergaduh puncanya disebabkan oleh emosi dalam dirinya. Kita dapat lihat tidak semua keadaan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Misalnya kita belajar kerana minat dan makan kerana lapar.


Emosi akan melayani diri kita untuk melakukan kegiatan di linkungan dalam membantu untuk mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain. Emosi ini akan membangkitkan kita untuk bergerak dan mengambil tindakan. Mengikut Bickhard emosi adalah aspek proses pemilihan, menjangkan apa yang mungkin dan membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain. Terdapat 2 teori iaitu teori James lange menyatakan emosi akan timbul selepas perubahan dalam tingkah laku, kedua dari Teori Cannon yang menyatakan bahawa tingkah laku akan berlaku selepas adanya emosi.


Kesimpulannya, kita dapat lihat di sini bahawa emosi mempunyai kaitan dengan perasaan manusia, motivasi adalah tindakan seseorang dalam menghadapi sesuatu keadaan ataupun emosi. Dengan adanya emosi dan motivasi ini kita akan berjaya mengharungi segala yang dihadapi dengan tenang dan selamat. Sekian. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


No comments:

Post a Comment