Saturday 18 September 2010

A134165 ONG YEE PIN LJ07

Bagi kuliah tajuk 'Emosi dan Ingatan', soalan pertama yang ditanya dalam kuliah tajuk ini ialah: Bagaimanakah emosi membantu kita dalam mengingatkan sesuatu? Soalan ini boleh dibahagikan kepada 2 elemen. Yang pertamanya ialah isi kandungan dari segi emosi bagi maklumat yang kita ingin ingatkan. Yang keduanya pula ialah kesan emosi yang muncul daripada proses kita balajar dan mengingatkan perkara tersebut.

 Kita akan meningatkan sesuatu perkara yang mengandungi unsur emosi dengan lebih senang jika dibandingkan dengan perkara yang dikira sebagai perkara bosan. Misalnya, dalam pangalaman saya, perkara yang berlaku semasa zaman kanak-kanak yang dapat saya ingat sekarang biasanya mengandungi emosi yang gembira, sedih, marah dan sebagainya. Manakala perkara yang kurang mempunyai unsur emosi telah kian dilupakan. Kajian terkini telah menunjukkan bahawa emosi adalah unsur yang menyebabkan kita lebih senang mengingatkan sesuatu perkara dan bukan pandangan sendiri terhadap perkara tersebut. Kita akan lebih susah untuk mengingatkan sesuatu yang diikuti dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan emosi yang kuat. Kesan ini lebih jelas bagi kaum wanita. Selain itu, emosi yang positif akan diingati bagi tempoh masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan emosi negatif. Emosi positif turut akan mengandungi butiran ingatan yang lebih teliti.

Seterusnya ialah kesan emosi yang boleh dibahagikan kepada dua, iaitu mood congruence dan mood dependence. Mood congruence merujuk kepada situasi apabila kita mengingati sesuatu emosi yang berkaitan dengan emosi yang kita hadapi sekarang. Contohnya, semasa kita berasa sedih, kita akan teringat pengalaman masa lampau yang turut melibatkan emosi sedih ataupun emosi negatif. Mood dependence pula merujuk kepada faktor kita lebih senang mengingati sesuatu perkara, iaitu emosi yang kita hadapi sama dengan perasaan ataupun emosi yang pernah kita rasa pada masa dahulu. Di samping itu, jika kita cuba untuk mangawal emosi kita pada masa tersebut, ingatan bagi perkara tersebut akan menjadi kabur. Namun, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa emosi mempengaruhi memori kerana faktor asli emosi, iaitu emosi haruslah dirasai adalah penting dalam membuat kesimpulan.

Bahagian dalam otak yang digunakan bagi menjana ingatan yang berkaitan dengan emosi ialah amygdala. Amygdaal ini terlibat dalam proses mengira status emosi bagi sesuatu perkara dan melalui sambungannya dengan otak, ia turut berhubungan dengan pengalaman sensorik serta bertanggungjawab terhadap pengaruh emosi dalam diri kita. Oleh itu, amygdala bertugas untuk memberitahu kita tentang sesuatu emosi dalam perkara tertentu yang biasanya kita tidak memberi perhatian yang sepenuh.

Di samping itu, Umur dan jantina yang berlainan turut akan mempengaruhi proses ingatan emosi seseorang. Wanita lebih pakar dalam mengingati sesuatu perkara yang dikaitkan dengan emosi.Meraka juga lbih senang melupakan sesuatu butiran yang berlaku sebelum penukaran emosi berlaku. Oleh itu, wanita lebih senang dipengaruhi oleh emosi. Cadangan telah dikemukakan bahawa wanita dan lelaki menganalisa pengalaman emosi melalui bahangian otak yang berlainan. Bagi kaum wanita, pengalaman emosi lebih dikaitkan dengan ingatan. Seterusnya ialah perbezaan umur. Ingatan tentang emosi negatif lebih senang dilupai apabila umur seseorang meningkat. Akibatnya, warga tua sentiasa berada dalam keadaan yang beremosi positif jika dibandingkan dengan pemuda.

Kesimpulannya, unsur yang paling penting dalam pemprosesan ingatan yang berkaitan dengan emosi ialah amygdala. Bahagain yang lain dalam otak seperti perfrontal cortex dan cerebellum juga dikaitkan dengan pemprosesan tersebut.

No comments:

Post a Comment