Friday 7 January 2011

A128608 HAZWANI BINTI MOHAMAD TAJUK 2 PEMBELAJARAN STRUKTUR ASAS EMOSI SAYA

Pada 4 dan 5 Januari 2011, bermulalah pembelajaran tentang emosi bagi minggu kedua. Topik pada minggu ini lebih menarik iaitu Struktur Asas Emosi.

Terdapat empat teori yang telah diperolehi hasil dari kajian empat orang saintis yang berbeza pendapat iaitu Plutchik, Tomkin, Darwin, dan Izard. Teori-teori tersebut ialah Teori Asas Emosi daripada Darwin,Teori Emosi Primari Plutchik,Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin, dan Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard. Selain itu terdapat satu lagi teori iaitu Teori Pembelajaran.

Mengikut Teori Asas Emosi Darwin,emosi terdiri daripada emosi primari. Mengikut pandangan Darwin,ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.

Megikut Plutchik, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

Berdasarkan Tomkin's teori beliau mengatakan "what cause what". Hal tersebut bermaksud emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Contohnya senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.

Manakala teori daripada Izard pula beranggapan bahawa emosi adalah sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

Teori pembelajaran pula bercanggah dengan pendapat Izard dimana teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Berdasarkan kelima-lima teori tersebut, saya menyokong teori Plutchik berbanding teori-teori lain. Hal ini kerana apabila saya belajar mengenai teori tersebut secara tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman-pengalaman yang pernah terjadi dalam hidup saya. Ketika saya berada di tingkatan empat, cukup umur saya enam belas tahun, ibu dan abah telah menghadiahkan seutas jam tangan yang saya sangat minat dan masih dijaga baik oleh saya sehingga sekarang. Apabila saya mendapat tahu jam tangan itu milik saya sempena hari jadi saya, saya berasa sangat gembira, lantas saya memeluk ibu dan abah saya sebagai tanda mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai hadiah mereka. Berdasarkan pengalaman tersebut dapat disimpulkan bahawa :

i.                    Bahasa subjektif - emosi gembira

ii.                  Bahasa tingkah laku - memeluk ibu dan abah

iii.                Bahasa fungsian - mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak

Selain itu, baru-baru ini saya telah menonton salah satu cerita kartun animasi BEN 10 di televisyen. Daripada cerita animasi juga dapat menyokong bahawa teori Plutchik adalah logik. Hal ini kerana ketika raksasa jahat datang menyerang Ben 10, Ben 10 berasa tergugat dan timbul perasaan berani dalam dirinya. Daripada perasaan berani timbul satu keyakinan dalam diri si kecil tersebut. Maka, dia berubah menjadi raksasa yang sesuai untuk berlawan dengan raksasa jahat tersebut. Berdasarkan animasi tersebut, dapat juga disimpulkan bahawa;

i.                    Bahasa subjektif – emosi berani

ii.                  Bahasa tingkah laku – berubah menjadi raksasa dan berlawan dengan raksasa jahat

iii.                Bahasa fungsian – keberanian menimbulkan keyakinan mengalahkan raksasa jahat, dan orang ramai terselamat.

Oleh itu, pembelajaran tentang struktur asas emosi ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang emosi malah dapat juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


No comments:

Post a Comment