Monday 3 January 2011

A128145 Rohaida Binti Abdul Latiff Tajuk1 Pengenalan Emosi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
 
Pengurusan emosi.  Subjek U2 yang tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mempelajarinya. Namun, apabila saya mengambil keputusan untuk mengambil subjek pengurusan emosi ini  dan menghadiri kuliah, ternyata subjek ini telah membuka minda saya untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Pensyarah yang mengajar subjek ini ialah Dr. Ahmad Zamri bin Mansor. Sebagai pengenalan tentang subjek ini, pensyarah telah menerangkan tentang tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang semester ini. Kami diberi dua pilihan tugasan samada tugasan 1a atau tugasan 1b untuk tugasan secara individu. Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai pengalaman anda dalam menguruskan sesuatu emosi dalam kehidupan seharian. Tugasan 1b adalah menulis learning jurnal pada setiap minggu selama lima minggu dengan mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman yang dialami.
 
Pada kuliah yang pertama ini, kami telah diperkenalkan tentang pengenalan emosi. Sepertimana yang kita maklum, pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antara emosi yang wujud dalam diri manusia adalah seperti marah, gembira, takut, kecewa, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Ini dapat saya kaitkan dengan pengalaman diri saya dalam menguruskan emosi. Kisah nya bermula pada ambang 2011, dimana saya berasa amat gembira dan bangga kerana masih berpeluang menyambut tahun baru di dalam sebuah negara yang aman dan damai tanpa peperangan. Namun begitu, terselit juga perasaan kecewa apabila melihat di dada-dada akhbar mengenai masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meruncing. Dan saya berpeluang mengikuti program ekspedisi yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dengan kerjasama JAWI dalam menangani masalah sosial remaja pada masa kini. Pelbagai tingkah laku dan perbuatan yang kurang sopan di kalangan remaja yang dapat kami saksikan pada malam tahun baru itu yang membuatkan saya merasa kecewa bercampur marah dengan sikap mereka. Mereka seakan-akan tidak mempunyai sikap malu dan segan untuk melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai. Namun, jauh di sudut hati saya tahu bahawa mereka ini boleh berubah menjadi insan yang lebih baik. Melihat perbuatan yang kurang sopan tersebut, kami seterusnya mendekati mereka dan  memberi nasihat kepada mereka dengan harapan mereka dibukakan pintu hati untuk bertaubat kepada Nya. Pengalaman ini memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk mempraktikkan dan menjalankan kerja-kerja dakwah.
 
Definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), "emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors mediated by neural hormonal system", which can give to affective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour. Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), iaitu seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memberi maksud emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, dan setiap keadaan mental yang hebat. Beliau mengatakan bahawa emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak.
 
Terdapat empat kompenen emosi yang kami pelajari dalam subjek ini. Pertama, emosi membawa kepada pengalaman perasaan seperti perasaan takut, marah dan sedih. Kedua, emosi yang melibatkan proses kognitif iaitu sesuatu yang dilakukan oleh minda.Contohnya, mengenal pasti perasaan takut yang dialami seseorang seterusnya berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ketiga, perubahan fisiologi dalam badan kita seperti jantung berdebar dan tercungap-cungap. Keempat adalah emosi yang berkaitan dengan tingkah laku. Mengenai emosi dan motivasi pula, emosi itu lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, beliau mengatakan bahawa emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Mengikut Lang et al, 1992, beliau menyatakan bahawa emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Walaubagaimanapun, emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Di samping itu, emosi juga dapat dinilai dengan cara menemu bual, melakukan soal selidik dan melakukan teknik kendiri. Emosi tidak boleh diukur tetapi boleh diatasi dengan cara memerhati secara langsung ataupun pengukuran secara fizikal.
 
Daripada kuliah ini, saya telah mempelajari konsep emosi dengan lebih jelas dan dapat mengaitkan emosi dalam kehidupan seharian. Pelbagai langkah dapat dilakukan bagi mengatasi emosi yang negatif agar tidak memakan diri dan pelbagai akibat akan diterima sekiranya tidak menguruskan emosi dengan betul dan bijak. Wassalam...

No comments:

Post a Comment