Tuesday 4 January 2011

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 1 Pengenalan Emosi

Assalamualaikum ,
 
    Hari pertama aku hadir ke kelas pengurusan emosi .Aku berasa sangat teruja kerana ramai kawan menyatakan bahawa subjek pengurusan emosi ini sangat bagus dan seronok .Selain itu juga ,mereka ada mengatakan bahawa subjek ini senang untuk skor .Jadi dengan tidak ragu-ragu ,aku pun memilih subjek ini .Nama pensyarah yang mengajar subjek ini adalah Encik Ahmad Zamri bin Mansor .Pada kelas yang pertama ini ,kami telah diberi kuiz .Dalam kuiz tersebut ,terdapat sepuluh soalan dan setiap soalan terdiri daripada empat jawapan .Dalam jawapan tersebut ,terdapat mimik-mimik muka yang menunjukkan ekspresi muka yang berlainan sama ada lelaki mahupun perempuan .Kami dikehendaki memilih mimik muka yang menarik .Setelah selesai kuiz ini dijalankan ,aku dapati yang aku berada dalam kategori ekspresi muka yang senyum kerana majoriti jawapan aku adalah A .Ini menunjukkan bahawa aku seorang yang suka senyum, peramah dan mudah untuk didekati .Ramai juga pelajar yang lain memilih jawapan yang berlainan .Bagi pelajar yang majoriti jawapannya B ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang terkejut manakala bagi pelajar yang majoriti jawapannya C ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang menjijikkan .Bagi jawapan D ,tiada ekspresi muka yang ditunjukkan .Kuiz ini sangat bagus dan menarik kerana kuiz ini dapat memberitahu sikap seseorang dalam diri mereka melalui pemilihan jawapan yang dipilih .
 
    Setelah itu ,kami telah diberitahu mengenai tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapat markah dalam subjek ini .Kami diberi dua pilihan tugasan ,sama ada tugasan 1a ataupun tugasan 1b .Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai 'pengalaman anda dalam menguruskan emosi dalam kehidupan' .Jurnal ini perlu ditulis sebanyak 10 muka surat dan perlu dihantar pada minggu ke tujuh .Bagi tugasan 1b pula ,kami dikehendaki menulis jurnal pembelajaran bagi setiap minggu mengikut tajuk-tajuk yang telah diajar oleh pensyarah pada minggu tersebut .Bilangan muka surat adalah dua muka surat dan jumlah patah perkataan adalah sebanyak seribu hingga ke dua ribu patah perkataan .Aku telah memilih tugasan 1b kerana bagi aku tugasan ini lebih menyenangkan dan memudahkan .
 
    Untuk kuliah yang pertama ,kami belajar mengenai pengenalan kepada emosi .Pada pendapat aku ,emosi boleh dikaitkan dengan perasaan ,tingkah laku ,serta keadaan disekeliling kita sendiri .Setiap orang menpunyai emosi masing-masing mengikut situasi yang dialami oleh setiap individu tersebut .Sebagai contoh ,Samsul ,seorang pelajar yang sangat pintar .Dia mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor .Dia ingin membuktikan kepada ayahnya bahawa dia seorang yang boleh berjaya .Pada suatu hari ,ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya .Samsul berasa sangat sedih .Dia terlalu sayangkan ayahnya .Dia mahu ayahnya lihat kejayaan yang dia akan perolehi pada masa akan datang ,tetapi apakan daya ,ayahnya tidak sempat untuk melihat kejayaan tersebut .Semenjak dari itu ,kehidupannya menjadi tidak tentu arah .Dia tidak mahu belajar lagi .Dia sudah berputus asa dengan kehidupannya .Keluarganya juga tidak mahu menerimanya lagi sebagai ahli keluarga kerana Samsul sudah berubah menjadi seorang budak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata keluarganya lagi .Daripada cerita ini ,aku dapat lihat bahawa Samsul terlalu sedih diatas pemergian ayahnya dan dia telah berubah dengan sekelip mata .Dia terlalu mengikutkan perasaan sehingga telah merosakkan kehidupannya sendiri .
 
    Dalam kuliah yang pertama ini ,Encik Zamri telah menerangkan defiinisi emosi iaitu interaksi antara faktor-faktor luar yang dipengaruhi oleh pegangan kita ataupun situasi yang menpengaruhi perbuatan kita sendiri .Emosi terbahagi kepada empat kategori .Pertama ,emosi boleh membawa kepada pengalaman perasaan .Kedua ,emosi dapat memahami sesuatu situasi .Ketiga ,perubahan fisiologi dalam badan kita dan yang keempat pula adalah emosi boleh dikaitkan dengan tingkah laku ataupun tindakan yang tertentu .Emosi juga terdiri daripada beberapa komponen penting .Antaranya adalah perasaan ,proses kognitif ,proses fizikal serta tingkah lakuyang berkaitan .Mengikut Lang et al ,1992 ,beliau menyatakan bahawa emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh jadi emotional .Emosi tidak semestinya menjadi pendorong dan pendorong tidak semestinya menjadi emosi .Emosi juga dapat dinilai dengan cara temu bual ,soal selidik dan juga teknik kendiri .Emosi tidak boleh diukur tetapi boleh diatasi dengan cara memerhati secara langsung ataupun pengukuran secara fizikal .Setelah pelajari serba sedikit mengenai istilah mahupun pengenalan kepada emosi ini ,barulah aku sedar bahawa emosi juga banyak mempengaruhi keadaan disekeliling kita .Aku juga dapat mengetahui kategori-kategori serta komponen-komponen yang ada didalam emosi .
 
    Bagi kelas yang seterusnya ,kami telah disuruh untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 orang .Aku berasa sangat gembira kerana dalam membentuk 1 kumpulan ,aku telah mendapat kawan baru .Cerita mengenai kawan baru ini ,ia telah mengingatkan aku tentang minggu mesra pelajar iaitu ketika orientasi pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia .Ketika ini ,aku telah mendapat ramai kawan baru dari pelbagai negeri .Pada mulanya ,aku berasa sangat takut kerana dalam memilih kawan ini ,kita perlu memilih kawan yang betul dan bukanlah kawan yang suka bermain-main kerana kawanlah yang akan menjadi teman rapat kita apabila kita berada dalam kesusahan .Setelah beberapa hari minggu mesra pelajar ini dijalankan ,aku berasa senang bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan ternyata mereka sangat baik dan bukan la jenis orang yang suka bermain-main .Tambahan pula ,aku berasa sangat gembira kerana mereka bukan sahaja baik ,tetapi mereka juga sering mengambil berat tentang diri aku .Nama kumpulan aku adalah 'bersamamu' dan ahli kumpulan aku adalah terdiri daripada Siti ,Zahra ,Liyana dan aku sendiri .Tajuk kajian kami adalah mengenai bagaimana pelajar yang sudah kematian orang tersayang menguruskan emosi dalam kehidupan mereka .Selain itu juga ,terdapat beberapa kumpulan lain yang membentangkan tajuk kajian mereka .Antaranya adalah kumpulan yang bernama 'kami kisah' yang telah membentangkan tajuk kajian mereka yang bertajuk masalah yang dihadapi dalam kalangan anak luar nikah .Bagi kumpulan yang seterusnya ,mereka telah mengelarkan nama kumpulan mereka iaitu 'happy go lucky' .Mereka telah membentangkan tajuk kajian mereka iaitu pengurusan emosi dalam kalangan anak-anak yatim .Setiap kumpulan telah membentangkan tajuk kajian mereka dengan penuh bersemangat dan menerangkan isi-isi mengenai tajuk kajian mereka yang padat serta menarik .
 
Sekian .

No comments:

Post a Comment