Saturday 9 October 2010

A124901 NURUL LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada warga kursus Pengurusan Emosi Set 3 khususnya pensyarah tercinta, Encik Ahmad Zamri yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita semua. Alhamdulillah, pada minggu ini kita telah mempelajari satu lagi tajuk yang pada saya ianya sangat menarik kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Tajuk yang dipelajari ialah mengurus emosi bagi individu, keluarga, tempat kerja dan organisasi.

Menguruskan emosi dengan baik bagi individu terutamanya dalam keluarga adalah merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan. Ianya bertujuan untuk membentuk keluarga yang bahagia dan menangani emosi dalam keluarga sekaligus dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga. Untuk menguruskan emosi dalam keluarga, tunggak keluarga, terutamanya bapa, begitu juga ibu, harus bijak mengawal emosi, di samping mengamalkan sikap saling memahami antara satu sama lain, memaafkan, tolong-menolong di antara satu sama lain dan yang penting saling menyayangi sesame sendiri. Pengikat kasih keluarga adalah kasih sayang dan pemahaman selain daripada saling bertolak ansur dan semestinya pengurusan emosi tidak boleh diketepikan. Ada masa dan ketikanya, emosi individu dalam keluarga terganggu dan seharusnya ia ditangani dengan sebaiknya bagi mengelakkan keadaanmenjadi lebih parah dan membawa keretakan rumahtangga. Kita sedia maklum, antara lelaki dan wanita, wanita mempunyai daya pemahaman lebih tinggi bagi memahami perasaan berbanding lelaki itu sendiri. Selalunya wanita lebih cenderung untuk menggunakan kiasan dalam menyampaikan sesuatu, sedangkan lelaki lebih gemar berterus terang tanpa selindung. Saya sendiri sebagai perempuan sememangnya mengakui bahawa saya sendiri lebih suka berkias untuk menyampaikan sesuatu terutamanya jika ia membabitkan perasaan. Hal ini kerana mungkin perempuan memiliki sifat malu yang tinggi, dan enggan digelar sebagai seorang yang cakap lepas. Perempuan lebih suka diri difahami. Sebaliknya lelaki tidak sebegitu. Mereka ternyata lebih 'outspoken' dan bagi mereka apa yang mereka dengar, itulah yang mereka faham kerana kemampuan lelaki menginterpretasikan sesuatu adalah tidak sebaik wanita. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga,mahupun sudah mendirikan rumah tangga, baik lelaki mahu pun wanita mereka seharusnya belajar untuk memahami pasangan masing bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari,lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan emosi. Sebaiknya segala masalah diselesaikan melalui perbincangan,berterus-terang agar tiada konflik dalaman yang berlaku kerana memendamkan masalah boleh memudaratkan diri dan perhubungan itu sendiri. Pembentukan keluarga yang kukuh dan bahagia sekaligus akan membawa kebaikan kepada anak-anak mereka dan dapat mengurangkan berlakunya gejala social.

Selain daripada menguruskan emosi dalam keluarga, menguruskan emosi dalam masyarakat, tempat kerja dan organisasi juga sangat penting. Selagi kita berhubung sesame manusia,sama ada dalam bilangan yang kecil mahupun dalam komuniti yang besar, semestinya perkara yang berkaitan dengan emosi baik emosi positif, juga emosi negative tidak dapat dielakkan.

Emosi mempunyai kaitan yang rapat dengan motivasi kerja. Emosi memainkan peranan penting dalam membuat keputusan selain daripada penerimaan mesej daripada pihak pengurusan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum, emosi yang positif mahupun negative sememangnya akan memberikan kesan terhadap apa jua yang kita lakukan,jika kita tidak mengendalikan emosi dengan motivasi sebaik mungkin. Jika berada dalam keadaan yang gembira dan tenang, emosi kita berada dalam keadaan yang baik dan hasilnya, kita mampu membuat keputusan yang baik dan memberikan hasil kerja yang baik serta hubungan di antara pekerja mahupun majikan juga akan baik. Sebaliknya, jika emosi berada dalam keadaan yang tidak terkawal, pelbagai masalah mungkin berlaku dan ini akan merosakkan perestasi pekerja itu sendiri.

Semakin lama kita mempelajari bab emosi, semakin banyak ilmu yang kita dapat adaptasikan dalam kehidupan seharian selain membuatkan kita menjadi seorang yang lebih rasional dan positif dalam melakukan sesuatu sama ada dalam keluarga, komuniti,tempat kerja mahupun secara individu itu sendiri. Saya begitu tertarik dengan kata-kata Marya Mannes iaitu 'the sign of an intelligent people is their ability to control emotions by the application of reasons'. Benar, hanya mereka yang benar-benar bijak sahaja mampu mengawal emosi, mengaitkan emosi dengan motivasi, bukan menjadikan emosi sebagai motivasi.

 


No comments:

Post a Comment