Saturday 9 October 2010

A134147NurulLJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


            Pada minggu ini yang baru dipelajari ialah emosi di tempat kerja dan keluarga. Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain. Matlamat pembentukan keluarga bagi setiap pasangan suami isteri ialah agar dapat mencapai kebahagiaan, melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat yang aman dan sentosa dan seterusnya membentuk keluarga yang harmonis. Ketenteraman akan hanya wujud dengan adanya sebuah keluarga yang sihat, dipenuhi kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Emosi bergantung kepada situasi di mana seseorang berada. Rumah adalah satu contoh situasi yang mengandungi pelbagai sumber ransangan ke atas emosi. Maka, emosi suami, isteri dan anak-anak dalam satu institusi keluarga itu boleh berubah-ubah mengikut situasi di rumah.


            Jika emosi negative tidak dapat dikawal dan diurus , maka akan timbul banyak masalah dalam rumahtangga tersebut. Sebagai contoh, suami marah, isteri pun marah juga, akhirnya rumahtangga akan jadi medan peperangan. Sebaliknya, jika emosi positif diamalkan hubungan kasih sayang suami isteri bertambah baik. Sebagai contoh,  ibu dan ayah saya memang saling menghormati antara satu sama lain dan mereka saling bersependapat. Contoh lain ialah anak-anak haruslah mengamalkan emosi positif terhadap kedua orang tua mereka dengan cara mendengar nasihat mereka, hormat terhadap mereka dan mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap mereka.


            Kesimpulannya, mengurus emosi keluarga adalah penting ke arah pembentukan keluarga yang bahagia.

No comments:

Post a Comment