Saturday 9 October 2010

A132529 Siti Nurliyana LJ11

Dalam mana-mana organisasi pun, pasti wujudnya aspek emosi yang akan menetukan berjaya atau tidaknya organisasi tersebut. Begitu juga bagi institusi kekeluargaan. Dalam usaha mengekalkan hubungan yang baik antara keluarga, emosi setiap pihak perlu dijaga dan dipantau. Seperti yang sedia maklum, keluarga terdiri dari ibu bapa, adik beradik, anak-anak, bapa da ibu saudara, datuk dan juga nenek.

Perkara ini menjadi tumpuan topik kami pada minggu ini. Tajuknya ialah pengurusan emosi kekeluargaan. Keluarga terwujud apabila dua insan iaitu si lelaki dan si wanita mendirikan rumah tangga. Kebanyakan perkahwinan adalah hasil putik cinta dua insane tersebut. Namun begitu, ada juga perkahwinan yang dilangsungkan secara paksa atau bukan pilihan sendiri. Sukar bagi mereka untuk memperoleh kebahagiaan jika tidak mampu menerima diri pasangan mereka seadanya. Oleh itu, antara penghubung emosi yang paling baik ialah dengan menguntumkan senyuman kepada suami atau isteri secara ikhlas setiap hari. Dengan langkah yang mudah ini saja, kita mampu membuahkan perasaan gembira kita yang menunjukkan betapa bahagianya diri ini.

Seterusnya, perasaan kasih sayang memang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tiada manusia yang tidak dahagakan kasih sayang,tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Apabila satu pasangan itu berkahwin, mereka tentulah menginginkan anak yang soleh, masa depan yang cerah dan hidup yang senang dan bahagia. Untuk mencapainya, mereka perlu bertolak ansur dan tidak terlalu berkira dengan satu sama lain dan juga dengan keluarga mertua. Walaubagaimanapun, bagi setiap keluarga pasti akan datang juga masa di mana mereka ditimpa musibah yang sangat mencabar jiwa raga mereka. Seperti keluarga yang kematian bayi perempuan yang baru berusia 4 hari akibat bahaman monyet tempoh hari. Siapa sangka malapetaka begitu akan mendatangi mereka. Dalam situasi sebegitu, keluarga itu tentulah rasa sedih, terkilan dan marah. Emosi mereka akan menjadi tertekan dan berisiko tinggi membawa kepada pergaduhan sesame mereka. Namun sabenarnya ketika mendapat kesusahan begitu, hanya keluargalah tempat kita bergantung kerana tiada siapa yang memahami perasaan kita kecuali darah daging kita sendiri.

Apa akan terjadi jika sebuah famili itu tidak dijaga dengan baik? Suami isteri bergaduh, hilang kepercayaan antara satu sama lain, hubungan mula renggang, berlaku penceraian, anak-anak hilang arah tuju dan akhir sekali, hilang kasih sayang. Macam-macam boleh berlaku namun ini tidak termaktub kepada keluarga yang retak sahaja. Malah keluarga yang kelihatan rapat sebenarnya boleh mendapat gangguan ketenteraman jika pengurusan emosi keluarga tidak terjaga. Saya teringat akan sebuah iklan Hari Raya di kaca televisyen beberapa tahun dahulu. Kisahnya tentang bapa yang sudah tua dijaga oleh anak perempuannya di rumah ketika ada penyelenggaraan di rumah warga tua bapanya. Anak perempuan itu sanggup membiarkan ayahnya sendiri makan di luar rumah bersama kucing semata-mata kerana ayahnya sudah tidak kuat lagi dan sering mengotorkan rumah ketika makan. Pada halnya, wanita itu amat rapat dengan si bapa ketika kecil. Janganlah kita jadi anak yang tidak kenang budi dan derhaka seperti itu. Sesungguhnya ibu bapa kita tiada ganti. Oleh itu, layanlah mereka dengan baik sebagaimana kamu ditatang bagai minyak yang penuh ketika kecil dahulu.

Kesimpulannya, pengurusan emosi dalam keluarga amat penting terutama bagi kita di Malaysia kerana masyarakat kita wajar menjadi golongan yang penyayang dan mengutamakan keluarga.

No comments:

Post a Comment