Saturday 9 October 2010

A132516 ctzara LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri, pensyarah pengurusan emosi.
    Tajuk kuliah pada kali ini ialah mengurus emosi dari aspek individu dan keluarga. Dalam membentuk pembangunan keluarga yang bahagia, emosi dalam keluarga perlu di tangani dengan baik. Selain itu, cinta dan perkahwinan juga penting dalam menjamin keluarga bahagia. Hal ini kerana cinta atau kasih sayang bermula daripada senyuman, berkembang dengan ciuman dan berakhir dengan air mata. Namun, bukan setiap prcintaan berakhir dengan tangisan tetapi ada juga sebahagian yang berakhir dengan kegembiraan hingga akhir hayat. Hal ini dapat dibuktikan dengan kisah percintaan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berkekalan hingga ke syurga.
    Konsep sebuah keluarga bahagia ialah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong-menolong, berkasih-sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara suatu sama lain. Matlamat pembentukan keluarga adalah mencapai kebahagiaan, melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat aman dan sentosa serta membentuk keluarga harmonis.
    Terdapat beberapa peranan emosi yang perlu dititik beratkan dalam pembentukan keluarga bahagia, antaranya adalah emosi bergantung kepada situasi di mana seseorang berada. Contohnya, rumah adalah situasi yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi. Jika emosi negatif tidak dikawal dan diurus akan menimbulkan banyak masalah dalam rumahtangga. Sebaliknya, jika emosi positif disuburkan, hubungan kasih sayang suami isteri akan semakin bertambah baik. Oleh itu, suami isteri berperanan penting dalam mengawal emosi masing-masing agar rumahtangga bahagia dan terjamin.
    Emosi dalam keluarga dapat ditangani dengan mengaplikasikan EI dalam kehidupan keluarga. Cara mengaplikasikan EI adlah memberi kesedaran dalam diri, menguruskan diri, empati, dan mengurusakan perhubungan. Emosi positif dapat di tangani dengan melahirkan rasa dihargai dan menghargai, rasa gembira, rasa puas, rasa dihormati dan menghormati, dan rasa berguna. Manakala, emosi negatif dilahirkan daripada pereasaan bimbang, takut-takut, tertekan, rasa bosan, rasa tidak terkawal, dan rasa meluat.
    Terdapat 10 panduan ke arah keluarga bahagia iaitu memasuki sebuah perkahwinan dengan hati yang ikhlas dan sentiasa memperbaharui hubungan setiap hari. Selain itu, ingat bahawa pasangan anda adalah saudara seislam, tidak berpegang pada tanggapan yang tidak betul, memberi yang terbaik kepada pasangan, jadikan pasangan sebagai teman baik, luangkan masa yang bermanfaat bersama pasangan, sentiasa meluahkan perasaan, mengakui kesalahan dan mohon keampuanan pada pasangan, tidak mengungkit kesalahan dan kenangan pahit yang lalu, sentiasa memberi kejutan antara satu sama lain, dan mestilah mempunyai sifat kemanusiaan.
    Kesimpulannya, emosi dalam sesebuah keluarga amat penting dalam menjamin keluarga bahagia. Emosi perlu bijak dikawal antara pasangan. Oleh itu, suami isteri perlu bekerjasama dalam menjalani kehidupan bersama tidak dalam keadaan senang atau susah.
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment