Saturday 9 October 2010

A134381 Abu Bakar LJ11

Pada minggu ini saya telah mempelajari satu ilmu yang baru.Ilmu tersebut amat
penting bukan sahaja bagi saya tetapi juga bagi setiap manusia.Sesi perkuliahan
kali ini saya telah didedahkan kepada satu ilmu yang amat menarik iaitu
pengurusan emosi di dalam keluarga.Setiap orang semestinya akan mempunyai
keluarga masing-masing suatu hari nanti dan pengurusan emosi dalam keluarga ini
amat penting bagi memastikan bahawa keluarga yang di bina sentiasa berada dalam
keadaan yang bahagia dan harmoni.Selain itu,pengurusan emosi dalam keluarga
turut mendorong ke arah pembentukan keluarga yang bahagia kerana apabila sesuatu
masalah telah melanda keluarga kita akan dapat menyelesaikan apa jua masalah
yang di hadapi.Jadi dengan adanya ilmu dalam pengurusan emosi tersebut kita
dapat menangani emosi-emosi dalam keluarga,seterusnya hal adalah merupakan satu
panduan ke arah kebahagiaan keluarga.

Adakah kita mengetahui apa sebenarnya maksud keluarga bahagia itu?Keluarga
bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat
dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan
damai mendamaikan antara satu sama lain (Hasnan Kasan, 2006).Kita semestinya
tahu apakah matlamatnya kita membentuk satu keluarga yang bahagia kerana
tujuannya adalah untuk kita mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga serta
melahirkan dan mempunyai anak-anak yang soleh.Kebiasannya ketenteraman hanya
akan wujud dengan adanya sebuah keluarga yang sihat,dipenuhi kasih sayang dan
penuh tanggungjawab.Disamping itu,pengurusan emosi dalam keluarga ini bukan
sahaja dapat melahirkan keluarga yaang bahagia namun ia turut dapat mewujudkan
sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia setiap individu dalam
sesebuah keluarga itu perlu dalam memainkan peranan sendiri.Namun
begitu,individu dalam keluarga seperti suami,isteri serta anak-anak juga adalah
merupakan insan biasa.Mereka tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mereka
turut membawa bersama emosi yang di rasai tidak kira sama ada ianya emosi
positif ataupun negatif.Terbukti bahawa emosi itu kadang kala bergantung kepada
situasi di mana seseorang itu berada.Sebagai contohnya,bagi sesebuah keluarga
rumah merupakan satu tempat yang amat penting kerana di sinilah mereka dapat
berkumpul beramai-ramai,berjumpa serta berbual-bual.Rumah merupakan satu situasi
yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi kita.Jika kita dapat
saksikan sendiri situasi sebegini di mana kebanyakan keluarga lebih banyak
meluangkan masa bersama-sama di rumah.Tetapi terdapat juga sesetengah keluarga
itu tidak banyak menghabiskan masa bersama-sama.Hal sebegini adalah berpunca
daripada pelbagai faktor antaranya seperti kesibukkan waktu kerana urusan
kerjaya dan sebagainya.Oleh yang demikian,kita dapat mengatakan bahawa emosi
seseorang tidak kira sama ada suami,isteri mahupun anak-anak boleh berubah
mengikut situasi di rumah terutamanya.
Kita sering mendengar pepatah di mana sedangkan lidah lagi tergigit inikan
suami isteri,walaupun tidak sering mengalami masalah keluarga namun
kadang-kadang ianya akan terjadi.Apabila sesuatu masalah itu berlaku dalam
sesebuah keluarga,jika emosi khususnya emosi negatif tidak di kawal dan di urus
hal ini akan meninbulkan banyak masalah dalam rumahtangga tersebut.Sebaliknya
jika emosi positif sentiasa di terapkan dalam sesebuah rumahtangga itu,hubungan
suami isteri akan bertambah baik dan turut akan menjadikan keluarga kita
keluarga yang bahagia.Oleh itu,sekiranya kita suami isteri berselisihan faham
antara satu sama lain mereka tidak seharusnya saling menyalahi tetapi apa
sepatutnya yang di lakukan adalah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut
secara damai tanpa menjadikan masalah itu semakin rumit.
Sekiranya kita menginginkan keluarga yang di bina sentiasa dalam keadaan
bahagia,suami isteri terutamanya haruslah bijak dalam memainkan peranan
masing-masing.Kedua-dua mereka perlulah berperanan dalam mengawal emosi sewaktu
berhadapan dengan apa jua masalah dalam rumahtangga.Apabila ianya berkaitan
dengan masalah rumahtangga,ianya bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita
abaikan.Ini adalah kerana ianya melibatkan ramai insan seperti anak-anak yang
masih belum mengetahui apa-apa.Jadi dalam hal sebegini,kematangan dalam berfikir
adalah sangat penting.Kebijaksanaan emosi(EQ) adalah sangat penting bagi
seseorang individu itu kerana dengan adanya EQ yang tinggi seseorang itu dapat
mengawal emosi yang di alaminya serta dapat mengawal dan membimbing emosi
orang-orang di sekitarnya.Jika di lihat dalam konteks kekeluargaan,EQ adalah
penting dalam mengenalpasti antara emosi yang perlu dielakkan dan dikawal.Suami
atau isteri perlu menggunakan bahasa komunikasi verbal dan bukan verbal yang
sesuai bagi mengelakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan
masing-masing.
Jika kita sedar akan hal ini,bukan sahaja pengurusan emosi dalam keluarga
perlu di terapkan dalam kehidupan malan pengurusan emosi dalam masyarakat turut
penting.Hal ini adalah kerana tidak kira di mana-mana kita akan hidup secara
bermasyarakat.Kita haruslah bijak dalam menangani emosi apabila berhadapan
dengan masyarakat.Sekiranya hal ini tidak di titikberatkan maka ianya akan
menyebabkan diri kita akan berhadapan dengan masalah suatu hari nanti.Hidup
bermasyarakat ini tidak haruslah kita membuat hal masing-masing sebaliknya kita
mesti sentiasa kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dan salina
hormat-menghormati.Jika kita sentiasa mengamalkanny maka kehidupan kita akan
lebih bahagia dalam hidup secara bermasyarakat.Hal ini turut akan menjadikan
keluarga kita keluarga yang aman damai tanpa sebarang gangguan daripada jiran
tetangga.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sina adalah dalam memastikan keluarga
yang kita bina selama ini sentiasa mendapat kebahagiaan individu dalam keluarga
itu haruslan bijak dalam memainkan peranan masing-masing.EQ adalah sangat
penting dan perlu ada pada semua terutamanya yang sudah bergelar suami dan juga
isteri kerana hal ini amatlah di perlukan untuk menjamin keharmonian
rumahtangga.Selain itu,EQ ini juga penting dalam menjalani kehidupan seharian
kita yang hidup secara bermasyarakat.Kehidupan bermasyarakat yang harmoni adalah
apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran tetangga yang
lain.

No comments:

Post a Comment