Friday 10 September 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ08

                Pada minggu ini, saya menghadiri kuliah di rumah saya berdepan dengan komputer. Pensyarah telah merekodkan perkuliahannya dalam bentuk audio serta persembahan power point  dalam laman web. Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang emosi dan motivasi. Emosi adalah didedahkan dalam nada yang berkesan sama ada positif ataupun negatif dan bukannya neutral. Walaupun begitu, kita selalu kaitkan emosi dengan nada yang negatif. Motivasi pula merupakan pemacu atau pendorong yang mendorong kita melakukan sesuatu. Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak, guru memberi banyak kerja rumah. Saya buat sehingga  penat dan tidak ingin meneruskannya. Datuk saya asyik memberi dorongan dan memberitahu saya jikalau saya  mampu menghabiskan kerja rumah saya, dia akan membeli gula-gula untuk saya. Hal ini telah memberi dorongan kepada saya untuk melengkapkan semua kerja saya. Inilah motivasi yang positif.

                Emosi dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Komponen-kompenan ini telah dibincangkan dalam kuliah yang pertama dan kedua. Komponen yang lebih penting iaitu tingkah laku yang berkaitan. Komponen ini mempunyai kaitan dengan motivasi yang ingin dibincangkan. Tahun lepas, saya bekerja di Singapura sementara menunggu keputusan STPM saya. Pada hari pertama saya mendapat gaji, saya teringin sangat membeli hadiah untuk keluarga saya tetapi mereka tidak mahu saya membazir wang. Kelakuan ini adalah tingkah laku yang didorong daripada kasih sayang. Ini juga menjelaskan emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.

                Walaupunbagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Kita makan sebab lapar dan bukannya emosi yang mendorong kita makan. Penduduk di negara barat dan timur melahirkan emosi yang berbeza. Penduduk barat lebih kepada kebebasan berbanding penduduk di timur.

                Emosi adalah tindak balas yang disenaraikan mengikut keadaan dan mengkomunikasikan niat dan hasrat kepada orang lain. Emosi juga membangkitkan kita melakukan perkara-perkara yang tertentu. Manakala motivasi pula adalah kita memilih tindakan-tindakan yang ingin dilakukan. Perkataan memilih penting dalam konsep motivasi.  Sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan jenayah, kita akan membuat penilaian untuk menentang ataupun melarikan diri. Tambahan pula, motivasi adalah jangkaan kepada apa yang berkemungkinan berlaku.

                "Arousal Teories" adalah fisiologikal dan psikologikal dalam keadaan yang sedar. Manusia dimotivasikan untuk mempertahankan kebangkitan pada tahap yang optimum, tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah. Perasaan ingin tahu akan membantu kita memahami keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita tiba di satu tempat yang asing, kita tentu mempunyai keinginan untuk memahami tempat itu dengan lebih mendalam lagi.

"Humanistic Teories' merupakan cadangan Abraham Maslow yang menyatakan motivasi dibahagikan kapada beberapa peringkat dari keperluan asas, keperluan psikologi dan keperluan peribadi. Abraham mengatakan bahawa apabila kita melakukan sesuatu kita seharusnya memenuhi bahagian bawah piramid sebelum meningkat ke atas. Keperluan asas seperti makanan, air dan tempat tinggal haruslah dipenuhi barulah kita mempunyai motivasi untuk terus maju. Sebagai contoh, bekalan air di UKM kadang kala tidak mencukupi dan menyebabkan  penghuni di dalam kolej tidak dapat mandi. Hal ini akan mengganggu emosi pelajar. Teori ini mendapat kritikan sesetengah masyarakat.

Bagi saya, kuliah pada minggu ini lebih mudah dimahami kerana sebahagiaannya telah dijelaskan di kuliah sebelum ini. Secara kesimpulannya, emosi dan motivasi mempunyai kaitan dan perkara ini tidak dapat dinafikan. Emosi berkait rapat dengan kebangkitan manakala motivasi berkait rapat dengan tindakan.

No comments:

Post a Comment