Monday 6 September 2010

A129088 Rafiuddin LJ08

Salam Lambaian Syawal dan Salam Muhibbah diucapkan pada semua sahabat kursus ZT2253,Pengurusan Emosi. Terlebih dahulu saya ingin mengulas sedikit tentang isu simbolisme yang hangat diperdebatkan berkenaan iklan hari raya 2010 oleh TV3. Sedar atau tidak, mungkin ianya hanya secara kebetulan atau sengaja digemparkan,namun semua rakyat Malaysia terpana dengan pendedahan video itu yang dikatakan berunsur iluminati dan mampu memesongkan akidah.

Sebagai pelajar yang bijak menguruskan emosi, kita perlu handal dalam menangani situasi seperti ini dan tidak mudah melenting dengan tsunami seperti sekarang ini. Tujuan utama mungkin sekadar hiburan, namun bila ada segelintir yang radikal bersuara, emosi dan matlamat iklan itu mampu disalah tafsirkan. Bersesuaian dengan tajuk kuliah pada minggu ini,Emosi dan Motivasi yang berbeza dengan minggu sebelumnya kerana kini ia didendangkan oleh permainan audio dan bukan berbentuk visual keseluruhannya.

Emosi dan motivasi ibarat irama dan lagu. Ia amatlah berkait rapat dan saling berhubungkait. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Emosi ditakrifkan sebagai satu effective tone iaitu emosi tersebut boleh menjadi emosi positif ataupun emosi negatif. Terdapat empat komponen asas emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.  Emosi boleh memacukan diri kita samada kearah kebaikan ataupun keburukan. Namun, percayalah bahawa tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, keinginan saya untuk mendapat keputusan yang baik pada setiap semester menyebabkan saya belajar dengan tekun dan sentiasa memastikan saya tidak terpesong dari matlamat itu. Dalam situasi ini, tindakan saya untuk belajar bersungguh-sungguh bukanlah satu emosi tetapi adalah satu kewajipan seorang pelajar dan tanggungjawab seorang anak untuik membahagiakan orang tuanya.

Terdapat TIGA konsep asas dalam motivasi iaitu motivasi itu sendiri, dorongan dan insentif. Motivasi adalah suatu faktor tidak kiralah secara dalaman atau luaran yang menyebabkan suatu tindakan itu dilakukan. Sebagai contoh, saya berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan segera kerana saya ingin pulang ke kampong dan tidak terbeban dengan lamabakan tugasan dari pensyarah.

Dorongan pula adalah satu prinsip asas biologi yang menggerakkan tingkahlaku untuk mengelakkan keperluan dan menyimpan homeostasis. Teori ini dimulakan dan merupakan penemuan terulung Woodworth. Ketidakseimbangan iaitu keperluan psikologi defisit akan menghasilkan dorongan. Pengurangan  dorongan akan menghasilkan pembelajaran.

Insentif pula adalah keadaan persekitaran yang boleh menarik atau menolak minat seseorang individu itu. Sebagai contoh, kanak-kanak dibawah usia lima tahun akan cuba menahan lapar dahaga di bulan Ramadhan jika dijanjikan dengan bonus wang raya sebagai upah, mahupun ganjaran kerana berpuasa.

Terdapat juga konsep lain seperti naluri, bangkitan dan humanistik. Naluri wujud secara semulajadi dan tidak dipelajari. Sebagai contoh sikap ingin tahu, kayakinan diri dan kemesraan. Manakala teori yang sentiasa wujud dalam setiap ciptaan Tuhan ialah teori bengkitan. Hal ini kerana sikap ingin tahu menyebabkan kita ingin memahami persekitaran kita dengan lebih mendalam lagi. Berdasarkan Moruzzi & Mogoun, 1949, sistem bangkitan ini berasal daripada "neurophysiological" di otak. Secara tidak langsung, ini menerangkan bahawa otak merupakan kunci rangsangan pada emosi dan tingkahlaku manusia.

Secara tuntasnya, kebanyakan perilaku dan tindakan yang dilakukan oleh manusia didiorong oleh rangsangan otak yang kuat dan kelemahan otak untuk mengawal sesuatu perkara itu lalu berubah menjadi lebiih negative. Hakikatnya, kebijaksaan mengawal emosi mempengaruhi kesihatan dan juga kehidupan social kita seharian kerana badan yang cergas lahir dari minda cerdas, rohani yang tuntas. Wassalam///


No comments:

Post a Comment