Wednesday 8 September 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ08

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, tanggal 29 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, alhamdulillah akhirnya sudah tiba kita di penghujung Ramadhan. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan beribadat di bulan yang penuh berkat ini, bulan Ramadhan. Diharapkan agar rakan-rakan sekalian yang sudah tiba ataupun yang bakal pulang ke kampung berada dalam keadaan selamat dan gembira hendaknya. Juga di sini saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan cuti perayaan dengan sebaik-baiknya dengan mengulang kaji pelajaran walaupun dalam suasana berhari raya. Bagaimana dengan persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi?  Saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal ini, kita sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih kental dengan semangat menimba ilmu. Minggu ini, terdapat sedikit kelainan dimana kita akan belajar Tajuk 8, iaitu Emosi dan Motivasi secara visual dan audio.

Apakah yang dikatakan dengan emosi? Emosi ditakrifkan oleh efektif tone, sama ada positif atau negatif, dan tidak ada yang neutral. Tapi kita selalu menganggap bahawa emosional merupakan sesuatu perasaan yang negatif. Apakah pula yang dimaksudkan oleh motivasi? Motivasi adalah kajian yang berkaitan dengan tingkah laku yang mengarahkan kita dalam melakukan sesuatu. Emosi akan mendorong kita dalam melakukan sesuatu.

Emosi terbahagi kepada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Daripada empt komponen ini, emosi berkait rapat dengan komponen yang ke-empat, iaitu tingkahlaku berkaitan. Adakah emosi itu perasaan atau perasaan itu adalah emosi? Jawapannya adalah perasaan merupakan salah satu komponen daripada emosi. Oleh yang demikian, emosi mempunyai makna yang lebih meluas dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Emosi menjadi motivasi kepada tingkah laku dan motif pula boleh menjadi emosional. Contoh situasi yang dapat diberikan ialah situasi percintaan. Cinta akan memotivasikan seseorang dalam mengawal tingkah lakunya seperti ber'sms' dan berhubung melalui telefon bimbit. Tetapi, tidak semua emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong pendorong berasaskan emosi. Contohnya kita makan disebabkan oleh keperluan biologikal. Ini bermaksud, kita makan bukan didorong oleh emosi tetapi disebabkan oleh perut yang lapar.

Emosi juga boleh memacu kita sama ada ke arah positif ataupun negatif. Contoh emosi yang memacu ke arah positif adalah kita belajar kerana kita berminat dan suka serta obsess terhadap pelajaran yang diajar. Contoh emosi yang memacu ke arah negatif pula ialah apabila kita terserempak dengan seseorang, kita akan mencuba untuk mengelak daripada bertembung dengannya yang mungkin disebabkan oleh sesuatu alasan.

Kata orang tingkah laku mungkin tidak boleh berlaku sekiranya tidak diselitkan dengan emosi. Misalnya kita belajar dalam bidang yang bukan dipilih oleh diri kita sendiri tetapi disuruh ataupun dipaksa oleh kedua-dua ibu bapa kita. Ini boleh menyebabkan kita prestasi akademik kita kurang memberangsangkan. Tetapi jikalau kita berminat akan apa yang dipelajari, kita akan lebih berusaha untuk mendalami ilmu yang dipelajari seperti bertanya kepada pensyarah jika kurang faham akan sesuatu yang dipelajari ataupun berbincang dalam kumpulan semasa mengulang kaji pelajaran dan seterusnya bertanya kepada rakan-rakan sekelas.

Teori James-Lange merupakan salah satu teori yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu. Sama ada perubahan fisiologikal datang dahulu ataupun kemudian. Itu tidak penting. Tetapi di itu tetap ada ruang tingkah laku.

Di sini juga, emosi dibentuk oleh peraturan-peraturan yang tersemai dalam budaya kita. Menurut pencarian di Wikipedia, terdapat kelainan dalam cara-cara melahirkan emosi antara masyarakat barat dan masyarakat timur. Masyarakat timur menyatakan bahawa emosi bersifat bebas, tetapi ia turut bergantung kepada budaya. Manakala masyarakat baratpula merasakan emosi lebih kepada kebebasan. Berbeza dengan kita, masyarakat timur yang melahirkan emosi dengan cara yang tidak begitu terbuka.

Emosi adalah tindak balas yang disesuaikan mengikut keadaan. Apa yang dibuat oleh emosi adalah selain daripada berlakunya perubahan dalam tubuh badan kita, ia juga dapat mengkomunikasikan niat dan hasrat kita dan juga perasaan kita kepada orang lain.

Emosi juga dapat mencetuskan suatu keadaan di mana kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan. Sama ada percakapan, pergerakan dan paling utama dalam proses menyelesaikan masalah. Motivasi pula adalah di mana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu kita ambil. Seperti kata Kennen, sama ada kita 'fight' ataupun 'fly' . 'Fight' di sini bermaksud kita melawan masalah yang dihadapi. Manakala 'fly' pula membawa makna melarikan diri.  Misalnya situasi apabila kita berhadapan dengan penjenayah. Tindakan pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menilai kemampuan diri kita sama ada kita berupaya  menangani penjenayah tersebut ataupun menyelamatkan diri dan seterusnya membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya.

Motivasi adalah jangkaan kepada peristiwa yang berkemungkinan akan berlaku. Ia juga adalah sesuatu yang menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara dan bukannya perkara-perkara yang lain dan tiada proses pemilihan yang dilakukan serta tindakan yang selanjutnya.

Dalam sub-topik konsep motivasi dan teori, motivasi merupakan faktor-fakrot dalaman dan juga luaran dalam diri seseorang yang menyebabkan ia bertindak mengikut cara yang tertentu pada masa yang tertentu. 'Drive' juga berkaitan dengan motivasi. 'Drive'  adalah sesuatu yang memacu serta mengawal keseimbangan dalam badan kita. 'Intensive'  pula adalah matlamat luaran yang sama ada menahan ataupun mendorong kita dalam melakukan sesuatu tindakan seperti motivasi kewangan dan moral terhadap sesuatu kursus yang diambil. Konsep-konsep lain yang dipelajari pula ialah 'instinct' yang bermaksud motivasi yang semulajadi yang tidak dipelajari dan tidak pula diwarisi contohnya pertelingkahan antara haiwan. Selain 'aroustic' , iaitu setiap orang digalakkan memaksimumkan tahap pencapaian. Perasaan ingin tahu akan mendorong seseorang untuk lebih memahami akan persekitarannya. Terdapat juga teori yang menerangkan tentang motivasi seperti teori kemanusiaan yang berasaskan kepada hirarki terhadap keperluan. Menurut teori kemanusiaan ini, Abraham Maslow mencadangkan motivasi terbahagi kepada beberapa tahap. Tahap pertama ialah keperluan asa seperti rehat, makanan, air dan sebagainya serta keperluan keselamatan. Yang keduanya pula ialah keperluan fisiologikal. Ia merangkumi keperluan pemilikan dan kasih sayang seperti perhubungan yang intim serta rakan-rakan. Seterusnya pula adalah keperluan esteem. Perasaan ingin dihargai oleh orang lain dan perasaan senang dan gembira apabila berjaya mencapai sesuatu. Kemudian tahap yang ketiga pula ialah keperluan diri sendiri merupakan satu sifat hasrat diri yang tinggi. Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah apabila kita melakukan sesuatu tindakan, kita mesti penuhi keperluan pada tahap pertama dahulu diikuti dengan keperluan tahap kedua dan seterusnya keperluan tahap ketiga. Jika keperluan tersebut tidak dipenuhi, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Contohnya berlaku situasi kebuluran di mana kita berada dalam esulitan untuk mendapatkan makanan, kita tidak akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana kita berada dalam kelaparan. Jadi kita akan berusaha memenuhi keperluan yang asas dahulu.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah emosi sangat berkait rapat dengan motivasi. Emosi menekankan kepada kebangkitan manakala motivasi lebih menekankan kepada aksi. Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir dan batin. Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment