Saturday 4 September 2010

A126640 Hasliza LJ07

Emosi, ingatan dan pembelajaran merupakan tajuk kuliah pada minggu ini iaitu minggu yang ke tujuh. Semakin hari tajuk-tajuk kursus pengurusan emosi ini semakin mantap. Saya amat bersyukur kerana di beri peluang mempelajari tentang pengurusan emosi sama ada dalam diri atau orang lain. Kursus ini sepatutnya dipelajari oleh semua pelajar kerana setiap pelajar akan mengalami salah satu emosi tersebut sama ada positif atau negatif.


Bagi tajuk kuliah pada minggu ini adalah berkaitan untuk memahami bagaimana emosi dan ingatan saling berhubungan. Setiap kali berlaku sesuatu emosi ke atas diri kita ia akan memberi satu ingatan yang kuat. Misalnya, kita mendapat tawaran memasuki universiti sudah pasti ia akan mengembirakan sudah pasti ini merupakan satu ingatan yang kuat. Jelas di sini kita dapati emosi ini akan mempengaruhi dalam diri kita sama ada keadaan tersebut gembira ataupun tidak.


Otak mempunyai tiga bahagian yang mempunyai hubungan dalam memberi ingatan dalam emosi. Bahagian tersebut ialah Amygdala, Cerebellum dan Prefrontal Cortex. Amygdala adalah mengenai pengaruh emosi ke atas persepsi diri kita dan menguji kita tentang kepentingan emosi dalam diri kita. Cerebellum pula dikaitkan dengan pengenalan, kemahiran dalam menyelaraskan pergerakan dalam diri kita. Bahagian ini membantu kita mengingat dan mengukuhkan ingatan terhadap emosi kita dlam jangka masa panjang.Prefrontal Cortex adalah gabungan sesuatu perkara yang dilakukan oleh minda akan dipengaruhi. Ketiga-tiga bahagian mempunyai tugas masing-masing dalam pengurusan emosi seseorang.


Sesuatu emosi yang berlaku akan diingati dalam ingatan kita sama ada sesuatu peristiwa itu berlaku kecil atau besar. Misalnya, berlaku tsunami di Indonesia, kejadian ini akan menyebabkan penduduk tersebut akan kekal mengingatinya. Hal ini disebabkan kejadian tsunami yang berlaku menyebabkan satu keadaan emosi yang membolehkan mereka trauma dan akan kekal selama-lamanya. Selalunya sesuatu emosi yang akan kekal dalam ingatan hanyalah emosi yang berlaku kejadian dalam keadaan terkejut.


Emosi ini akan mempengaruhi ingatan seseorang tanpa mengira waktu. Perempuan lebih banyak mengingat daripada lelaki. Lelaki mudah mengingat tetapi ia mudah lupa. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi emosi. Misalnya, perempuan lebih berfikiran rasional dalam sesuatu lebih dari lelaki.


Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat menarik kita dapat mengetahui sejauh mana emosi seseorang itu iaitu antara lelaki dan perempuan. Emosi merupakan lumrah kepada setiap manusia di dunia ini.


No comments:

Post a Comment