Saturday 4 September 2010

A129088 Rafiuddin LJ07

Salam 1Syawal, Salam 1000Pengampunan Dosa. Assalamualaikum dan selamat sejahtera dilontarkan kepada semua warga varsity UKm yang masih terperangkap dalam kekangan cuti Hari Raya Aidilfitri yang amat lewat berbanding sahabat-sahabat dari menara gading yang lain. Namun,focus kepada ilmu dan pencarian ilmu haruslah diteruskan. Walaupun ada yang terpaksa mengalah,pulang berhari raya pada malam takbir raya menggamit cuping telinga, terasa sayu di hati, dan senyuman ibubapa mula terbayang di kolam mata, percayalah,pengorbanan yang anda lakukan sangat berbaloi.

 

Berbalik kepada fokus lopak ilmu yang perlu ditarah, kursus Pengurusan Emposi yang dikepalai dengan hebat oleh En Zamri Mansur yang dalam sedar atau tidak sudahpun memasuki pertengahan semester,minggu ketujuh kini. Berlandaskan panduan tajuk, Emosi dan Ingatan, kelas pada hari Rabu yang penuh barakah itu dimulakan dengan tayangan video bencana alam yang meragut nyawa di Acheh dengan diiringi lagu latar Indonesia yang amat memilukan. Tujuannya hanya satu,menggamit keinsafan dan kerinduan kepada insan-insan serumpun serta mungkin keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Emosi dan ingatan!Tajuk yang amat dekat dengan jiwa kita sebagai manusia. Kita dapat lihat dari aspek fisiologikal iaitu peranan otak dalam membantu emotional memory. Terdapat tiga bahagian dalam otak yang memainkan peranan dalam emotional memory ini iaitu amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Encik Zamri telah memberikan satu nama singkatan iaitu ACP (Assistant Commissioner Police) untuk memudahkan kami mengingatinya.

 

Pertamanya, ialah amygdala yang memainkan peranan penting  iaitu mengira emosi sesuatu peristiwa yang membawa makna kepada seseorang dan memberi isyarat pada otak lalu bergabung dengan pengalaman deria. Ia juga mempengaruhi persepsi menyebabkan kita sedar sesuatu peristiwa itu berlaku walaupun kita tidak memberi perhatian terhadap peristiwa tersebut. Namun begitu, amygdala lebih bertindak kepada emosi negative.

 

Cerebellum pula membantu kita menyelaraskan pergerakan, mengingati perkara-perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dan membantu kita mengingati sesuatu perasaan terutamanya ketakutan dalam jangka masa panjang.

 

Seterusnya ialah prefrontal cortex yang hanya wujud apabila terangsang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi tetapi jika salah satu daripadanya tidak muncul, maka prefrontal cortex ini tidak memainkan peranan.

 

Perihal yang paling mudah untuk dijadikan pencontohan ialah kes kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Andai kata dalam sekeluarga ynag memiliki lima orang ahli keluarga terlibat dalam kemalangan dan hanya seorang sahaja yang masih hidup,sudah pasti trauma dan memori terhadap insiden itu amat dirasai. Emosi dan ingatan terhadap kenangan bersama ahli keluarga ketika masih hidup pasti sukar untuk dilupakan.

 

Kesimpulannya, segala emosi dan perasaan yang dialami amat berkait rapat dengan kenangan dan memori yang tercipta.  Hal ini sudah pasti sedikit sebanyak mewarnai keindahan dalam diari kehidupan insan tersebut. Sempena denganb syawal yang bakal menjelma, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Saya juga ingin mohon maaf andai terkasar bahasa dan termengata dimana-mana. Sepuluh jari dari insan yang naïf ini disusun diiringi airmata keinsafan di Hari yang mulia ini.


No comments:

Post a Comment