Saturday 4 September 2010

A134147NurulLJ07

Assalamualaikum,

     Pada kuliah baru-baru ini, kami telah ditayangkan video mengenai kejadian tsunami yang  telah menggemparkan seluruh dunia pada 26 Disember 2004. Kejadian ini telah menimbulkan emosi sedih pada rakyat di seluruh dunia lebih-lebih lagi pada keluarga mangsa-mangsa kejadian tsunami tersebut. Saya juga turut merasa sedih kerana ramai mangsa yang seagama dengan kita telah menjadi nahas kejadian tersebut. Kejadian tersebut telah member banyak iktibar dan pengajaran kepada seluruh dunia. Fikir-fikirkanlah pengajaran apa yang dapat dikaitkan.

     Terdapat beberapa bahagian otak yang boleh dikaitkan dengan emosi. Antaranya ialah amygdala, cerebellum, dan prefrontal cortex. Bahagian amygdala adalah bahagian yang paling kuat mempengaruhi ingatan emosi seseorang. Amygdala terlibat dalam mengira sejauh mana kepentingan emosi kepada seseorang. Selalunya amygdala ini lebih kepada emosi negatif.

     Seterusnya bahagian cerebellum pula dikaitkan dengan motor coordination skill. Bahagian ini akan mengukuhkan lagi ingatan terhadap emosi ketakutan. Bagi bahagian prefrontal cortex pula, emosi positif biasa diingati berbanding dengan emosi negatif. Sebagai contoh, perasaan seorang ibu yang telah melahirkan anak. Rasa sakit yang ditanggung ketika hendak melahirkan anak hilang serta-merta apabila anak dapat dilahirkan dengan selamat. Emosi negatif selalunya tidak diingati. Pada zaman sekarang, orang ramai lebih gemar menggunakan facebook untuk meluahkan emosi masing-masing.  Orang ramai kini jarang menggunakan diari.

     Maklumat yang penting tidak semestinya akan mudah diingati. Jikalau dimasukkan dengan sedikit emosi, baru  boleh diingati. Sehingga kini kita masih belum dapat mengetahui bagaimana emosi dapat pengaruhi ingatan. Emosi positif akan terpadam secara perlahan berbanding dengan emosi negatif. Orang-orang yang lebih dewasa lebih mudah mengawal emosi berbanding orang muda.Apabila berada dalam kesedihan, seseorang itu akan cenderung mengimbau kenangan lampau yang sedih.

     Seseorang itu akan mudah untuk mengingati sesuatu peristiwa jika dimasukkan dengan sedikit emosi. Jikalau tidak dimasukkan emosi dalam sesuatu hal, kita akan susah untuk mengingati hal tersebut. Emosi mendorong kita melakukan sesuatu. Misalnya seorang teman rapat telah dimasukkan ke hospital, kita akan berasa sedih dan seterusnya akan selalu ke hospital untuk menjenguknya.     Selain itu,dari segi jantina, wanita adalah lebih baik dalam mengingati peristiwa yang beremosi dan juga mudah lupa. Dari segi umur, semakin tua, semakin mudah untuk melupakan peristiwa negatif. Hal ini menunjukkan semakin matang seseorang itu, semakin bertambah kesabaran dalam diri. Bagi orang muda pula,mereka lebih suka ikut kata hati. Kata orang, orang muda darah panas,orang tua darah sejuk.Kesimpulannya, emosi adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia.

No comments:

Post a Comment