Saturday 15 January 2011

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 3 Emosi Positif ( Kebahagiaan )

Assalamualaikum ,

Jurnal kali ini ,aku nak cerita mengenai 'KEBAHAGIAAN' .Kebahagiaan adalah salah satu emosi positif yang bermaksud satu kaedah emosi yang bercirikan emosi-emosi .Terdapat beberapa pandangan daripada ahli-ahli falsafah yang menyatakan maksud-maksud ataupun punca-punca emosi kegembiraan itu berlaku .Antaranya adalah ,Aristotle falsafah pertama yang menyatakan bahawa kegembiraan adalah hasil kepada pencarian kearah keseronokan .Selain itu ,menurut falsafah kedua iaitu Plato ,beliau menyatakan punca-punca kepada kebahagiaan ialah bergantung kepada kehidupan yang baik .Bagi falsafah yang ketiga pula iaitu Epicurean ,beliau menerangkan bahawa kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan dan menurut falsafah yang terakhir iaitu Mills ,beliau juga menerangkan bahawa kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku dalam kehidupan kita sendiri .

Setiap manusia pasti pernah melalui peristiwa ataupun kenangan yang mengembirakan yang boleh membawa kita kepada kebahagiaan dalam kehidupan .Bercerita mengenai kenangan yang mengembirakan ,ini mengingatkan aku kepada kenangan yang paling menyeronokkan dan tidak dapat aku lupakan iaitu apabila pasukan aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa menang kawad kaki kadet remaja sekolah bagi peringkat kebangsaan di Langkawi pada tahun 2007 .Pada ketika itu ,aku berada di tingkatan empat .Pertandingan kawad kaki ini telah berlangsung selama lima hari .Kami telah mewakili Wilayah Persekutuan dalam pertandingan kawad kaki tersebut .Terdapat juga pasukan-pasukan lain yang datang dari pelbagai negeri .Antaranya adalah ,pasukan yang datang dari Negeri Sembilan ,Kedah ,Melaka ,Johor dan sebagainya .Pasukan dari negeri Sabah dan Sarawak juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan ini .

Pasukan aku terdiri daripada 35 orang dan 3 orang jurulatih .Apabila sampai di Langkawi ,kami telah diberi tempat tinggal sementara iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) . MRSM di langkawi ini sangat besar kawasannya serta banyak juga kemudahan yang telah disediakan .Walaupun hanya sementara kami tinggal di MRSM ini ,kami berasa sangat seronok .Bagi aku ,aku berasa sangat gembira dan teruja kerana tidak disangka-sangka akhirnya aku sampai juga di MRSM langkawi ini walaupun hanya sementara kerana ramai kawan aku ada bercerita mengenai MRSM ini .Mereka menyatakan bahawa MRSM ini adalah MRSM yang terbaik dan ramai pelajar yang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berebut-rebut ingin memasuki MRSM ini termasuklah aku pada waktu dahulu .MRSM ini telah menjadi pilihan pertama aku semasa mengisi borang kemasukan ke MRSM dulu tetapi rezeki tidak menyelebelahi aku ,aku tidak mendapat tawaran masuk ke MRSM dan terpaksa meneruskan pelajaran aku di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa .
Sebelum pertandingan kawad kaki itu berlangsung ,kami telah bertungkus-lumus berlatih kawad untuk memenangi pertandingan pada kali ini .Dalam pertandingan kawad kaki ini ,pemarkahan diberi mengikut tiga kategori iaitu kekemasan diri ,kawad asas dan kawad fomasi .Sepanjang latihan dijalankan ,jurulatih kami banyak memberi tunjuk ajar serta teguran jika kami membuat kesilapan dalam kawad .Bagi aku ,mereka adalah jurulatih yang paling baik ,tegas dan sentiasa mengambil berat tentang kami semua .Kami biasa berlatih pada pagi sehingga tengah hari dan akan bersambung pada waktu malam .Pada waktu petang ,kami akan beriadah bersama-sama seperti bermain bola sepak ,badminton dan sebagainya .Segala peralatan sukan ,kami didapati di stor sukan MRSM tersebut .

Masa bergerak dengan pantas ,sedar tidak sedar ,kami telah sampai ke hari yang terakhir iaitu hari berlangsungnya pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan .Kami berasa sangat takut dan gementar apabila melihat pasukan-pasukan lain yang sudah bersiap-sedia untuk bertanding .Kami pasukan kelima yang akan masuk ke padang kawad untuk diuji .Sebelum kami masuk ke padang kawad ,jurulatih telah memberi nasihat serta kata-kata semangat kepada kami supaya kami tidak gementar apabila masuk ke padang kawad itu .Akhirnya ,tibalah giliran kami masuk ke padang kawad .Kami berasa sangat gementar .Ramai juga penonton yang memberi tepukan apabila kami membuat gaya-gaya yang menarik semasa melakukan kawad fomasi .

Setelah kami selesai diuji ,kami berasa sangat lega dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberi dalam skuad kami .Selepas semua pasukan selesai diuji ,kini tibalah masa yang dinanti iaitu keputusan pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan ini .Ternyata usaha dan latihan kami selama ini berbaloi kerana kami telah diumumkan sebagai juara pertandingan kawad kaki kadet remaja sekolah peringkat kebangsaan bagi kategori perempuan ini .Kami berasa sangat gembira dan agak terkejut dengan keputusan ini .Jurulatih kami amat berbangga dengan kami dan mereka ada menyatakan bahawa impian mereka selama ini untuk melihat kami berjaya menjadi johan pada kali ini telah tercapai .Bagi tempat naib johan telah dimenangi oleh pasukan dari Negeri Sembilan manakala bagi tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Johor .Bukan itu sahaja ,ketua platun kami juga telah memenangi pingat dalam kategori ketua platun terbaik .Kami berasa sangat gembira .Selepas sesi pengambilan hadiah berserta sijil ,kami pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang gembira walaupun penat .

Dalam cerita aku ini ,banyak peristiwa gembira dan menyeronokkan yang aku dapat dan peristiwa ini akan menjadi peristiwa yang paling bahagia dalam hidup aku .

Sekian ,terima kasih .

No comments:

Post a Comment