Saturday 15 January 2011

A128657 Sujaihah Yusuf Tajuk 3 Senyum Sokmo


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini genap empat minggu perkuliahan.Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Saya pula makin bersemangat untuk belajar subjek Pengurusan Emosi ini. Baiklah, pada 11 Januari Dr Zamri telah mengajar tajuk Falsafah kebahagiaan. Jika ditanya pada sesiapa pun, tidak kira muda atau tua  pasti mereka mahukan kebahagiaan dalam hidup mereka. Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu dimanakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?

 

Bersemangat pula rasaya saya untuk terus menaip dan berkongsi maklumat dan pengalaman bersama anda semua. Mungkin sekarang ini saya merasa bahagia??hehe..ye…saya sedang bahagia sekarang ini. Tapi, apa maksud bahagia itu sebenarnya? Dari apa yang saya belajar di dalam kuliah, kebahagiaan adalah satu emosi yang bercirikan keseronokan, kegembiraan, dan kepuasan hati. Bila kita rasa bahagia, terasa semuanay indah, seperti dunia ini kita yang punya.

Menurut beberapa pandangan tokoh falsafah tentang kebahagiaan:

1.      Aristotle : hasil pencapaian kearah keseronokan

2.      Plato      : punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik

3.      Epicurean: memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan

4.      Mills: sejauhmana kesesuaian tingkah laku kita

 

Terdapat dua faktor kebahagiaan iaitu jangka masa yang panjang dan jangka masa yang pendek. Bahagia dalam jangka masa panjang  ialah suatu emosi stabil sepanjang kehidupan. Manakala bagi jangka masa pendek pula ialah pada waktu waktu tertentu sahaja. Em, gembira rasanya bila dengar perkataan "bayi" atau "baby", apatah lagi melihat atau menyentuh kulitnya yang lembut dan bersih itu. Hilang semua masalah apabila memandang seorang bayi yang comel, seperti kain putih yang tidak dicalari dosa dan noda. Tanggal 26 November 2010, lahirlah seorang bayi tembam yang bernama Isyraaf Izzah, permata abang saya yang pertama. Seluruh ahli keluarga saya sangat gembira dan bersyukur kerana kakak iparku selamat melahirkan Isyraaf dengan kelahiran yang normal. Bayangkan, Isyraaf adalah cucu sulong kedua-dua belah keluarga. Apalagi Isyraaf boleh diibaratkan seperti menatang minyak yang penuh, dijaga dan dibelai oleh semua ahli keluarga termasuk saya. Maklumlah, status saya juga turut bertukar sebagai ibu saudara yang sporting.hehe.. Aunty Sue rindu sangat kat Isyraaf, rasa nak cubit je pipi Isyraaf yang tembam tu. Adakah saya bahagia?memang saya bahagia bila teringatkan Isyraaf. Pernah satu hari, saya bertanya kepada abang saya apa perasaannya apabila menjadi seorang bapa? Sudah pasti dia menjawab sangat gembira dan tidak akan sia-siakan hari-harinya untuk bersama si kecil. Dia sanggup berjaga malam demi si kecil, memandikan, memakaikan lampin dan sebagainya kerana itu adalah saat –saat yang paling bahagia apabila bergelar bapa. Aduhhh…tidak sabar rasanya di hati ni nak berumahtangga.hahaha..mesti sangat bahagia jika saya berada di tempat itu. Tapi, apakan daya, pelajaranku perlu diutamakan pada masa sekarang. Tetapi, ramai juga kawan-kawan seperjuangan telah berkahwin ketika masih belajar dan mereka hidup bahagia. Berbalik kepada cerita tadi, nenek saya yang berada di Terengganu sanggup datang ke rumah abang saya di Shah Alam semata-mata untuk berjumpa dengan cicit kesayangnya itu walaupun kesihatan nenek tidak mengizinkan. Tetapi, dalam kegembiraan menyambut kelahiran Isyraaf, genap dua tahun arwah datukku meninggal. Benarlah orang tua-tua ada menyebut, yang pergi akan diganti dengan yang lebih baik. Tetapi kami tetap gembira dengan kehadiran Isyraaf ke dunia ini. Inilah yang dinamakan bahagia dalam jangka masa pendek.

 

Dalam kuliah tersebut, kami telah disajikan dengan satu video yang sangat mencuit hati berkenaan "different of gender" atau 'perbezaan lelaki dan wanita. Bagi saya, video tersebut amat bersesuaian dengan diri saya sendiri, dan mungkin juga bagi wanita lain. Apa tidakya, perempuan menghabiskan masa untuk membeli belah dan membeli bermacam-macam barang atau aksesori yang disukainya, jika tidak membeli pun tidak mengapa, window shopping katakana, itu sudah menjadi kepuasan bagi setiap wanita tetapi lelaki hanya membeli apa yang diinginkannya dan tidak akan mengambil masa yang lama jika berada di pasaraya atau kedai-kedai. Minggu lepas, saya dan kawan saya keluar mencuci mata ke Mid Valley kerana ada Pesta Coklat. Apalagi, kami tidak melepaskan peluang merasa dan membeli coklat dengan harga yang agak murah. Hampir semua booth kami singgah Gembira rasanya kerana  kami mendapat peluang berkunjung ke Pesta Coklat ini kerana jarang sekali pesta sebegini diadakan  walaupun kaki sudah penat untuk melangkah tetapi kami enjoy. Antara contoh lain yang menarik minat saya ialah lelaki apabila bercakap dia akan memberitahu apa yang penting tetapi sebaliknya wanita pula apabila bercakap, mereka lebih terdorong kepada meluahkan isi hati mereka atau lebih kepada dalam menjalinkan hubungan. Jadi, saya merasakan bahawa video tersebut menunjukkan kepuasan hati dan kegembiraan yang dialami oleh wanita dan lelaki kerana tingkah laku semulajadi mereka.

 

Video yang kedua pula ialah berkaitan dengan 'power of smile' atau kuasa senyum. Senyum dapat merubah sesuatu keadaan yang tegang kepada keadaan yang tenang. Seperti lirik lagu Senyum oleh Malique ft Najwa:

 

Senyum senyum senyum

Senyum senyum

 

Kacak luar

Kacak dengar sini

Kalau saya senyum

Awak mesti senyum sekali

Kalau kita senyum

Semua orang berjangkit

Bila semua orang senyum

Dunia tiada penyakit

 

Senyum

Tak perlu kata apa-apa

 

Lagu ini benar-benar mencuit hati saya. Bila saya "moody" saya akan dengar lagu ni. Lama kelamaaan saya akan tersenyum sendirian dek kerana liriknya yang begitu sempoi dan sedap dilayan.
 Sebaliknya, orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah. Oleh itu, senyum sokmo bak kata orang Terengganu.

 

 

Tetapi, Dari sudut agama pula, kebahagiaan merujuk berdasarkan hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

 

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)

perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan

kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

 

Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia. Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya. Tetapi, bagi pendapat saya, kebahagiaan akan datang apabila kita melakukan apa yang disuruh oleh agama, dan meninggalkan segala yang dilarang dan bertentangan dengan tatasusila kehidupan. Barulah halawatul iman akan dirasai. Itulah sebenarnya makna kebahagiaan dalam diri seseorang.  Akhir kalam, sedikit mutiara kata dari saya untuk semua. Renung-renungkan dan selamat beramal.Wassalam.

 

'kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata'


No comments:

Post a Comment