Friday 14 January 2011

A130117 Normashitah Tajuk 2 Happiness

Happiness. Setiap makhluk terutama manusia kesemuanya inginkan kebahagiaan. Mengapa ye???? Eh, ke ada sesiapa yang tidak mahu bahagia? Sila angkat tangan! Ya jawapannya pastilah mahukan kebahagiaan, kerana kebahagian lah yang menjadi punca kehidupan kita akan terurus dengan sempurna, pemikiran pun tidak terganggu dan pastinya tidak ada sesiapa pun di dunia ini mahukan penderitaan atau ketidak stabilan emosi seperti mereka-mereka di hospital mental!!!!


Cuba kita renungkan contoh yang mudah, dimana seseorang sedang dilamun cinta! Erm macam dah tak de contoh lain la…asyik-asyik cinta…hehe jangan marah ye…contoh ni kan dekat bangat dengan remaja nie…remaja bila jatuh cinta, pastinya bahagia. Segala kerja pasti akan sempurna dan molek-molek belaka. Setiap hari pergi ke kuliah mesti tersenyum sentiasa. Kerana itu memang fitrah yang dikurnia oleh Maha Esa buat hamba-hambaNya. Cuma bagaimana mereka-mereka ini menguruskan cintanya untuk menuju kebahagiaan yang hakiki. Buat renungan bersama…


Dalam kuliah lepas kami mempelajari tajuk Happiness atau bahasa melayunya kegembiraan. Bagi saya tajuk ini tidak sukar untuk difahami, berkemungkinan kerana tajuk ini telah dipelajari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namun tajuk ini telah dikupas oleh En. Ahmad Zamri dengan lebih mendalam. Awal kuliah lepas En. Ahmad Zamri telah menerangkan mengenai falsafah kebahagiaan. Terdapat empat falsafah yang telah kami pelajari, antaranya yang hendak saya sentuhkan disini ialah falsafah Plato. Beliau berpendapat bahawa punca kebahagiaan adalah kehidupan yang baik dan mulia. Saya bersetuju dengan pendapat Plato ini. Ini kerana kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kehidupan kita tidak diselubungi pelbagai masalah. Ini tidak bermaksud tidak ada masalah langsung, sebab itu lah ada pepatah melayu mengatakan "bumi mana yang tidak ditimpa hujan". Falsafah ini mengingatkan saya kepada gejala yang satu ketika dahulu menjadi buah mulut dalam masyarakat, iaitu gejala meminjam wang daripada pinjaman berlesen atau bahasa mudahnya "ah long". Pelbagai peristiwa terjadi bagi pemimjam-peminjam ah long ini. Ini kerana mereka tidak dapat melangsaikan segala hutang seperti mana yang telah ditetapkan, akibatnya berlakulah adegan yang tidak bermoral seperti menyimbah cat merah di pintu pagar rumah peminjam selain itu mereka juga sanggup membuat ugutan yang menakut-nakutkan kepada peminjam sehingga tergamak untuk berbunuhan sesama sendiri.


Apa yang saya lihat disini, gejala meminjam wang dari ah long kebanyakkannya adalah dari kalangan orang yang berada. Mereka hidup mewah tetapi dalam masa yang sama hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman ah long akibat tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut. Ya, disini kita dapat lihat bahawa tidak semestinya kehidupan mewah itu  membawa kita menuju kebahagiaan. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mengecapinya.


Teringat video yang cikgu tayangkan pada kuliah lepas mengenai Man Vs Women- The Differences. Video tersebut amat mencuit hati. Pada waktu itu semua pelajar kelihatan sangat geli hati menonton video yang sepertinya menceritakan tentang empuya diri. Namun persoalannya adakah setiap senyuman atau gelak-ketawa yang terukir di wajah menunjukkan kegembiraan mereka? Jawapannya ada pada setiap tuan punya hati. Mungkin senyuman itu untuk menutup malu, tersinggung, menyembunyikan sesuatu yang tersirat di hati atau melihat kawan sebelah ketawa aku ketawalah. Hahahahaha…


 ~kadang-kadang geli hati tengok orang membaca sambil tersenyum…agak-agaknya apalah yang difikirkannya~


begitulah tersiratnya maksud senyuman yang terukir oleh seseorang. Tidak diduga maksud di sebaliknya, hanya yang punya hati yang dapat memahaminya….eh ada ke orang yang tak de hati??? Mayat hidup ker??? Renung-renungkan….

 

Ahli pemikir barat, Diener et al, 1995 telah membuat kajian mengenai pencapaian kebahagiaan mengikut budaya. Hasil yang didapati ialah budaya-budaya Asia memiliki tahap kegembiraan yang rendah berbanding negara lain. Manakala Argyle, 1987 menyatakan orang yang dikatakan paling bahagia adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara Australia dan Eropah. Biarpun pendapat ini dilihat seakan menyebelahi mereka, namun yang jelas disini kebahagian yang dikecapi oleh masyarakat luar daripada Asia adalah berdasarkan faktor taraf hidup yang tinggi yang membolehkan mereka menzahirkan kegembiraan secara berlebihan. Selain itu, faktor keagamaan juga amat ketara menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal batasan dalam pergaulan sesama sendiri dan oleh sebab itu mereka tidak segan silu menyapa sehingga tidak rasa malu berpeluk cium walau berbeza jantina dan baru bersua muka. Berlainan pula dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Asia yang lebih mementingkan adab sopan santun dalam setiap tindak-tanduk kehidupan. Namun pendapat itu adalah kajian beberapa tahun lalu.


Apa yang saya lihat senario hari ini kehidupan masyarakat di Asia semakin meniru gaya hidup barat. Ya, tidak salah untuk meniru gaya hidup mereka seperti kata En. Ahmad Zamri pada kuliah lepas, orang barat itu apabila bertemu berpelukan dan bila berpisah masing-masing akan mengucapkan "bye, have fun", atau pun selalu kita dengar "have a nice day". Ya memang tidak salah kita meniru gaya itu. Namun dari kaca mata Islam setiap tindak tanduk dalam kehidupan itu adalah ibadah bagi setiap muslim. Tidak berat rasanya kita mengamalkan budaya Islam itu dalam hidup kita dengan mengucapkan salam bila bertemu dan berpisah dan dalam masa yang sama kita berpelukan tanda ukhwah yang di bina. Dengan ucapan salam itu menunjukkan kita saling mendoakan sesama saudara kita, sehubungan itu kita juga memperoleh pahala dan diampunkan segala dosa. Sabda Rasullullah SAW dalam riwayat Thobrani


 " sesungguhnya seseorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua-duanya gugurlah dosa mereka seperti mana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua-duanya diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan".


Dalam menyebut tentang bahagia ini ada pepatah mengatakan "tak kenal maka tak cinta". Betul ke statement tu ye??? Walau apa pun saya amat tertarik dengan pendapat Rim,1993 yang mengatakan orang yang bahagia adalah yang lebih pandai dalam menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan. Teringat  saya semasa tutorial lepas ada seorang sahabat telah menceritakan pengalamannya dalam menyesuaikan diri dalam komuniti yang baru dikenalinya. Walaupun begitu, dia terpaksa menyesuaikan diri untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya sebelum ini kerana hendak menjalankan program. Mustahil bagi seseorang untuk melaksanakan sesuatu program tanpa bersua muka. Jika ini berlaku pastinya program itu akan berakhir dengan kegagalan. Situasi sahabat itu sama seperti apa yang saya alami sebelum ini di awal pembabitan saya menyertai program yang dianjur oleh pihak kolej. Namun lama-kelamaan timbul bibit-bibit untuk mengenali dan mengeratkan ukhwah bersama dan berkongsi segala cerita. Saya yakin rakan-rakan diluar sana pun begitu juga. oleh itu benarlah pendapat Rim yang mengatakan kegembiraan itu dikecapai apabila kita pandai menyesuaikan diri di sesuatu situasi atau tempat. Sekiranya kita seperti orang yang tidak wujud di sekeliling mereka pasti kita tidak mahu lagi datang untuk menyertai apa-apa program yang dijalankan. Bak kata orang Negeri Sembilan "wat menghabihkan bogheh den je".


Oleh itu, kegembiraan atau happiness merupakan dambaan setiap orang. Cuma terpulang kepada induvidu bagaimana dia merasa gembira, kerana faktor yang menyebabkan seseorang itu gembira berkaitan dengan pengalaman atau apa yang dia lalui dalam hidup samaada dalam jangka masa yang panjang atau pendek. Selain itu faktor kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan agama juga sangat berkait rapat dalam membuatkan seseorang itu berasa gembira.


Suka saya kongsikan disini kisah yang telah saya baca di majalah SOLUSI isu 24 yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Sidek Baba yang saya kira cerita tersebut mengisahkan mengenai diri beliau semasa menyiapkan thesis PhD di Amerika Syarikat. Beliau telah menempuh pelbagai cabaran hidup dirantau orang dan dalam masa yang sama berjauhan dengan anak dan isteri. Kegembiraan yang dapat saya gambarkan dalam kisah tersebut terserlah dimana beliau telah berjaya menghasilkan thesis dan secara tidak langsung dia telah bergelar Dr. Sidek Baba. Bukanlah gelaran itu yang membuatkan beliau gembira, malah sokongan dan pengorbanan yang diberikan oleh anak dan isteri telah membuatkan beliau gembira menempuh masa-masa yang sukar walaupun kehidupan beliau sekeluarga dihimpit masalah kewangan dan hidup dalam keserhanaan, namun kebahagiaan dapat dicapai kerana kebahagiaan itu adalah milikNya. Oleh itu selamat berbahagia buat semua teman-teman.

~bahagiakan hari-hari mu~

 

 


No comments:

Post a Comment