Saturday 15 January 2011

A135322 TAN YAN CHENG – TAJUK 3 APAKAH ITU GEMBIRA,BAHAGIA DAN KASIH?

Masa berlalu dengan pantas sekali.Sudah memasuki minggu ketiga saya menulis catatan pembelajaran ZZZT 2253 Pengurusan Emosi. Tajuk pembelajaran pada minggu ini lebih menarik perhatian dan minat berbanding dengan tajuk pembelajaran pada minggu lepas iaitu Emosi Positif – Gembira, Bahagia dan Kasih.

Apakah itu kebahagiaan?Kebahagiaan adalah suatu keadaan emosional atau afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. Hal ini mencerminkan pentingnya manusia sejagat yang berlangsung pada kebahagiaan Namun,setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang erti kebahagiaan. Di sini, terdapat empat ahli falsafah yang mempunyai pandangan berbeza berkaitan erti kebahagiaan: Aristotle berpendapat kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kea rah keseronokan. Plato berpendapat punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik atau mulia. Manakala, Epicurean pula berpendapat kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan. Pandangan Mills tentang erti kebahagiaan pula ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku kita.

Beberapa kajian telah dijalankan tentang kebahagiaan. Berdasarkan maklumat daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Veenhoven pada tahun 1995. Kajian-kajian merentas budaya menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu Negara ke Negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Diener ET Al pada tahun 1995 pula melaporkan budaya-budaya di Asia melaporkan tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding dengan negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987 pula melaporkan orang yang dikatakan paling bahagia ialah mereka yang tinggal di Amerika utara,Australia dan Eropah.

Sejauh mana pula kita bahagia? Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah individu lebih senang merasai kebahagiaan berbanding dengan yang lain. Individu tersebut adalah orang yang dapat sesuaikan diri bahagia. Hal ini kerana orang yang bahagia adalah lebih pandai dalam menyesuaikan diri. Orang yang dapat penyesuaiannya lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah. Menurut Rim, mereka yang mempunyai strategi koping yang efektif menjadikan mereka lebih gembira. Saya sangat setuju dengan pendapat Rim. Saya menghadapi masalah penyesuaian diri apabila pertama kali menjejak kaki di UKM untuk meneruskan pengajian. Saya tidak mampu merasai kegembiraan pada masa tersebut. Saya telah mengambil satu jangka masa yang agak panjang untuk saya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini.

Menurut Kotma Et Al,kebahagiaan dapat dikategorikan mengikut dua komponen utama,iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Jangka masa panjang ialah sesuatu latar belakang atau perkara yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang berpanjangan seperti dari kecil hingga kini. Contohnya ialah mempunyai keluarga yang bahagia dan kehidupan yang baik dan bebas. Jangka masa pendek pula ialah perkara yang baru berlaku dalam kehidupan kita yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah dapat bayi,memenangi cabutan bertuah,mendapat keputusan yang cemerlang dan lain-lain.

Menurut Freud,hubungan kita dengan ibu bapa kita pada masa kecil adalah penting untuk menentukan kebahagiaan kita pada masa depan. Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987. Kebanyakan respnden berpendapat seseorang akan mencapai kegembiraan atau kebahagiaan apabila dilamun cinta,mencapai keputusan yang cemerlang dan pulih darpada penyakit.

Menurut Vanfossen pula, pasangan berkahwin adalah lebih bahagia daripada berseorangan. Saya tidak setuju dengan kenyataan Vanfossen ini. Kerana saya berpendapat tidak semestinya semua pasangan suami isteri akan mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Kalau situasi ini berlaku maka tiadalah penceraian akan berlaku. Sudah diketahui umum,penceraian sudah menjadi perkara yang sangat biasa dan terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian.

Menurut Argyle,terdapat beberapa faktor juga yang boleh menyebabkan seseorang mencapai kegembiraan dan kebahagiaan. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi dan penghayatan agama. Seseorang yang beragama adalah lebih gembira dan kurang tekanan. Kenyataan ini dibuktikan. oleh beberapa kajian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Gallup,seseorang yang beragama adalah dua kali ganda lebih gembira daripada orang yang tidak beragama.

Cinta lebih dari sekadar suka mendedah. Menyukai menjadi menyukai yang kuat apabila ditambahi dengan beberapa perasaan tambahan iaitu perasaan lampiran, perasaan peduli dan perasaan percaya. Terdapat tiga faktor-faktor utama yang menyebabkan perasaan kasih sayang dilahirkan. Antaranya ialah komitmen,keintiman dan passion. Dalam percintaan,proses yang membawa dua orang saling mencintai adalah daya tarikan interpersonal. Menurut Hatfield and Rapson,faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya daya tarikan interpersonal adalah sama tanpa mengira budaya dan jantina. Selalunya daya tarikan interpersonal tidak akan memulakan apa-apa perubahan kecuali salah satu individu ingin memulakan perhubungan,kedekatan fizikal sangat erat dan mempunyai ketrampilan sosial yang diperlukan untuk mengekalkan dan memulakan perhubungan. Perasaan menyukai dan keberahian awal dapat bergerak ke arah kedekatan dan keintiman yang lebih besar melalui proses penetrasi sosial. Penetrasi sosial boleh menjadikan luas damn mendalam. Saya tidak jelas apakah yang menyebabkan lahirnya perasaan percintaan. Namun, saya dapat memastikan perasaan cinta akan menyebabkan seseorang berasa gembira dan bahagia. Pada masa yang sama juga boleh menyebabkan seseorang kebingungan dan risau. Contohnya , saya mempunyai seorang rakan yang baru memulakan percintaan sering mengalami emosi yang tidak tentu dan stabil disebabkan oleh temannya. Kadang – kala nampak dia bergembira sembang dengan temannya dan sering – kali juga nampak dia bermuka masam dan runsing apabila bergaduh dengan temannya. Oleh itu,saya tidak setuju bahawa seseorang dilamun cinta pasti akan bahagia dan gembira.

Kegembiraan emosi akan dilahirkan apabila seseorang berasa bahagia dan kepuasan hidup. Penyelidik telahmenetapkan kebahagiaan dalam dua cara iaitu kehidupan yang memuaskan dan dominasi relatif positif terhadap emosi negatif. Saya sangat setuju dengan kedua-dua cara ini. Hal ini kerana orang yang puas hati terhadap apa yang dimiliki sekarang akan berasa bahagia dan menghargai apa yang dimiliki oleh dia. Manakala orang yang tidak mudah puas hati terhadap apa yang dimliki oleh dia akan sentiasa tidak gembira dan mengeluh. Orang yang sering berfikiran positif juga akan lebih bahagia daripada orang yang selalu berfikiran negatif. Ini kerana orang yang berfikiran positif mempercayai bahawa setiap masalah pasti dapat diselesaikan. Manakala orang yang berfikiran negatif sering berfikiran rumit dan takut masalah mereka tidak dapat diatasi.

Tidak ada perbezaan jantina dalam kebahagiaan secara keseluruhan, kesejahteraan global, kepuasan hidup, dan merentasi budaya dan negara. Tidak ada juga perbezaan umur dalam kebahagiaan secara keseluruhan, walaupun keadaan yang membuat orang bahagia berubah dengan usia. Hal ini adalah benar apabila seseorang semakin dewasa,permintaannya terhadap kebahagiaan dan kegembiraan juga semakin meningkat. Contohnya , budak-budak akan berasa gembira apabila diberikan gula-gula. Namun, orang dewasa hanya akan berasa gembira apabila mendapat wang yang banyak dan naik pangkat.

Secara tidak disedari, dua jam sudah berlalu dan pensyarah telah menamatkan kuliah dengan menyatakan :" sampai sini sahaja untuk kuliah hari ini….." . Ini adalah pertama kali saya tidak berasa menggantuk selama dua jam. Mungkin kerana tajuk pembelajaran ini lebih menarik minat saya untuk mempelajarinya.# end


No comments:

Post a Comment