Thursday 27 January 2011

A134166 NOORHASNIYAH BT MD RODZEE TAJUK 5 TEORI PERUBAHAN EMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah,pada minggu ini saya dapat lagi mengikuti kuliah Dr. Zamri yang seterusnya. Pada minggu kali ini, saya terlewat sedikit masuk ke kuliah kerana ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, bersyukur juga kerana sejurus saya tiba di kelas barulah Dr. Zamri memulakan pengajarannya. Tajuk yang di ajar pada minggu ini ialah Teori Aras Adaptasi dan Teori Berlawanan Solomon. Pada mulanya saya agak kurang faham apa yang di dimaksudkan dengan Teori Aras Adaptasi ini. Walau bagaimanapun, selepas mendengar contoh daripada Dr. Zamri dan membaca kembali nota kuliah di dalam SPIN barulah saya mengerti apa yang dimaksudkan dengan Teori Aras Adaptasi ini.

Teori aras adaptasi ini ialah suatu yang bertindak balas terhadap suatu ransangan berdasarkan adaptasi semasa kita. Aras adaptasi ini tidak tetap dan sama sepanjang masa tetapi akan berubah mengikut situasi yang berbeza.  Ianya secara automatik meletakkan titik neutral terhadap situasi yang kita hadapi. Bunyi adalah salah satu contoh aras adaptasi kita. Sebagai contoh yang dapat kita rasa adalah apabila kita terdengar bunyi-bunyian di sekeliling kita. Jika kita mendengar sesuatu bunyi itu dengan tahap yang kuat, automatik kita akan merasa marah dan tension. Walau bagaimanapun, jika bunyi itu dengan tahap yang agak perlahan, kemungkinan rasa marah itu berkurang. Mengimbau kembali pengalaman saya ketika berumur 16 tahun. Selepas PMR, saya mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama. Sememangnya sebelum ini saya tidak pernah tinggal di asrama. Jadi, naluri hati ini terasa juga ingin merasai tinggal di asrama. Pada minggu pertama tinggal di asrama, kerap kali bunyi announcement daripada warden. Kebetulan pula bilik saya berdekatan dengan pembesar suara. Memang amat jelas sekali suara warden. Kadang-kadang ketika waktu tengah malam masih lagi terdapat pengumuman yang hendak dibuat. Keadaan ini memang menyukarkan saya  mengulangkaji pelajaran. Terasa sangat stress sekali. Bukan disebabkan bunyi announcement itu sahaja, malahan bunyi-bunyi daripada pembinaan bangunan di sebelah asrama saya juga kedengaran amat kuat. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada asrama. Hanya tiga minggu saya mampu bertahan tinggal bersama rakan-rakan yang lain. Apabila saya pulang ke rumah, suasana terasa sangat berbeza. Bunyi-bunyian memang jarang sekali kedengaran. Keadaan seperti ini lebih menenangkan hati saya dan memudahkan saya mengulangkaji pelajaran secara lebih berkesan.

Teori Berlawanan Solomon pula merupakan hasil ubah suaian Teori Aras Adaptasi. Ianya dipelajari oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan.  Sebagai contoh, jika kita saling membenci akhirnya akan wujud perasaan sayang. Teringat pula kata-kata pujangga yang berbunyi "jangan terlalu membenci seseorang, kerana berkemungkinan suatu hari nanti kita akan menyayanginya dan sayangilah seseorang berpada-pada kerana berkemungkinan suatu hari nanti kita akan membencinya."

Berdasarkan contoh tersebut, teringat saya kepada novel yang baru sahaja baca baru-baru ini. Novel ini menceritakan tentang kisah Aiman dan Nisa yang bekerja di syarikat yang sama. Walaupun mereka pernah bersekolah dan belajar di tempat yang sama dari kecil hingga dewasa, namun sikap ego mereka membuatkan mereka saling membenci dan sentiasa bermasam muka setiap kali berjumpa. Ibu bapa Aiman dan Nisa merupakan sahabat baik sejak dari mereka baru dilahirkan lagi. Tanpa pengetahuan mereka, dalam diam ibu bapa mereka telah berjanji untuk menjodohkan mereka berdua. Tanpa banyak bertanya, kedua-dua mereka mempersetujui jodoh yang dipilih oleh ibu bapa masing-masing tanpa mengetahui bahawa mereka berdua yang bakal menjadi suami isteri. Selepas menjadi pasangan suami isteri, sememangnya sikap saling bergaduh tidak pernah lenyap dalam kamus hidup mereka. Walau bagaimanapun, dalam diam mereka sebenarnya sudah saling menyintai. Cuma, sikap ego yang membuatkan mereka bersikap demikian. "sekeras-keras kerak nasi, bila direndam akhirnya akan menjadi lembut juga". Akhirnya Aiman mengakui bahawa dia sudah menyintai Nisa dan Nisa juga tanpa segan silu menyuarakan juga perasaannya terhadap Aiman. Ketawa mereka apabila mengingati kata-kata ibu bapa masing-masing.."kamu berdua ni jangan saling membenci sangat,nanti kalau dah sayang susah pula.."

Satu lagi contoh ialah jika kita mengulangi sesuatu pengalaman emosi tersebut, ianya akan meningkatkan kekuatan relative emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, jika kita takut akan ketinggian tapi kita dipaksa untuk membuat terjunan sebanyak yang mungkin dari tempat yang tinggi. Pada mulanya kita belum dapat mengawal rasa takut atau fobia kepada ketinggian namun selepas itu, perasaan takut dan fobia itu dapat dikawal sekaligus diatasi. Saya juga pernah mengalami emosi seperti contoh di atas  ketika di Kem PLKN dulu. Saya memang sangat takut pada tempat yang tinggi. Pada sesi latihan untuk membuat "flying fox",saya terasa ingin melarikan diri sahaja. Setelah dipaksa oleh jurulatih di kem tersebut, saya akhirnya akur. Selepas pertama kali mencuba aktiviti ini, secara tiba-tiba saya terasa seronok pula. Dan apabila diingat kembali, saya telah membuat aktiviti "flying fox" ini sebanyak lima kali. Saya akui sekarang saya sudah lebih berani untuk melakukan apa jua aktiviti apabila berada di tempat yang tinggi. Seperti kata Dr. Zamri, "alah bisa kerana terpaksa"

Sampai di sini dulu coretan saya. Semoga bertemu lagi. Insyaallah……J


No comments:

Post a Comment