Friday 28 January 2011

A135322 TAN YAN CHENG - TAJUK 5 PEMBELAJARAN TEORI ARAS ADAPTASI

Minggu ini sudah memasuki minggu kelima saya mencatatkan catatan pembelajaran. Pada masa yang sama,minggu kelima ini juga membawa maksud bahawa minggu ini adalah minggu terakhir saya mencatatkan catatan pembelajaran saya. Terdapat dua teori telah dibelajari pada minggu ini iaitu teori Aras Adaptasi dan teori Proses Berlawanan Solomon.

Konsep asas teori aras adaptasi ialah kita bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Aras adaptasi seseorang tidak tetap dan sama sepanjang masa. Aras adaptasi ini akan berubah mengikut keadaan yang berbeza-beza. Sebagai contoh,kita cuba mendengarkan bunyi –bunyi di sekeliling kita. Jika bunyi itu pada kita berasa tidak kuat dan tidak juga  perlahan,maka itu adalah dalam aras adaptasi kita. Manakala, jika kita mendengar bunyi yang kuat dan perlahan ini untuk satu tempoh masa yang agak lama,aras adaptasi kita akan meningkat dan menurun mengikut intensif bunyi yang didengari. Teori aras adaptasi juga menyatakan jika kita gembira dengan apa yang kita ada sekarang seperti mendapat keputusan yang cemerlang,menjadi pelajar yang cemerlang,mendapat kehidupan yang bertaraf tinggi,mendapat pekerjaan yang baik, memiliki badan yang sihat dan sebagainya. Namun,kita tidak akan berterusan gembira dengan apa yang kita ada atau memiliki sekarang,sehingga kita mendapat yang lebih baik dan lebih baik. Aras adaptasi kita sentiasa pada titik neutral,hanya sesuatu yang lebih baik berlaku pada diri kita akan menjadikan kita lebih gembira. Di sini terdapat beberapa contoh-contoh  yang dapat menjelaskan makna aras adaptasi dengan lebih lanjut.Contoh yang pertama ialah jika CGPA yang kita dapat sekarang adalah 3.0 dan tidak melebihi 3.5, maka aras adaptasi kita adalah neutral. Namun ,jika CGPA kita dinaikkan kepada 3.5, aras adaptasi kita akan meningkat. Semakin banyak CGPA kita meningkat,aras adaptasi kita juga semakin meningkat dan semakin gembira. Contoh yang kedua ialah gaji yang kita dapat sekarang ialah RM1800, aras adaptasi kita adalah neutral. Namun ,jika gaji kita dinaikkan kepada RM 2000, maka aras adaptasi kita akan meningkat. Semakin banyak kenaikan gaji,maka aras adaptasi kita semakin meningkat dan semakin gembira.

Teori yang seterusnya ialah teori Proses Berlawanan Solomon. Teori proses berlawanan Solomon ialah hasil ubahsuaian daripada teori aras adaptasi (Adaptation Level Theory). Teori ini dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Oleh itu, teori ini diberi nama teori proses berlawanan Solomon. Teori ini menjelaskan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi adalah "berpasangan". Hal ini kerana apabila satu emosi dialami, "pasangan"nya akan di "tahan" juga. Terdapat dua keadaan dalam teori proses berlawanan Solomon, iaitu keadaan awal ( primary state ) dan keadaan berlawanan ( opponent state ). Situasi ini dapat dijelaskan apabila keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Peringkat awal iaitu keadaan awal tidak dapat dipelajari, kerana emosi ini adalah tindak balas automatik. Manakala peringkat berlawanan iaitu emosi yang berlawanan akan bermula selepas emosi dalam keadaan atau peringkat awal bermula. Emosi yang berlawanan ini berterusan lebih lama. Emosi ini akan menjadi semakin kuat jika diulangi manakala emosi dalam keadaan awal menjadi semakin lemah. Contohnya, jika kita takut akan air, tetapi kita dipaksa terjun ke dalam air atau sungai secepat yang mungkin dalam keadaan terpaksa. Pada peringkat awal, kita tidak dapat mengawal perasaan ketakutan kita dan menjadi semakin gementar apabila semakin menghampiri air tersebut. Namun ,perasaan takut ini akan dapat diatasi selepas kita memberanikan diri terjun ke dalam air. Pembelajaran teori ini telah menyebabkan saya mengimbas kembali masa dulu sewaktu saya berada di sekolah rendah. Pada sesuatu hari,guru telah memberitahu kami bahawa sekolah kami akan mengadakan pertandingan berpantun dan pemenang akan berpeluang menwakili sekolah kami untuk bertanding berpantun di peringkat negeri. Ini dapat membantu dan mencerahkan masa depan akademik kami. Guru tersebut mencadangkan saya untuk menwakili kelas saya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pada mulanya, saya menolak kerana saya berasa malu dan cemas untuk berpantun di depan orang ramai. Maklumlah ini adalah kali pertama saya diberi peluang untuk berdiri di atas pentas berpantun. Akhirnya ,saya menerima tawaran tersebut selepas dinasihati oleh guru dan terfikir akan masa depan akademik saya. Pada hari pertandingan terebut,sebelum berdiri di atas pentas,saya berasa sangat cemas dan tidak dapat mengawal emosi ketakutan saya. Apabila sampai giliran saya , saya terus menaik ke atas pentas untuk berpantun tanpa berfikir panjang. Selepas berdiri di atas pentas,semua perasaan takut dan cemas telah diatasi sekali gus!Di sini juga terdapat beberapa contoh-contoh yang dapat menjelaskan teori proses berlawanan Solomon. Contoh yang pertama ialah jika kita memenangi hadiah mewah cabutan bertuah dengan wang tunai sebanyak RM 1000. Pada mulanya, kita akan berasa sangat gembira kerana mendapat wang ini dengan mudah sekali dan dapat membeli barang- barang idaman kita. Namun ,kita akan berasa sangat menyesal kemudian. Hal ini kerana kita berbelanja dalam keadaan yang tidak terkawal sampai kehabisan wang tersebut. Semua wang tunai tersebut habis berbelanja dalam sekelip mata sahaja. Contoh yang kedua ialah ketagihan dadah. Ketagihan dadah berlaku kerana ada pasangan emosi keseronokan dan " kesakitan". Emosi keseronokan dialami apabila mendapat dadah untuk memuaskan nafsu mereka. Manakala "kesakitan" dialami apabila berhenti menagih dadah dan tidak mendapat dadah. Pada mulanya, penagih dadah akan mengalami aras keseronokan yang tinggi dan aras " kesakitan" yang rendah. Selepas beberapa lama atau satu tempoh yang lama, apabila aras keseronokan dan dadah yang diambil menurun, aras " kesakitan" kerana tidak mengambil dadah akan meningkat. Akibatnya ,penagih akan terus mengambil dadah walaupun tidak mendapat keseronokan daripadanya.

Masa berlalu dengan pantas sekali. Secara tidak disedari, dua jam telah berlalu dengan sekelip mata sahaja dan tidak berasa mengantuk sepanjang kuliah ini. Walaupun sudah menghampiri dua jam, namun masih tiada tanda-tanda bahawa pensyarah ingin berhenti pembelajaran. Pada masa ini .perasaan cemas telah saya rasai pada diri saya. Akhirnya ,pensyarah juga memghabiskan kuliah tepat pada masanya. Catatan pembelajaran pada minggu ini adalah catatan pembelajaran terakhir saya. Di sini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pensyarah ZZZT 2253 Pengurusan Emosi iaitu Encik Ahmad Zamri Bin Mansor. Kerana hasil pembelajaran daripada pensyarah kami,saya telah dapat memahami erti emosi dan teori-teori yang berkaitan dengan emosi dengan lebih terperinci dan mendalam. Ini sangat membantu saya dalam menguruskan kepelbagaian emosi yang saya menghadapi dalam kehidupan harian. Maklumlah,kita sering menghadapi emosi yang tidak tentu,termasuklah gembira,sedih,takut,cemas dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment