Friday 28 January 2011

A128657 SUJAIHAH YUSUF TAJUK 5 TEORI PERUBAHAN EMOSI

Assalamualaikum dan Selamat  Sejahtera  kepada semua. Untuk pengetahuan semua ini adalah jurnal saya yang kelima dan merupakan jurnal yang terakhir yang perlu dihantar kepada Dr Zamri. Minggu ini adalah minggu ke enam perkuliahan. Tidak sabar rasanya mahu pulang ke kampung halaman pada hujung  minggu ini. Yelah, sudah sebulan lebih saya berada di perantauan.  Jadi, saya perlu menyiapkan jurnal ini secepat yang mungkin. Barulah tenang di hati ini jika tugasan yang diberikan oleh pensyarah sudah disiapkan. Berbalik kepada tajuk yang akan saya titipkan di sini, minggu ini kami belajar tentang Teori Aras Adaptasi. Sebelum ini, saya tidak pernah pun mendengar tentang teori ini. Tetapi, setelah mempelajarinya, barulah saya tahu teori ini sering terjadi dalam kehidupan kita. Untuk pengetahuan semua, Teori  Aras  Adaptasi  berasaskan kepada tindak balas ransangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Untuk mengetahui teori ini dengan lebih jelas lagi, saya akan memberikan contoh berkaitan teori aras adaptasi. Jika saya mengulangkaji pelajaran atau membaca buku, saya mesti berada di  tempat yang sunyi dan jauh dari orang lain. Ini adalah kerana jika saya belajar dalam keadaan yang bising, saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya kepada pelajaran. Jika saya belajar dalam keadaan yang tenang dan tanpa gangguan, mudah bagi saya untuk menerima pelajaran. Seperti juga semasa sedang membuat jurnal ini, banyak idea yang datang ketika dalam suasana yang senyap. Lain orang, lain caranya kan. Teringat pula saya kepada seorang kawan saya semasa di sekolah menengah dahulu. Namanya Ummi. Ketika itu kami sama-sama tinggal di asrama kerana jarak sekolah dengan rumah kami agak jauh. Seperti asrama-asarama lain, kami tidak dibenarkan membawa radio, MP3,walkman, handphone, dan semua yang boleh melalaikan adalah dilarang. Memang pada masa itu, kami semua boleh dikatakan pelajar yang sering melanggar peraturan asrama. Biasalah, bukan remaja namanya jika kita skema dan mengikut peraturan..hahaaha..Sungguh kejam ayatku ini. Seperti biasa, Umi telah membawa walkman ke asrama. Memang hobinya mendengar lagu. Kalau sedang membaca buku pun mesti diselangi dengan irama lagu. Hendak dijadikan cerita, ketika kami sedang prep , tiba-tiba warden datang meronda keadaan pelajar-pelajar. Kebetulan pada masa itu, Umi sedang  asyik mendengar lagu sambil mengulangkaji pelajaran. Dia tidak menyedari  warden ada di belakangnya. Apalagi, malang tidak berbau, walkmannya telah dirampas. Bukan itu sahaja, dia perlu mengisi 'surat cinta ' kerana telah melakukan kesalahan. Berdasarkan contoh yang telah saya nyatakan dia atas, apa yang dapat disimpulakan di sini, apabila kita biasa mendengar bunyi kuat atau sederhana, itu menunjukkan aras adaptasi kita.  Tetapi, apabila kita tidak biasa dengan bunyi yang kuat, aras adaptasi akan meningkat.

Selain itu juga, dalam kuliah tersebut, kami juga telah mempelajari satu lagi teori iaitu Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini adalah hasil dari pengubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon ialah satu emosi yang bergerak ke titik neutral untuk satu jangka masa yang panjang. Teori ini terhasil dari emosi yang dilahirkan yang mengakibatkan emosi berlawanan di mana apabila sesuatu emosi dialami, pasangannya akan ditendang. Ia berlaku dalam dua keadaan iaitu keadaan awal yang mencetuskan emosi berlawanan. Keadaan ini tidak dipelajari dan berlaku secara tindak balas automatik. Contohnya ialah, seseorang yang mengeluarkan air mata apabila berada dalam keadaan yang sedih atiu berada dalam keadaan emosi yang negatif. Seterusnya ialah peringkat berlawanan iaitu bermula selepas emosi peringkat awal bermula. Ia akan lebih kuat apabila diulang dengan lebih kerap lagi, manakala emosi awal akan menjadi lemah.

Baru-baru ini, saya telah membaca sebuah majalah yang berkaitan dengan teori Solomon ini. Kisahnya adalah seorang wanita yang saya akan namakan sebagai Hani. Hani adalah seorang wanita dan ibu yang telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun. Apa yang dapat saya kaitka teori ini dengan kisah Hani ialah sebelum mendirikan rumah tangga, Hani langsung tidak pandai memasak. Apa yang dia tahu adalah menjerang air dan memasak maggi sahaja. Untuk menyediakan masakan lain jauh sekali baginya. Memang Hani tidak berminat untuk masuk ke dapur dan menolong ibunya memasak. Apa yang di tahu adalah hanya makan apabila makanan sudah terhidang. Ibunya selalu berleter dan menyuruh Hani supaya belajar memasak kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin dan semestinya akan menyediakan makanan untuk bakal suaminya nanti. Pada mulanya Hani membuat tidak endah sahaja nasihat ibunya itu, tetapi setelah berkahwin dan cemburu melihat menantu yang lain pandai memasak, Hani berasa kecil hati kerana ibu mentuanya selalu memuji masakan menantunya yang sangat enak. Akibat tertekan dengan keadaan itu, Hani bertekad untuk belajar memasak. Bermula pada saat itu, Hani sudah pandai memasak pelbagai jenis masakan terutamanya makanan kegemaran suaminya iaitu "mee rebus". Suaminya memuji keenakan masakannya itu. Ini menyababkan Hani makin bersungguh-sungguh untuk belajar memasak dan mencuba resepi yang lain lagi. Sejak dari hari itu, Hani telah menjadikan memasak adalah hobinya.

Apa yang dapat saya kaitkan dengan contoh di atas ialah permulaan yang tidak pandai memasak akhirnya ditendang oleh minat pada masakan adalah bertepatan denagn Teori Solomon. Ini kerana pada mulanya Hani langsung tidak berminat pada bidang masakan, tetapi lama-kelamaan ia telah menjadi hobinya. Apabila seseorang sering mengulangi perkara yang sama, perkara yang lama akan menjadi semakin lemah. Ia juga menjadi satu kepuasan dan keseronokan padanya kerana dapat menyediakan makanan untuk suaminya.

Selain dari contoh yang saya nyatakan sebelum ini, contoh yang paling dekat dengan kita sebagai anak muda ialah contoh kasih sayang dimana pada mulanya seseorang itu saling membenci, tetapi lama kelamaan orang yang kita benci itu akan menjadi milik kita. Teringat pula saya pada sinetron Indonesia 'Benci Bilang Sayang" lakonan Baim Wong dan Marshanda. Mereka pada mulanya saling membenci tetapi akhirnya mereka saling jatuh cinta disebabkan sering berjumpa dan telah menukarkan persaan benci kepada suka. Saya juga teringat akan sebuah lagu 90 an iaitu "Benci Tapi Rindu" nyanyian Diana Nasution. Hayatilah liriknya:

Bukan hanya sekadar penghibur,                           

Diriku ini sayang,

Bukan pula sekadar pelepas,

Rindumu oh sayang,

Sakit hatiku,

Kau buat begini.

Kau datang dan pergi,

Begitulah sebahagian liriknya. Best jugak sekali-sekala melayan lagu jiwang seperti ini.haha..Baiklah berbalik kepada tajuk kita, itulah yang dapat saya ceritakan sedikit sebanyak. Saya rasa setakat ini sahaja yang sapat saya coretkan untuk kali ini. Mata pun sudah mengantuk. Assalamualaikum semua…


No comments:

Post a Comment