Saturday 30 July 2011

     Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua. Terutama sekali saya berasa amat gembira kerana dapat belajar subjek pengurusan emosi. Walaupun pada mulanya saya merasa agak susah untuk menulis jurnal pada setiap minggu tapi saya dapat rasakan ini adalah medium yang terbaik buat saya untuk menulis segala apa yang telah saya tahu dan faham mengenai setiap bab yang telah saya pelajari pada setiap minggu. Pendekatan pembelajaran yang berbeza yang digunakan oleh Dr. Zamri memberi saya satu pengalaman yang baru dari segi belajar. Ya, memang benar cara yang digunakan agak mengambil masa saya dan rakan-rakan oleh kerana kami pelajar perubatan mempunyai banyak komitmen yang lain dalam modul perubatan tapi subjek Pengurusan Masa ini juga sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian saya. Oleh yang demikian, saya ingin membuat sedikit ringkasan mengikut pemahaman saya mengenai bab yang yang telah dipelajari pada 27 Julai 2011 yang lalu.

     Sesi kuliah Pengurusan Masa pada 27 Julai 2011 yang lalu telah dimulakan dengan tayangan video Korea yang bertajuk " Emotional Theory of Talented Korean" , dimana video ini dapat mengusik hati semua pelajar yang menontonnya di dalam dewan kuliah 1. Video ini mengenai seorang peserta nyanyian bagi satu rancangan realiti televisyen Korea yang mempunyai latar belakang kehidupan yang susah sejak berusia umur 5 tahun. Semangat yang ditunjukkan membuka mata dan minda saya untuk berfikir sejenak mengenai perbezaan diri saya dan dia. Saya amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai struktur kewangan yang stabil serta bahagia. Semangat yang ditunjukkan juga telah menyuntik semangat saya untuk terus berusaha untuk mencapai cita-cita saya untuk bergelar seorang doctor, dimana rata-rata orang mengatakan bahawa bidang perubatan merupakan bidang yang penuh dengan cabaran dan dugaan, samada dari segi matapelajaran mahupun orang sekeliling. Walaupun semakin hari kehidupan sebagai pelajar perubatan semakin sukar, namun saya masih dapat bertahan. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara di luar kawalan, pengurusan emosi amat penting sebagai satu senjata untuk saya untuk mengharungi segala liku-liku kehidupan sebagai pelajar perubatan.

    Dalam sesi pertama kuliah yang bertajuk Pengenalan, saya telah diperkenalkan dengan defenisi "EMOSI". Sebelum ini saya rasa emosi dan perasaan itu benda yang sama sahaja. Tetapi apabila saya mengikuti kuliah ini, baru saya mengetahui emosi dan perasaan adalah benda yang berbeza tetapi dia mempunyai hubung kait yang amat rapat antara satu sama lain. Definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) ialah satu set interaksi yang kompleks antara faktor subjek dan objektif, dimana sistem neuron hormon menjadi pengantara dimana boleh menjadikan pengalaman itu lebih efektif, semenggalakkan proses kognitif, mengaktifkan perubahan fisiologi dan boleh menyebabkan kepada perubahan pada sikap/perangai. Emosi menpunyai 4 komponen asas yang penting iaitu, 1) feeling state (perasaan) 2) cognitive processes (proses kognitif) 3) physiological changes (perubahan fisiologi) dan 4) associated behaviour (tingkahlaku berkaitan). Untuk memudahkan saya dan rakan-rakan mengingati 4 komponen penting emosi ini, Dr Zamri telah memberi satu mnemonic iaitu, AKaun FaceBook. Mudah kan?.

     Contoh situasi yang boleh saya kaitkan dengan semua komponen emosi ini ialah, semasa Kiki dalam perjalanan pulang ke rumah, dia telah terdengar satu suara yang amat aneh.(pengalaman efektif) Suara itu membuatkan Kiki berasa meremang bulu roma. Kiki lantas terfikir dan cuba mencari dimana punca suara itu hadir.(proses kognitif).  Kiki berjalan kearah bunyi tersebut. Degup jantung Kiki semakin kencang apabila hampir dengan suara yang aneh itu. Kiki mematikan langkahnya apabila terlihat seorang bayi kecil di dalam kotak yang masih dalam keadaan berdarah. Kiki tergamam buat seketika tanpa membuat apa-apa. Selepas itu, Kiki mengambil bayi tersebut, lalu membawanya ke hospital. Kiki berasa lega kerana bunyi aneh yang didengari tadi sudah diketahui puncanya.(perubahan fisiologi) Kiki turut bersyukur kerana dapat menyelamatklan nyawa anak kecil yang tidak berdosa itu. Melalui kejadian itu, Kiki telah menjadi lebih prihatin terhadap kes pembuangan bayi. (perubahan tingkahlaku)

     Selain dari itu, emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi. Menurut Baron & Logan 1993, emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi. Manakala, menurut Lang et all, 1992, emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Oleh yang demikian, saya amat bersetuju bahawa emosi boleh memberi kesan serta memotivasikan diri saya. Sebagai seorang pelajar perubatan, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi. Perasaan takut untuk gagal dalam peperiksaan telah member dorongan kepada diri saya untuk terus berusaha sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri mengenai sesuatu tajuk kuliah yang dipelajari juga telah memberi motivasi kepada diri saya untuk mencarinya dengan membaca buku rujukan serta laman web untuk memberi jawapan kepada segala persoalan yang timbul didalam diri. Saya merasakan emosi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun begitu, terdapat juga keadaan dimana, emosi tidak mempengaruhi motivasi diri.

      Tajuk kuliah yang seterusnya ialah "Struktur Asas Emosi". Di dalam bab ini, saya telah didedahkan kepada struktur dan ekspresi emosi, dimana boleh dikategorikan kepada dua teori, iaitu, teori evolusi/biologi (evolution/biological theory) dan teori pembelajaran (Learning theory). Teori evolusi/ biologi merangkumi  teori asas emosi Darwin, teori emosi primer Plutchik, teori tindak balas ekspresi muka Thomson dan ekspresi muka semulajadi Izard. Untuk mengingati keempat-empat teori ini, Dr Zamri telah member satu tips untuk mengingatinya, iaitu, 'Pakcik Tumbuk Izat, Izat Lari".    

    Di dalam teori asas emosi Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion), emosi primari merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dirasai dan dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang sama oleh semua bangsa dan budaya. (Kokoszka 1993). Theory Darwin juga telah menyatakan bahawa manusia tercipta daripada orang utan menyebabkan Darwin dipanggil sebagai orang gila. Di dalam buku yang ditulis oleh Darwin, "The Expression of The Emotions in Man and Animal", menyatakan ekspresi wajah melambangkan emosi. Ini disebabkan muka merupakan perkara pertama yang dapat kita lihat pada seseorang.

   Emosi primari mempunyai kebaikan dan kebrukannya. Kebaikan emosi primary ialah sistem saraf dan struktur neuron dapat menggalakkan beberapa emosi. Terdapat tiga karakter iaitu semulajadi, universal dan perasaan yang unik. Keburukannya pula, emosi primary boleh menyebabkan timbul emosi-emosi yang lain samada yang baik atau tidak. Ini kerana, emosi-emosi yang wujud adalah terjadi daripada gabungan emosi-emosi primari (Rolls 1991).

    Seterusnya, teori Plutchik mempunyai 3 komponen asas iaitu, language of emotion, basic adaptive reactios dan dimension of emotion.

       Mengikut bahasa emosi (language of emotion) pula, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza, iaitu, subjective language (bahasa subjektif) , behavioural language ( bahasa tingkahlaku) dan functional language ( bahasa fungsian). Sebagai contoh, apabila kita berada dalam ketakutan (bahasa subjektif), kita akan cuba untuk melarikan diri (bahasa tingkahlaku), tindakan ini boleh menyelamatkan diri (bahasa fungsian) kita daripada sebarang perkara yang boleh mengundang bahaya atau musibah. Contoh bahasa subjektif ( bahasa biasa bagi emosi) ialah takut, gembira, sedih, marah, dan sebagainya. Manakala bagi bahasa tingkahlaku (tindakan susulan selepas emosi telah dirangsang) pula ialah, bila kita gembira (bahasa subjektif), kita akan melompat kegembiraan (bahasa tingkahlaku) ataupun kita hanya tersenyum dan apabila kita sedih, kita akan mengalirkan air mata. Bagi bahasa fungsian (fungsi emosi pada seseorang/individu) pula, kita dapat lihat melalui contoh yang berikut: semasa sesi pembentangan, Amni telah kehadapan dengan berani (bahasa subjektif). Dengan keberanian itu, dia telah berjaya bercakap dengan lancar dan memberikan pembentangan yang baik serta memuaskan hati pensyarahnya, ini telah memberikan Amni kenyakinan (bahasa fungsian) untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.

  Selain itu, 8 asas reaksi penyesuaian (basic adaptive reaction) yang menjadi protaip untuk semua emosi yang telah saya pelajari ialah, takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Untuk perasaan berlawanan pula ialah, terima/meluat, takut/marah, gembira/sedih dan kejutan/jangkaan.

     Mengikut  dimensi emosi (dimension of emotion) pula, emosi boleh dibahagikan kepada 3 dimensi, iaitu, persamaan (similarity), keamatan (intensity) dan sifat berlawanan (polarity). Persamaan merujuk kepada hubungan. Contohnya, takut dan gugup lebih dekat berbanding gembira dan takut. Manakala keamatan pula merujuk kepada darjah kekuatan emosi, seperti dari gembira kepada perasaan bahagia dan sifat berlawan pula merujuk kepada kekutuban, seperti gembira lawannya sedih. Pada tahun 1982, Donald Fromme & Clayton O'Brien telah mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternatif kepada teori Plutchik, dimana mempunyai 4 dimensi emosi.

    Teori yang seterusnya pula ialah, teori tindak balas ekspresi muka Tomkin (Tomkin's Facial Feedback Theory). Di dalam teori ini, saya mempelajari untuk mengenalpasti perkara apa yang menyebabkan apa. Contohnya, kita senyum kerana kita gembira, atau kita gembira oleh itu kita senyum. Apabila kita memberi senyuman yang banyak ini boleh membuatkan kita berasa gembira dan ini terbukti bahawa senyuman dapat membuatkan kita gembira. Ini kerana emosi didahului oleh ekspresi muka.

       Oleh yang demikian, saya merasakan kita perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk. Akhir kata, saya ingin member nasihat kepada semua bahawa "KAWAL EMOSI ANDA, SEBELUM EMOSI MENGUASAI ANDA"

 

TIDAK RUGI ……..

JIKA KITA BERDOA UNTUK SEMUA INDIVIDU

DI SEKELILING KITA

 

" Tidak akan kamu

berperasaan gundah walau sekali,

jika kau tahu apa yang dicari."

~ Umar al-Khattab

 

Tuhan, jadikan aku alat kasihMu

Di mana ada benci – biarkan aku menebar cinta

Di mana ada hati-hati terluka – biar aku menjadi penghibur

Di mana ada keraguan – biar aku menebarkan keyakinan

Di mana ada putus asa – biar aku menebarkan harapan

Di mana ada kesedihan – biar aku berkongsi bahagia

Di mana ada kegelapan – biar aku memberi cahaya

 

Rujukan : Nota Kuliah ZZZT2253

http://www.lppkn.gov.my:8080/pdf/pengurusan_emosi.pdf

 

   

No comments:

Post a Comment