Saturday 30 July 2011

A131809 Ten Ai Jing LJ01 Emosi


            Apakah pengurusan emosi? Apakah kepentingan pengurusan emosi dalam kehidupan kita? Daripada kuliah Penguruan emosi yang saya hadiri pada 27 Julai 2011 ini telah mendalamkan pengenalan saya tentang pengurusan emosi serta kepentingannya. Tajuk kuliah hari ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu : "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi".

Definisi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981)

Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems, which can :

·         give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure/displeasure

·         generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes

·         activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions

·         lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive

 

Empat komponen emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan.


                Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya termasuk Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin yang menghuraikan tentang hubungan emosi dengan wajah. Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan.


                Selain itu, Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik yang menghuraikan hubungan bahasa dengan emosi. Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif seperti sedih, marah, gembira. Bahasa Tingkah Laku pula merujuk kepada tindakan yang akan diambil ataupun yang akan berlaku susulan dari emosi yang diransang. Contohnya, seseorang akan berseorangan jika dia sedih. Bagi Bahasa Fungsian merupakan Bahasa tersirai dalam melambangkan emosi. Contohnya, perasaan sedih melambangkan sesuatu yang tidak diharapkan telag berlaku, sesuatu yang bertentangan dengan seseorang harapan.


                 Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin pula menghuraikan hubungan perbuatan dengan emosi. Ia mengatakan emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Sebagai contohnya, apabila gembira tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan kita bahagia.


                 Akhirnya,Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard menyatakan emosi sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.


              Selepas menghadiri kuliah, saya telah membuat bacaan tentang topik ini. Derdasarkan Goleman dalam artikelnya "Emotional Intelligence", saya mendapat tahu lebih banyak tentang kepentingan emosi dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Salah satu kepentingan ialah dalam kelangsungan hidup. Hal ini kerana emosi memberi isyarat apabila keperluan sebagai manusia biasa tidak dipenuhi. Sebagai contohnya apabila kesunyian,keperluan untuk berhubung dengan orang lain tidak dipenuhi. Kepentingan emosi dalam membuat keputusan juga tidak dapat dinafikan. Menurut kajian, manusia tidak berupaya membuat keputusan walaupun yang mudah apabila sistem hubungan emosi dalam otak terjejas kerana ia tidak tahu bagaimana ia akan rasa tentang pilihannya. Saya pernah melalui situasi yang sama dan kenyataan ini benar sekali. Selain itu, emosi memainkan peranan dalam membuat jangkaan dan meramalkan tingkah laku. Sbagai contohnya, apabila gembira kita akan menunjukkan muka senyum, melompat, tepuk tangan dan sebagainya. Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekpresi wajah dapat menyampaikan maklumat tentang apa yang kita rasa pada waktu itu. Sebaliknya, jika kita berupaya membace gerak tubuh atau isyarat, kita boleh bagi responsi yang tepat. Contohnya dalam keadaan seseorang merasa sedih, dengan menyedari ekpresi wajah yang tersinggung kita boleh membantu dengan menunjukkan empati serta menyebabkan mereka rasa difahami dan diambil berat.


            Selepas mengenali kepentingan emosi, pengurusan emosi yang efektif juga perlu dibelajari. Pengurusan emosi bukan bermakna menafikan kewujudannya tetapi mengakuinya dan belajar mengawalnya. Kita boleh menhguruskan emosi dengan mengawal perasaan dan tindakbalas atau reaksi, memilih bagaimana untuk bertindakbalas kepeda sesuatu situasi atau kejadian dalam hidup seharian dan dengan cara yang tidak menakutkan diri sendiri serta mengancam orang lain. Untuk memelihara emosi efektif, kita perlu memahami perbezaan, mendengar dengan berkesan, menjaga kewarasan, mengawal perasaan dan memelihara iman.



            Kesimpulannya, saya mendapat banyak manfaat daripada kuliah ini dengan medalamkan pengenalan saya tentang emosi. Akhir kata, sangat penting untuk kita mengawal emosi kita sebelum emosi mengawal kita.

 

No comments:

Post a Comment