Friday 29 July 2011

A131812 Loi Su Wei LJ01

Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah kursus ZT2253 Pengurusan Emosi  yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Tajuk untuk kuliah tersebut ialah "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi". Sebelum menhadiri kuliah ini, saya mendefinisikan "emosi" mingikut pengetahuan saya sebagai perasaan dan reaksi terhadap sesorang atau sesuatu yang berlaku. Setelah menghadiri kuliah ini, saya memahami bahawa "emosi" sebenarnya membawa maksud yang luas dan lebih spesifik.


            Emosi merupakan perasaan yang ditunjukkan oleh seseorang untuk mempamerkan keadaan dan juga perasaan dalamannya. Sebagai contoh, gembira, sedih, marah, takut, terkejut dan sebagainya. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi merupakan suatu interaksi yang complex antara faktor subjektif dan objektif yang dikawal oleh sistem hormone neuron. Faktor subjektif boleh dipengaruhi oleh kepercayaan sendiri mengikut fakta sebenar manakala faktor objektif ialah situasi dan fakta yang mempengaruhi keputusan seseorang.


            Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen, iaitu:

·         Perasaan ( affective experiences)

·         Proses kognitif (cognitive process)

·         Perubahan fisiologi (physiological adjustment)

·         Tingkah laku (behaviors)


1. Perasaan

Perasaan merupakan ciri-ciri manusia semulajadi yang mempengaruhi keputusan dan tindakan kita. Contohnya, gembira, sedih, marah, takut, terkejut dan lain-lain. Biasanya kita membuat keputusan dan tindakan mengikut emosi dan perasaan kita. Sebab itu, sekiranya emosi kita terganggu, keputusan kita juga akan dijejaskan. Kita akan betindak secara impulsif  apabila sesuatu yang traumatic berlaku.


2. Proses kognitif

Proses kognitif adalah berbeza bagi setiap individu dan ini adalah dipengaruhi oleh perspektif setiap individu terhadap suatu perkara. Misalnya, sesorang akan berasa bimbang dan takut semasa mengahadapi peperiksaan akhir tahun dan asyik berpeluh semasa menjawab soalan dalam dewan peperiksaan. Sebaliknya, sesetengah orang pula menjawab soalan secara senang-senang.


3. Perubahan fisiologi

Perubahan fisiologi ialah perubahan yang berlaku dalam tubuh badan kita secara automatik. Contohnya, bagi sesiapa yang takut akan lipas, mereka akan menjerit dan berasa takut apabila mereka terjumpa lipas di dalam rumah mereka. Pada masa yang sama, denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat secara automatik.


4. Tingkah laku

Setelah perasaan, proses kognitif, dan perubahan fisiologi, kita akan mengambil tindakan berasaskan emosi kita.


            Menurut Baron & Logan (1993), emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi. Emosi adalah motivasi kepada tingkah laku dan motif yang menjadi emosional mengikut Lang et al (1992). Oleh itu, motivasi yang sederhana amat diperlukan dan bukannya motivasi yang terlampau sebaliknya akan menjejaskan emosi kita.


            Selain itu, saya juga mempelajari tentang ukuran emosi dalam kuliah ini. Kita boleh mengukur emosi seseorang melalui temuduga dan pemerhatian dengan teliti. Semasa temuduga, kita boleh mengetahui emosinya berasaskan perbualan kita. Contohnya, peningkatan nada suaranya menunjukkan bahawa dia adalah dalam keadaan marah atau keterujaan. Perubahan fisiologi juga boleh dinilai, seperti tekanan darah, denyutan jantung dan sebagainya.


            Bagi struktur dan expresi emosi yang telah dipelajari, antara teorinya termasuk:


1. Teori Asas Emosi daripada Darwin

Wajah merupakan aspek yang paling mudah dikesan untuk mentafsir emosi seseorang. Sebab itu, wajah adalah refleksi emosi individu. Walaubagaimanpun, emosi kita juga boleh disembunyikan. Contohnya, kita boleh senyum dan ketawa walupun sebenarnya kita berasa sedih dalam hati kita. Jadi, teori ini tidak berapa tepat.


2. Teori Emosi Primari Plutchik

Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, dan bahasa fungsian.

·         Bahasa subjektif merupakan perasaan yang ditunjukkan pada wajah kita, contohnya, sedih, gembira dan bimbang.

·         Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang diambil mengikut emosi kita.

·         Bahasa fungsian merupakan bahasa tersirat yang melambangkan emosi kita.


3. Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

Emosi boleh dipengaruhi oleh tindakan kita, dan bukannya, emosi yang menpengaruhi tindakan kita. Contohnya, kita ingat kita hanya akan senyum apabila kita berasa gembira. Tetapi, sebenarnya, senyuman kita juga boleh menjadikan kita gembira.


4. Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

Wajah kita member reaksi yang semula jadi terhadap emosi kita dan bukan dipelajari.


Kesimpulannya, emosi merupakan cirri-ciri manusia yang penting dan emosi boleh mempengaruhi keputusan dan tidakan kita. Oleh itu, kita harus menguruskan emosi kita dengan teliti supaya kita tidak akan menyesal semasa membuat keputusan dan tindakan yang mungkin dijejaskan oleh emosi kita yang diganggu pada masa tersebut. Kehadiran saya ke kuliah ini banyak memberikan manfaat kepada saya kerana saya telah memahami makna dan komponen emosi secara teliti. Saya boleh mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan saya.

No comments:

Post a Comment