Friday 29 July 2011

A131415 ISAAC TAN YIENG LER LJ01 EMOSI

Selamat sejahtera. Usalan ini merupakan ulasan jurnal pembelajaran saya untuk khusus Pengurusan emosi ZZZT2253. Sebelum menghadiri kuliah kedua Pengurusan Emosi ZZZT2253 pada 27 Julai 2011, saya hanya mengetahui sediki sebanyak praktikaliti mengenalpasti emosi orang lain dan emosi diri sendiri. Menurut pandangan saya, emosi merupakan suatu perasaan yang abstrak dan tidak mudah difahami dengan sempurna. Kami, sebagai insane yang beremosi, sering tidak faham punca atau perertian sebalik emosi yang kami menunjukkan kepada orang ramai. 
Setelah menghadiri kuliah ini yang terdiri daripada Pengenalan and Definisi Emosis serta juga kuliah yang bertajuk Struktur dan Ekspresi Emosi, saya lebih tertarik terhadap konsep abstrak ini dan lebih minat mengetahui "emosi" secara lebih mendalam serta cuba mempratikkan kemahiran yang dipelajari untuk mengesan dan mentafsir emosi  orang lain bersamaan tahu mengawalkan emosi diri sendiri.

Melalui kuliah hari Rabu lepas, saya dapat belajar bahawa emosi merupakan satu kompleks interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, bersamaan dipengaruhi oleh sistem saraf dan hormone badan manusia. Kepercayaan seseorang terhadap sesuatu fakta mempengaruhi faktor subjektif dan situasi yang mengawal sesuatu keputusan yang diambil mempengaruhi faktor objektif. Emosi-emosi yang ada pada seseorang insane dibahagikan kepada empat komponen. Suatu emosi akan merangsangkan seseorang itu untuk menghasilkan sesuatu perasaan. Perasaan itu akan menjanakan proses kognitif dan mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang bersesuaian dengan situasi itu. Semua komponen ini akan menyebabkan seseorang untuk menlakukan tingkah laku yang ditunjukkan.
 
Sebagai contoh, apabila saya menonton video yang ditanyang pada masa kuliah tentang peserta "Korea Got Talent" itu, saya berasa sedih dan kesian terhadap pengalaman lelaki tersebut itu dan berasa gembira dia dapat peluang untuk menyertai pusingan seterusnya. Perasaan tersebut merangsangkan pemikiran saya dan melabelkan peserta itu sebagai seorang individu yang tabah menghadapi cabaran kehidupan. Pemikiran tersebut menyebabkan penyesuaian fisiologi dalam badan saya untuk mengeluarkan air mata dan jantung berdebah kerana terasa terharu dan seterusnya, menyebabkan saya bertepuk tangan selepas dia diberi peluang untuk memasuki pusingan seterusnya.


Sebelum ini, saya telah faham bahawa emosi boleh diukur. Walaupun emosi seseorang begitu kompleks tetapi cara tingkahlakunya dan perubahan fisiologi dapat dikesan dan direkod untuk memberi seseorang yang mahir mentafsirkan data tersebut dan kaitkannya kepada emosi individu tersebut. Melalui kaedah temu bual, soal selidik dan teknologi, seseorang doktor boleh mengetahui emosi dan status fizikal pesakitnya. Sesi pembualan semasa setiap lawatan pesakit kepada pejabat doktor merupakan satu cara doktor mengenal pasti emosi pesakit. Melalui perbualan, doktor dapat memahami perasaan pesakit dan menghasilkan perasaan empati terhadapnya. Pengetahuan tentang emosi pesakit dapat membolehkan doktor untuk berkomunikasi dengan pesakit dan merancangkan rawatan penyakit dan pelan pemulihan.


Dalam kuliah tersebut, saya juga memahami struktur dan expresi emosi secara lebih mendalam. Emosi yang kompleks ini dibicara oleh pemikir-pemikir sejak lama lagi. Plato and Aristotle cuba memahami dan mengklasifikasikan emosi namun teori-teori yang dikemukakan jauh memenuhi kefahaman manusia terhadap kerumitan emosi sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori tentang struktur dan expersi emosi. Antaranya ialah Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression.
Walaupun setiap pemikir teori terdapat alasan sendiri dan usalan terhadap emosi manusia, tetapi terdapat satu konsensus antara semua teori tersebut bahaw emosi seseorang juga merupakan gabungan emosi yang asas.

Menurut Darwin, emosi merangkumi dari beberapa emosis asas ataut "primary emotion' dan setiap ekspresi wajah atau penunjukan fizikal pada muka melambangkan emosi seseorang. Pergerakan otot muka yang berlainan dapat menunjukkan emosi yang tersirat dalam pemikiran kami. Kebaikan teori ini menunjukkan emosi merupakan bahasa universal dan meliputi semua budaya dan bangsa. Contohnya, muka yang berkerut menunjukkan emosi yang negatif dalam semua jenis bangsa dan biasa dikawai oleh sistem saraf badan semua manusia. Walau bagaimanapun, teori emosi asas amat kontroversi kerana klasifikasi emosi asas amat sukar.

Oleh itu, terdapat teori lain yang cuba menjelaskan emosi manusia. Menurut Plutchik primary emotion theory, emosi dibahagikan sebagai tiga komponen, bahasa emosi, penyesuaian tindak balas asas dan dimensi emosi. Bahasa emosi menerangkan bahawa emosi merupakan bahasa sesorang individu terhadap individu lain dan persekitarannya. Ia dibahagikan kepada tiga jenis bahasa, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Mengambil pengalaman saya sebagai contoh, apabila saya marah terhadap orang yang tidak bertanggungjawab, saya akan berdiam diri sepanjang hari. Saya akan bertindak secara kasar unutk menunjukkan kemarahan saya terhadap organ itu. Fungsi tingkahlaku ini adalah untuk memberitahu orang tersebut bahawa saya tidak puas hati atas kelakuannya. 

Malahan emosi kami juga merupakan suatu tindak balas penyesuaian asas kepada manusia. Setiap emosi terdapat polariti yang bertentangan dengannya seperti bosan dan tertarik. Emosi juga tertakluk dengan dimensinya, iaitu intensiti, persaman and polariti. Setiap emosi dapat merujukkan kepada darjah kekuatannya. Perasaan jengkel boleh mengembang kepada perasaan marah. Terdapat juga persamaan atau perkaitan antara satu emosi terhadap emosi lain seperti perasaan gembira lebih dekat dengan perasaan bangga berbanding dengan perasaan kecewa. Polariti menunjukkan kebezaan ketara antara dua emosi seperti emosi cinta dan emosi benci. Melalui tiga komponen ini, Plutchik dapat hasikan model emosi yang lebih tepat berbanding dengan theorist yang lain.

Persoalan terhadap emosi telah dikemukakan dalam kuliah yang amat menarik perhatian saya. Adakah perasaan gembira dihasilkan oleh kesenyuman ataupun kesenyuman dihasilkan oleh perasaan gembira? Melalui Tomkin's facial feedback theory, emosi dapat diluahkan melalui wajah seseorang. Apabila kami senyum, kami akan berasa gembira. Namun begitu terdapat kelemahan teori itu kerana seseorang boleh mempurakan penunjukkan expresi pada muka dan kurang bersamaan dengan apa yang tersirat dalam pemikiran seseorang.
Terdapat teori lain yang cuba menerangkan bahawa emosi manusia merupakan suatu perlakuan yang semula jadi dan pelajaran kurang memberikan impak pada reaksi tersebut, iaitu Izard's Innate facial expression. Saya cuba mengaitkan dengan contoh yang saya pernah dengar dalam rancangan Discovery Channel bahawa perasaan takut terhadap tikus dan lipas boleh dijelaskan dengan pengalaman manusia secara umum bahawa haiwan-haiwan tersebut melambangkan kekotoran, penyakit dan kematian.

Selepas mengetahui semua teori-teori ini melalui kuliah dan pembacaan sendiri, saya dapat mengulaskan bahawa emosi merupakan benda yang kompleks difahami. Kezahiran emosi sentiasa didebat dan dibandingkan tetapi yang pentingnya ialah cara kami mengawalkannya dan mengalaminya. 
      

No comments:

Post a Comment