Friday 29 July 2011

A131739 HII CHING CHING LJ01

         Pada 27th Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT2253 yang bertajuk "Pengenalan emosi" dan "Struktur dan "Expresi emosi". Setelah menghadiri kuliah ini, baru saya faham bahawa emosi bukan sahaja ialah penunjukkan perasaan melalui ciri-ciri muka dan tingkah laku.Emosi mempunyai makna yang lebih luas daripada perasaan. Emosi ialah sesuatu yang kompleks dan meliputi interaksi antara faktor objektif dan subjektif yang dikawal oleh sistem neuro hormon.  Melalui kuliah ini, emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen, iaitu:
1.  Perasaan ( A feeling state)
          Perasaan merupakan sesuatu yang unik. Manusia mempunyai pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, takut, benci, kecewa,marah dan sebagainya. Perasaan kita boleh dipengaruhi oleh orang lain dan kejadian . Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan pemikiran kita.
 
2.  Proses kognitif( Cognitive processes)
           Proses kognitif bagi setiap orang adalah berbeza. Setiap orang akan mempunyai perspeksif yang berbeza terhadap sesuatu perkara atau orang. Kejadian yang sama belum tentu akan menghasilkan emosi yang sama kerana setiap orang ada interpretasi sendiri. Contohnya. seseorang akan berasa takut semasa berada dalam bilik yang gelap tetapi orang lain mungkin berasa tenang sahaja.
 
3. Perubahan fisiology( physiological changes)
             Perubahan fisiology adalah perubahan badan yang dipengaruhi oleh sistem- sistem dalam badan kita. Perubahan fisiology akan membuat kita menyedari bahawa sesuatu perbezaan telah berlaku. Misalnya, suhu badan meningkat, detak jantung meningkat cepat, tangan gementar dan sebagainya.
 
4.  Tingkah laku berkaitan ( Associated behaviour )
           Emosi akan menyebabkan kita mengambil tindakan seperti berlari, berhenti dan sebagainya. Contonnya, jika kita ternampak seekor ular, kita akan berasa takut dan kita akan berlari untuk keselamatan. Pendek kata, emosi boleh menyelamatkan kita dari keadaan bahaya.
 
          Selain itu, menurut Baron & Logan, 1993, emosi dan motivasi tidak dapat dibezakan. Menurut Lang et al, 1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Emosi positif akan menghasilkan motif yang baik manakala emosi yang negatif akan menyebabkan kita mempunyai motif yang tidak bagus. Motivasi sangat penting dalam kehidupan kita kerana dengan mmpunyai motivasi, kita akan mempunyai semangat untuk mencapai sesuatu. Walaubagaimanapun, emosi tidak dapat diniatkan.
 
           Struktur dan ekspresi emosi mempunyai beberapa teori. Antaranya ialah:
1.  Darwin's basic teory of emotion( teori asas emosi daripada Darwin)
    Teori ini mengatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yand dialami dan diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.
 
2. Plutchik primary motion theory( Teori Emosi Primari Plutchik)
    Teori ini mengatakan emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa iaitu: bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.
    a. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti gembira,takut dan sedih.
    b. Bahasa tingkah laku adalah tingkah laku yang dirangsang oleh emosi.
    c. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut. Ia melambangkan bagaimana emosi itu berperanan pada seseorang.
    Emosi juga mempunyai dimensi seperti intensity, similarity dan polarity. 
    
3. Tomkin;s facial feedback theory( Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin)
     Saya berasa teori ini sangat menarik kerana teori ini mengatakan emosi adalah berkaitan dengan balas wajah. Contohnya, senyum membuat kita gembira. Tetapi, balas wajah kita tidak semestinya mewakili emosi kita dan hanya merupakan alat komunikasi. Kita boleh senyum walaupun kita tidak berasa gembira.
 
4. Izard's innate facial expression ( Teori Ekspresi Wajah Semula jadi daripada  Izard)
    Teori ini mengatakan ekspresi wajah adalah semula jadi. Misalnya, bayi tahu senyum sejak dilahirkan.Tetapi,ekspresi ini boleh menjadi kesendirian melalui pengalaman dan pembelajaran.
 
           Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang amat unik dan compleks.Emosi boleh diteruskan hingga beberapa tahun, seperti cinta atau sekejap sahaja seperti marah.Setiap orang mempunyai emosi yang berbeza terhadap sesuatu perkara atau situasi. Saya berasa seseorang boleh belajar mengawal emosinya tetapi tidak dapat meniatkannya. Dengan mempunyai emosi, kehidupan kita akan menjadi lebih menarik. Pengurusan emosi adalah sangat penting kerana emosi akan mempengaruhi hubungan kita dengan orang lain. Jika kita mempunyai pengawalan emosi yang teruk, hubungan kita dengan orang lain dan imej kita akan terjejas.
  

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment