Friday 29 July 2011

A131735 Gabriel Tang Pei Yung LJ01 Emosi Terusik

Selamat sejahtera. Kali ini merupakan kali pertama saya menulish sebuah jurnal. Jurnal ini berkait rapat dengan ilmu pengetahuan yang saya pelajari dalam kuliah ZZZT2253 pada 27 Julai 2011. Sebelum saya menghadiri kuliah ini, saya hanya mempunyai sedikit pengetahuan tetang emosi. Pada pandangan saya, emosi merupakan perasaan seperti marah, gembira, risau, sedih dan sebagainya. Walaupun emosi ini amat subjektif dan abstrak, kita masih dapat mengetahui emosi seseorang melalui ekspresi muka. Walau bagaimanapun, saya langsung tidak tahu emosi boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahab fisiologi dan tingkah laku. Selepas kuliah hari itu yang terdiri daripada Pengenalan and Definisi Emosis serta Struktur dan Ekspresi Emosi, saya telah mengetahui emosi secara lebih dalam.

            Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi merupakan satu interaksi yang kompleks antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Emosi dikawal oleh hormone sistem dan neuron sistem. Faktor subjektif merupakan faktor yang dipengaruhi oleh kepecaryaan sendiri tetapi mengikut mengikut fakta yang benar. Faktor objektif merupakan fakta atau situasi yang dapat menpengaruhi keputusan seseorang.

Sebelum itu saya mengetahui bahawa emosi dapat diukur tetapi saya tidak tahu cara yang perlu saya gunakan. Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari cara-cara mengukur emosi seperti temu bual dan soal selidik. Di samping itu, kita boleh guna konsep fisiologi untuk mengukur emosi kita. Kita juga boleh guna indikasi psikologi untuk mengukur emosi seseorang seperti tekanan darah, kadar jantung dan kadar menafasan.

Sebelum saya menghadiri kuliah ini, saya langsung tidak tahu apa-apa yang mengenai emosi primari. Melalui kuliah ini, saya mempelajari tentang Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion). Menurut teori ini, emosi primari merupakan emosi yang bersifat adaptif. Dalam buku Darwin iaitu "The Expression of the Emotions in Man and Animals", dia telah mengemukakan 16 soalan tentang emosi kepada pelbagai bangsa dan didapati bahawa jawapan adalah sama. Kajian ini menunjukkan emosi primari merupakan cirri-ciri dalaman setiap manusia tidak kira bangsa dan budaya. Menurut Darwin, ekspresi wajah juga melambangkan emosi seseorang.

Menurut Roll 1990, kesemua emosi yang diwujudkan adalah kombinasi gabungan emosi antara emosi-emosi primari. Contoh emosi primari ialah gembira, takut, sedih, marah dan lain-lain.  

            Di samping itu, saya juga mempelajari Plutchik's primary emotion theory dalam kuliah ini. Menurut Plutchik's primary emotion theory, emosi dapat dibahagikan kepada 3 bahasa iaitu bahasa subjetif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan emosi yang dapat ditunjukkan oleh muka seperti marah dan sedih. Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang disebabkan oleh bahasa subjektif seperti melarikan diri disebabkan oleh ketakutan. Bahasa fungsian pula merupakan sesuatu yang dapat merujukkan peranan emosi itu kepada seseorang. Misalnya, oleh sebab emosi sedih, orang tersebut menjadi kurang motivasi.

            Selain itu, saya juga mempelajari tentang  interaksi pergerakan otot muka dan emosi. Menurut Zajonc's hipotesis, perubahan otot muka dapat menghasilkan ekspresi yang spesifik.  Salah satu penyelidikan telah menyokong hipotesis ini. Penyelidikan itu menunjukan cara pengerakan otot muka member emosi yang menyenangkan kepada otak kita. Menurut penyelidikan itu, pengerakan otot muka akan menyekat saluran darah dalam otot muka. Secara tidak langsung, perkara ini dapat menyejukkan otak kita dan memberi emosi yang menyenangkan. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak dapat membuktikan kita berasa gembira adalah kerana kita senyum atau menunjukkan ekspresi muka.

            Walau bagaimanapun, ekspresi muka tidak semestinya akan menunjukkan emosi yang tepat. Contohnya, seseorang senyum walaupun dia berasa sedih pada masa itu. Saya teringat saya juga ada pengalaman ini. Nenek saya meninggal dunia semasa saya menyertai satu kem gereja. Saya berasa amat sedih pada masa itu. Untuk memastikan kawan-kawan saya tidak risau pada saya, saya cuba menggunakan senyuman untuk melindungi perasaan sedih itu.

Konklusinya, emosi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, pengurusan emosi menjadi salah satu teknik yang amat penting dan harus diamalkan. Jika kita tidak tahu cara mengurus emosi kita, kita mungkin akan menjalankan kerja secara tidak rasional. Hal ini demikian kerana kita akan mengikut emosi kita semasa menjalankan kerja jika kita tidak mengetahui cara mengurus emosi kita. Sebagai doktor-doktor yang akan datang, kita haruslah mempelajari cara pengurusan emosi supaya emosi kita dapat dikawal dan tidak akan menjejaskan keputusan kita.

No comments:

Post a Comment